Tuesday, August 28, 2007

106: Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Pompuan rasa merdeka bila:
Lelaki tak pernah melarang dia keluar berpoya poya dengan teman sejantinanya..
Tapi apa makna merdeka bila:
Lelaki tu asyik memerhati gerak gerinya secara senyap senyap…
Macam tak percaya kat dia plak.

Lelaki rasa merdeka bila:
Pompuan tak pernah bertanya kemana saja lelaki itu pergi.
Tapi apa makna merdeka bila:
Pompuan tu juga tak pernah bertanya bila lelaki tu nak jumpa dia.
Macam dah tak ambik peduli saja.

Pompuan rasa merdeka bila:
Boleh berbelanja sesuka hati tanpa di larang oleh teman lelaki.
Tapi apa makna merdeka bila:
Teman lelaki asyik menyindir barang yang di beli oleh mereka.
Macam jaki ajer…

Lelaki rasa merdeka bila:
Pompuan berhenti berleter..lapang rasa dada.
Tapi apa makna merdeka bila:
Pompuan tu turut sama mogok dan protes…
Diam membisu…tanya sepatah jawab sepatah.
Macam cakap ngan dinding pulak..

Pompuan rasa merdeka bila:
Boleh bersenang lenang dan bersantai kat umah tanpa ada gangguan.
Tapi apa makna merdeka bila:
Tetiba bekalan elektrik dan air terputus…huiii…tensen!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-50!

ps: Penulis bercuti dari 29th August - 03rd September. Jaga diri semua :)

Thursday, August 23, 2007

105: Amik kesempatan???

1) Atas dasar keselamatan, pompuan cuba memeluk lelaki semasa membonceng motosikal dengan alasan cuaca sejuk dan juga takut terjatuh. Padahal selalunya jika lelaki membawa pompuan naik moto, lelaki akan bawa slow slow ajer. So pompuan tu mcm amik kesempatan ajer kan??? Hahha…

2) Demi keselamatan, pompuan yang berkasut tumit tinggi meminta lelaki memimpin tangan semasa menuruni tangga. Pada masa yang sama, lelaki juga di minta untuk mengangkat barang barang semasa menuruni tangga tu. Nampak sangat amik kesempatan kan??? Hahha…

3) Atas tiket keselamatan, pompuan meminta lelaki jalan rapat rapat dan berpimpingan tangan dengannya semasa berada di khalayak ramai kerana bimbang dia diraba oleh orang orang yang tak berkenaan. Lagipun kalau laki tu hilang, sapa yang hantar pompuan tu pulang nanti. So, pompuan itu menggunakan sepenuhnya kesempatan yang ada. Hahha…

4) Pompuan rasa keselamatan mereka agak terjamin jika teman lelaki mereka berjalan di belakang mereka. Mana la tau, time time jalan tu terdapat ’kebocoran’. Boleh gak laki tu tolong cover cover. Pandai betoi amik kesempatan. Hahha…

5) Pompuan tak teragak agak memberi number telefon kepada lelaki kerana pompuan tu mungkin boleh menghubungi lelaki tersebut kiranya berlaku kecemasan. Tak pun lelaki tadi boleh dibuat tempat menghilangkankan kesunyian tatkala pompuan tu tengah boring.Err…macam amik kesempatan saja…Hahha…

Kesimpulan:
Lagi sekali, lelaki memang mengutamakan keselamatan.
Pompuan pulak bijak mengambil kesempatan.
Hahha hahha…kena balik :P

Friday, August 17, 2007

104: Merapu???

1) Jika baju lelaki kedut kedut, lelaki akan mengatakan bahawa dia tak sempat nak gosok baju walaupun sebenarnya lelaki itu langsung tak tahu seterika baju. Tapi jika baju pompuan kedut kedut dengan alasan tak sempat nak gosok, ini merapu sebab pompuan takkan pakai punya baju yang kedut kedut nih. Hehhe…

2) Jika lelaki tak tukar pakaian selama 2 – 3 hari, lelaki akan berkata bahawa kedai dobi tutup atau tak sempat nak basuh, tak pun di sebabkan cuaca tak elok. Tapi jika pompuan tak tukar tukar pakaian lebih daripada satu hari..ini dah merapu kerana pompuan kalau boleh, satu hari saja nak tukar banyak banyak pasang pakaian. Hehhe…

3) Jika lelaki malas nak hadir sesuatu majlis, lelaki akan berkata bahawa dia tak ada kasut yg sesuai untuk di pakai. Tapi jika pompuan kata dia tak ada kasut yg sesuai di pakai untuk sesuatu majlis…ini dah merapu kerana perkara ini agak mustahil. Sebab cuba periksa rak kasut mereka…cakap ajer nak jenis kasut apa. Hehhe…

4) Jika lelaki tak beli baju untuk jangkamasa yang panjang, lelaki akan berkata baju yang lama masih elok dan masih selesa di pakai. Tapi jika pompuan tak beli baju untuk jangkamasa yang lama, bunyinya agak merapu kerana pompuan mempunyai sifat “ter..ter” dan gemar bergaya serta up-to-date ngan fesyen fesyen pakaian. Hehhe…

5) Jika lelaki tak pakai baju di khalayak ramai, lelaki akan berkata cuaca panas sangat. Tapi kalau pompuan tak pakai baju di khalayak ramai…ini memang merapu! Sungguh!!!

Kesimpulan:
Merapu lelaki adalah merapu berhemah. Hehhe...
Atau aku yang dah makin teruk merapu????

Monday, August 13, 2007

103: Sedar tak sedar...

1) Pompuan sebenarnya tak memandang kepada kebendaan. Mereka juga bukan jenis kaum yang mata duitan. Tapi secara sedar tak sedar…duit lelaki adalah duit pompuan, duit pompuan adalah duit pompuan jugak. Huh!

2) Pompuan sebenarnya adalah jenis yang berfikiran terbuka. Tak kisah jika pasangannya keluar berpeleseran, asalkan tak melampaui batas. Tapi secara sedar tak sedar…kejap kejap tepon, kejap kejap sms. Huh!

3) Pompuan sebenarnya adalah jenis taat dan penuh kepercayaan terhadap pasangannya. Risau sangat sangat tentang keselamatan pasangannya tambah tambah jika pasangan asyik di tugaskan ke luar kawasan. Tapi sedar tak sedar, kalau boleh ke mana mana pasangannya pergi, mereka hendak ikut sama... Huh!

4) Pompuan sebenarnya amat prihatin dan penyayang. Mereka sentiasa memerhatikan dan memantau gerak geri pasangannya. Tapi sedar tak sedar, mereka sebenarnya mengawasi atau mengongkong pergerakkan pasangannya. Huh!

5) Pompuan sebenarnya mempunyai pemikiran yang kreatif dan amat pandai mencari jalan penyelesaian. Kiranya mereka kehabisan duit akibat ’ter’beli, ’ter’belanja atau ’ter.. ter...’ apa lagi la, mereka dapat bersemuka dengan pasangannya tanpa rasa takut atau bersalah. Dan dalam sedar tak sedar...pasangannya hanya mampu tersenyum dan geleng geleng kepala sambil berkata dalam hati ’pompuan pompuan’....hahha :D

Kesimpulan:
Lelaki mudah terpukau ngan pompuan. Sebab tu asyik jadi sedar tak sedar ajer…

Hahha…peace!

Thursday, August 09, 2007

102: Tahukah anda???

  1. Pelajar pompuan selalunya amat cemerlang dalam bidang akedemik berbanding lelaki. Ini kerana pelajar pompuan begitu tekun terhadap subjek yang diajar manakala pelajar lelaki selalunya begitu tekun memberi tumpuan kepada guru terutamanya guru pompuan yang mengajar.

  2. Pelajar pompuan selalunya serius dalam sessi perbincangan, manakala pelajar lelaki amat serius menyampuk semasa sessi perbincangan dengan pelajar pompuan tadi.

  3. Pelajar pompuan selalu hadir awal dalam kelas, manakala pelajar lelaki pula selalu datang awal balik pun awal.

  4. Pelajar pompuan rajin membuat ulangkaji serta latihan, manakala pelajar lelaki rajin menyuruh pelajar pompuan buat ulangkaji atau latihan untuk mereka.

  5. Majoriti pelajar pompuan adalah ulat buku, manakala pelajar lelaki kebanyakkannya adalah ulat bulu...

Sekian, terima kasih :)

Saturday, August 04, 2007

101: Kata kata...

Jika pompuan berkata:
“Tak payah susah2 datang amik saya, saya boleh pergi sendiri!!!”
Maksudnya:
Lelaki tersebut hendaklah pergi menjemput pompuan tu dengan kadar segera jika anda tak mahu terjadinya sebarang krisis.
Jika lelaki berkata:
“Tak payah susah2 datang amik saya, saya boleh pergi sendiri!!!”
Maksudnya:
Lelaki tersebut hendaklah menelefon kawan2 lelakinya yang lain dengan kadar segera supaya menjemput beliau sebab pompuan tadi memang takkan datang jemput punya.

Jika pompuan berkata:
“Jangan cuba telefon saya dah!!!”
Maksudnya:
Lelaki hendaklah jangan putus asa untuk menelefon pompuan tu. Buruk akibatnya jika anda tidak menghubunginya.
Jika lelaki berkata:
“Jangan cuba telefon saya dah!!!”
Maksudnya:
Sakit jiwa la lelaki tu tadi menunggu pompuan tu untuk menghubunginya.

Jika pompuan berkata:
“Saya tak kisah kalau awak tak mahu jumpa saya dah!!!”
Maksudnya:
Lelaki tadi hendaklah cepat cepat tetapkan masa dan tarikh untuk jumpa pompuan tu tadi. Sebab pompuan tu benar benar nak jumpa ngan lelaki tu tadi.
Jika lelaki berkata:
“Saya tak kisah kalau awak tak mahu jumpa saya dah!!!”
Maksudnya:
Lelaki tadi cepat cepat la tetapkan masa dan tarikh nak jumpa jugak. Kalau tak, selamat tinggal la jawabnya!

Jika pompuan berkata:
“Takpa, duit takde kita keluar jalan jalan ronda ronda cukup la…”
Maksudnya:
Lelaki tadi hendaklah membuat budget yang secukupnya, sekurang kurangnya cukup untuk makan.
Jika lelaki berkata:
“Takpa, duit takde kita keluar jalan jalan ronda ronda cukup la…”
Maksudnya:
Lelaki tadi pun terpaksa buat budget kurang kurang cukup untuk makan. Dan jangan lupa, makan siap siap kat umah. Kalau tak nanti, kebulur ler..

Jika pompuan berkata:
“Saya benci awak dan tak mau tengok muka awak dah!!!”
Maksudnya:
Lelaki tu perlu kerja keras untuk memenangi hati pompuan tu semula.
Jika lelaki berkata:
“Saya benci awak dan tak mau tengok muka awak dah!!!”
Maksudnya:
Pompuan tu tak perlu buat apa apa. Cuma tunggu lelaki datang balik…hehhe

Kesimpulan:
Langsung tak paham…
Hmm…

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may