Saturday, September 23, 2006

Puasa & Hari Raya...

[Versi Kemaskini Lagi - 28th September 2006]

Hmm...sempena raya ni....mungkin ramai yang sedang berusaha untuk mencari pendapatan sampingan....ada yang jual kuih raya, jahit baju, kad raya dan segala mcm mak nenek lagi la...dan ia tak terkecuali jugak ngan aku....aku pun nak cari duit lebih....
Baru baru ni jumpa member...dia kasi satu bisnes suruh aku buat.....pulangan gerenti lumayan....
Kepada semua....
Tahun ini aku dapat permit sementara untuk menjual bunga api dan mercun......tapi la ni stok yang aku ada ganas ganas semua...jenih ..yang bom ..rocket dan sebagainya....bersama entry ini aku sertakan borang pesanan ...sapa2 nak order....boleh order......order ler bebanyak....support ler member ok.....


[Sila zoom untuk mendapat paparan yang lebih baik]

Hadiah misteri menanti untuk 13 customer pertama....cepat sebelum kehabisan stok!

---------------------------------------------------------------------------------------
[Versi KemasKini]
Ok..duit raya untuk korang semua.
Terimalah dengan hati yang ikhlas:)





Duit emas pun ada...

Baju pun ada:)


Duit ni dah tak laku...buat kenangan dah ler..
---------------------------------------------------------------------------------------

Kepada semua:
Selamat menjalani ibadah puasa...

Sila kawal nafsu memasing (termasuk la diri aku sendiri)

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,
tidur kita menjadi ibadah,
amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,
Sungguh cantik kain plekat,
dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung,
yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung,
cuma terlayang entry ini.
Sebelum cahaya syurga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf zahir dan batin....
(copy paste dari email)
---------------------------------------------------------------------------------------
Bila dah habih posa..kita raya....iya..hari raya...walaupun lambat lagi (sebenarnya tak lambat pun) aku dah mula susah hati....

Perkiraan aku untuk menyambut hari raya:

Bagi belanja umah kat kampung untuk hari raya = RM300
anak sedara ada lebih kurang 24 orang...sorang 5 ringgit = RM120 (nak bagi lebih..pokai la aku)
Adik beradik yang mungkin mai umah = RM100 (tiap2 tahun aku cuma standby byk nih)
Budak2 mai beraya = RM100 (bagi sorang 5 kupang dah la..budak2 tak reti pegang duit byk2)
Baju raya = RM200 (ntah la cukup ke tak...)
Bunga api/kad raya/rokok raya/ lain2 = RM200


Total = RM820

Itu tak termasuk bahagian aku nak huha huha lagi.....nak pi jln2 ker....keluar ngan marka lagi...hehehe....

Koman koman aku kena ada lebih kurang RM1000...oh..kena lebih RM1000...takleh kurang RM1000....just cuma nak sambut hari raya 1 atau 2 hari saja....hmmm...

raya mungkin pada 24th October....aku dapat gaji 31st October....so, otomatiknya aku sengkek pada hari raya nanti...

Oleh yang demikian..sukacita dinyatakan di sini....kepada semua yang membaca entry ini...anda dijemput datang ke rumah saya dan jgn lupa bawa duit raya sekali untuk diberikan kepada saya....

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA!!!!!!
(dan selamat LayanKepala)


ps: Silap2 aku kena keja...hampeh!

38 comments:

nanies said...

salam 13may..thanks coz drop by my blog..baguslah tuu..sediakan payung sebelum hujan..ape2 pun semua kena bajet sekarang nie..heheh..aku pun belum tentu ade baju raya tuk bajet thn nie..

Jambu manis beli di pekan
Disusun di atas talamnya perak,
Aku juga ingin ucapkan
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

Ayaq masak said...

Hehehehe selamat berposa dan selamat hari raya siap2 hehehe. Haku nak pi beraya agak-agak abang (aiceh!!) 13may bagi duit raya tak? =P

MerapuMan said...

selamat berposa! aku raya pakai baju tahun lepas jugak.

Sleepless in Gelugoq said...

Selamat menyambut puasa.

13 may, tu seme choobaaannnn.

amanitium said...

dude, kau lupa dana yang diperuntukkan untuk diberi kepada encik amanitium. haha.

Orochi said...

dan juga dana untuk en. orochimaru dari kampung daun.. hahaha... selamat berpuasa.. jangan monteng..

zwitterion said...

ya, sy jugak nak duit raya!.En 13may tak leh pegang duit2 banyak2 nanti lagi dia dok pi berhuha-huha..hehe

shahril aley said...

Sume org minte duit raya kat ko, so aku pun nak minte gak paling kureng pun rm100. nanti raya aku mai umah hang....

nasib baik bulan depan tak banyak klua RM beli keperluan sendiri pasal aku dah kurangkan ape yg perlu & ade yang dah dibeli mase mega karnival....save sikit

selamat nyambut bulan ramadhan al-mubarak....

blackpurple said...

Salam Eid Mubaraq..

Meh la alamat... aku nak datang bagi duit raya nanti senang..... hahaha

kemat said...

selamat berpuasa
awal2 dah bajet raye..
takper pose dulu..

Taiko said...

Puasa yang yok,
Bukak puasa terus hisap rokok.

Hang tak payah hisap rokok la. Save bajet sikit. Kalu gian sangat nak hisap, hang gulung kertas suratkhabar tu, hang bakaq, hang sedut.

Taiko said...

Apasal la hang punya blog ni ada jam. Baru pukul 2 lebih rupanya. Lambat lagi nak bukak posa ni. cis!

Sunan_Jati said...

Waaa.. belanawan utk ketibaan syawal..

pantun satu..

niat dhati nk mkn sahur
tapi bgn dh terlepas sahur
mcm mana nk mkn sahur...
mkn dwaktu sahurla..
huhuhu!
p/s : aku xleh promote belacan la utk hang.. bulan pose belacan kurang laku!

Orang Biasa said...

ehehe..engko pon buat bajet gak ye. samela aku..ntahla kan, agaknye kalau hidup kita nih pakai sistem barter lagi best kot.

Tambang bas = 3 ketul kuih berlainan jenis.
baju nike = 8 kilo daging kambing
sepinggan nasi lauk = 10 ketul siput geweng.

ekekeke! duit..duit..

ontahsapo said...

semoga dimurahkan rezeki tahun ni... ada tu,

Ayaq masak said...

Saya sokong taiko!!! KAte nak berenti isap rokok huhuhuh.

Lan Rambai said...

mak aii.. awalnya dah buat bajet.... baju anak-anak aku ko tak masukkan pulak dalam bajet tu... sorang rm200 cukuplah...

bayangkan bila dah beranak pinak nanti nak sambut raya camna.. :(

shears said...

budak2 skang agak kurang ajar mintak duit raya...siyes

Aku Bukan Bidadari said...

Cheq..masih layak dpt duit raya dak?? hehehehe

bunga rampai said...

Salam Ramadhan,

Tak payahlah bajet untuk rokok raya...bagi kat saya duit tu lagi bagus...hehehe...

Selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat berterawih.

aarin said...

awak dah jimatkan masa saya tok kita budget raya...sbb lebih kurang sama jer budget kite
Biasalah bila raya nie, kena hulur pada ibubapa...thn nie bln puasa saya rasa cam kemeriahannyer berkurangan, nape yer?

Ayaq masak said...

Alaaaa ape kes bagi duit raya virtual. Tau la skarang zaman maltimidia super koridor takkan duit raya pun virtual kotts. Hampeh. Haha.

Ayaq masak said...

Eh lagi satu, wey patutnya hang boh cop 'contoh' kat duit ketaih tuu mana bleh post camtu ja.

Ayaq masak said...

Eh lagi satu, wey patutnya hang boh cop 'contoh' kat duit ketaih tuu mana bleh post camtu ja.

shahril aley said...

time kasih la 13may pasal 'bagi duit raya' yang teramat banyak skali tapi malangnya tak boleh masuk akaun bank aku la....ish ruginya....klu boleh aku dah boleh beli kasut baru ;(

zwitterion said...

sy nak duit emas!

blackpurple said...

Siap ada n3 kemaskini tuh....hehehe

esis said...

appaara orang raya ko keje... hahaha

Orochi said...

hahaha... bagi duit camtu aku pun bleh..

Nieys Zahri said...

hai tuan rumah,

kunjungan balas dari saya. selamat berpuasa.. dah tunjuk gambar duit raya ingatkan nak bagi duit raya.. rupanya ada pesanan lain yer.. hehe.. :D

shahril aley said...

wei bagi semua sekali. berapa harga aku kena bayar kat hang?nanti hang anta bill kat umah aku.semua mercun tu anta time sehari sebelum raya.aku nak beraya sakan sepanjang malam.

bunga rampai said...

Hahaha...layan kepala betul! Kenyang gelak eh.
Cuba hubungi Khidmat Negara, pasti laku :D

Ayaq masak said...

Saye nak mercun ketupat jek. Ade tak? Hohoho.

Orang Biasa said...

aku nak duit pokok pisang zaman Jepang..ade tak? Kalu ade, bagi sekati.

kemat said...

aku nak order kete kebal tu la..tapi lesen D leh bawak ker..JPJ saman tak

CiCiKang said...

selamat berpuasa 13may... terima kasih kerana mengunjungi blog kami.

cikkumbang said...

mak aih.banyaknye tanggungjawab. lagu raya pon tak kuar lagik kat radio ko dah penin kpala. weh! mercun katak & mercun lalat tadek ke?aku dah lama cari.nak tunjuk kat anak buah aku. nanti bleh la aku main mercun sambil makan karipap raya nanti.

Orochi said...

la.. ko pun ada jual.. penat aku order kat dari al-qaeda kat afghanistan.. dah la kena cukai..

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may