Selamat Hari Raya AidilAdha....dan selamat bercuti semua....
Sebenarnya, aku sakit kepala 2-3 menjak nih...kepala otak ada kacau kacau sikit...
Wednesday, December 19, 2007
126: SakitKepala
Thursday, December 13, 2007
125: Maaf...
Kepada semua...
Maaf kerana lama tak updet. Aku tak berapa sihat 2-3 hari nih. Dan terlalu busy dengan keja keja yang bertimbun timbun. Di samping itu, sibuk ngan penggambaran untuk cover majalah majalah ni semua...
Terima kasih kerana sudi menjenguk ke sini...dan aku akan updet seberapa segera yang mungkin bila ada kelapangan nanti...
Peace!
Thursday, December 06, 2007
124: Awet muda???
Rata rata pompuan amat sukar melemparkan senyuman terutamanya pada kaum berlainan jantina. Mereka buleh buat kering kering saja andainya berselisih dengan orang. Ada juga tidak mahu membalas senyuman terutamanya dari lelaki yang mereka tidak kenal. Kadang kadang sesama pompuan sendiri pun sudah nak senyum. Berbanding lelaki yang sentiasa melemparkan senyuman tidak kira jantina, tua muda, masa atau tempat. Lelaki amat mudah tersenyum jika berselisih samada orang itu dikenali rapat atau sebaliknya. Itu belum kira terserempak ngan pompuan pompuan cantik serta comel comel, lagi la lelaki ini mudah tersenyum.
Kebanyakkan pompuan mempunyai tido yang kurang mencukupi. Pompuan selalu tido lambat pada waktu malam dan selalunya bangun awal pagi. Ini menyebabkan gangguan pada sistem badan dan seterusnya akan mengakibatkan kemurungan. Lelaki pulak sebaliknya di mana lelaki selalunya mempunyai tempoh tido yang amat ideal serta kadang kadang melampau lampau. Lelaki berupaya untuk tido melebihi 12 jam. Ada juga lelaki kalau boleh tido...alamatnya macam orang mati. Bila terasa lapar atau ada hal mustahak baru lelaki ini akan bangun dari tido. Bila mempunyai tido yang secukupnya, maka badan akan sentiasa cergas dan muka sentiasa ceria.
Majoritinya pompuan akan mengawal pemakanan mereka. Mereka selalunya mengambil makanan yang agak tak patut..contohnya cuma makan nasi satu sudu. Oh! Tak dapat bayangkan camna buleh kenyang dengan makan nasi satu sudu tuh. Bila makan tak kenyang, maka secara otomatik kita akan ada gangguan mental. Sebab kita amat mudah jadik marah jika kita asyik kelaparan. Bila asyik marah marah, maka secara tak langsung emosi kita akan terganggu akan mencepatkan proses penuaan. Berbanding lelaki, selagi buleh sumbat dalam mulut...lelaki akan sumbat. Selagi tak sakit sakit, lelaki akan telan. Pendek kata, tolak batu dengan kayu saja. Apabila kita berasa puas makan, kita akan berasa gembira. Macam peribahasa kenyang perut senang hati. Bila senang hati otomatiknya mental kita akan sihat dan melambatkan proses penuaan.
Pompuan juga senang berasa runsing tak tentu hala. Jika ada masalah kecil pun, mereka sudah susah hati. Contohnya baju takde untuk pegi umah orang kawin. Perkara macam ni pun akan membuatkan pompuan berasa runsing dan susah hati. Pening memikirkan pakaian mana yang hendak dipakai semasa bertandang ke rumah kenduri nanti. Runsing adalah salah satu penyakit yang melibatkan mental dan fizikal. Bila runsing, kita akan sering sakit kepala. Bila sakit kepala asyik nak gosok gosok kepala. Bila asyik asyik gosok kepala, lama lama rambut akan gugur. Rambut gugur menandakan kita sedang mengalami proses penuaan. Berbanding lelaki yang boleh dilihat amat jarang menjadi runsing. Sebab lelaki selalu berpendapat, semua masalah boleh diselesaikan. Lelaki juga sering menganggap masalah yang dihadapinya adalah masalah kecil. Walaupun kadang kadang lelaki juga runsing dan asyik gosok kepala hingga rambut gugur sampai hampir botak, tapi botak macho hapa...
Akhir sekali, anda semua tentu pernah dengar tentang ungkapan kepada lelaki: Makin tua makin menjadi???
Ungkapan ini selalunya diuturkan oleh pompuan kepada lelaki. Jika dikaji kaji...ungkapan ini akan di ucapkan apabila pompuan jeles dengan kehidupan lelaki yang sering bersuka ria walaupun umur sudah semakin meningkat. Sifat jeles itu secara tak langsung akan membuatkan pompuan berasa stress dan tertekan. Bila asyik tertekan, sudah pasti muka akan cepat berkedut kedut dan secara tak langsung akan membuatkan pompuan kelihatan tua. Tapi pompuan harus tahu, kaum lelaki ini walaupun mereka sudah berumur, hati mereka tetap muda. Sebab tu makin menjadi jadi....hehhe
Kesimpulan:
Jangan jeles :P
Friday, November 30, 2007
123: Huh!
Lelaki juga amat prihatin terhadap pompuan. Mereka akan sentiasa memastikan pompuan mendapat perhatian yang secukupnya bila pompuan itu memerlukan mereka. Lelaki itu akan sedaya upaya mencari dan cuba menghabiskan masa bersama pompuan tersebut. Walau begitu, lelaki juga kadang kadang memerlukan perhatian dari pihak pompuan. Dan sebagai tanda prihatin, pompuan juga akan cuba memberi sokongan tetapi takkan sekali sekali datang berjumpa lelaki itu kerana jika berjumpa, pompuan rasa itu hanyalah membuang masa mereka. Huh!
Ada juga lelaki yang begitu bersifat peramah. Lelaki sebegini akan memastikan setiap pertemuan mereka dengan pompuan akan menjadi ceria. Lelaki akan bersembang, bercerita dan sebagainya agar pompuan itu sentiasa rasa terhibur. Walau begitu, lelaki juga rasa terhibur jika pompuan itu sentiasa bercerita dan bersembang dengan mereka. Dan sebagai menunjukkan keramahan mereka, pompuan akan bercakap dan bersembang dari satu cerita ke satu cerita tetapi hanyalah cerita yang berulang ulang. Huh!
Sebagai lelaki yang penyayang, mereka akan cuba memastikan pompuan mendapat perlindungan yang sepatutnya apabila mereka keluar berjumpa. Lelaki akan memastikan keselamatan pompuan itu terjamin dan akan melakukan yang terbaik jika berlaku sesuatu bencana atau ancaman. Tidak kurang jugak dengan pompuan, mereka juga akan cuba melahirkan sifat penyayang mereka jika sesuatu terjadi ketika mereka keluar bersama. Dan pompuan akan cuba memberi perlindungan kepada lelaki jika terjadi sesuatu bencana atau ancaman walaupun sebenarnya mereka hanya duduk berdiri menjerit kuat kuat. Huh!
Akhir sekali, lelaki juga akan menunjukkan sifat mereka yang budiman. Mereka akan melayan pompuan dengan layanan yang paling istimewa jika mereka keluar berjumpa. Lelaki akan cuba memenuhi serta menuruti segala kehendak pompuan tuh. Walau begitu, lelaki juga mengharapkan layanan yang istimewa dari pompuan bila mereka keluar bertemu. Dan jika hendak mendapat layanan istimewa dari pompuan, lelaki juga yang terpaksa memenuhi serta menuruti segala kehendak pompuan tuh. Huh!
Kesimpulan:
Argh!!! Tak puas hati!
Monday, November 26, 2007
122: Adess....
Lelaki: Helo...ada apa???
Pompuan: Emergency...tolong beli 'pad' kejap. Stok kat umah dah abis. Tolong hantar kat umah yea. Cepat sikit ..
Lelaki: Hoh?? Segan la...
Pompuan: Alaa...mintak tolong nih...pi ajer 7-Eleven..kan ada member kat situ..
Lelaki: Hmmm....Okeh..tunggu dalam 10 minit.
10 minit kemudian....
Lelaki: Nah benda yang suruh beli tadi...
Pompuan: Laaa...apsal beli yang ada wings punya???!!! (Dan terus merungut rungut....)
Lelaki: Laaa...mana la nak tau....
Scene 2: Si lelaki sedang makan kue teow kerang bersama seorang kawan. Telefon berbunyi...
Lelaki: Helo...
Pompuan: Tolong beli pad kejap. Tapi jangan beli yang ada wings punya tau...
Lelaki: Okeh...tunggu kat umah.
20 minit kemudian...
Lelaki: Nah...ni takde wings punya...
Pompuan: Laaa...ni 'panty liner'...bukan 'pad'!!! (Dan terus merungut rungut....)
Lelaki: Laaa...mana la nak tau....
Scene 3: Si lelaki sedang tengok TV kat umah. Dapat mesej " Jom kuar..teman beli pad". Si lelaki bersetuju lalu membalas " Okeh..tunggu kat umah"
25 minit kemudian si lelaki pun tiba di umah pompuan tuh...isap rokok, tunggu kat luar 10 minit...
Pompuan: Sori..lambat sikit. Tolong tengok tudung orang nih..ada senget dak??
Lelaki: Hmm...okeh ajer...
Pompuan tak puas hati ngan jawapan lelaki, lalu membelek cermin keta..
Pompuan: Laaa...ni senget sikit la...tengok tudung senget pun tak reti..kang keluar, malu ajer pakai tudung senget (Dan masuk umah untuk membetulkan tudung sambil merungut rungut)
Lelaki: Laa...mana nak tau...
Scene 4: Jalan raya sesak. lelaki layan kepala dengan mendengar lagu.
Lelaki: Laa....kan tengah jem nih...bukannya saja nak slow...
Pompuan: Huh! Tu la..yang datang bawa keta apsal??? Kan baguih tadi kalau mai naik moto saja..tak sangkut dlm jem camni! (Dan terus merungut rungut)
Lelaki: Laa...mana nak tau....
----------------------------------------------------------------------------------------
Scene 5: Dalam perjalanan pulang...dalam kereta...
Pompuan: Sakit nak period...lagipun pompuan nak period memang moody satu macam...tu pun tatau ker???!!!
Lelaki: Laaa...mana la nak tau...(sambil tergelak gelak kecil)
Kesimpulan:
Adesss...nasib baik comei :)
Tuesday, November 20, 2007
121: Ceh!
2) Pompuan sanggup datang dari jauh, beribu ribu batu hanya kerana ingin menemui teman lelaki mereka. Mereka sanggup mengambil cuti dan melupakan hal hal peribadi, semua hanya kerana lelaki itu. Tetapi lelaki pun sama gak. Sanggup datang beribu ribu batu jugak, semata mata ingin bertemu dengan pompuan tuh…tapi mesti ada maksud lain..contoh nak pinjam duit ker, nak minta tolong apa apa ker! Ceh!
3) Pompuan sanggup berdiam diri apabila krisis berlaku dalam hubungan. Ini supaya perkara ini takkan berlarutan hingga peringkat yang tak terkawal. Lelaki jugak kadang kadang berdiam diri jika ada krisis…pastu terus dia mengamuk macam orang gila. Ceh!
4) Pompuan kadang kadang selalu membeli hadiah yang mahal mahal untuk lelaki sebagai tanda penghargaan. Mereka tidak kisah walaupun mereka kesempitan wang akibat dari pembelian hadiah tersebut. Begitu jugak dengan lelaki, selalu membeli hadiah…dan selalu mintak balik atau pinjam balik hadiah tuh bila sesak sesak. Ceh!
5) Pompuan sanggup tak makan kerana susah hati memikir tentang lelaki. Mereka berasa sangat risau dan hilang selera makan. Begitu jugak dengan lelaki, mereka juga berasa risau dan susah hati bila memikirkan tentang pompuan…tetapi tak pernah hilang selera makan! Hehhe..
Kesimpulan:
Serupa tapi tak sama :D
Tuesday, November 13, 2007
120: Satu macam? Lain Macam?
2) Pompuan selalunya jadi takut satu macam jika berada di suatu tempat yang gelap. Mereka sering membayangkan sesuatu yang ngeri akan terjadi pada diri mereka andainya berada di tempat yang gelap itu. Tapi selalunya mereka tak pernah takut andai teman lelakinya membawa mereka pergi ke tempat yang gelap gelap. Ini lain macam. Hahha...
3) Adakalanya lelaki kelihatan baik satu macam jika rajin berkunjung ke rumah kawan pompuan untuk bertemu dengan kaum keluarga pompuan itu. Kerap bertandang untuk bertanya kabar. Tetapi jika lelaki itu asyik berkunjung pada waktu malam saja dan kadang kadang selalu hendak bermalam di rumah pompuan tuh, ini lain macam. Hahha..
4) Pompuan kadang kadang akan menjerit satu macam dengan kuat sekali jika dikejutkan oleh perkara perkara yang berlaku secara spontan seperti bunyi letupan, bunyi benda jatuh dan sebagainya. Mereka mungkin hilang kawalan atau kewarasan sementara akibat terlalu terkejut. Namun jika teman lelakinya menyentuh atau mencuit mereka secara spontan, otomatiknya mereka akan menjerit..tapi jerit perlahan lahan. Ini lain macam. Hahha...
5) Lelaki akan rasa syok satu macam bila di peluk peluk oleh kawan pompuan. Rasa bahagia ajer. Kalau peluk lagi lama lagi bagus. Tapi jika lelaki rasa syok dan bahagia bila di peluk peluk oleh kawan lelaki, ini memang sah lain macam! Hahha…
Aku busy satu macam minggu nih hingga minggu depan...hahha
Wednesday, November 07, 2007
119: Perjumpaan - Part 2
Lelaki bawa pasangan berjumpa bapa – Dalam situasi ini, lelaki itu sebenarnya ingin meminta pendapat kerana lelaki tersebut mungkin belum berapa pasti dengan pilihannya. Dengan bantuan bapanya yang jauh berpengalaman, dia mungkin dapat melihat kelebihan dan kekurangan teman wanitanya itu. Maklum la, orang lama…
Lelaki membawa pasangan berjumpa adik, abang atau kakak – Sebenarnya lelaki tersebut sudah kehilangan idea untuk mencari tempat dating. Oleh itu, jalan terbaik berjumpa dengan adik beradiknya yang lain...
Lelaki membawa pasangan berjumpa datuk / nenek – Hal ini terjadi selalunya kemungkinan hubungan mereka tidak direstui oleh ibubapa lelaki tersebut. Dengan berjumpa dengan datuk/nenek, berkemungkinan datuk/nenek itu dapat menasihati ibubapa lelaki tersebut. Ini kerana, datuk/nenek amat sayangkan cucu berbanding anak sendiri.
Lelaki membawa pasangan berjumpa kawan lelakinya – Lelaki tersebut sebenarnya ingin menunjukkan bahawa dia juga berkemampuan untuk mengorat dan memiliki teman wanita. Tapi kemungkinan juga lelaki tersebut hendak rekomen temannya itu kat kawan kawan
Lelaki membawa pasangan berjumpa kawan pompuannya – Lelaki tersebut ingin menunjukkan dia dah ada pasangan...so, kawan kawan pompuannya terpaksalah jeles dan takleh nak mengharap apa apa dah dari lelaki tersebut..
Thursday, November 01, 2007
118: Anda setuju???
Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.
Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.
Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…
Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.
Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan….anda setuju???
Wednesday, October 24, 2007
Tuesday, October 09, 2007
116: Rehat sebentar...
Semusim telah berlalu
Termenung dan tersenyum
Menjelma secebis memori
Suka dan duka
Riang dan gembira
Mengalir airmata
Pedih pilu menusuk hati
Buat teman semua
Ku sembahkan nukilan ini
Tanda pengganti diri
Ampun maaf di pinta
Moga riang bergembira
Damai suasana penuh bahagia
Pada hari indah berseri
Selamat Hari Raya AidilFitri
Saturday, October 06, 2007
115: Bagus bagus...
2) Pompuan kadang kadang suka marah jika teman lelakinya asyik keluar minum minum bersama kawan kawan kat kedai nasi kandar, mapley tepi jalan, gerai char kue teow dan lain lain. Ini adalah kerana pompuan berpendapat jika kaum lelaki ni berkumpul, ada saja niat songsang mereka. Padahal pompuan harus sedar...tabiat lelaki yang suka minum kat luar sebenarnya menguntungkan pompuan. Ini kerana pompuan tak payah bersusah payah membuat minuman apabila berkahwin kelak. Ini secara tak langsung menjimatkan penggunaan tenaga air serta elektrik. Di samping itu, pompuan jugak tak payah susah susah basuh cawan atau gelas 3-4 kali sehari. Kan bagus tuh....
3) Pompuan kadang kadang tak suka jika teman lelakinya kuat tido. Ini kerana bagi mereka jika lelaki kuat tido adalah satu tabiat yang tak bagus serta merugikan masa. Tetapi tabiat kuat tido lelaki sebenarnya amat menguntungkan pompuan terutamanya jika pompuan itu terpaksa bertugas ke luar kawasan. Mereka tak payah risau tentang kelakuan teman lelaki mereka hendak berpoya poya dengan pompuan lain terutamanya pada hari cuti hujung minggu. Ini kerana sudah pasti teman lelakinya hanya akan tido, tido dan tido. Dan pompuan itu pun dapat bekerja dengan aman dan tenteram. Kan bagus tuh...
4) Pompuan kadang kadang sakit hati dan marah jika teman lelakinya seorang yang agak boros. Bagi mereka, apa salahnya simpan sedikit duit tu untuk kegunaan di waktu sesak. Ni tak, beli belah sampai tak sedar diri. Tetapi pompuan seharusnya rasa bertuah walaupun mempunyai teman lelaki yang boros. Ini kerana, jika lelaki pergi menghabiskan duit...duitnya habis kerana membeli barang untuk wanita itu jugak. Kan bagus tuh...
5) Pompuan kadang kadang naik angin jika teman lelaki asyik menelefon lewat lewat malam. Tak buleh ker tepon awal sikit??? Bagi pompuan, telefon lewat lewat malam ni hanya mengganggu sessi tido mereka. Padahal mereka tak sedar yang mereka amat beruntung, perbuatan teman lelaki yang suka menelefon lewat lewat malam menunjukkan lelaki itu amat mengambil berat tentang keselamatan serta keadaan teman wanitanya. Lelaki tersebut mahu memastikan teman wanitanya telah berada di rumah dengan selamat. Kan bagus tuh....
Kesimpulan:
Pompuan garang! Asyik nak marah marah ajer...hahha :P
Monday, October 01, 2007
114: Kreatif???
1) Bawa baju spare dalam kereta
Alasan biasa: Secara am, taktik ini digunakan oleh lelaki yang sentiasa bekerja luar kawasan atau terpaksa melakukan banyak aktiviti selepas waktu keja.
Alasan kreatif: Sebenarnya, pakaian tersebut seringkali digunakan untuk keluar berpoya poya dengan pompuan lain selepas waktu keja tanpa pengetahuan teman wanita sendiri. Kreatif sungguh!
2) Beriya iya gelapkan cermin kereta (tinted)
Alasan biasa: Secara am, taktik ini digunakan untuk proses mencantikkan kereta dan juga untuk kesihatan…perlindungan dari cahaya panas.
Alasan kreatif: Sebenarnya, cermin gelap adalah satu aspek keselamatan yang penting jika lelaki membawa pompuan lain. Di mana orang takkan dapat melihat kelibat manusia di dalam dan seterusnya dapat mengelakkan lelaki itu daripada terkantoi. Lagi gelap, lagi bagus. Buat apa kat dalam tu pun tak nampak. Kreatif sungguh!
3) Membawa 2 bijik helmet
Alasan biasa: Secara am, helmet ke-2 selalunya dibawa untuk digunakan jika tetiba ada kawan ingin menumpang motosikal. Ia juga kadang kadang diletakkan di dalam carrier box (kotak yang hitam tuh) sebagai standby jika helmet tetiba kena curik.
Alasan kreatif: Sebenarnya, helmet ke-2 itu selalunya digunakan untuk ditumpangkan atau membawa pompuan lain. Sebab jika yang nak ditumpangkan itu adalah lelaki, maka penunggang selalunya akan suruh penumpang tu carik helmet sendiri. Tadak masa nak bawa helmet untuk penumpang lelaki. Kreatif sungguh!
4) Helmet ke-2 yang bercermin amat gelap (visor gelap)
Alasan biasa: Sama juga untuk tinted kereta, visor gelap adalah untuk keselamatan dari silauan matahari.
Alasan kreatif: Sebenarnya, visor gelap amat berguna jika digunakan untuk membawa pompuan lain pergi merempit. Buleh mengelakkan diri daripada terkantoi. Bila berenti kat traffic light…orang lain payah nak cam pompuan kat belakang tuh. Kreatif sungguh!
Alasan biasa: Menjimatkan wang serta mengelakkan kesesakkan.
Alasan kreatif: Jika teman lelaki anda tetiba suka naik bas, gerenti ada sesuatu yang tak kena nih. Sebab kebanyakan penumpang bas terdiri daripada kaum pompuan dan kebanyakkan lelaki tak suka naik bas kerana pergerakkan mereka akan menjadi terhad. Payah nak kesana sini lepas waktu keja. So, jika tetiba lelaki suka naik bas…mesti ada sesuatu yang menarik perhatiannya dalam bas tuh. Kreatif sungguh!
Kesimpulan:
Lelaki amat kreatif…ker keji????
----------------------------------------------------------------------------------------
Iklan Berbayar:
Seorang sahabat blogger yang mengusahakan sekolah memandu. Jika sesiapa ingin mendapatkan lesen memandu dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik pada image di bawah:
Wednesday, September 26, 2007
113: Aik???
1) Pompuan akan menyuruh teman lelakinya memesan makanan banyak banyak ketika dia dalam keadaan sangat lapar. Namun apabila berat badan pompuan tu bertambah, pompuan akan menyalahkan teman lelakinya kerana selalu memaksa dia makan banyak banyak. Aik???
2) Akibat terlalu letih atau penat, pompuan akan memberitahu teman lelakinya supaya jangan menelefonnya kerana dia mahu balik rehat dan tido. Namun apabila teman lelakinya tak menelefonnya, dia menuduh teman lelakinya sudah tidak mempedulikannya lagi. Aik???
3) Pada waktu malam, akibat terlalu mengantuk..pompuan tak amik peduli apa yang di bicarakan oleh teman lelakinya melalui telefon. Terus tertido. Namun apabila pagi besoknya, pompuan tu memarahi teman lelakinya kerana letak telefon begitu saja. Aik???
Aku makin tak paham...hahha hahha...saiko sungguh!
----------------------------------------------------------------------------------------
Seorang sahabat blogger yang sedang melakukan satu bisnes makanan. Sila klik pada imej untuk maklumat lanjut:
Saturday, September 22, 2007
112: Jiwa kacau....
Aku ada 13 keping kad raya...aku ingat nak send kat bloggers. So, sapa sapa berminat nak dapatkan kad raya yang mempunyai tandatangan eksklusif dari aku (chewah! mcm artis plak..hahha hahha) ..email atau YM address opis atau umah kat aku: encik13may@yahoo.com
Iklan Berbayar:
Sometimes loneliness is the better way than happiness...
Thursday, September 20, 2007
111: Tak hairan dan tak pelik – Part 2
2) Lelaki selalunya bangun untuk bersahur dan kemudian terus bersiap pergi ke tempat keja. Jadi tidak hairan jika lelaki sampai awal ke tempat keja kerana waktu bersiap yang digunakan oleh lelaki tetap sama seperti bulan biasa. Pendek kata bangun awal, siap cepat..maka keluar umah pun cepat. Begitu juga dengan pompuan, mereka juga bangun awal pagi dengan niat untuk bersahur dan terus bersiap pergi ke tempat keja. Tetapi tetap sampai lewat ke tempat keja kerana lagi banyak masa yang ada untuk bersiap, lagi lama mereka akan bersolek. Pelik pelik :P
3) Lelaki selalunya jarang bercakap banyak semasa berpuasa kerana kebanyakkan lelaki tidak mempunyai banyak aktiviti serta cerita menarik sepanjang bulan puasa untuk dibualkan bersama kawan kawan. Jadi tidak hairan jika lelaki selalunya akan berdiam diri walaupun berkumpul ramai ramai kerana masing masing hanya layan kepala sendiri. Begitu juga dengan pompuan, pergerakan mereka juga terhad dan tidak mempunyai aktiviti yang menarik sepanjang bulan puasa. Namun begitu apabila berkumpul ramai ramai, mereka tetap aktif bersembang. Pelik pelik :P
4) Lelaki selalunya tak kisah sangat tentang juadah untuk berbuka. Cukuplah makanan yang sedap dan mengenyangkan. Jadi tidak hairan, jika juadah yang dibeli lelaki adalah makanan yang sama tiap tiap hari. Begitu juga dengan pompuan. Cukuplah berbuka dengan makanan yang sedap dan mengenyangkan. Tetapi jika di lihat makanan yang dibeli oleh mereka, itu bukan takat kenyang..malah buleh di buat kenduri. Pelik pelik :P
5) Tidak hairan jika lelaki tertido lepas berbuka puasa. Maklum la, letih seharian berpuasa. Begitu jugak dengan pompuan, mereka mungkin juga tertido lepas berbuka…dan kemungkinan jugak akan tertido lepas bersahur. Pelik pelik :P
Kesimpulan:
Tak mau cakap apa apa...peace !!!
Monday, September 17, 2007
110: Tak hairan dan tak pelik – Part 1
2) Sebagai menunjukkan sokongan terhadap kempen kebersihan alam sekitar di bulan puasa, tak hairan jika lelaki menghargai beg beg plastik terutamanya yang berwarna hitam. Mereka sentiasa membawa beg plastik hitam itu ke hulu ke hilir semasa dalam bulan puasa. Kadang kadang, kita dapat melihat golongan lelaki ini juga akan membawa kotak kosong bergantung kepada keperluan dan permintaan. Ini juga tak pelik.
3) Tak hairan jika pada bulan puasa, lelaki tetiba menjadi manusia yang suka mengunjungi taman taman rekereasi pada waktu tengahari untuk beristirehat serta melihat kehijauan muka bumi. Pada waktu ini, kehadiran manusia di taman taman rekreasi adalah amat minima dan sesuai untuk dijadikan tempat berehat. Ini juga bukan sesuatu yang pelik.
4) Tak hairan jika ada juga perokok lelaki secara otomatik suka memakai wangi wangian (minyak atar, minyak wangi atau sebagainya) pada bulan puasa. Ini mungkin untuk menambahkan kesegaran badan. Dan mungkin juga untuk menaikkan aroma badan supaya sesiapa yang mendekati lelaki itu tidak rasa tergugat.
5) Tak hairan jika ramai lelaki hampir lembik kerana berpuasa. Dan juga tak pelik jika ramai lelaki hampir lembik akibat berlakon di bulan puasa. Hehhe....
Kesimpulan:
Lelaki boleh berubah menjadi amat pelik dan menghairankan dalam bulan puasa.
Awasi teman lelaki anda...hehhe
Wednesday, September 12, 2007
109: Ini tidak adil!
2) Apabila pompuan berjalan di khalayak ramai, dia akan memastikan dirinya sentiasa dalam berkeadaan baik samada dari segi solekan muka, pakaian atau lenggang lenggoknya. Ini kerana dia sentiasa mahu kelihatan mengancam walau dalam apa jua situasi pun. Tetapi apabila lelaki cuba berlagak macho di khalayak ramai, lelaki tersebut dikatakan cuba menarik perhatian orang terutamanya pompuan...atau lebih tepat lagi..cuba nak menggatal. Ini adalah antara sebab mengapa pompuan tak suka teman lelakinya berlebih lebih semasa di khalayak ramai. Ini tidak adil!
3) Apabila pompuan bersiap lawa lawa untuk pergi ke majlis keramaian, mereka menyatakan mereka perlu kelihatan mengancam kerana majlis tersebut hanya berlangsung sekali sekala. Tapi apabila lelaki bersiap lawa lawa untuk pergi ke majlis keramaian, pompuan akan berasa terancam kerana beranggapan mesti lelaki tersebut ada rancangan lain selepas majlis tersebut. Ini adalah sebab mengapa pompuan hendak berjumpa ngan teman lelakinya sebaik saja majlis itu berakhir dengan seberapa segera yang mungkin. Padahal, lelaki pun nak merasa segak jugak untuk sekali sekala. Ini tidak adil!
4) Apabila pompuan perlu hadir ke majlis perjumpaan kawan kawan lama (sekolah, universiti atau sebagainya), mereka bersolek dan berhias secantik mungkin kerana selepas beberapa tahun tak berjumpa, sudah tentu mereka mahu kawan kawan mereka melihat mereka sentiasa mengancam. Tetapi apabila lelaki pakai segak segak untuk pergi ke majlis perjumpaan seumpama itu, pompuan akan berasa terancam. Ini adalah kerana beranggapan lelaki tu mesti hendak berjumpa dengan teman wanita zaman sekolahnya dulu. Sebab tu pompuan nak ikut teman lelakinya jika ada majlis perjumpaan seumpama itu. Ini tidak adil!
5) Apabila pompuan kelihatan mengancam, mereka amat suka jika orang ramai memuji mereka dan berasa bangga apabila orang ramai bertanya itu ini bagaimana pompuan tu kekal mengancam. Teman lelakinya hanya tersenyum bangga kerana ada teman wanita sebegitu rupa. Tapi apabila lelaki kelihatan mengancam, makin lama teman wanitanya berasa makin terancam. Maklum la, lelaki ni makin mengancam makin menjadi. Oleh yang demikian, pompuan tu akan cuba memastikan lelaki itu kelihatan mengancam ala ala kadar saja. Ini tidak adil!
Kesimpulan:
Hmmmm.......hmmm....hmmmm....
Selamat Berpuasa !
Friday, September 07, 2007
108: Sketsa Kisah Sebuah Cinta
Tanda hari sudah pagi
Laki kelam kabut pergi mandi
Bini masih dok landing lagi
Laki keluaq bilik mandi
Bini masih dok guling guling lagi
Laki jerkah ngan suara tinggi
Bini kelam kabut angkat kaki
Sebab takut lambat masuk keja
Bini bersiap cincai cincai saja
Dok dalam keta buat muka toya
Laki pulak dok layan kepala
Muka bini mula la menjadi kelat
Sampai opis hempas pintu keta kuat kuat
Laki dalam keta bertambah la hangat
Terus tekan minyak sampai tak hingat hingat
Sampai opis masing masing buat keja
Tepon tak, sms tak…buat tak peduli saja
Tiba petang laki amik bini macam biasa
Bila jumpa masing masing senyum sebab marah dah reda
Sampai umah bini pun buat manja manja
Tapi laki kata dok mengada ngada
Tapi bini pandai menggoda
Terus laki berdebar debar dada
Lepas makan dua dua rasa lali
Masuk bilik laki bini senyum senyum nampak gigi
Laki angkat kening, bini angguk tanda jadi
Pastu dua dua tido tak sedar diri
Ini sketsa kisah sebuah cinta
Hanya rekaan semata mata
Kalau nak tau kisah selanjutnya
Sambung semula di rangkap pertama….
BIAR JASA JADI KENANGAN
Tuesday, September 04, 2007
107: Dasar lelaki???
1) Ada lelaki takut atau gerun melihat darah dengan alasan mereka berkemungkinan buleh pitam bila melihat darah yang banyak. Tetapi pada dasarnya, lelaki itu sebenarnya cuba bermanja manja ngan pompuan. Kot kot pitam masa tengok darah…ada gak pompuan tolong kipas kipas atau urut urut. Hehhe…
2) Ada lelaki bila luka sikit, rasa macam nak mati dengan alasan tak tahan sakit. Dan mungkin tak berkemampuan untuk membuat sebarang kerja kerja berat. Tetapi pada dasarnya, lelaki tadi nak manja manja dan nak menguji samada pompuan tu amik berat atau tak tentang kecederaan laki tu. Hehhe..
3) Ada lelaki rasa gayat bila berada di kawasan atau tempat yang tinggi dengan alasan mereka berkemungkinan boleh ketar lutut atau pengsan akibat terlalu takut. Dan mungkin juga tak mampu mengorak langkah. Tetapi pada dasarnya, mereka cuba menunjukkan sifat manja mereka agar boleh memeluk pompuan semasa berada di tempat yang tinggi. Hehhe…
4) Ada lelaki bila demam, asyik tak larat dan asyik terbaring ajer. Dan lelaki juga berkemungkinan hilang selera makan atau tak larat nak makan semasa demam. Tetapi pada dasarnya, lelaki hendak bermanja manja dan berharap agar pompuan tu dapat masak makanan untuknya serta dapat menyuapnya semasa sedang demam tuh. Hehhe…
5) Ada juga lelaki takut berjalan di tempat yang gelap seorang diri dengan alasan takut jatuh lubang atau takut hantu la konon konon. Dan selalu meminta pompuan menemani mereka. Tetapi pada dasarnya, lelaki tu cuba nak bermanja manja ngan pompuan di tempat gelap tuh. Err…bermanja manja di tempat gelap eks??? Hahha…
Kesimpulan:
Lelaki memang manja….ke mengada ngada???
Tuesday, August 28, 2007
106: Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Lelaki tak pernah melarang dia keluar berpoya poya dengan teman sejantinanya..
Tapi apa makna merdeka bila:
Lelaki tu asyik memerhati gerak gerinya secara senyap senyap…
Macam tak percaya kat dia plak.
Lelaki rasa merdeka bila:
Pompuan tak pernah bertanya kemana saja lelaki itu pergi.
Tapi apa makna merdeka bila:
Pompuan tu juga tak pernah bertanya bila lelaki tu nak jumpa dia.
Macam dah tak ambik peduli saja.
Pompuan rasa merdeka bila:
Boleh berbelanja sesuka hati tanpa di larang oleh teman lelaki.
Tapi apa makna merdeka bila:
Teman lelaki asyik menyindir barang yang di beli oleh mereka.
Macam jaki ajer…
Lelaki rasa merdeka bila:
Pompuan berhenti berleter..lapang rasa dada.
Tapi apa makna merdeka bila:
Pompuan tu turut sama mogok dan protes…
Diam membisu…tanya sepatah jawab sepatah.
Macam cakap ngan dinding pulak..
Pompuan rasa merdeka bila:
Boleh bersenang lenang dan bersantai kat umah tanpa ada gangguan.
Tapi apa makna merdeka bila:
Tetiba bekalan elektrik dan air terputus…huiii…tensen!
ps: Penulis bercuti dari 29th August - 03rd September. Jaga diri semua :)
Thursday, August 23, 2007
105: Amik kesempatan???
1) Atas dasar keselamatan, pompuan cuba memeluk lelaki semasa membonceng motosikal dengan alasan cuaca sejuk dan juga takut terjatuh. Padahal selalunya jika lelaki membawa pompuan naik moto, lelaki akan bawa slow slow ajer. So pompuan tu mcm amik kesempatan ajer kan??? Hahha…
2) Demi keselamatan, pompuan yang berkasut tumit tinggi meminta lelaki memimpin tangan semasa menuruni tangga. Pada masa yang sama, lelaki juga di minta untuk mengangkat barang barang semasa menuruni tangga tu. Nampak sangat amik kesempatan kan??? Hahha…
3) Atas tiket keselamatan, pompuan meminta lelaki jalan rapat rapat dan berpimpingan tangan dengannya semasa berada di khalayak ramai kerana bimbang dia diraba oleh orang orang yang tak berkenaan. Lagipun kalau laki tu hilang, sapa yang hantar pompuan tu pulang nanti. So, pompuan itu menggunakan sepenuhnya kesempatan yang ada. Hahha…
4) Pompuan rasa keselamatan mereka agak terjamin jika teman lelaki mereka berjalan di belakang mereka. Mana la tau, time time jalan tu terdapat ’kebocoran’. Boleh gak laki tu tolong cover cover. Pandai betoi amik kesempatan. Hahha…
5) Pompuan tak teragak agak memberi number telefon kepada lelaki kerana pompuan tu mungkin boleh menghubungi lelaki tersebut kiranya berlaku kecemasan. Tak pun lelaki tadi boleh dibuat tempat menghilangkankan kesunyian tatkala pompuan tu tengah boring.Err…macam amik kesempatan saja…Hahha…
Kesimpulan:
Lagi sekali, lelaki memang mengutamakan keselamatan.
Pompuan pulak bijak mengambil kesempatan.
Hahha hahha…kena balik :P
Friday, August 17, 2007
104: Merapu???
2) Jika lelaki tak tukar pakaian selama 2 – 3 hari, lelaki akan berkata bahawa kedai dobi tutup atau tak sempat nak basuh, tak pun di sebabkan cuaca tak elok. Tapi jika pompuan tak tukar tukar pakaian lebih daripada satu hari..ini dah merapu kerana pompuan kalau boleh, satu hari saja nak tukar banyak banyak pasang pakaian. Hehhe…
3) Jika lelaki malas nak hadir sesuatu majlis, lelaki akan berkata bahawa dia tak ada kasut yg sesuai untuk di pakai. Tapi jika pompuan kata dia tak ada kasut yg sesuai di pakai untuk sesuatu majlis…ini dah merapu kerana perkara ini agak mustahil. Sebab cuba periksa rak kasut mereka…cakap ajer nak jenis kasut apa. Hehhe…
4) Jika lelaki tak beli baju untuk jangkamasa yang panjang, lelaki akan berkata baju yang lama masih elok dan masih selesa di pakai. Tapi jika pompuan tak beli baju untuk jangkamasa yang lama, bunyinya agak merapu kerana pompuan mempunyai sifat “ter..ter” dan gemar bergaya serta up-to-date ngan fesyen fesyen pakaian. Hehhe…
5) Jika lelaki tak pakai baju di khalayak ramai, lelaki akan berkata cuaca panas sangat. Tapi kalau pompuan tak pakai baju di khalayak ramai…ini memang merapu! Sungguh!!!
Kesimpulan:
Merapu lelaki adalah merapu berhemah. Hehhe...
Monday, August 13, 2007
103: Sedar tak sedar...
2) Pompuan sebenarnya adalah jenis yang berfikiran terbuka. Tak kisah jika pasangannya keluar berpeleseran, asalkan tak melampaui batas. Tapi secara sedar tak sedar…kejap kejap tepon, kejap kejap sms. Huh!
3) Pompuan sebenarnya adalah jenis taat dan penuh kepercayaan terhadap pasangannya. Risau sangat sangat tentang keselamatan pasangannya tambah tambah jika pasangan asyik di tugaskan ke luar kawasan. Tapi sedar tak sedar, kalau boleh ke mana mana pasangannya pergi, mereka hendak ikut sama... Huh!
4) Pompuan sebenarnya amat prihatin dan penyayang. Mereka sentiasa memerhatikan dan memantau gerak geri pasangannya. Tapi sedar tak sedar, mereka sebenarnya mengawasi atau mengongkong pergerakkan pasangannya. Huh!
Kesimpulan:
Lelaki mudah terpukau ngan pompuan. Sebab tu asyik jadi sedar tak sedar ajer…
Thursday, August 09, 2007
102: Tahukah anda???
- Pelajar pompuan selalunya amat cemerlang dalam bidang akedemik berbanding lelaki. Ini kerana pelajar pompuan begitu tekun terhadap subjek yang diajar manakala pelajar lelaki selalunya begitu tekun memberi tumpuan kepada guru terutamanya guru pompuan yang mengajar.
- Pelajar pompuan selalunya serius dalam sessi perbincangan, manakala pelajar lelaki amat serius menyampuk semasa sessi perbincangan dengan pelajar pompuan tadi.
- Pelajar pompuan selalu hadir awal dalam kelas, manakala pelajar lelaki pula selalu datang awal balik pun awal.
- Pelajar pompuan rajin membuat ulangkaji serta latihan, manakala pelajar lelaki rajin menyuruh pelajar pompuan buat ulangkaji atau latihan untuk mereka.
- Majoriti pelajar pompuan adalah ulat buku, manakala pelajar lelaki kebanyakkannya adalah ulat bulu...
Sekian, terima kasih :)
Saturday, August 04, 2007
101: Kata kata...
“Tak payah susah2 datang amik saya, saya boleh pergi sendiri!!!”
Maksudnya:
Lelaki tersebut hendaklah pergi menjemput pompuan tu dengan kadar segera jika anda tak mahu terjadinya sebarang krisis.
Jika lelaki berkata:
“Tak payah susah2 datang amik saya, saya boleh pergi sendiri!!!”
Maksudnya:
Lelaki tersebut hendaklah menelefon kawan2 lelakinya yang lain dengan kadar segera supaya menjemput beliau sebab pompuan tadi memang takkan datang jemput punya.
Jika pompuan berkata:
“Jangan cuba telefon saya dah!!!”
Maksudnya:
Lelaki hendaklah jangan putus asa untuk menelefon pompuan tu. Buruk akibatnya jika anda tidak menghubunginya.
Jika lelaki berkata:
“Jangan cuba telefon saya dah!!!”
Maksudnya:
Sakit jiwa la lelaki tu tadi menunggu pompuan tu untuk menghubunginya.
Jika pompuan berkata:
“Saya tak kisah kalau awak tak mahu jumpa saya dah!!!”
Maksudnya:
Lelaki tadi hendaklah cepat cepat tetapkan masa dan tarikh untuk jumpa pompuan tu tadi. Sebab pompuan tu benar benar nak jumpa ngan lelaki tu tadi.
Jika lelaki berkata:
“Saya tak kisah kalau awak tak mahu jumpa saya dah!!!”
Maksudnya:
Lelaki tadi cepat cepat la tetapkan masa dan tarikh nak jumpa jugak. Kalau tak, selamat tinggal la jawabnya!
Jika pompuan berkata:
“Takpa, duit takde kita keluar jalan jalan ronda ronda cukup la…”
Maksudnya:
Lelaki tadi hendaklah membuat budget yang secukupnya, sekurang kurangnya cukup untuk makan.
Jika lelaki berkata:
“Takpa, duit takde kita keluar jalan jalan ronda ronda cukup la…”
Maksudnya:
Lelaki tadi pun terpaksa buat budget kurang kurang cukup untuk makan. Dan jangan lupa, makan siap siap kat umah. Kalau tak nanti, kebulur ler..
Jika pompuan berkata:
“Saya benci awak dan tak mau tengok muka awak dah!!!”
Maksudnya:
Lelaki tu perlu kerja keras untuk memenangi hati pompuan tu semula.
Jika lelaki berkata:
“Saya benci awak dan tak mau tengok muka awak dah!!!”
Maksudnya:
Pompuan tu tak perlu buat apa apa. Cuma tunggu lelaki datang balik…hehhe
Kesimpulan:
Langsung tak paham…
Hmm…
Tuesday, July 31, 2007
100
Bukan susah nak susah
Bukan tido tapi baring
Bukan lena tapi pejam mata
Bukan malas tapi nak rileks
Bukan rajin tapi sibuk
Bukan lambat tapi lembab
Bukan cepat tapi cergas
Ini adalah entri ke 100. Oleh itu, tiada apa apa yang menarik.
Atas sebab sebab keselamatan dan peribadi, aku macam berkira kira dan dalam pertimbangan untuk berhenti menulis di blog ini. Ini adalah kerana ada seorang hamba ALLAH yang agak tak berpuas hati dengan tulisan aku dan beliau menulis satu email kepada aku yang agak kasar bunyinya. Dia menyatakan tulisan aku telah mempengaruhi pasangan beliau dan hubungan mereka menjadi kucar kacir akibat daripada fakta songsang, merapu serta tak masuk akal yang aku hasilkan di sini. Dan aku agak terkejut kerana aku tak sangka tulisan aku memberi impak serta kesan negatif terhadap pembaca. Dan sedikit sebanyak membuatkan aku rasa bersalah dengan apa yang menimpa hubungan mereka. Kadang kadang aku terasa macam kelakar saja insiden ini. Sebab semua tulisan aku hanyalah sekadar untuk layan kepala.
Namun aku akan tetap aktif dalam dunia blog ini. InsyaALLAH.
Harap semua pengunjung blog ini terhibur dengan penulisan aku yang hampir kesemuanya agak menyeleweng serta songsang. Terima kasih di atas sokongan anda semua.
Hanya diri kita mampu melayan kepala hotak kita
Friday, July 27, 2007
Srikandi cintaku...
Jangan sesekali mengata atau mengumpat pompuan kerana golongan pompuan mempunyai pendengaran yang sungguh hebat berbanding lelaki di mana kaum lelaki agak pekak dan selalu suruh pompuan mengulangi percakapan mereka. Pompuan juga berkeupayaan untuk membaca pergerakkan bibir berbanding lelaki.
Mulut berbisa:
Perkataan yang dikeluarkan oleh pompuan tatkala mereka sedang marah amatlah berbisa serta amat menyakitkan hati. Sebab tu bila pompuan marah marah, lelaki hanya duduk diam tak terkata atau hilang idea untuk membalas balik percakapan mereka.Panas panas!
Tajam pandangan:
Pompuan boleh mengenali atau mengecam pasangan mereka walaupun berada dalam jarak yang agak jauh. Even kalau lalu belakang mereka pun, pompuan boleh merasai kelibat pasangan mereka. Sebab tu lelaki asyik menutup muka atau menyorok nyorok bila terperasan atau terserempak dengan pasangan mereka semasa keluar berpoya poya.
Suara yang hebat:
Pompuan juga amat unik dari segi suara di mana jika mereka memekik semasa sedang marah, atau ketawa jika sedang gembira...suara mereka mampu memecahkan gegendang telinga lelaki. Beribu batu pun buleh dengar. Lelaki yang kena sergah atau kena tengking tu, mesti angkat kaki secepat mungkin kerana tak sanggup menahan aura suara pompuan tersebut. Pedih pedih!
Tangkas:
Anggota badan juga pompuan amat tangkas. Ini terbukti apabila tangan kaum lelaki cuba marayap rayap apabila keluar dating, pantas ajer tangan kaum pompuan ini menepis nepis. Silap2 siap penampar pun boleh singgah kat muka lelaki tu.
Kesimpulan:
Di sebalik kelembutan, tersembunyi seribu kekuatan. Hehhe...
Monday, July 23, 2007
Apakan daya...
Pompuan selalunya mempunyai daya pemikat yang lebih tinggi berbanding lelaki. Sebab tu kita lihat rata rata lelaki mempunyai ramai teman wanita. Alasan yang diberi oleh lelaki selalunya adalah terpikat dengan pompuan pompuan tersebut.
Daya saing:
Pompuan selalunya mempunyai daya saing yang tinggi dari lelaki. Rata rata lelaki yang mempunyai ramai teman wanita tak pernah pening kepala. Sebab lelaki tak perlu bersaing apa apa. Cuma pompuan pompuan tersebut yang terpaksa bersaing sesama sendiri untuk mendapat perhatian lelaki tersebut.
Daya tahan:
Pompuan selalunya mempunyai daya tahan yang tinggi berbanding lelaki. Sebab selalunya rata rata lelaki yang mempunyai ramai teman wanita sentiasa cakap berbelit belit serta mempunyai karektor yang berubah ubah. Dan pompuan pompuan tersebut masih lagi setia dan boleh bertahan dengan lelaki tersebut.
Daya juang:
Pompuan selalunya mempunyai daya juang yang tinggi. Sebab jika seorang pompuan dapat tahu teman lelakinya ada pompuan lain, dia akan berjuang habis habisan untuk membelasah teman lelakinya itu.
Daya pujuk:
Pompuan selalunya mempunyai daya pujuk yang tinggi. Sebab tu bila pompuan buat salah, lelaki payah nak marah lama lama. Kejap ajer kena pujuk ngan pompuan tuh.
Daya menipu:
Pompuan juga mempunyai daya menipu yang tinggi. Ini selalunya di aplikasikan apabila pompuan tersebut malas atau ingin menolak pelawaan lelaki untuk keluar. Macam macam alasan yang diberikan. Pandai betoi menipu.
Daya pukau:
Pompuan juga amat pakar dalam bidang pukau. Ini terjadi terutamanya apabila lelaki menemani pompuan tersebut keluar membeli belah. Pandai ajer geng pompuan ni pukau suruh beli macam macam.
Kesimpulan:
Pompuan pun hebat gak kan...
ps: bodek bodek…hehhe
Tuesday, July 17, 2007
Hebat hebat >:)
2) Lelaki amat hebat jika berjaya memikat pompuan yang cantik. Tetapi laki tadi amat hebat nak mampus jika pompuan yang dipikatnya itu sebenarnya kekasih orang. Hehhe >:)
3) Lelaki memang hebat jika mempunyai ramai teman wanita. Tetapi laki itu memang hebat nak mampus jika semua teman wanitanya sentiasa berlumba lumba untuk mendapatkan perhatiannya. Hehhe >:)
4) Lelaki memang hebat jika berjaya menipu keluarga pasangannya. Tetapi lelaki itu mesti hebat nak mampus jika berjaya mengajak pompuan tadi menipu bersamanya. Hehhe >:)
5) Lelaki memang hebat jika mampu serta selalu mempraktikkan perkara perkara di atas...tapi kalau silap langkah.....hilang hebat, tinggal ajer mampus!
Wednesday, July 11, 2007
Masak masak...
2) Ada pompuan tak boleh memasak dalam keadaan yang bising bising. Nanti masakannya tak menjadi. Tapi jika masakannya tak menjadi walaupun dalam suasana yang tenang, maka lelaki juga menjadi tempat pompuan tu bising bising sebagai tanda lepas geram. Hehhe..
3) Pompuan sangat suka jika lelaki asyik memuji masakannya. Masakan pun jadi amat lazat kerana hatinya amat gembira. Tapi jika pompuan tu tengah marah kat laki itu, puji la macam mana pun, masakannya tetap tak sedap. Hehhe..
4) Lelaki suka jika pompuan pandai memasak tambah tambah lagi masak makanan kegemarannya. Tapi jika tiap tiap hari dok masak benda yang sama, nampak sangat pompuan tu tak reti masak. Asyik asyik masak yang tu saja...benda lain tak reti masak la jawabnya. Hehhe..
5) Kadang kadang lelaki amat cerewet jika masakan pompuan tu tak sedap. Sana sini serba tak kena. Komplen macam macam. Tapi dalam dok cerewet tak sedap tuh, habih gak makanan tu disental oleh laki tu. Hehhe....
ps: Masih mencari tukang masak :)
Friday, July 06, 2007
Utamakan keselamatan???
2) Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan apabila memegang tangan pompuan yang memakai kasut tinggi semasa menuruni tangga. Padahal lelaki tadi sebenarnya amat mengutamakan keselamatan pompuan itu. Takut takut tergelincir. Maklum la, pakai kasut tumit tinggi ni bahaya sikit. Kalau boleh, laki tu nak dukung ajer pompuan tuh.
3) Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan apabila berjalan rapat rapat dengan pompuan semasa berada di khalayak ramai. Tapi lelaki itu sebenarnya bimbang akan keselamatan pompuan itu. Takut takut hilang ker, kena culik ker, kena ragut ker.... kan naya ajer..
4) Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan jika asyik mengekori pompuan dari belakang. Pahadal lelaki tadi sebenarnya cuba memastikan keselamatan pompuan itu terjamin kiranya ada unsur unsur bahaya yang mungkin menimpa pompuan itu. Ini adalah kerana dengan berjalan di belakang, pompuan itu tadi takkan terlepas dari pandangan lelaki.
5) Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan jika asyik meminta atau bertukar tukar nombor telefon ngan pompuan. Tapi sebenarnya, ini adalah salah satu langkah keselamatan kiranya jika berlaku apa apa kecemasan, pompuan tadi dapat menghubungi lelaki itu. Maklum la, malang tak berbau.
Lelaki memang kaum yang mengambil berat serta penyayang...
Wednesday, July 04, 2007
Amal Kebajikan
Kena tag dengan CikKema, PuteriKureKure, OpahDe, Darling & TintaHati. Original tag dari Idham.
buat baik berpada pada, buat jahat jgn sekali…tapi buat banyak kali! hahha
2. Friendship is always
penuh dengan emosi serta tigasuku, mereng, jiwakacau, sewel serta sasau! hahha..
3. To love is to
kongsi kongsi perasaan…hehhe
4. Money makes me
gila kuasa!!!
5. I miss being
jual ayam kat pasar malam:)
6. My way of saying I care is
dengan berkata…ish ish! kesian kesian….anak sapa la nih…hahha
7. I try to spread love and happiness by
minta number tepon..hehhe
8. Pick the flowers when
kena paksa!!
9. To love someone is
terima mereka seadanya…
10. Beauty is
mainan mata..jangan terpedaya okeh!
11. When I was thirteen, what I remember the most was
belajaq isap rokok secara professional
12. When I was twenty one, I remember
ntah…mcm mcm berlaku masa nih…kacau bilau!
13. I am most happy when
kenyang pastu tersadai dok layan DVD sampai tertidoq..hahha
14. Nothing makes me happier than
ada rokok bila aku sangat2 ketagih rokok..hahha
15. If I can change one thing, I will change
jambatan pulau pinang…buat banyak lane sikit..pastu kutip tol…kaya kaya..hahha!!!
16. If smiles were.........then I…
boleh kasi kenyang….tak payah susah2 tahan lapar bila kena gastrik..kan kan
17. Wouldn't it be nice if we could
tak payah keja, tapi masuk duit…
18. If you want to…..then you have to ……
tido, pejam mata...kalau bukak mata susah sikit nak tido kan??? hahha
19. Money is not everything but
ada 2-3 orang hutang aku duit!!!
20. The most touching moments I have experienced is
tengok mayat arwah ayah….yang banyak beri kesan terhadap perubahan hidup aku..adeh! blues plak….
21. I smile when
ntah…aku selalu senyum…tak caya, mai jumpa aku…hahha
22. When I am happy,
Isap rokok…hahha
23. If only I don't have to…… ,then…..
pikir masalah….amatlah tak normal hidup aku…hehhe
24. The best thing I did yesterday was
kenyit mata kat budak pompuan baru masuk keja…hahha
25. If I ever write a book, I will give it this title
Ular dan anak anaknya!
26. One thing I must do before I die is
ishhh…mana kita tau nak mati bila kan??? Tapi biaq la kematian aku tu tak membebankan sapa sapa yang masih hidup…
27. Doing this meme, I feel
hari ni hari dia…esok esok hari kita pulak, pastu mesti hari hari mau! hahha
Satu lagi tag oleh GobokLama, 'Where Do You Want To Go Next' ...
Okeh...sejak dahulu lagi, aku teringin nak tengok piramid secara dekat. Aku kagum dengan senibinanya. Camna la depa semua dapat idea bina piramid ni. Hebat sungguh!!
Friday, June 29, 2007
Tak banyak cakap...
- Pompuan memang tak banyak cakap apabila di suruh buat keja yang mereka tak suka, tapi mereka akan bercakap banyak banyak semasa tengah buat keja yang mereka tak suka itu. Hahha…
- Kebanyakkan pompuan tak banyak cakap apabila tengah kena marah dengan pasangannya, tapi amat bercakap banyak banyak bila tengah marah kat pasangannya. Hahha…
- Pompuan memang tak banyak cakap bila pasangan mereka asyik sibuk ngan urusan keja, tapi mereka akan bercakap banyak banyak bila pasangannya langsung malas nak keja. Hahha..
- Pompuan memang tak banyak cakap bila pasangannya mengajak untuk keluar, tapi akan bercakap banyak banyak jika pasangannya asyik asyik ajak keluar. Penat ok! Hahha...
- Pompuan memang tak banyak cakap bila pasangannya tak mampu memenuhi permintaannya, tapi mereka akan bercakap banyak banyak bila asyik asyik dok kena patuh serta penuhi permintaan pasangannya. Hahha…
- Pompuan memang tak banyak cakap bila dapat tau pasangannya ada pompuan lain. Kalau buleh, dia nak bunuh ajer terus…buang masa ajer kan dok cakap banyak banyak. Huh!
Kesimpulan:
Ntah….korang buat la conclusion sendiri…hahha
Thursday, June 28, 2007
Hidup ini indah...
Hari minggu yang lalu, aku pergi berjumpa seorang kenalan veteran yang dah bersara. Dia bersuara kepada aku.
”13may, pakcik risau la tengok anak pakcik. Belajar malas, keja takmau…nanti hujung tahun ni dah nak kawin…sementara Pakcik banyak duit, takpa la…nanti kalau Pakcik dah mati…ntah la apa nak jadi dengan depa…..susah hati la…”
Hahha…keluhan seorang veteran yang kaya raya…anak dia, nama Joe kenalan aku. Depa ni memang kaya raya. Joe ni dilahirkan di UK. Membesar dan bersekolah di Malaysia.
Semua kemahuan Joe, bapak dia berikan. Keta sport, nak study sana sini, belajar muzik, belajar berenang…semua dapat. Duit poket tiap tiap minggu dapat…RM100-200 camtu. Makan tanggung, berak tong. Dok saja, hayun…err…err…
Alangkah bertuahnya Joe…
Aku pula:
- Belajar berenang dalam kubang kerbau..seterusnya dalam parit dan menjadi profesional di sungai.
- Kecik kecik tolong arwah mak aku buat sawah padi. Dah lali ngan lintah serta selut. Tapi tangkap ikan haruan..best sgt!
- Kutip botol, kutip tin aluminium, kutip besi buruk pegi jual.
- Jadi tukang kebun kat kebun tembikai, kebun serai, kebun kacang tanah
- Keja jual ayam kat pasar malam, jadik caddy, keja kat kelab malam, keja kat videogames centre
- Keja kedai dobi, cuci pinggan mangkuk kat kedai makan, amik upah cat serta cuci umah…
- Jadi buruh kasar…buat longkang serta susun atap genting.
- Pegi sekolah naik basikal curik….hahha
ps: Joe, hutang aku bila mau bayar???
---------------------------------------------------------------------------------
[Versi Terkini]FA Cup Final - Kedah vs. Perlis....sapa menang???
Jom! Dating kat stadium pulak la...hahha:D
Saturday, June 23, 2007
Jauh di sudut hati...
2) Pompuan kadang kadang tak suka dipuji lebih lebih. Ini kerana mungkin akan menimbulkan riak ataupun dia akan malu. Tapi jauh di sudut hati, dia amat suka dan gembira bila dipuji. Rasa saham tinggi ajer. Best wooo!!!
3) Laki tak suka tengok pompuan tergedik gedik dan terhegeh hegeh di khalayak ramai. Rasa macam nak termuntah. Tapi jauh di sudut hati, laki tu akan rasa macam nak ngorat ajer pompuan tu tadi. Habuan time sesak sesak. Best gak wooo!!!!
4) Pompuan tak suka jika ada laki asyik dok kacau. Rasa macam rimas ajer. Tapi jauh di sudut hati, dia rasa seronok sangat kerana sedikit sebanyak ada jugak lelaki yang bagi perhatian kat dia. Best gak wooo!!!!
5) Laki tak suka pasangannya keluar bersosial atau berpeleseran sana sini. Tak manis di pandang orang. Tapi jauh di sudut hati, laki tersebut sebenarnya risau teramat amat risau kiranya terkantoi dengan pasangannya sendiri semasa laki tadi keluar berpoya poya tak ingat dunia. Tak best wooo!!!!
Tuesday, June 19, 2007
Arghhh...!!! Nyampah!
- Pompuan menyampah jika laki selalu tadak duit….tapi pompuan akan menyumpah kalau laki asyik mintak duit kat pompuan…hahha
- Pompuan nyampah jika laki asyik dok tepon tak berhenti henti…tapi pompuan akan menyumpah jika laki tu tak tepon tepon..hahha
- Pompuan nyampah kalau pompuan tu tengah marah, laki tu melawan…tapi pompuan menyumpah jika laki tu kena marah, pastu laki tu merajuk…hahha
- Pompuan nyampah jika laki tu asyik tak larat bila keluar dating…tapi pompuan menyumpah bila laki tu walaupun tengah larat, sempat lagi jeling kat pompuan lain masa dating..hahha
- Pompuan nyampah jika laki tu asyik bawa pi makan kat kedai yg sama bila dating…tapi akan menyumpah bila laki tu langsung tak bawa pi makan bila dating..hahha
- Pompuan nyampah bila laki tu buat buat malu….tapi pompuan tu akan menyumpah nyumpah bila laki tu buat pompuan tu malu…serius!!!
Menyumpah = berasal dari perkataan sumpah.
Menyampah = Sampah????
Kesimpulan:
Patut la pompuan pandai sapu sampah….bersih ajer rumah. Iya la…asyik menyampah saja.
hahha….
Friday, June 15, 2007
Kita dan masa...
Jika kita menunggu sesuatu, kita akan terasa masa yang diambil untuk menunggu terlalu lama. Contohnya menunggu bas...walaupun cuma 5 minit, kita terasa cukup lama. Kejap kejap kita akan tengok jam.
Begitu juga andainya kita menunggu untuk bertemu dengan orang yang betul betul sesuai untuk dijadikan pasangan...kita akan mengambil masa yang lama. Sebab tu kita tengok ramai manusia masih single dan masih tertunggu tunggu.
Kejar masa:
Secaranya umum, kita mengejar masa apabila kita mempunyai banyak program yang harus dilaksanakan dalam sesuatu tempoh.
Begitu jugak dalam proses mencari pasangan. Kita akan mengejar atau mencari seseorang untuk dijadikan teman kerana untuk memenuhi komitmen serta perancangan hidup kita.Lagi cepat kita mengejar atau mencari, lagi cepat perancangan kita akan tercapai dalam tempoh yang kita sasarkan.
Tak cukup masa:
Kita akan berada dalam keadaan kelam kabut kiranya kita tak cukup masa. Oleh itu, kita akan sentiasa berusaha keras untuk mencapai sasaran yang kita kehendaki dalam sesuatu tempoh.
Andainya kita sentiasa berasa tak cukup dengan pasangan yang kita ada, kita akan kelam kabut mengorat sana sini.Dan hasilnya amat memuaskan. Dalam masa yang singkat, kita akan dapat banyak pasangan.
Tadak masa:
Kita akan berasa tadak masa jika kita masih belum bersedia atau malas melakukan sesuatu aktiviti. Kita berasa selesa dengan keadaan yang sedia ada. Begitu juga andainya kita tadak pasangan, bukan bermakna kita tak pandai mencari. Cuma kita belum bersedia.
Masa - lah:
Masa itu amat penting dan kadang kadang memberi masalah pada kita. Begitu juga dengan pasangan kita...memang banyak masalah yang akan kita hadapi. Tapi harus diingat, hidup kita tentu akan bosan kalau tadak masalah. Macam tadak pasangan jugak la. Bosan woooo!!!!
Kesimpulan:
Masa itu emas. Hargailah masa kerana masa itu amat bernilai!
Tuesday, June 12, 2007
Garam
Oh ya! Mengapa aku menulis entri tentang garam ini???
Amat malang sekali jika seorang perempuan yang fizikalnya amat cantik...tidak dapat membezakan antara garam kasar ngan gula...hahahahahahaha!!!!
ps: Darling, marka kepada inspektor polis tu tak kenai garam. Ada ker patut, semalam aku ngan member aku order air nescafe...dia hidang nescafe + krimer (dlm satu bekas) + garam (dalam satu bekas)...hahha...!!! rejekk!!!!
Thursday, June 07, 2007
Cerita yang tak best...
- Pasangan anda mengajak anda menemani beliau untuk menghadiri ujian memandu kereta. Apabila lulus, beliau sekalipun tak pernah memandu apabila keluar bersama anda walaupun dalam perjalanan yang jauh serta panjang. Rasa tak best ajer…
- Pasangan anda mempunyai pendapatan yang tinggi dari anda. Tetapi apabila keluar, asyik asyik anda ajer yang kena keluarkan duit belanja. Rasa tak best ajer…
- Pasangan anda selalu kejutkan anda pagi pagi untuk bangun tido pegi keja 2 jam lebih awal dari masa masuk keja anda yang sebenar. Tetapi anda bangun awal sebab nanti nak kena amik dia dan hantar dia pegi keja walaupun tempat keja anda ngan umah anda cuma mengambil masa 20minit untuk sampai. Rasa macam tak best ajer…
- Pasangan anda sentiasa sibuk ngan urusan keja sampai tak sempat menemui anda. Ini kerana dia mempunyai komitmen terhadap hubungan anda berdua. Tetapi rakan kerja pasangan anda merupakan lelaki / pompuan yang mungkin mampu menarik minat pasangan anda. Rasa macam tak best ajer….
- Pasangan anda sentiasa puji anda. Tetapi bila berjumpa, dia asyik bercerita tentang kehebatan orang lain. Rasa macam tak best ajer…
- Pasangan anda sentiasa berasa sangsi dan ragu ragu dengan anda. Tetapi kelakuan anda yang mebuatkan dia rasa sebegitu rupa. Tak reti nak cover langsung. Memang patut rasa tak best pun!!!
Kesimpulan:
Tak best pun takpa, janji syiokkkk..hahha!!!
Monday, May 28, 2007
Positif & Negatif
2) Antara benda positif mempunyai banyak teman istimewa adalah anda sentiasa mempunyai aktiviti hampir setiap masa dan hari. Tetapi, kerana hendak memenuhi aktiviti itu, anda terpaksa korbankan masa rehat anda. Penat siotttt!!!! Ini negatif!
3) Dari segi positif apabila anda merajuk dengan pasangan adalah anda selalunya akan di pujuk dan anda akan rasa di hargai. Tetapi apabila anda merajuk, anda akan cepat tua. Ini negatif!
4) Benda positif apabila anda merupakan satu satunya wanita / lelaki dlm satu kumpulan yang berlawanan jantina, adalah anda akan sentiasa mendapat tumpuan. Tetapi pada masa yang sama, anda akan kerap di buli dan anda akan rasa rimas. Ini negatif.
5) Sudut positif apabila anda sentiasa bertukar pasangan adalah anda mungkin seorang yang pandai memikat. Tetapi, dari sudut negatif, anda memang gatai!!!
Aku adalah insan biasa:))
Tuesday, May 22, 2007
Perjumpaan - Part 1
Pompuan bawa pasangan berjumpa ibu - tadak apa hal...just nak tunjuk yg dia rapat ngan lelaki itu
Pompuan bawa pasangan berjumpa bapa - berjaga jaga lah lelaki itu, jgn dok buat tak tentu hala ngan anak dara dia..itu tanda hubungan tu serius...
Pompuan membawa pasangan berjumpa adik, abang atau kakak - nak tunjuk boyfriend dia la...
Pompuan membawa pasangan berjumpa datuk / nenek – kemungkinan cinta terlarang dan tak direstui mak bapak
Pompuan membawa pasangan berjumpa kawan lelakinya - menunjukkan boyfriend dia hensem dari kawan kawan dia
Pompuan membawa pasangan berjumpa kawan pompuannya - memang cari nahas pompuan tuh, silap silap boyfriend dia tersangkut ngan kawan kawannya...hahha...
Thursday, May 17, 2007
Jom! Isap rokok dulu la...hehhe...
Terima kasih atas ucapan serta sokongan anda semua.
Minggu ni aku busy sikit. Tak sempat nak buat entry baru.
Btw, have a nice day!
Saturday, May 12, 2007
Monday, May 07, 2007
Kajian Kes - Antara menipu & Merahsiakan
Alasan: Lelaki menyatakan dia terpaksa pegi keja.
Keputusan: Lelaki itu tidak menipu..memang dia pegi keja..tapi dia memang keluar ngan pompuan lain yg merupakan rakan sekerja. Ini rahsia.
Kes: Pompuan menolak pelawaan lelaki untuk keluar
Alasan: Pening kepala sebab tak cukup tido
Keputusan: Pompuan tadi tak menipu. Tapi dia tak cukup tido sebab dok layan sms dari lelaki lain. Ini rahsia.
Kes: Bekas teman lelaki tetiba muncul semula dalam hidup wanita itu
Alasan: Muncul sebagai kawan
Keputusan: Lelaki itu tak menipu. Memang niat lelaki itu untuk berkawan, tapi sebenarnya dia telah dilukai oleh pompuan lain. Ini rahsia.
Kes: Bekas teman wanita muncul semula dalam hidup lelaki itu
Alasan: Muncul sebagai kawan gak.
Keputusan: Pompuan itu tak menipu. Cuma dia mencari lelaki itu untuk menghilangkan rasa sunyi. Ini rahsia.
Kes: Tetiba dapat mesej atau penggilan dari number yang tak dikenali. Tak kira la laki atau pompuan.
Alasan: Silap number
Keputusan: Memang silap number..tapi itu adalah salah satu proses untuk mencari pasangan yang dilakukan oleh pemanggil tersebut. Mana tau kot kot buleh sangkut. Ini rahsia.
Kesimpulan:
Amat penting untuk merahsiakan penipuan kita demi kesejahteraan hubungan.
Thursday, May 03, 2007
Di sebalik tabir...
Kita dengar pompuan mengikis duit atau harta benda lelaki.
Tapi disebaliknya:
Dah memang perangai lelaki, kalau dah syok ngan seseorang pompuan, dia takkan peduli untuk menghabiskan harta bendanya untuk pompuan itu.
Selalu kita dengar:
Pompuan akan berleter kepada pasangannya tanpa henti apabila cemburu atau marah.
Tapi disebaliknya:
Lelaki tahu pompuan tadi sebenarnya cuba memujuk atau menenangkan hati dan perasaannya sendiri. Sebab tu lelaki sanggup mendengar leteran pompuan.
Selalu kita dengar:
Pompuan yang lambat sampai semasa dating jarang dimarahi oleh teman lelaki yg menunggunya.
Tapi disebaliknya:
Lelaki itu menggunakan masa menunggu itu untuk meng'ayat' pompuan lain.
Selalu kita dengar:
Pompuan selalu mengajak lelaki untuk menemaninya pergi membeli belah.
Tapi disebaliknya:
Lelaki itu sebenarnya hanyalah sebagai tukang pengangkut barang barang. Dan juga tukang tambah kiranya tak cukup duit.
Selalu kita dengar:
Pompuan sering bergurau menyuruh lelaki membuat bayaran apabila selesai makan makan.
Tapi disebaliknya:
Memang betoi pun dia suruh bayar. Tadak gurau gurau punya. Huh!
Wednesday, April 25, 2007
Jom dating....
1) Window shopping / jalan jalan tanpa tujuan
2) Lepak lepak serta makan makan
3) Tengok wayang
4) Karaoke
5) Main bowling
Di atas adalah benda benda yang biasanya dilakukan oleh pasangan apabila berdating.
Normally ia mengambil masa sehari suntuk untuk melakukan aktiviti aktiviti tersebut.
Persoalan di sini:
Tidakkah anda berasa boring???
Benda yg sama..tempat yg sama dan juga perkara yg sama.
Dan tak lupa jugak...ia adalah dengan orang yg sama.
Cara untuk menghilangkan rasa boring apabila dating:
1) Ajak seberapa ramai teman yg anda ada untuk keluar dating pada hari tersebut
2) Pilih untuk berjumpa pada waktu dan tempat yg berbeza
3) Susun jadual...siapa yg perlu anda jumpa dahulu.
4) Tetapkan masa yg anda ada untuk setiap perjumpaan dengan teman itu.
5) Kemudian...enjoy yourself. Pasti anda akan berasa puas berdating untuk hari itu.
Sebab, setiap orang mempunyai karektor yg berbeza.
Perangai yg berbeza dan juga cara yang berbeza.
Anda pasti akan terasa terhibur ngan teman teman anda.
Tapi awas! Try at your own risk.
ps: this week aku ada dating ngan anak anak buah aku....masih ada slot kosong. Ada sapa2 nak dating ngan aku lagi????