Saturday, September 12, 2009

190: Gurindam Hari Raya 2009

Tinggal sudah tak seberapa hari
Hari raya akan di sambut lagi
Baik pompuan mahupun lelaki
Masing masing sibuk dengan persiapan diri

Pompuan dah mula dok buat kira kira
Nanti raya nak pakai baju apa
Baju kurung ada dua, kebaya ada tiga
Kesian pompuan...sakit kepala pilih baju semata mata

Berbanding dengan geng lelaki pula
Hari raya langsung tak pening kepala
Cuma pakai baju melayu ataupun teluk belanga
Susah susah layan ajer T-shirt pagoda

Kemudian pompuan pening dengan jadual keja
Hari ni penat cuci tingkap, esok jenuh lap lantai pula
Kesian kat pompuan...tapi nak buat camna
Rumah mesti nak kena cantik kalau nak sambut raya

Berbanding pula dengan si geng lelaki
Lagi dekat nak raya, semakin lagi la rancak goyang kaki
Langsung tak pening rumah kotor atau berdaki
Apa susah, raya nanti pintu semua kasi rapat rapat kunci

Lepas keja rumah semua dah selesai
Pompuan dok pening selak buku resepi sehelai sehelai
Nak buat kuih, takleh hentam cincai cincai
Nanti takut masa raya kawan kawan kata buat kuih tak pandai

Cuba tengok geng lelaki pula
Takdak kuih raya pun tak takut punya
Sebab kalau kawan kawan datang beraya
Kacang goreng, air tin dan rokok jadi juadah istimewa

Malam raya pompuan gelabah lagi
Kelam kabut dok mengemas itu ini
Dok mengatur, menyusun dan mencuci
Silap silap buat keja sampai ke pagi

Begitu juga dengan geng lelaki
Malam raya, malam yang penentuan sekali
Kelam kabut dan gelabah pegi sana sini
Tapi sibuk dok pegi cari mercun dengan bunga api

Tiba sudah hari raya
Pompuan senyum megah di dada
Pakaian cantik, rumah bersih, kuih pun beraneka
Oh! Bahagia rasa sambut raya, muka pun ceria

Lelaki pun macam tu juga
Hari raya hari yang bahagia
Tapi dalam hati berdebar tak terkata
Duit dah habis, ni semua mercun bunga api punya angkara

Tapi semua ni tak kisah la kan
Baik lelaki ataupun pompuan
Masing masing nak beraya sakan
Duit ringgit, masa dan tenaga kena la korban

Sekian sudah nukilan kali ini
Gurindam hari raya sebagai ganti diri
Salah dan silap harap di ampuni
Ianya cuma sekadar bergurau sesama sendiri
Sehingga kita semua bertemu lagi
Dari penulis, Selamat Hari Raya AidilFitri


ps: Download lagu raya kat sini:-
Volume 01: http://tigabelasmay.blogspot.com/2009/09/koleksi-lagu-raya-sepanjang-zaman.html

Volume 02: http://tigabelasmay.blogspot.com/2009/09/koleksi-lagu-raya-sepanjang-zaman-part.html

Volume 03: http://tigabelasmay.blogspot.com/2009/09/koleksi-lagu-raya-sepanjang-zaman-part.html

Volume 04: http://tigabelasmay.blogspot.com/2009/09/koleksi-lagu-raya-sepanjang-zaman_15.html

Sunday, September 06, 2009

189: Yang Mana Satu Pilihan Hati?

Salam buat pembaca semua. Entri kali ini ringkas sahaja. Kali ini kita akan cuba membincangkan tentang jenis jenis pompuan yang seringkali menjadi perhatian lelaki.

Pompuan Jalanan:
Pompuan dari golongan ini selalunya mendapat banyak perhatian dari kaum lelaki. Ini kerana sesuai dengan nama gelaran mereka, pompuan golongan ini semestinya amat suka berjalan. Pantang cuti, asyik keluar berjalan. Tak boleh ada masa lapang, amat suka pergi jalan jalan. Mereka juga selalunya amat berpengalaman kerana jauh perjalanan luas pemandangan. Dan lelaki yang keseorangan atau tadak geng nak ajak keluar, semestinya akan mencari pompuan ini untuk di ajak keluar berjalan menemani mereka.Di samping itu, pompuan dari golongan ini juga amat mahir dengan selok belok jalan. So kalau tak mau sesat, lelaki selalunya akan keluar dengan pompuan jalanan.

Pompuan Murahan:
Golongan ini selalunya amat mengetahui tentang jualan jualan murah yang diadakan di mana mana kedai atau pasaraya. Mereka ini selalunya amat mahir dalam bidang komunikasi serta perhubungan awam kerana sering bertengkar dengan tokey tokey kedai semasa sessi tawar menawar harga. Dan selalunya pompuan dari golongan ini mendapat perhatian dari lelaki yang sengkek atau sering kekurangan sumber kewangan. Lelaki akan mencari pompuan golongan ini untuk di ajak pergi membeli belah. So kalau lelaki tak berapa ada duit dan perlu membeli sesuatu, mereka selalunya akan keluar dengan pompuan murahan.

Pompuan Simpanan:
Pompuan golongan ini semestinya amat genius dalam matematik, statistik serta mahir menguruskan akaun. Sesuai dengan gelaran mereka, kebanyakkan pompuan dari golongan ini amat kedekut dalam hal hal berkaitan dengan wang. Atau lebih tepat lagi, golongan pompuan ini adalah kaya raya. Ini kerana semua wang di perolehi mereka akan di belanjakan dengan tahap yang paling minimum. Selebihnya wang mereka akan di simpan. Walau begitu, ada juga terdapat sesetengah kes yang berat di mana semua wang mereka akan di simpan. Dan mereka berbelanja dengan wang teman lelaki mereka. Namun begitu, mereka selalunya mendapat tempat dari kalangan lelaki yang boros kerana lelaki selalunya akan mencari pompuan simpanan bagi mengawal aliran wang mereka. Dan pompuan simpanan ini selalunya menjadi tempat lelaki untuk meminjam duit.

Namun begitu, ada juga golongan pompuan yang telah tidak di ambil peduli oleh kaum lelaki. Antaranya:-

Pompuan Bangsawan: Lelaki sekarang memegang konsep 1Malaysia. Tak kira dah bangsa bangsa ni semua. Janji berkenan, ayattt!!!

Pompuan Tinggalan: Lelaki amat khuatir berdamping atau berkawan dengan golongan ini sebab lelaki itu selalu kena tinggal.

Pompuan Jadian: Yang ni PONDAN! Fullstop. Tamau ulas panjang panjang.


Sekian, hingga kita berjumpa lagi...

ps: Salam mesra di angin nan lalu...SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN!

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may