Thursday, March 20, 2008

132: Semulajadi...

Secara am, pompuan amat setia dengan pasangan mereka. Jika dalam hati pompuan itu telah bertahta seorang lelaki, maka lelaki lain jangan harap dapat memiliki hati pompuan tersebut. Pendek kata, pompuan berpendapat hatinya bukan untuk dikongsi kongsi. Berbanding lelaki, rata rata lelaki juga amat setia dengan pasangan mereka. Cuma yang menjadi masalah, lelaki merupakan kaum yang jarang mempunyai sifat sifat kedekut lagi bakhil. Atas dasar itu, lelaki bukanlah sengaja mencari pompuan lain walaupun hatinya telah ada pompuan yang bertahta. Cuma secara semulajadi, lelaki merupakan kaum yang pemurah dan sudi hatinya yang kecil itu dikongsi kongsi oleh seberapa ramai pompuan yang mampu. Hehhe..

Pompuan juga adalah kaum yang kuat semangat dan sentiasa nekad dengan keputusan mereka. Jika pompuan telah mebuat keputusan untuk menerima seorang lelaki dalam hidupnya, maka seluruh hidup pompuan itu akan menjadi milik lelaki tersebut. Mereka sanggup mengharungi apa saja bersama pasangan mereka dan langsung tak pernah pernah jemu dengan pasangan mereka. Berbanding kaum lelaki, mereka juga nekad dan sentiasa berpegang teguh dengan keputusan yang di ambil. Jika lelaki menerima seorang pompuan, maka pompuan itu akan terpahat selama lamanya dalam hidup lelaki tersebut. Cuma yang menjadi masalah, lelaki merupakan golongan yang sentiasa mencari jalan untuk menjana idea baru serta memperkembangkan idea idea mereka itu . Jadi lelaki bukanlah sengaja mencari pompuan lain walaupun lelaki tersebut telah mempunyai teman wanita, cuma ia hanya salah satu teknik atau langkah mencari idea untuk meneruskan kehidupan kerana dengan meningkatkan pergaulan serta menambah kenalan terutamanya pompuan, ini akan mengalakkan pertumbuhan akal fikiran. Ini juga merupakan sifat semulajadi. Hehhe...

Rata rata kasih sayang pompuan terhadap lelaki amat sukar di gugat. Pompuan kalau dah sayang terhadap seorang lelaki, pompuan sanggup sehidup semati hingga ke akhir hayat. Betapa tingginya rasa cinta pompuan terhadap seorang lelaki. Ini kerana pompuan berpendapat kasih sayang itu biarlah hingga ke lubang kubur. Berbanding lelaki, mereka juga mempunyai kasih sayang yang amat sukar di gugat. Cuma yang menjadi masalah, lelaki merupakan kaum yang sentiasa mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Atas dasar itu, lelaki bukanlah sengaja mencari atau mudah di goda oleh pompuan lain walaupun kasih sayang lelaki tersebut terhadap temannya amat tinggi. Cuma lelaki adalah kaum yang semulajadi sentiasa mencari peluang dan sentiasa dahagakan pengalaman baru. Sebab itu lelaki amat pantang berjumpa dengan pompuan lain, mesti nak mencuba nasib kerana bagi lelaki, belum cuba belum tahu. Hehhe…

Akhir sekali, pompuan merupakan kaum yang lemah lembut dan amat menyayangi pasangan mereka. Walaupun kadang kadang fizikal pompuan nampak tegas, tegap dan nampak keras, namun hati pompuan tetap mempunyai nilai nilai murni seorang pompuan. Keras di luar tetapi lembut di dalam. Berbanding lelaki, hati lelaki juga lembut dan amat menyayangi teman wanita mereka. Cuma yang menjadi masalah, lelaki adalah kaum yang kuat samada dari fizikal atau mental. Jadi bukanlah lelaki sengaja mencari pompuan lain. Tetapi ini adalah secara semulajadi, lelaki juga mempunyai nilai nilai murni seorang lelaki iaitu keras di luar dan juga 'keras' di dalam. Errr..errr....lupakan saja...
Kesimpulan:
Bukan ku pinta jadi sebegini......

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may