Tuesday, December 26, 2006

Aku letih...

Aku letih. Keluar umah lama, masuk umah baru. Cuma 3 orang angkat barang, aku, member aku dan drebar lori...dah ler tuh, member aku plak demam time angkat barang hari tuh. Contact member2 lain, semua tak dapat nak menolong. Semua ada hal..biasa la..last minute contact.
Angkat ler kami 3 orang...dari tingkat 9, masuk dlm lori...sejam setengah punggah barang. Bertolak pi umah baru kat area tanah besar...umah masih lagi tungging langgang. Nak pakai baju pun jenuh cari dok kat dlm kotak mana.
Sekarang, dengan rasminya aku dah jadi orang tanah besar. Dah tak duduk dlm pulau...

ps: Lepas angkut barang hari tuh, aku pasang iklan kat stesen Petronas.
Rumah untuk disewa. Taman Jade View.
3 bilik 2 jamban.
RM450/= sebulan.
Contact:
13may
012-xx4xxx5
Dok sejam lepas tuh, ada couple Melayu tepon. Depa baru kawin. Berminat nak sewa. Hari ni nak tengok umah. Errrr...nak cerita tak kat depa tentang misteri umah tuh????

Tuesday, December 19, 2006

Kebersihan...

Semasa lepak ngan geng veteran 2 hari lepas, terdengar satu ungkapan dari salah seorang dari mereka:

”Kita boleh tau adakah seseorang itu ambik berat tentang kebersihan dengan melihat tandas / bilik air di rumah mereka. Kiranya bersih, maka dia seorang pembersih..kalau kotor, maka dia adalah sebaliknya sebab tandas merupakan tempat yg paling orang malas nak cuci….“


Apa pendapat korang????
Bilik air aku....cat kaler pink lagi:D

ps: Semalam aku terperasan ada 'benda' dok kat meja makan aku...
ish! hujung minggu ni baru nak angkut barang. Sapa2 free, datang la tolong aku angkut barang. Rokok di sediakan:)

Thursday, December 14, 2006

Pindah...

Operasi mem'packing' barang. Di bantu oleh kawan baik aku yg di import khas dari Sungai Petani. Aku nak pindah next week. Dah takmau dok kat umah ni.







Sebab aku pindah:
Aku baru duduk kat umah ni lebih kurang setahun. Aku masuk setelah member tempat keja aku keluar. Sewa umah yg agak ok, RM450 untuk umah 3 bilik 2 jamban.
Tapi, umah ni ada cerita di sebaliknya. Lepas aku bayar deposit masuk umah, RM1000 lebih...baru aku dapat tau tentang cerita umah nih. Housemate member aku mati kena bunuh. So, member aku keluar sebab tak tahan gangguan. Dan dia tak cerita plak gangguan camna. Aku pun tau tentang kejadian tu, tapi aku terlupa. Sebab tu aku jadi untuk sewa umah tu.
Pada permulaan, semuanya tadak masalah. Masa aku masuk, aku import geng2 abg aku...aku buat kenduri tahlil dan 'pagar' apa yg patut.
Semua bermula sejak bulan lepas. Masa aku tidoq, seperti ada 'benda' dok tidoq sebelah aku. Terjaga tengah malam, nampak bayang2 benda dok melilau dlm umah aku. Kat dapur la, kat balkoni, kat bilik dan kadang2 rasa dok macam kat sebelah aku.
Satu malam, aku terjaga dari tidoq..lebih kurang pukul 3 pagi. Aku nampak satu 'benda' dok tidoq atas lantai betoi2 bawah punching bag aku. Aku terus bangun..aku pi tengok dekat2...
peh...sapa plak ni??? aku tertanya2...terus aku terajang dan 'benda' tu tiba2 hilang begitu saja. Macam kita tendang asap...ghaib mcm tu saja. Aku buka lampu dan terus tak tidoq sampai pagi. Malam besoknya, aku bermimpi jumpa 'benda' tu...dlm mimpi tu aku tanya dia, kenapa datang jumpa aku...'benda' tu cakap, dia cuma nak balik tengok umah dia. Dan dulu selalu dia tidoq kat tempat bawah punching bag aku tuh...aku suruh dia berambus!!
Aku balik kampung, jumpa abg aku...cerita kat dia. Dia cakap mungkin 'benda' tu balik sempena genap setahun kematian dia....
Mcm tu lah cerita dia. So, aku pun nak pindah....tak tahan dah ngan gangguan misteri nusantara camni. Sekarang tiap2 mlm aku mesti terjaga around pukul 3 pagi...aku bangun...perati apa yg patut. Pastu aku sambung tidoq....

ps: Ada sapa2 nak sewa umah aku sekarang????

Monday, December 11, 2006

Benda pelik...

Dulu...aku mempunyai kawan kawan sebegini rupa:
  • Tak hisap rokok...tapi suka minum arak
  • Tak keja apa...tapi duit banyak
  • Buta huruf ...tapi tau kira duit
  • Tak kawin...tapi ada ramai anak
  • Tadak IC serta lesen...tapi masih boleh beli kereta, baru plak tu
  • Tak makan sup daging b*bi...tapi cuma makan kuah...dia ni memang GILA!!!
  • Bina rumah yg besar dan cantik...tapi takmau duduk sebab berhantu..serius!!
  • Hensem...tapi suka sama jenis (aku pun kena ayat ngan dia..ceh!!)
  • Rupa paras nampak warak...tapi masih lagi terserempak kat kedai tikam number..
  • Selekeh serta sengkek...tapi marka cun ramai...ayat power!!
  • Buas serta samseng.... tapi cukup baik hati.


...dan banyak lagi la kawan2 aku yg pelik serta gila. Walaupun mereka pelik & gila...mereka tetap sahabat yang baik. Tak pernah mempengaruhi atau memaksa aku menjadi pelik serta gila macam mereka. Tiada paksaan. Berani cuba, berani tanggung. Motto persahabatan kami dahulu. Sekarang sudah lama tak bertemu dengan mereka semua. Mungkin semua dah membawa haluan masing masing....ada yang berubah, alhamdulillah...dan ada yang masih terus begitu....

Tapi...baru baru ni...aku bertemu seorang kawan yang amat baik. Minum minum...sembang sembang dan tetiba offer aku satu benda pelik..

Adakah anda berasa pelik kiranya ada orang nak kasi anda RM20ribu secara percuma. Just saja saja bagi...mcm sedekah dan anda boleh buat apa saja ngan duit tu, asalkan belanja ke arah jalan yang benar serta halal.

Member aku bgtau aku....ada sorang hamba Allah yang begitu pemurah nak bagi duit tu. Sebab duit dia dah terlampau banyak. Member aku tu dah submit nama dia. Dia offer aku samada aku berminat atau tak? Kalau berminat, dia nak submit nama aku.

Oh! Aku berasa amat pelik!!!!

Wednesday, December 06, 2006

Dilemma...

Aku dapat offer dari satu kompeni kat area Penang gak. Sekarang aku teragak2 samada nak pegi atau tak?
Aku dah interview kat kompeni tu 4-5 bulan lepas. That time, memang aku nak blah sgt2 dari kompeni aku sekarang ni. Masa interview hari tu, depa cakap depa takmau hire orang. Aku just for standby candidate (aku ada komen pasai ni kat blog Edyan7). Bila depa bgtau camtu, aku terus tawar hati dah. Sekarang depa tanya aku, masih lagi berminat atau tak..

Kelebihan tempat keja aku sekarang ialah bos aku best...dan yang sempoinya dia cantik serta seksi. Fuiiyoooo!!!! Kerja mcm nak gila pun aku sanggup...hahha!

Dan aku bebas blogging...hahahahha....

Aku blurrr..... dan konpius...

ps: Oh ya! Aku cuti jumaat ni. Aku nak pegi Melaka sat. Ada urusan seri paduka baginda sikit kat sana:)

[Wah..ini entry aku yang ke 50 la..]

Monday, December 04, 2006

Marah...

Pelik tapi benar.....

  • Marah andainya tersangkut dlm traffic jammed tapi tak marah andainya ada awek/pakwe kat sebelah semasa ‘tersangkut’ tuh...
  • Marah andainya blackout tapi tak marah andainya blackout waktu keja…blackout 8 jam pun takpa..
  • Marah andainya tadak air tapi tak marah andainya anda memang segan nak mandi atau basuh baju..
  • Marah andainya komputer rosak tapi tak marah andainya komputer tu kat opis kita...hehhe..
  • Marah andainya makanan tak sedap tapi tak marah andainya makanan tu free…komplen tetap komplen, mulut tetap sumbat..hehhe..
  • Marah andainya bunyik tepon pagi2 buta di hari minggu tapi tak marah andainya yg tepon tu gf/bf memasing….
  • Marah andainya gaji tak masuk tapi tak marah andainya gaji tak masuk time ada org nak pinjam duit….hui…kedekut kedekut!
  • Marah bila bau busuk sebab kentut tapi tak marah apabila yg kentut tu diri kita sendiri
  • Marah apabila idea kita tak di terima tapi tak marah andainya idea kita tu nampak sgt merapunya...kadang2 bos kata aku gila! Kasi idea ntah hapa2...tapi sebenarnya aku cuma kasi dia konfius...hehhe..teknik melepaskan diri:D

Marah akan membuatkan anda bengang. Dan bengang akan mengakibatkan anda mengambil satu langkah drastik yg tak terpikir oleh minda anda yg waras.

Benda yg selalu aku lakukan apabila aku marah:

Ø Isap rokok
Ø Minum nescafe
Ø Basuh baju
Ø Sapu sampah
Ø Makan banyak banyak
Ø Cuci bilik air
Ø Dan dulu aku penah cat umah semasa aku marah…

So, jgn marah marah yea....
Oh! Siapakah itu???

ps: jgn terpedaya ngan gambar..okeh:D

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may