Wednesday, September 26, 2007

113: Aik???

1) Pompuan akan menyuruh teman lelakinya memesan makanan banyak banyak ketika dia dalam keadaan sangat lapar. Namun apabila berat badan pompuan tu bertambah, pompuan akan menyalahkan teman lelakinya kerana selalu memaksa dia makan banyak banyak. Aik???

2) Akibat terlalu letih atau penat, pompuan akan memberitahu teman lelakinya supaya jangan menelefonnya kerana dia mahu balik rehat dan tido. Namun apabila teman lelakinya tak menelefonnya, dia menuduh teman lelakinya sudah tidak mempedulikannya lagi. Aik???

3) Pada waktu malam, akibat terlalu mengantuk..pompuan tak amik peduli apa yang di bicarakan oleh teman lelakinya melalui telefon. Terus tertido. Namun apabila pagi besoknya, pompuan tu memarahi teman lelakinya kerana letak telefon begitu saja. Aik???

4) Apabila sudah membeli suatu barang, pompuan akan bertanyakan pendapat teman lelakinya tentang barangan yang dibelinya tadi. Namun jika lelaki itu memberikan jawapan yang kurang memberangsangkan, lelaki itu dikatakan jeless. Aik???
5) Kerana terlalu banyak duit habis akibat berbelanja tanpa kawalan, pompuan akan menjadi tertekan dan cuba beritahu teman lelakinya bahawa dia telah pokai atau sengkek. Namun jika duit itu sebenarnya adalah duit teman lelakinya, apsal pulak dia hendak stress??? Sungguh aikk???
Kesimpulan:
Aku makin tak paham...hahha hahha...saiko sungguh!
----------------------------------------------------------------------------------------
Iklan Berbayar:
Seorang sahabat blogger yang sedang melakukan satu bisnes makanan. Sila klik pada imej untuk maklumat lanjut:

Saturday, September 22, 2007

112: Jiwa kacau....


Nota Jiwa Kacau:
Aku ada 13 keping kad raya...aku ingat nak send kat bloggers. So, sapa sapa berminat nak dapatkan kad raya yang mempunyai tandatangan eksklusif dari aku (chewah! mcm artis plak..hahha hahha) ..email atau YM address opis atau umah kat aku: encik13may@yahoo.com
Sapa sapa yang ada number tepon aku, sms address secepat mungkin. Sayugia dinyatakan penghantaran kad raya ini adalah berdasarkan first come first serve basis...
Tarikh Tutup: 28th September 2007

Sebab lepas tu aku mungkin sibuk hendak membuat kuih raya, masuk hutan tebang buluh nak buat lemang, mengecat umah, kacau dodol, curik ayam kampung untuk dibuat rendang dan juga menghabiskan masa dengan melepak tengok orang membeli belah untuk persiapan raya (ini yang sebetulnya..cuci mata..marka ramai wooo!!!)

Iklan Berbayar:
oh ya! Permintaan dari seorang sahabat blogger yang sedang menjalankan satu bisnes, sila klik pada image di bawah untuk maklumat lanjut:
Nota LayanKepala:
Sometimes loneliness is the better way than happiness...

Thursday, September 20, 2007

111: Tak hairan dan tak pelik – Part 2

1) Ada sesetengah lelaki amat mengambil berat soal pemakanan dan hanya memilih untuk makan makanan yang tertentu sahaja. Jadi tidak hairan jika lelaki pantang makan itu ini demi kesihatan badan. Begitu juga ngan pompuan, mereka pun begitu ambil berat soal pemakanan mereka dan memilih makanan. Tapi bukan demi kesihatan badan, tapi demi bentuk badan. Pelik pelik :P

2) Lelaki selalunya bangun untuk bersahur dan kemudian terus bersiap pergi ke tempat keja. Jadi tidak hairan jika lelaki sampai awal ke tempat keja kerana waktu bersiap yang digunakan oleh lelaki tetap sama seperti bulan biasa. Pendek kata bangun awal, siap cepat..maka keluar umah pun cepat. Begitu juga dengan pompuan, mereka juga bangun awal pagi dengan niat untuk bersahur dan terus bersiap pergi ke tempat keja. Tetapi tetap sampai lewat ke tempat keja kerana lagi banyak masa yang ada untuk bersiap, lagi lama mereka akan bersolek. Pelik pelik :P

3) Lelaki selalunya jarang bercakap banyak semasa berpuasa kerana kebanyakkan lelaki tidak mempunyai banyak aktiviti serta cerita menarik sepanjang bulan puasa untuk dibualkan bersama kawan kawan. Jadi tidak hairan jika lelaki selalunya akan berdiam diri walaupun berkumpul ramai ramai kerana masing masing hanya layan kepala sendiri. Begitu juga dengan pompuan, pergerakan mereka juga terhad dan tidak mempunyai aktiviti yang menarik sepanjang bulan puasa. Namun begitu apabila berkumpul ramai ramai, mereka tetap aktif bersembang. Pelik pelik :P

4) Lelaki selalunya tak kisah sangat tentang juadah untuk berbuka. Cukuplah makanan yang sedap dan mengenyangkan. Jadi tidak hairan, jika juadah yang dibeli lelaki adalah makanan yang sama tiap tiap hari. Begitu juga dengan pompuan. Cukuplah berbuka dengan makanan yang sedap dan mengenyangkan. Tetapi jika di lihat makanan yang dibeli oleh mereka, itu bukan takat kenyang..malah buleh di buat kenduri. Pelik pelik :P

5) Tidak hairan jika lelaki tertido lepas berbuka puasa. Maklum la, letih seharian berpuasa. Begitu jugak dengan pompuan, mereka mungkin juga tertido lepas berbuka…dan kemungkinan jugak akan tertido lepas bersahur. Pelik pelik :P

Kesimpulan:
Tak mau cakap apa apa...peace !!!

Monday, September 17, 2007

110: Tak hairan dan tak pelik – Part 1

1) Tak hairan jika lelaki yang menunggang motosikal mementingkan keselamatan diri. Mereka akan memastikan motosikal mereka sentiasa berada dalam keadaan baik dan sentiasa memakai topi keledar. Dan topi keledar itu tak pernah lekang dari kepala walaupun ketika singgah di kedai nasi kandar pada waktu tengahari semasa di bulan puasa. Ini juga tak pelik.

2) Sebagai menunjukkan sokongan terhadap kempen kebersihan alam sekitar di bulan puasa, tak hairan jika lelaki menghargai beg beg plastik terutamanya yang berwarna hitam. Mereka sentiasa membawa beg plastik hitam itu ke hulu ke hilir semasa dalam bulan puasa. Kadang kadang, kita dapat melihat golongan lelaki ini juga akan membawa kotak kosong bergantung kepada keperluan dan permintaan. Ini juga tak pelik.

3) Tak hairan jika pada bulan puasa, lelaki tetiba menjadi manusia yang suka mengunjungi taman taman rekereasi pada waktu tengahari untuk beristirehat serta melihat kehijauan muka bumi. Pada waktu ini, kehadiran manusia di taman taman rekreasi adalah amat minima dan sesuai untuk dijadikan tempat berehat. Ini juga bukan sesuatu yang pelik.

4) Tak hairan jika ada juga perokok lelaki secara otomatik suka memakai wangi wangian (minyak atar, minyak wangi atau sebagainya) pada bulan puasa. Ini mungkin untuk menambahkan kesegaran badan. Dan mungkin juga untuk menaikkan aroma badan supaya sesiapa yang mendekati lelaki itu tidak rasa tergugat.

5) Tak hairan jika ramai lelaki hampir lembik kerana berpuasa. Dan juga tak pelik jika ramai lelaki hampir lembik akibat berlakon di bulan puasa. Hehhe....

Kesimpulan:
Lelaki boleh berubah menjadi amat pelik dan menghairankan dalam bulan puasa.
Awasi teman lelaki anda...hehhe

Wednesday, September 12, 2007

109: Ini tidak adil!

1) Apabila pompuan berpakaian cantik dan seksi, pompuan tu mahu kelihatan mengancam di mata teman lelakinya. Tetapi bila teman lelakinya berpakaian kemas dan segak, secara otomatik pompuan tu rasa terancam. Takut takut pompuan lain terpikat ngan teman lelakinya. Ini adalah sebab mengapa pompuan kadang kadang tak peduli jika teman lelakinya berpakaian selekeh. Ini tidak adil!

2) Apabila pompuan berjalan di khalayak ramai, dia akan memastikan dirinya sentiasa dalam berkeadaan baik samada dari segi solekan muka, pakaian atau lenggang lenggoknya. Ini kerana dia sentiasa mahu kelihatan mengancam walau dalam apa jua situasi pun. Tetapi apabila lelaki cuba berlagak macho di khalayak ramai, lelaki tersebut dikatakan cuba menarik perhatian orang terutamanya pompuan...atau lebih tepat lagi..cuba nak menggatal. Ini adalah antara sebab mengapa pompuan tak suka teman lelakinya berlebih lebih semasa di khalayak ramai. Ini tidak adil!

3) Apabila pompuan bersiap lawa lawa untuk pergi ke majlis keramaian, mereka menyatakan mereka perlu kelihatan mengancam kerana majlis tersebut hanya berlangsung sekali sekala. Tapi apabila lelaki bersiap lawa lawa untuk pergi ke majlis keramaian, pompuan akan berasa terancam kerana beranggapan mesti lelaki tersebut ada rancangan lain selepas majlis tersebut. Ini adalah sebab mengapa pompuan hendak berjumpa ngan teman lelakinya sebaik saja majlis itu berakhir dengan seberapa segera yang mungkin. Padahal, lelaki pun nak merasa segak jugak untuk sekali sekala. Ini tidak adil!

4) Apabila pompuan perlu hadir ke majlis perjumpaan kawan kawan lama (sekolah, universiti atau sebagainya), mereka bersolek dan berhias secantik mungkin kerana selepas beberapa tahun tak berjumpa, sudah tentu mereka mahu kawan kawan mereka melihat mereka sentiasa mengancam. Tetapi apabila lelaki pakai segak segak untuk pergi ke majlis perjumpaan seumpama itu, pompuan akan berasa terancam. Ini adalah kerana beranggapan lelaki tu mesti hendak berjumpa dengan teman wanita zaman sekolahnya dulu. Sebab tu pompuan nak ikut teman lelakinya jika ada majlis perjumpaan seumpama itu. Ini tidak adil!

5) Apabila pompuan kelihatan mengancam, mereka amat suka jika orang ramai memuji mereka dan berasa bangga apabila orang ramai bertanya itu ini bagaimana pompuan tu kekal mengancam. Teman lelakinya hanya tersenyum bangga kerana ada teman wanita sebegitu rupa. Tapi apabila lelaki kelihatan mengancam, makin lama teman wanitanya berasa makin terancam. Maklum la, lelaki ni makin mengancam makin menjadi. Oleh yang demikian, pompuan tu akan cuba memastikan lelaki itu kelihatan mengancam ala ala kadar saja. Ini tidak adil!

Kesimpulan:
Hmmmm.......hmmm....hmmmm....


Selamat Berpuasa !

Friday, September 07, 2007

108: Sketsa Kisah Sebuah Cinta

Tetiba jam loceng berbunyi
Tanda hari sudah pagi
Laki kelam kabut pergi mandi
Bini masih dok landing lagi

Laki keluaq bilik mandi
Bini masih dok guling guling lagi
Laki jerkah ngan suara tinggi
Bini kelam kabut angkat kaki

Sebab takut lambat masuk keja
Bini bersiap cincai cincai saja
Dok dalam keta buat muka toya
Laki pulak dok layan kepala

Muka bini mula la menjadi kelat
Sampai opis hempas pintu keta kuat kuat
Laki dalam keta bertambah la hangat
Terus tekan minyak sampai tak hingat hingat

Sampai opis masing masing buat keja
Tepon tak, sms tak…buat tak peduli saja
Tiba petang laki amik bini macam biasa
Bila jumpa masing masing senyum sebab marah dah reda

Sampai umah bini pun buat manja manja
Tapi laki kata dok mengada ngada
Tapi bini pandai menggoda
Terus laki berdebar debar dada

Lepas makan dua dua rasa lali
Masuk bilik laki bini senyum senyum nampak gigi
Laki angkat kening, bini angguk tanda jadi
Pastu dua dua tido tak sedar diri

Ini sketsa kisah sebuah cinta
Hanya rekaan semata mata
Kalau nak tau kisah selanjutnya
Sambung semula di rangkap pertama….
----------------------------------------------------------------------------------------
[Versi Kemaskini - Piala Malaysia]


BIAR JASA JADI KENANGAN

Tuesday, September 04, 2007

107: Dasar lelaki???

1) Ada lelaki takut atau gerun melihat darah dengan alasan mereka berkemungkinan buleh pitam bila melihat darah yang banyak. Tetapi pada dasarnya, lelaki itu sebenarnya cuba bermanja manja ngan pompuan. Kot kot pitam masa tengok darah…ada gak pompuan tolong kipas kipas atau urut urut. Hehhe…

2) Ada lelaki bila luka sikit, rasa macam nak mati dengan alasan tak tahan sakit. Dan mungkin tak berkemampuan untuk membuat sebarang kerja kerja berat. Tetapi pada dasarnya, lelaki tadi nak manja manja dan nak menguji samada pompuan tu amik berat atau tak tentang kecederaan laki tu. Hehhe..

3) Ada lelaki rasa gayat bila berada di kawasan atau tempat yang tinggi dengan alasan mereka berkemungkinan boleh ketar lutut atau pengsan akibat terlalu takut. Dan mungkin juga tak mampu mengorak langkah. Tetapi pada dasarnya, mereka cuba menunjukkan sifat manja mereka agar boleh memeluk pompuan semasa berada di tempat yang tinggi. Hehhe…

4) Ada lelaki bila demam, asyik tak larat dan asyik terbaring ajer. Dan lelaki juga berkemungkinan hilang selera makan atau tak larat nak makan semasa demam. Tetapi pada dasarnya, lelaki hendak bermanja manja dan berharap agar pompuan tu dapat masak makanan untuknya serta dapat menyuapnya semasa sedang demam tuh. Hehhe…

5) Ada juga lelaki takut berjalan di tempat yang gelap seorang diri dengan alasan takut jatuh lubang atau takut hantu la konon konon. Dan selalu meminta pompuan menemani mereka. Tetapi pada dasarnya, lelaki tu cuba nak bermanja manja ngan pompuan di tempat gelap tuh. Err…bermanja manja di tempat gelap eks??? Hahha…

Kesimpulan:
Lelaki memang manja….ke mengada ngada???

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may