Friday, March 30, 2007

Super Senior Super Duper Technical Specialist








Banyak kan kerja aku..
Memang layak aku promote diri aku jadik Super Senior Super Duper Technical Specialist!!!

oh ya! amoi itu adalah apprentice aku:)

Monday, March 26, 2007

Perempuan berbelanja lebih banyak berbanding lelaki???

1) Perempuan terpaksa membeli banyak pakaian dalam, manakala lelaki hanya perlukan satu pakaian dalam...kadang kadang tak perlukan pun...

2) Perempuan menggunakan syampoo lebih kerap berbanding lelaki. Kalau buleh tiap tiap kali mandi nak basuh rambut....manakala lelaki sebotol syampoo, buleh tahan berbulan lamanya...kalau lelaki botak, buleh tahan bertahun lamanya...

3) Perempuan menggunakan banyak alat mekap, perfume, bedak dan bermacam macam lagi....manakala lelaki hanya perlukan minyak rambut dan mungkin sesetengah menggunakan sedikit bedak dan perfume...

4) Perempuan sentiasa up-to-date dengan perkembangan fesyen, jenis jenis kain, baju kurung, baju kebaya, kasut, tudung kepala, skaf, baju tido, kain batik dan macam macam lagi...manakala lelaki perlukan beberapa helai seluar serta baju yang buleh dipakai bertahun tahun lamanya....

5) Dan paling bahaya....kebanyakkan perempuan melakukan 'mental therapy' dengan bershopping....


Kesimpulan:
Perempuan mempunyai banyak duit berbanding lelaki. Patut la orang suka pinjam duit dari perempuan....hehhe...

Hoorraaayyyy!!!!!

Monday, March 19, 2007

Ungkapan Lelaki kepada Wanita...

Ungkapan: Wajahmu putih berseri umpama bulan
Tersurat: Bulan penuh yang bercahaya memang cantik dan mempesonakan
Tersirat: Ungkapan di atas bermaksud kiranya anda dipuji sedemikian rupa, pegi balik umah..cermin muka tu dulu…beli pencuci muka apa yang patut..pastu buat treatment…sebab permukaan bulan sebenarnya adalah bergerutu dan kasar….hahha

Ungkapan: Engkaulah nyawa, intan, payung,berlian
Tersurat: Amat berharga dan bernilai
Tersirat: Kiranya anda dipuji sebegitu, berhati hati lah….kerana anda sebenarnya langsung tidak bermakna sebaliknya anda hanya digunakan ketika sesak atau terdesak..kerana andainya hilang nyawa, dia peduli hapa..bukan diri dia…dan payung hanya berguna semasa hujan atau panas..manakala intan berlian buleh dijual beli….hahha

Ungkapan: Demi dirimu, lautan api sanggup ku renang
Tersurat: Sanggup berkorban apa saja
Tersirat: Anda sedang di’ayat’ oleh seorang yang tak reti berenang kerana mana ada lautan api dalam dunia nih…hahha

Ungkapan: Tidur tak lena asyik teringatkan awak
Tersurat: Si dia terlalu rindukan diri anda
Tersirat: Sebenarnya dia keja shift malam..mana buleh lena. Nanti kena marah…hahha

Ungkapan : Tahniah, awak ngan dia memang seperti pinang di belah dua
Tersurat: Sama padan sama cantik
Tersirat: Anda sedang di cemburui dan kemungkinan besar akan di ’bomohhitam’kan oleh ’ex’ anda kerana bentuk pinang yang dibelah itu bergantung kepada alatan yang digunakan untuk membelah pinang tersebut. Kasi hancur pun buleh tau…hahha

Ungkapan (kepada 2 orang wanita): Korang berdua ni memang sekepala la
Tersurat: Memang ngam dan serasi
Tersirat: Hati hati…kerana anda berdua mungkin dimadukan oleh lelaki tersebut…kan satu ’kepala’……hahha

Wednesday, March 14, 2007

Layan...

Ronda ronda blog Angel Eyes....jumpa benda nih. Macam best ajer....so, aku pun layan gak ler.



Personality Moods: Wild Cat
You’re strong and never afraid of a challenge. You see beauty even in the most inhospitable environments. You have a pioneering attitude to life – always moving onto the next challenge. You’re experimental and sometimes a little unconventional. As for music, you’re a focused listener and always on the look out for something new.

Personality Fun: Conqueror
You love physical activity – you’ve got a real spirit for adventure. Keeping a clear head and healthy body makes you ready for whatever life throws at you. For kicks, you like to experience life at full volume with the lights on full. You express yourself and don’t mind who’s watching. When it comes to holidays, there’s no stopping you once you’ve got the taste for adventure.

Personality Habits: Back to basics
Even if you have a healthy approach to life, you still have your little vices that keep you going throughout the day. It is all part of the routine, you’re a creature of habit. Mmmm..caffeine ..you love the stability and comfort of routine.

Personality Love: Home Soul
You’re a real home soul. You care deeply about family life and all that comes with it, the love between a parent and child is so special. When you think of freedom – nature takes over. Getting back, out into the wilderness is a big draw.

ntah ler....hmmmm....

-------------------------------------------------------------------------

Aku kena TAG ngan Lindosh dan Iyandz. Depa teringin nak tengok desktop aku...layan layan...


Resolution : 1024 by 768 pixel (right clik/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor : LCD monitor
Been using this desktop since : 53 bulan lepas kot
Kaedah (bagi yg tak tau) : Hit “Print Scrn” di keyboard > Ctrl+c > Ctrl+v dalam paint/adobe photoshop..:)

Aku teringin nak tengok desktop:
2) Jaja

Selamat layan....oh ya! aku dah habih jiwang dah:D

Saturday, March 10, 2007

Chewah chewah:)

Mula mula kita marah. Kita pun buat tak peduli. Lantak la apa nak jadik. Pastu kita mula berfikir. Rupanya kita marah sebab cemburu. ….

Tetiba timbul satu perasaan…..perasaan rindu.
Iya…kita rindu. Walaupun kita tengah marah, selepas 2-3 hari kita akan rindu.

Kita rindu suaranya.
Kita rindu ketawanya
Kita rindu senyumannya
Kita rindu pandangan matanya.

Serba serbi kita rindu…..
Kita tengok gambar dia lama lama.
Kita senyum sorang sorang.
Kita renung barangan pemberiannya.
Kita terkenang kenang saat saat pahit manis bersamanya.
Kadang kadang, tak dapat tengok orangnya, dapat tengok rumah dia pun jadi lah….

Contoh di atas adalah antara sindrom bila orang tengah rindu.

Bila rindu kita akan melakukan perkara perkara yg kadang kadang buleh dikategorikan sebagai ”Hang memang GILA!!!!“

Kita cakap kita rindu kat dia…dan kita nak jumpa dia. Bila berjumpa, kita akan mencari pasal dan bergaduh. Kita pelik…tadi bukan main rindu lagi. Bila jumpa, gaduh gaduh gaduh….heran heran. Ini sebenarnya dinamakan rindu dendam.

Akibat terlalu rindu, kita menjadi geram kat dia. Sebab tu bila berjumpa, kita lepas rindu melalui kaedah marah marah tapi sayang.

Akibat rindu:
Kita tak peduli kiranya bil tepon kita naik.
Kita tak peduli walaupun kita sanggup travel beratus ratus kilometer untuk berjumpa dengannya.
Kita tak peduli walaupun kita terpaksa ponteng kerja semata mata untuk keluar bersamanya.

Oleh yg demikian…kawallah perasaan rindu anda. Kalau tak terkawal, anda akan menjadi manusia yang tak normal.
ps: Urusan Seri Paduka Baginda hujung bulan nih:)

Tuesday, March 06, 2007

Jeles???

Cemburu lelaki remaja:
Selalunya golongan ini mempunyai sifat cemburu yang tak berapa ketara. Biasanya bila mereka cemburu, mereka akan terus melupakan pasangan mereka dan segera mencari pasangan yang baru. So, kalau mana mana pompuan yang tetiba kena tinggal dengan lelaki golongan ini...sila sila lah membalas senyuman, kenyit mata, tukar number tepon dengan mana mana orang lelaki yang mengorat anda.

Cemburu lelaki belia:
Golongan ini amatlah agresif. Sila elak daripada membuat mereka cemburu. Biasanya bila depa cemburu, golongan ini sanggup melakukan apa saja. Maklum la, darah tengah panas. Sanggup bertumbuk sampai pecah pecah muka. So, peringatan kepada awek awek lelaki belia ini....jgn buat pasangan anda cemburu. Bahaya wooooo...silap silap anda pun buleh kena taboh!!!

Cemburu lelaki semi veteran:
Golongan ini selalunya kurang cemburu dengan pasangan mereka. As long as, ada valid explaination...dia takkan cemburu. Tetapi jgn cuba menipu semasa explain kat dia. Once dia dapat tau...habih rosak hubungan anda.

Cemburu lelaki veteran:
Golongan ini biasanya dah kawin...so, bila cemburu...mula la pikir nak kawin lain. Takpun, dia malas nak balik umah...tengok EPL kat kedai nasi kandaq lagi best!!!!

Cemburu lelaki super veteran:
Tadak masa nak pikir tentang cemburu...agaknya ler...

Cemburu perempuan:
Perempuan tak kira la remaja, belia, semi veteran atau veteran...sebab golongan perempuan 24jam akan rasa cemburu....dan bila mereka sudah cemburu....hahahahahha...no komen!

Tapi biasa la, cemburu tu tandanya sayang;)
iyahhh!!! iyahhhhh!!!!
Peace!

Thursday, March 01, 2007

Antara Pompuan, Lelaki dan ...

Pompuan selalu dikatakan manja, manakala lelaki yang manja dikatakan mengada ngada. Tapi orang tua yang mengada mengada manja dikatakan buang tebiat.

Pompuan selalu dikatakan boros, manakala lelaki yang boros dikatakan kaki joli. Tapi orang tua kaki joli yang boros merupakan tua kutuk tak sedar diri.

Pompuan yang bijak berbelanja dikatakan berjimat cermat, manakala lelaki yang berjimat cermat dikatakan kedekut. Tapi orang tua yang yang berjimat cermat dan kedekut amatlah tangkai jering serta taik hidung masin.

Pompuan bila berpakaian ketat dan sendat dikatakan seksi. Lelaki yang berpakaian ketat dan sendat boleh dikatakan seksi gak. Tapi kalau orang tua berpakaian ketat dan sendat, yang ni seksa.

Pompuan yang suka berdisko mungkin suka menari, manakala lelaki yang suka menari di disko mungkin kaki disko. Tapi kalau orang tua suka menari di kelab disko, ish...insaflah. Rumah kata pergi kubur kata mari.

Horraaayyyy!!!!!!



Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may