


ps: Lepas angkut barang hari tuh, aku pasang iklan kat stesen Petronas.
Hanya diri kita mampu melayan kepala hotak kita
ps: Semalam aku terperasan ada 'benda' dok kat meja makan aku...
ish! hujung minggu ni baru nak angkut barang. Sapa2 free, datang la tolong aku angkut barang. Rokok di sediakan:)
Sebab aku pindah:
Aku baru duduk kat umah ni lebih kurang setahun. Aku masuk setelah member tempat keja aku keluar. Sewa umah yg agak ok, RM450 untuk umah 3 bilik 2 jamban.
Tapi, umah ni ada cerita di sebaliknya. Lepas aku bayar deposit masuk umah, RM1000 lebih...baru aku dapat tau tentang cerita umah nih. Housemate member aku mati kena bunuh. So, member aku keluar sebab tak tahan gangguan. Dan dia tak cerita plak gangguan camna. Aku pun tau tentang kejadian tu, tapi aku terlupa. Sebab tu aku jadi untuk sewa umah tu.
Pada permulaan, semuanya tadak masalah. Masa aku masuk, aku import geng2 abg aku...aku buat kenduri tahlil dan 'pagar' apa yg patut.
Semua bermula sejak bulan lepas. Masa aku tidoq, seperti ada 'benda' dok tidoq sebelah aku. Terjaga tengah malam, nampak bayang2 benda dok melilau dlm umah aku. Kat dapur la, kat balkoni, kat bilik dan kadang2 rasa dok macam kat sebelah aku.
Satu malam, aku terjaga dari tidoq..lebih kurang pukul 3 pagi. Aku nampak satu 'benda' dok tidoq atas lantai betoi2 bawah punching bag aku. Aku terus bangun..aku pi tengok dekat2...
peh...sapa plak ni??? aku tertanya2...terus aku terajang dan 'benda' tu tiba2 hilang begitu saja. Macam kita tendang asap...ghaib mcm tu saja. Aku buka lampu dan terus tak tidoq sampai pagi. Malam besoknya, aku bermimpi jumpa 'benda' tu...dlm mimpi tu aku tanya dia, kenapa datang jumpa aku...'benda' tu cakap, dia cuma nak balik tengok umah dia. Dan dulu selalu dia tidoq kat tempat bawah punching bag aku tuh...aku suruh dia berambus!!
Aku balik kampung, jumpa abg aku...cerita kat dia. Dia cakap mungkin 'benda' tu balik sempena genap setahun kematian dia....
Mcm tu lah cerita dia. So, aku pun nak pindah....tak tahan dah ngan gangguan misteri nusantara camni. Sekarang tiap2 mlm aku mesti terjaga around pukul 3 pagi...aku bangun...perati apa yg patut. Pastu aku sambung tidoq....
ps: Ada sapa2 nak sewa umah aku sekarang????
...dan banyak lagi la kawan2 aku yg pelik serta gila. Walaupun mereka pelik & gila...mereka tetap sahabat yang baik. Tak pernah mempengaruhi atau memaksa aku menjadi pelik serta gila macam mereka. Tiada paksaan. Berani cuba, berani tanggung. Motto persahabatan kami dahulu. Sekarang sudah lama tak bertemu dengan mereka semua. Mungkin semua dah membawa haluan masing masing....ada yang berubah, alhamdulillah...dan ada yang masih terus begitu....
Tapi...baru baru ni...aku bertemu seorang kawan yang amat baik. Minum minum...sembang sembang dan tetiba offer aku satu benda pelik..
Adakah anda berasa pelik kiranya ada orang nak kasi anda RM20ribu secara percuma. Just saja saja bagi...mcm sedekah dan anda boleh buat apa saja ngan duit tu, asalkan belanja ke arah jalan yang benar serta halal.
Member aku bgtau aku....ada sorang hamba Allah yang begitu pemurah nak bagi duit tu. Sebab duit dia dah terlampau banyak. Member aku tu dah submit nama dia. Dia offer aku samada aku berminat atau tak? Kalau berminat, dia nak submit nama aku.
Oh! Aku berasa amat pelik!!!!
Aku dapat offer dari satu kompeni kat area Penang gak. Sekarang aku teragak2 samada nak pegi atau tak?
Aku dah interview kat kompeni tu 4-5 bulan lepas. That time, memang aku nak blah sgt2 dari kompeni aku sekarang ni. Masa interview hari tu, depa cakap depa takmau hire orang. Aku just for standby candidate (aku ada komen pasai ni kat blog Edyan7). Bila depa bgtau camtu, aku terus tawar hati dah. Sekarang depa tanya aku, masih lagi berminat atau tak..
Kelebihan tempat keja aku sekarang ialah bos aku best...dan yang sempoinya dia cantik serta seksi. Fuiiyoooo!!!! Kerja mcm nak gila pun aku sanggup...hahha!
Dan aku bebas blogging...hahahahha....
Aku blurrr..... dan konpius...
ps: Oh ya! Aku cuti jumaat ni. Aku nak pegi Melaka sat. Ada urusan seri paduka baginda sikit kat sana:)
[Wah..ini entry aku yang ke 50 la..]
Pelik tapi benar.....
Marah akan membuatkan anda bengang. Dan bengang akan mengakibatkan anda mengambil satu langkah drastik yg tak terpikir oleh minda anda yg waras.
Benda yg selalu aku lakukan apabila aku marah:
Ø Isap rokok
Ø Minum nescafe
Ø Basuh baju
Ø Sapu sampah
Ø Makan banyak banyak
Ø Cuci bilik air
Ø Dan dulu aku penah cat umah semasa aku marah…
So, jgn marah marah yea....
Oh! Siapakah itu???
ps: jgn terpedaya ngan gambar..okeh:D
----------------------------------------------------------------------------------------
Semlm lepak ramai2 ngan member. Ada sorang member...dia nak kawin next week. Pastu nak masuk umah baru, umah sendiri. Tapi dok pening...tengah di lemma. Dia sedang berkira kira samada:
a) Nak beli katil
b) Nak beli peti ais
c) Nak beli mesin basuh
d) Nak beli TV
Duit ada ngam2. Mungkin cuma mampu beli 2 barang dulu. Aku suruh beli katil..mustahak tu sebab baru kawin. Dan jgn lupa beli TV. Sebab boring kalau umah tadak TV. Sorang lagi suruh beli mesin basuh sebab senang nak basuh baju. Ada yg suruh beli peti ais...hahahhaa....
Apa pendapat korang????
Barang mana yg patut dia beli???
Pandangan anda amat berguna bagi membantu dia membuat keputusan yg bijak. Nanti aku boleh tolong inform dia.
Okeh..have a nice weekend & Selamat layan kepala!!
ps: saja post gambaq kucing sebab ramai sgt blogger suka bubuh gambaq kucing dlm blog depa...aku pun bubuh sama la...
Hip hip horrraaayyyy!!!!!!!!!
Adoi..pening kepala betoi. Heran ngan perangai manusia nih. Datang jumpa kita, minta tolong. Kita tadak hal. Kita tak kisah sangat. Lagipun dia kawan kita yang baik walaupun kita tau perangai dia tak berapa baik kerana kita sering dan selalu bersangka baik......
Anda okey sekiranya:
Anda tak berapa okey sekiranya:
Kadang2 anda:
Hati menimbulkan perasaan dan perasaan berperang dgn akal...
Ikut hati mati, ikut rasa binasa...
Hati dan perasaan tak boleh dipaksa paksa..
Tetapi akal kita yg menentukan...
Justeru, marilah kita menjaga hati kita...
Jgn terlalu ikutkan hati….
ps: bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Yg penting kita happy:)
My first guitar..bought in 1996, Sentimental value nih..
Kebaikan perokok / merokok yg tidak diketahui ramai org:
Akhir kata….think positif terhadap perokok. Jgn pikir negative ajer. Sebelum mengakhiri entry ini, kita lihat dulu pesanan penaja:
AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:
MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
ayam berkokok waktu petang
ada rokok, mai la sebatang
[Binatang peliharaan 13may]
Past is history
Future is victory
Sometimes...the loneliness is the better ways than happiness...
I'm tired...too tired...
Lepak kat pulau best gak nih...Jom! cuti cuti malaysia!
hangpa semua setuju atau tak??? Terpulang......tapi yg mana jadi suri rumah tu..takyah la keja sebab itu menunjukkan yg laki korang amat2 sayang korang...hehehehe....
Fuh! sebenarnya tadak apa yg aku nak tulis...
Aku nak lepas penat...penat memikirkan benda2 yg terjadi semasa minggu raya nih...
2 -3 hari aku takleh tidoq...
Pikir, pikir dan pikir...
Berhari2 aku dok berbincang....
Berulang2 kali aku berulang SP - Penang...
Pagi SP, petang Penang, mlm SP...awal pagi Penang...
Satu keputusan yg memberi kesan yg besar terhadap masa depan aku...
Hati dilukai...dan melukai hari orang...
Begitulah aku...
Di minggu raya ini...
Hatiku dilukai...
Dan aku telah melukakan hati orang...
Dan finally...alhamdulillah...
Aku berjaya melaluinya dgn tabah...
Walaupun begitu...
Aku terkilan...
Ada orang yg kecewa dgn keputusan yg aku amik...
Tapi aku tak bermaksud demikian...
Demi masa depan...
Aku terpaksa melakukannya...
Perjalanan hidup yg tak seperti yg dirancang...
Semuanya dah tertulis...
Kita hanya merancang...
Mood sekarang dah okey...
Cuma perasaan bersalah masih menghantui diri aku...
Kepada sesiapa yg berkenaan....
AKU MINTAK MAAF....
---------------------------------------------------------------------------------------
[Versi terkini]
Apa yg anda terfikir bila melihat gambar di bawah???
Semlm aku sampai dari SP...pukul 9 lebih. Alih2 terperasan...selipar jepun yg aku dok pakai gi terawih dulu dah kena kidnap...tapi yg musykilnya...hilang sebelah saja...Apa motif disebalik kehilangan sebelah saja selipar jepun aku tuh???? Alang2 nak amik...amik ler 2-2 belah...amik sebelah apa faedahnya...buat susah2 orang saja...
Misteri betoi......
5 things I would do if I were a millionaire:-
5 bad habits:-
5 things I hate doing:-
5 things I'll never do:-
5 things I regret doing:-
5 fave toys or thing:-
5 people I choose to do this:-
Hahahaha….semua pakat buat lagi…..sapa suruh hangpa pandai2 TAG sana sini....
---------------------------------------------------------------------------------------
[Cerita lain]
Hari ni aku dah senyum...equipment dah ok. Thanks buat komando2 yang telah tolong aku. Nanti aku belanja hangpa makan ikan bakar:)
Harga LELONG: ikut budi bicara memasing....
SAMPLE BAJU
Berminat???? Sila hubungi saya dengan segera...Cepat sebelum terlambat. Promosi hanya sah sehingga pagi raya.
SELAMAT MEMAKAI BAJU PUMA DI HARI RAYA!!!!
[Versi Kemaskini Lagi - 28th September 2006]
[Sila zoom untuk mendapat paparan yang lebih baik]
Hadiah misteri menanti untuk 13 customer pertama....cepat sebelum kehabisan stok!
---------------------------------------------------------------------------------------
[Versi KemasKini]
Ok..duit raya untuk korang semua.
Terimalah dengan hati yang ikhlas:)