Lelaki sememangnya makhluk yang sentiasa bersenang lenang. Lelaki selalunya akan mencari cara mudah dan terbaik tanpa mengganggu kehidupan mereka. Contohnya jika lelaki keluar jalan jalan. Lelaki selalunya akan keluar sehelai sepinggang. Ini secara tak langsung akan memudahkan pergerakkan lelaki. Senang nak ke hulu ke hilir.
Berbanding pompuan, mereka mungkin pada dasarnya keluar sehelai sepinggang. Tetapi adakah anda semua perasan, kebanyakkan pompuan akan membawa sebuah beg tangan bersama mereka. Beg tangan ini mungkin sebagai satu keperluan, namun jika di kaji kaji beg tangan ni kadang kadang menyusahkan. Iya la kan...nak kena usung ke hulu ke hilir. Kan nampak menyusahkan...hehhe hehhe
Tak di nafikan, ada juga lelaki gemar membawa beg semasa keluar berjalan. Contohnya beg galas. Ini mungkin kerana telah menjadi tabiat lelaki tersebut. Kerana kalau keluar dengan tangan kosong, mungkin lelaki tersebut rasa lain macam. Walau begitu, beg yang di bawa tadi selalunya tak mendatangkan masalah kerana selalunya ia ringan dan mudah di bawa merata rata. Sungguh mudah dan senang.
Berbeza pompuan, sudah la mempunyai beg tangan...nak bawa plak beg galas. Tu belum campur beg plastik atau beg kertas. Cuba anda bayangkan, berapa banyak beg yang pompuan bawa semata mata hendak keluar berjalan. Itu belum termasuk masa pulang nanti di mana jumlah jumlah beg itu akan bertambah. Iya la kan...beli itu beli ini. Banyak la bawa balik beg. Dan ini sesungguhnya nampak sungguh memenatkan. Kan nampak menyusahkan ajer... hehhe hehhe
Lelaki juga selalunya suka menyimpan duit syiling yang banyak dalam poket. Berapa banyak syiling pun, lelaki akan simpan dalam poket.Perbuatan ini sangat memudahkan kerana jika tiba tiba duit syiling diperlukan, lelaki cepat mengeluarkan syiling tersebut dari poket mereka. Perkara ini sesungguhnya amat menyenangkan.
Pompuan pulak, selalunya duit syiling diletakkan dalam satu beg. Duit kertas dalam satu beg. Dan beg beg duit tersebut sudah tentu di letakkan dalam beg tangan. Di sini jelas menunjukkan, betapa rumitnya pompuan jika hanya mampu mengeluarkan duit. Jenuh plak dok bukak 2-3 beg semata mata nak amik duit. Kan nampak macam nyusahkan ajer... hehhe hehhe
Cuba kita lihat jika seorang lelaki perlu pergi ke suatu tempat yang jauh di mana perlu membawa banyak barang. Lelaki paling maksimum hanya memerlukan 2 buah beg saja. Beg beg tersebut mungkin terdiri daripada satu beg pakaian dan satu lagi beg yang selalunya akan di galas oleh mereka. Perjalanan yang jauh dan hanya memerlukan 2 buah beg nampaknya begitu memudahkan urusan.
Berbanding pompuan, jika perlu berjalan jauh...beg pakaian dah jadi satu hal. Beg yang di perlukan mestilah agak besar. Kalau beg kecil, perlukan 2 buah hanya semata mata untuk pakaian. Ini beg pakaian. Belum campur beg barang barang peribadi. Beg alat mekap lain pulak. Beg kertas untuk di isi dengan barang barang yang mudah pecah atau sensitif lain pulak. Itu belum campur dengan beg tangan. Kalau bawa komputer riba, tambah pulak satu beg lagi. Huiii...berapa banyak beg daa??? Sungguh nampak menyusahkan ajer...hehhe hehhe
Akhir sekali, lelaki selalunya amat mudah menguruskan diri mereka semasa berada di luar. Jika terdapat resit resit atau apa apa kertas, lelaki selalunya akan membuang kertas tersebut tanpa banyak bicara. Sebab nak simpan pun bukan ada maknanya. Jumpa tong sampah, campak ajer kertas kertas tersebut. Sungguh mudah.
Berbanding pompuan, kebanyakkan suka benar simpan resit resit pembelian atau resit bank dalam beg tangan. Dan apabila perlu mencari sesuatu, menjadi satu kerja pulak hendak mencari barang tersebut. Jenuh dok selongkar beg tangan tersebut. Seluk seluk asyik jumpa resit saja. Kan nyusahkan...hehhe hehhe
Ringkasan:
Ishhh....no komen laa...ampun! Hahha hahha :D