Thursday, August 31, 2006

Dragon Star War III

Dragon Star War III - nama projek yang diberikan oleh Jeneral aku...
satu project yang mengacau bilau kan aku....
salah satu misi mustahil yang terpaksa aku selesaikan...
komitmen sentiasa bertukar...
cakap memang senang...
Minta itu minta ini
cuba buat sendiri tengok????
Mau terkeluar bijik mata tuh...
Semua berada dalam keadaan tertekan...
Tembak sana tembak sini
Lari sana lari sini
Bom di sana bom di sini
Jerangkap samar...toksah cakap la...
Silap sikit kena ngap!

projek yang memaksa aku terpaksa keja sampai lewat mlm...
bukan mlm, keja sampai pagi...
yang memaksa aku takleh amik cuti...
yang memaksa aku cancel cuti...
walaupun begitu..
terima kasih pada komando komando yang turut serta menjayakan misi ini...


Tensen & penat.....
Balik umah...main punching bag...


punching bag kat umah 13may

Wednesday, August 30, 2006

Hidup ini satu kebetulan???

Hidup ini satu kebetulan????
anda percaya atau tidak????
tapi aku nak cerita tentang kebetulan2 yang dulu pernah terjadi dlm hidup aku....
suatu ketika dahulu......
1) Aku keluar pegi beli barang, kat jalan aku terserempak ngan sorang awek....kebetulan plak aku jumpa dia lagi sekali kat kedai barang yang aku nak pegi tuh.....
2) Aku taktau nama dia, umur dia, umah dia...kebetulan plak aku jumpa IC dia yang tercicir...
3) Aku taktau dia keja mana...kebetulan plak aku nampak dia keja jabatan kerajaan semasa aku pi pejabat kerajaan sebab ada urusan
4) Aku nak mintak number tepon dia...kebetulan plak member aku tau number dia....
5) Aku nak tau dia ada pakwe ke belum....kebetulan plak aku jumpa dia keluar tengok wayang ngan mamat mana ntah....siap peluk2 lagi.....cisss sungguh......
6) Aku rasa sakit hati dan teringin nak marah dia....kebetulan plak dia ajak aku jumpa( memang nak kena hamput nih!!!)
7) Aku punya excited nak pi jumpa dia...kebetulan plak tujuan dia nak jumpa aku adalah sebab dia nak kasi aku "Kad Jemputan Kawin" dia ngan mamat malaun sekoq tadi tuh...
Cehhh...buang masa kan?
Tak adil kan?
Tapi apakan daya...hidup ini satu kebetulan....adakah anda setuju?
Lain2 kebetulan:-
  • aku nak amik lesen memandu - kebetulan member aku buka bisnes driving school, senang sikit urusan...
  • aku teringin nak bertinju - kebetulan member aku pi Padang Besar, aku suruh dia beli "punching bag", pastu gantung kat umah aku....best..best...
  • aku ke bandar nak beli zippo - kebetulan plak hari tuh, ada orang kasi hadiah kat aku (dah 12 tahun dah aku guna zippo tuh)
  • aku selalu dah nak sengkek setiap kali nak sampai hujung bulan...kebetulan plak aku selalu dapat gaji hujung bulan....hahahahaa..... (esok masuk gaji)
  • aku dah tak ingat benda apa lagi yang terjadi secara kebetulan - kebetulan plak member aku ajak pi minum.....so, secara kebetulan aku terpaksa berenti tulis....hehehehehe.....

Oleh yang demikian, apakah pendapat anda tentang hidup ini satu kebetulan???

Ok..Selamat Menyambut Hari Merdeka & Selamat Layan Kepala:)

Sunday, August 27, 2006

Tak sedap hati..

Aku berasa tak sedap hati? Selalu bila aku rasa camni...mesti ada something nak jadi.... Selalunya benda2 yang tak elok ler....minta simpang jauh2.... kadang2...mata siap kedip2 lagi...(boleh caya ke semua nih????)

Aku mula berfikir.....

Faktor2 yang mungkin menyebabkan aku tak sedap hati:-
  • Mungkin aku tertekan kot?
  • Mungkin aku tengah susah hati kot?
  • Mungkin perasaan saja kot?
  • Mungkin aku tengah risau kot?
  • Mungkin aku jiwa kacau kot?
  • Mungkin aku takut kot?
  • Mungkin aku tengah dok qapla jingga kot?

Apakah yang memungkinkan aku berasa tak sedap hati? Apakah firasat hati aku? Apakah yg berlegar & bersarang di kepala hotakku?

kelihatan 13may sedang kusyuk memikirkan apa benda yg menyerabutkan kepala hotaknya...

aku sebenarnya tengah pening.....aku nak amik annual leave aku...ada la dekat 20 hari...aku nak kena settle personal problem aku...tapi bebanan keja membuatkan aku berbelah bagi samada nak cuti atau keja...

kalau aku cuti....alhamdulillah...mungkin aku boleh settle2 apa yang patut masalah peribadi aku...tapi keja aku akan delayed....so, apabila aku cuti....untuk membolehkan keja aku dihantar pada deadline yang ditetapkan.....aku kena keja non stop 7 hari sebulan...mampuih! mampuih!....

Memang la pulangan dia best...tapi penat kena amik kira sama...duit byk badan tak sihat..tak guna jugak...pastu tu datang keja gelap...balik keja gelap...lgsung tak nampak matahari...cuma nampak matahati saja....hehehehehe....and then...lgsung tak kenai orang..lgsung takleh nak bersosial...takleh nak huha huha ngan kawan2....ditekankan sini bahawa aku buat keja sebab atas tanggungjawab...bukan aku gila buat OT...tapi aku terpaksa buat OT!!!!

hmmm...mcm ni lah bila kita bekerja secara sorg2...pikul tggungjawab sengsorang...sengsara pun sengsorang...bila keja tak siap....perghhh!!! nak ngadap tokey2 yang tak tahan tuh....kena pakai pelindung atau pedinding yang kuat...nak tepis segala serangan dari depa tuh....

Tapi yang paling tak tahan bila aku mendapat tugasan tahap "mission impossible"....gila..gila...terpaksa menggunakan teknik2 yang kungfu2 tahap tertinggi untuk meyiapkan misi tersebut.....

Oh! aku masih lagi dalam keadaan tak sedap hati...

Versi Kemaskini:

Sunday - masuk keja pukul 7.00am..balik keja Monday 2.00am...pastu masuk keja balik kul 8.00am....apa dah jadik ngan saya nih???

Langsung tak paham.....

Thursday, August 24, 2006

Tadak mood...

Aku rasa malas betoi hari ni.....dah 2 hari turut2 keja sampai terlebih masa...walaupun berbayar..tapi penat tak tau nak habaq...hmmm...aku kopipes dah la email yg aku dapat...mgkin korang dah penah baca...tapi sekali sekala...boleh gak layan kepala yg tengah penat nih....

---------------------------------------------------------------------------------

Tajuk: Surat Perletakan Jawatan dari seorang operator

JULIANA BANOUS BT CHE ROSS
NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG. 19 DEC 2005

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab-musabab saya ingin berhenti kerja:-

1) Saya kerap dibuli oleh senior.
2) Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3) Lagu 5’S tidak masuk dalam carta ERA.
4) Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5) KERJA BERDIRIIIIIIIIIII.......... Kasut takde sponge pulak!!!!!
6) Bas kilang tersangat laju.... Tersangat BAHAYA.....
7) Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8) Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk.....
9) Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10) Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GAT HOUSE nak bali kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..
11) Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu.... Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...
12) Boss kadang 2 ok kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

Faedah 2 lain tak memuaskan contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH

BANYAK LAGI NAK HABAK TAPI KUT TAK SANGUP DENGAK KUT!!!!

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ............
tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya........ IKAN KELI.. IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI LLLAAAMMMBUNG...............

SEKIAN TERIMA KASIH....

Monday, August 21, 2006

Aku dan mereka mereka...

aku adalah aku....diri aku yang menyayangi diri mereka mereka....dan begitu juga dgn mereka mereka...amat sayang pada aku....
mereka 1 - dulu aku amat menyayangi mereka 1...tapi aku telah dikhianatinya..tetapi nampaknya sekarang mereka 1 ingin kembali kepada aku....
mereka 2 - aku temui disaat aku tensen dengan mereka 1...tapi mereka 2 mempunyai masalah yang rumit...lebih kurang macam aku....aku cuma sebagai tempat mengisi kekosongan dan juga kesunyian....dan akhirnya terpaksa aku meninggalkan mereka 2 atas sebab sebab keselamatan...
mereka 3 - hadir dalam hidup aku tanpa ku pinta...disaat aku memerlukan seseorang....yang sanggup berkongsi suka duka bersama...tapi malangnya mereka 3 telah mempunyai ikatan...tapi aku amat happy bila bersama dgn mereka 3 walaupun aku tahu ia hanya untuk sementara....
Jadi....persoalannya:-
1) Siapakah aku?
2) Siapakah mereka mereka itu?
sebenarnya aku dalam dilemma........

Wednesday, August 16, 2006

Sepi...

Di malam ini ku renungi diri
kekurangan ,kejahilan menghantuiku
Di pagi ini ku rasa sunyi sepi
Kekosongan ,ketandusan di hati ini

Oh.. dimanakah cahaya hati
Kegelapan bukan ku cari
Oh.. di manakah ketenangan ini
kebahagian dunia hakiki

Padamu tuhan aku berserah
berikanlah kecerian dalam hidupku
Pada mu Tuhan aku memohon
kurniakanlah kedamaian dalam jiwa ku



Lyric: Usop
Music: Usop & ditambah perisa oleh Matkrie

Lagu ini menceritakan tentang penulis lirik yang tengah tension...tak silap aku masa ni dia kena kencing RM10k untuk d/payment keta....duit melayang keta tak nampak bayang....memang dia tension gila...kami cipta lagu ni pada 4 tahun lepas,pukul 4 pagi camtu....main kat laman umah dia....
saja aku abadikan lirik dia dlm blog aku...takut terlupa:)

Tuesday, August 15, 2006

Aku penat...

Fuh! Hari ni aku start keja balik selepas aku amik emergency leave sejak Rabu lepas. Last week merupakan hari2 yang amat sukar untuk aku. Macam2 kejadian berlaku. Aku kalut ngan keja aku...di samping tuh...aku ada masalah peribadi yang dasyat...masalah yang hampir2 memusnahkan hidup aku....kes yang melibatkan nyawa serta polis...pada masa yang sama, nenek aku plak meninggal...fuh! penat betul aku memikirkan semua tuh...
almost everyday aku ulang alik Penang - Sg. Petani...satu hari 2-3 kali..makan modal byk gak...pastu hari jemaat aku pi Ipoh...pastu tembak gi KL plak....
on the way gi KL, area Slim River...nyaris2 accident plak...celaka betoi...
Hari Ahad aku balik Sg. Petani...drive dlm keadaan tak sihat...aku demam...sampai SP kul 8.00 camtu...kul 10 aku balik Penang...pi amik ubat...dapat MC satu hari....ingat nak rileks kat umah hari Isnin tuh...tetiba ajer member aku ajak pi Taiping plak....pi umah tokwan dia...amik batu cincin....
Hari ni datang keja...perghhh...bersepah2 keja atas meja...aku habiskan dekat 2 jam just untuk baca & reply email dari bos2 & juga kengkawan aku....hehehehehe.....
Warghhhhh.....penatnya aku!!!!!
malam ni ada member nak jumpa plak...bila aku nak boleh rileks nih?????

Aku tengah layan blues...

Tak tertahan pedih hatiku
Terkenang peristiwa
Antara kita terpisah
Rindu melanda selalu
Dalam hati tersedu
Dan wajahmu ku terbayang
Aduhai sayang
Engkaulah kekasih hatiku

Akan ku kenang
Pahit dan manis percintaan
Bila ku sepi
Ku termenung
Ku biarkan
Airmataku berlinangan

Kaulah yang ku sayang
Kaulah yang ku rindu
Sukarnya aku melupakan mu

Kaulah yang ku sayang
Kaulah yang ku rindu
Masih segar dalam ingatan...

Akan ku kenang
Pahit dan manis percintaan
Bila ku sepi
Ku termenung
Ku biarkan
Airmataku berlinangan

Kau yang ku sayang
Kau yang ku rindu
Sukarnya aku melupakan mu

Kau yang ku sayang
Kau yang ku rindu
Masih segar dalam ingatan...

ehsan: Junction

Tuesday, August 08, 2006

Arghhhh!!!!!!!!!

Di telan pahit...hendak ku buang terasa sayang....
Engkau bermadu...hendak ku minum engkau beracun....

Arghhhh!!!!!!!!!!! Tensionnya aku!!!!!!!











Hangpa percaya dak...antara mamat semua tuh...aku ada kat situ???
Gambar 10 tahun yg lalu....

Sunday, August 06, 2006

Cari Ilham

hmmm...
member baik aku ada sorang awek....baru kawan 3 bulan...awek dah mintak putus....sebab awek dia nak kena kawin ngan org lain...rupanya selama ni, awek tu tunangan org.....kesian kat dia kan......so dia cipta la satu lirik lagu dan mintak aku buat lagu...aku naik blurr.....sebab lirik dia nampak mcm jiwang...aku reti buat lagu2 yg agak keras sikit...kalau tangkap leleh nih....hmmm..payah gak nih...sebab nak buat lagu...kita kena tangkap feeling dulu....kalau lagu jiwang....mesti aku kena tangkap leleh dulu....
anyway....ni dia lagu baru yang bakal aku buat....
Title: Sukma hatiku
Lirik: Boss
Music: Matkrie (tgh usaha nak buat...)
Kehadiranmu membawa sinar
Walaupun sukar penuh harapan
Istana cinta yang belum pasti
Engkaulah sukma hatiku

Sukma hatiku
Terlalu rindu padamu
Sukma hatiku
Amat menyintaimu…….

Pandanganmu membawa ceria
Membuang resah di hati ini
Apakan daya kini belum pasti
Engkaulah sukma hatiku

Sukma hatiku
Terlalu rindu padamu
Sukma hatiku
Amat menyintaimu…….

Ku terima segala katamu
Cinta berputik bak embun pagi
Berat hatiku melepaskan kau pergi
Engkaulah sukma hatiku

Walaupun andainya
Engkau telah tiada
Cintamu sentiasa di sanubari
Engkaulah sukma hatiku….

Terima kasih padamu
Singgah sejenak padaku
Menjadi satu legenda cinta
Engkaulah sukma hatiku

Sukma hatiku
Terlalu rindu padamu
Sukma hatiku
Amat menyintaimu…….
So...itulah luahan rasa dari member aku yg tengah tungging buyung sebab frust...dia memang nak kawin ngan pompuan tu....
kesian kan....putus cinta plak.....

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may