Wednesday, June 04, 2008

137: Steady steady

Saban hari kita melihat dan mendengar kemalangan sana sini. Kemalangan boleh di tafsirkan sebagai satu kecelakaan yang menimpa diri kita secara tiba tiba. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh kecuaian kita ataupun dah memang takdir kita. Walau begitu, mari kita mengkaji atau melihat secara terbuka bagaimana kemalangan boleh berlaku dalam konteks pejalan kaki.

Rata rata pompuan apabila berjalan kaki asyik menundukkan kepala terutamanya apabila melintasi sekumpulan lelaki. Mereka mungkin tak menyedari bahawa kelakuan tersebut boleh mengundang bahaya. Ini kerana jika berjalan asyik menundukkan kepala, mereka mempunyai penglihatan yang agak terhad dan tak dapat mengagak apa yang bakal muncul di hadapan mereka. Oleh yang demikian, seringkali kita mendengar pompuan terlanggar sesuatu dan akhirnya mungkin terjatuh atau terhantuk. Dan ini menyebabkan kemudaratan kepada diri pompuan tu sendiri.

Berbanding lelaki yang selalunya sering kali berjalan kaki dengan pandangan mereka sering melihat sana sini. Ini bukan bermaksud lelaki itu bermata liar, tetapi itu adalah satu langkah keselamatan. Lelaki sering peka dengan keadaan sekeliling mereka. Walau begitu, ada juga segelintir lelaki yang berjalan asyik menundukkan kepala.
Namun jika lelaki tadi terlanggar sesuatu, mereka bijak mempertahankan diri. Jika terlanggar barang mereka akan memekik " hoii!!! ni barang sapa letak kat tengah jalan nih???". Jika terlanggar orang, mereka akan berkata kepada orang yang dilanggar itu" Hoi! Buta ka???!!". Ini jelas menunjukkan bahawa lelaki bijak dalam menghadapi situasi kemalangan. Steady steady! Hehhe :D

Pompuan juga terkenal dengan sifat ber'soksek soksek' ketika berjalan. Tapi ingin di tegaskan di sini, sifat 'soksek soksek' itu bukanlah hanya terdiri daripada perbincangan atau perbualan yang menuju ke arah umpatan atau sebagainya. Kita pandang dari sudut positif ok. Contohnya sekumpulan pompuan bercerita suatu kisah lucu sesama mereka sendiri sambil berjalan. Kalau anda perati, anda akan dapati ketika bersembang cerita sebegini, pompuan akan tergelak gelak sambil kadang kadang tu tertepuk bahu, tak pun tepuk punggung kawan yang lain. Ada juga yang mencuit pinggang sesama sendiri. Perbuatan sebegini sebenarnya hanya mengundang padah kalau tidak kena gayanya. Ini disebabkan ketika terlalu teruja dengan cerita yang di dengar itu, mereka mungkin secara tak sengaja akan menepuk kawan mereka dengan agak kuat. Ini mungkin akan mengakibatkan kawan mereka terjatuh dan sebagainya. Kalau mencuit pulak, mungkin ada yang melatah dan sebagainya. Ini semua berisiko tinggi dan boleh mengundang perkara yang tidak di ingini.

Berbanding lelaki yang kalau bersembang ketika berjalan, kebanyakkan hanya akan ketawa secara besar besaran. Takde pulak nak tepuk tepuk bahu atau peha kawan yang lain. Kalau ada pun, hanya tepuk kepala masing masing. Tapi tak di nafikan ada juga lelaki yang ketika bersembang, suka menepuk atau menumbuk kawan yang lain. Tetapi selalunya lelaki dapat menepis atau mengelak tumbukan yang dituju kepadanya. Di sini jelas dan ketara bahawa lelaki sentiasa berwaspada walaupun dalam keadaan yang berisiko tinggi. Steady steady! Hehhe :D

Berikutnya kalau anda semua perati betul betul, pompuan suka berjalan berpimpingan tangan. Jika jalan dua orang, tangan pimpin dua orang, Kalau jalan tiga orang, pegang tangan tiga tiga orang. Cuba anda bayangkan jika seorang jatuh tergelincir, sudah pasti pompuan yang nak terjatuh itu akan memaut atau menarik tangan pompuan yang sorang lagi. Last last dua dua orang tersungkur. Yang paling nak teruk, pompuan yang pertama sekali terjatuh. Sudah pasti dia akan di timpa oleh kawannya yang sorang lagi. Ini mungkin akan mengakibatkan kesakitan yang agak serius. Maklum la, dah la jatuh..kena timpa pulak. Ini baru contoh tergelincir. Kalau jatuh longkang...hmmmm...rasanya tak perlu la nak diceritakan di sini.

Berbanding lelaki, rata rata berjalan takkan pimpin tangan kawan punya. Kalau jatuh longkang, jatuh la sorang sorang. Kalau tersungkur, tersungkur la sorang sorang. Tapi ada juga segelintir lelaki yang gatal nak pegang tangan kawan lelakinya semasa berjalan. Namun jika sorang tergelincir, selalunya kawan yang sorang lagi akan dapat menahan dan memaut daripada membiarkan kawannya itu terjatuh. Ini kerana lelaki rata rata mempunyai 'kuda kuda' yang kuat. Steady steady! Hehhe :D

Akhir sekali, kita ambil contoh ketika lelaki berjalan bersama pompuan.
Dalam situasi sebegini, lelaki akan bertindak sebagai seorang yang budiman di mana lelaki akan memberi laluan kepada pompuan dahulu. Bak kata orang putih "Ladies first". Di sini jelas dan ketara bahawa pompuan sentiasa berjalan setapak mendahului dari lelaki. Oleh yang demikian, jika terjadi apa apa...pompuan yang kena dulu. Kalau tergelincir, pompuan tu yang terjatuh dulu. Kalau terlanggar, pompuan tu yang kena dulu. Manakala lelaki tetap steady steady! Hehhe hehhe :D

Kesimpulan:
Larriiiiiiiii!!!!!!!!! Hahha hahha hahha :D

112 comments:

Anonymous said...

Rata-rata perempuan apabila berjalan mereka suka mengkontrol cun. Apabila mengkontrol cun, mereka akan mudah hilang tumpuan. Apabila tidak memberi tumpuan, maka mereka akan kurang peka terhadap sekeliling dan tidak sedar kemungkinan kemalangan bakal menimpa. haha.. Nice blog bro!

13may said...

saad: steady steady! hahha :D

achik said...

hahahampeh.. ;p

Neeza Shahril said...

amboiii!!! sedapnya dia mengata pompuan yeeee...
kat sini kan, ramai lelaki pegang tangan lelaki masa berjalan.. siap hayun hayun lagiii.. hahahaa!!!
(spesis dari negara sebelah negara Shah Rukh Khan)

Anonymous said...

ooo.. lepas ni aku nk bagi lelaki jalan dulu la..

13may said...

achik: :P

neeza: siap hayun hayun lagi??? depa tgh kawat kot...hahha hahha

eSampah: bijak bijak :D

B|itHeGaL said...

cite dongeng neh... :p

-asik lari je bro... race jomm.. :p

kuchalana said...

kakakak... steady la may.. aku stuju smua point ko.. aku nak tambah..

i am back....

Anonymous said...

dah sedap ngata pehtu nak lariiii.. pe takut ke? :P

Mak Su said...

lari jgn tak lari

steady, steady

13may said...

blithegal: dah pikir masak masak ker ajak race nih??? hehhe :P

kuchalana: steady steady! :D

ayuMkay: heheh hehhe :P

maksu: cayalah! :D

Masy said...

klu aku mmg aku soh lelaki jalan dulu - mcm ala2 hormat tapi... apa ko pk pompuan tak pikir cam hang kaaa may2 ahahahahah..!!~ :P

kasut-gombak said...

ceh..

AinNur Haris said...

hahahahaa...!! lawak la entrie ni..memang ada betulnya tapi berat sebelah la tu..hikk hikk..

perenggan last tu paling tak leh "terima"...lawak laa... ;-p

nanies said...

hek elleh steady kunun...pirahhh...sokong cik neeza...lelaki ada per jln pimpin tangan..kekadang melebih2 dari pompuan...wakakakakak geli i tau..

13may said...

masy: ceh! :P

kasutGombak: huh! :P

cahayaMata: next time, kasi lelaki jalan dulu :D

nanies: kah kah kah :P

CPI said...

cisssssssssssss! kudaaaaaa ku lariiiiii gagahhhhh beraniiiii jengg...jeng...jenggggg... eheheheheheheheeh

farazdaq said...

May;

kalo pompuan pegang tangan - biasa..nampak suci je

kalo lelaki pegang tangan -
jelik beb..nampak 'geli' je

ahaks!

me3n said...

hang memang gentleman yang mempunyai otak yang bergeliga ehehehe

nur'ain said...

hahhah! may senget!

nadzunix said...

ampes ekk :P ...

pompuan jugak yg terkena ...

ixora said...

itu ler, pmpuan ni lbh peka n syg sesame kami..aper ler..berat sebelah tol..hbs tuh, yg jenis 'sparuh2' tuh, sometime lg teruk dr pompuan..walhal still laki rite.. huhu..mak tak nk jwb nyah...takut...steady2, 1 2 3...larikkkkk..

Anonymous said...

aku pon duk berjalan sambil tunduk2.. tp sempat gark la jeling2 ke depan.. bukan perrr.. perut aku nih makin naik.. tu yg risau tuh wekekekek

Anonymous said...

amboi...bestnye mengata org pompuan ek..
mana dpt fakta2 tu? semua secara kbtulan la...
xleh terima ^_^

Anonymous said...

teringat aku mase kite jalan kaki balik dari class, hang jatuh longkang...kakaka.. : comment post by aislemontea aka yusmoq

Ummi M.I.M.S said...

aaaiii..
cm menyirap jer darah ummi baca kali nih...
haa.. tu mana nk lari tu..!!

Anonymous said...

steady may...
eh, i'm back...

13may said...

imanQaisara: errr...kamu ada bela kuda ker??? hehhe :P

farazdaQ: meh la pegang tgn aku :D

ad3ck: steady steady! hahha :D

nurAin: senget pun takpe..kuda kuda kuat :D

nadzunix: hehhe hehhe...nak buat camna, hasil kajian camtu :D

ixora: oh! yang tu susah nak predict sikit :D

ien: errr...minum slimming tea la cek...hehhe :D

nur16: errr...buat kajian sikit sikit :D

seedr: hahha hahha...dah pecah lubang kat sini aku jatuh longkang :D

ummiTomey: sabar ummi...sabar...steady ok! :D

mawar: invite la aku masuk blog hang: encik13may@yahoo.com / encik13may@gmail.com

ANNA NUR said...

hah hah.. ppuan jln tunduk sbb mungkin tgh pakai kasut baru. so, excited tgk kaki..

yg cuit sana sini tu.. no komen. mungkin nk test 'alert'. kih kih.

apa2 pun.. enjoy baca topik ni. kelakar pun ada..

~ermmm.. lelaki steady?? steady keeeeeee... :)

muadzlife said...

alaaa skrg lelaki da ramai jalan pegang tangan per..hahaaa

Miko Yamaguchi said...

mengong....hahahahha

Mummy Rizq said...

woit! kalo jantan jalan pegang pegang tangan.. dah lain dah tu!

ANNA NUR said...

haah. betul. betul. skrg dh ramai lelaki jln pegang pegang tgn. kalo yg itu mcmana lak?

~ha ha ha.

Ruby League... said...

lama tak singgah.. suka entry neh...! mentang2 minyak naek.. ko berlari la?

13may said...

chenta: steady steady! :P

muadzlife: bukti bukti??? hehhe :P

miko yamaguchi: :P :P :P

mummyRizq: hahha hahha hahha :D

chenta: errr...errr...camna nak jawab nih..huhhu

panadol7e: hehhe...aku tgh naik minyak ler nih :D

Yana Ismail said...

huhu..tundukkan pandangan kenalah berpada2..kalau terlanggar orgkan susah..tak g2?

hajarss said...

may adalah bf yg paling hampeh!!!


;)

chiku the chucuru said...

aku naik tren pagi tadi, aku nak jalan, igt mamat ni nak bg laluan. sekali dia redah je aku... kurang asam betul

Cybernetics Mind said...

cayalah may....tu blum masuk citer before & after marriage.....blom kawin, aweks tersepak batu...maki batu, pas kawin bini tersepak batu....maki bini...woi hang boh mata kat mana...hahhahaha

akhirnya may.....terubat gak luka di hati yg berdarah2 akibat kenaikan rega minyak oleh para laknatullah tuhhh....pasal aku asik tersenyum jer membaca entri hang ni.....sampaikan bini aku ingat aku dok chatting ngan aweks plak...huahuahua

kawaii_desu said...

may: sib baik aku kat sini kalau tak hang kena mengsteadykan diri sebelum aku sondoi hang huhu

mengaku jugak lelaki mata macam wiper... sebab terlalu pandang merata tak nampak benda2 kat bawah, so bila tersadung tu yg terjerit kata buta la apa la...

may, iagination hang kuat sgt, mana ada pompuan melawak tepuk pungkoq sama sendiri??? hang tgk tang mana ni? in bukti kewiperan mata lelaki bukan ke arah persekitaran jalan tuk keselamatan tetapi tuk benda2 merapu camni

ladies first...
pernah amal tak? ni sah2 tak gentelman... ada k patut

Noushy Syah said...

A good laugh...

Wonder where you get this idea from..lolz!

Have a nice day my friend.

~ini an~ said...

ececehhh...x abis2 memperjuangkan lelaki...malas nak beta ngan en. peguam nih...mmg kalah punye.. :P

Narsha J. Fedders said...

Steady steady kebabai hang steady. CHET!

:p

Unknown said...

Tu perempuan zaman bila tu, May? Fakta tak betul tu yang oiii...

ZABS said...

Salam May,
Agaknya itu cerita perempuan masa uncle muda2 dulu. Sekarang perempuan dah... sendiri tengoklsh May, apamacam ada????

just me said...

tak de kontrol apa aihhh...steady ja neh...ekekeke

pearl'E.J said...

oittttttttt... mana aciii...

ehh tp kann, nmpk sgt laki tak steady sbb bg pompuan dulu... patut kena pimpin tangan pompuan tuu.. hahaha..

AbGJaS said...

Hi 13may,
Apakah intepretasi utk pasangan yg dah berkahwin lebih 10 tahun di mana si laki berjalan nun jauh didepan meninggalkan isteri di belakang?

Masihkah budiman?

Anonymous said...

Well, perempuan kan ayu, manja lagi bersopan santun..

Kenalah control langkah.

Lainlah en may, jalan memang bersepah. Bha ha ha ha ha!!

13may said...

princessLiyana: hehhe hehe

hajarss: oit! steady la.. :D

fiezaFadilla: huiii...tak budiman sungguh laki tuh :D

cyberneticsMind: hehhe hehhe

kawaiiDesu: aisehhh...ni yang cek kalah nih :D

NSyah: hehhe...thanks :)

azzamSupardi: hoh!

cewekBradPitt: hahha hahha hahha

BSongeh: wooohoooo!!! :P

OD: errr...baru minggu lepas nampak :D

uncle Zabs: salam kembali...tu yang susah nak cakap tuh :)

ScarlettJulia: huiii...macam tak caya ajer nih...hehhe :P

EJ: ladies firstt...hehhe :P

abgJas: oh! org sayang bini memang camtu...sentiasa berada depan bini untuk protect :D

phuYing: ececececece... hahha :P

Mazza Homemade Cookies said...

ya satu kupasan isu yang begitu mengkagumkan sekali..keh2..lahir dari amatan penulis yang sentiasa terselamat dari tragedi sewaktu berjalan kaki agaknya..steady,steady

meen said...

hah! ye la sangat stedy stedy tuuuuu...

Abang Long said...

Tapikan, selalunya yang memandu lelaki, kalau berlaku kemalangan, lelaki akan mati dahulu ... macam mana tu ??? Steady, steady.

Anonymous said...

bab2 bercerita sambil jenjalan tuh perkara biasalah en may dieee. tapi, takdelah sampai tepuk punggung org. ekekeke. :p

13may said...

myfisol: hehhe hehhe...dulu penah jatuh longkang sebab mata tengok ke lain :D

meen: hehhe hehhe :P

abangLong: errr...nanti akan cuba di selidik pasaipa jadi lagu tuh :D

diya: tak caya tak caya! :P :P :P

Ayaq said...

Aku jalan dengan kawan tadak pegang tangan pun!

Yang perenggan last tu, hang kata pompuan jalan dulu..kalau apa2 jadi kena kat pompuan dulu..lelaki steady.. DAYUS! Hoh emo emo.

K i a H R o N g G e n G said...

syadiss nye kemalangan ini...wakahkahkah

hUmmY said...

hahahahahaha!

sebal!

:))

Anonymous said...

sabao je lah..
lain kali kena lelaki jalan dulu..
hehehehehe

WaNa (BoRN To MaKe u HaPPy) said...

*TuMPaNG LaLu*

BrJaLaN DgN PeNuH YaKiN , WaSPaDe & BeRHeMaH aDeLaH aMaLaN aKu !

:))

tun teja said...

hahah.. ampess je.
kutuk pempuan yek
ni dah di kire diskriminasi.
xleh nihhhhhh..

Ann said...

ha3..statement last tu sj je nk tunjuk yg lelaki mcm nk kenakn perempuan.:p

Aima Othman said...

hahaha..nice entry..ada logiknya jugak :P

shafarina said...

makin ramai lak peminat hang ni may.

hmmm....

steady steady

Anonymous said...

hmm.. org laki slalu jalan sambil isap rokok. bahaya tu.. klau terbakar diri (mcm lilin) mcm mana? sbb tu pompuan jarang brjalan smbil isap rokok.. (hmm.. ada la jugak tp x ramai)

Mardihah said...

hek eleh hai....

kawaii_desu said...

masih steady ka or dalam pelarian semula

Anonymous said...

huitttt.. statement kat perenggan last tu amat keji hokeyyyy... hahahaa

13may said...

ayaqmasak: mana ada dayus..tu lelaki gentleman la :P

kiahRonggeng: errr...kamu gelak untuk pihak lelaki atau pompuan?? hehhe :P

hummy: sebal tu hape???

cikPokok: tadak masalah...tapi jgn kata lelaki tak budiman pulak yea :D

wana: hehhe...baguih sungguh. Anak sapa la ni yea...hehhe :P

tunteja: rileks rileks..cuba berpikiran terbuka sikit :D

cikNoha: hehhe..gentleman laa :P

aim-a: tima kasih..hehhe

wan: hehhe hehhe..steady steady :D

rena: isap rokok antara satu langkah keselamatan..kalau kena attack..cucuh ajer ngan api rokok tuh..hahha :D

qudwahMardihah: tak puas hati nampak..hehhe :P

kawaiiDesu: steady steady..hehhe

sindarella: hehhe hehhe...gentleman la..huhhu :P

pB said...

pandai ler

FarA said...

hihih. dan teori berjalan2 di baca oleh encik 13may :D

Azer Mantessa said...

hehehe

hebat hebat

besh besh :D

RATNA RAHIM said...

hahaha sungguh steady...

cepat cepat larik seblom kene pukul ngn payung

KakNi said...

Ekeleh... 13May jalan kat depan ke kat belakang ke kat sebelah perempuan?

Butaseni@Wan Raja said...

macam mana dengan lelaki yang berkepit dengan awek masa bercinta,bila dah anak 2 dia jalan dulu,bini kat belakang nunn.hehehe

kuIna said...

akai jenuh....

SisHoney said...

sok sek...sok sek tu mende aaaa???
hahahhahahaha
singgah jap nak say hi

Yana Ismail said...

saja gatal singgah:)!

Yana Ismail said...

saja nak jadi tkg komen ke 80:)haha,takde keje!

bluecrystaldude said...

lelaki memang bijak dalam menghadapi situasi kemalangan. hehe. nice entry

p.e.e.p.a said...

oh, sy sgt suka jln pegang tgn dgn gf2 sy tp sy sgt xsuka jln smbil menunduk..kt xpatut tunduk2 jln, nmpak mcm lemah.hihi

۩۞۩ FaHReeN ۩۞۩ said...

may, rase cm nk gegaq je otak mu tu.. :p
pndai2.. tu point kasik org pmpuan malu la tuh..
ala tuk kali yg petama, buat la n3 khas tuk org2 pompuan cm haku ni..
dah tuh komen yg manis2 je tau.. ngeeeeeeee

IamYonna said...

cuba la satu entry kan..
x kondem pompuan? :))
wakakakaka..
gelak guling2 sy baca :D
tp mmg realiti pun :p
err pompuan lagik byk tersungkur jatuh dari lelaki..
pompuan dengan high heel la,
dengan kain nye la nk selak2 lg time jalan..
laki steady je pakai selipar haha

sHiBi said...

laki gatai la sbb tu mata melilau..hahahah

D said...

13 may, lama betul tak melayan kepala kat sini...sorry ya dik. Kepala akak sendiri pun dah tak terlayan! hehehe.. tapi 13 may ni bagus la. tak pernah kering idea laki vs pompuan dia nih. keep them coming!

13may said...

pB: tak puas hati nampak...hehhe :P

fara: jom kita jalan sesama ;)

azer: hehhe hehhe...tima kasih :D

ratna: steady steady! :D

akuni: errr...tengok keadaan camna dulu...huhhu

butaSeni: oh! lelaki kan suka nak 'riki' line...hehhe hehhe

jentayuTiara: :P

sishoney: ntah...huhhu :P

princessLiyana: takpe...tadak masalah ;)

princessLiyana: tahniah tahniah! :D

bluecrystalDude: tima kasih :)

peepa: tak caye tak caye...huhhu :P

aku n dia: hehhe hehhe...nanti aku buat yea ;)

yonna: hehhe hehhe....

Shibi: takde takde...hehhe :P

kak d: hehhe...tima kasih :)

eLLe said...

steady! steady! woi... hehehe

13may said...

elle: :P :P :P

aunieZ said...

aa..yg psl ppuan tnuduk smasa berjalan , dlm al-quran sndiri suro tndukkan pndangan bkn..

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah An- Nuur : 31

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya”.

sila baca lanjut di sini
http://ibnuhajar23.blogspot.com/2008/02/jom-tundukkan-pandangan.html

tepuk dada tnya iman ;)

13may said...

haziqah: Thanks for sharing :)

LaDySLeepLeSS said...

Hehehehe... macam-macam... :)

13may said...

LadySleepless: :P

Anonymous said...

haha. pempuan memang cam gitu. kalau kita tak pegang tangan dia, mulut, muncung 3 depa..

mylife said...

kesimpulannya, ko mmg ada je alasan "logik" utk semua yg berlaku terutamanya lelaki...

hmmph... hiks

♥~ir@~♥ said...

blog ni mmg suka kondem pompuan,,hehehe

Anonymous said...

Steady lahhhhhh!!! Pompuan jangan marah ea,amek posotif yerk!

sue said...

nak marah ni . .!! tpi kene steady ... steady2 ... fuhhh... :D seee...fomfuan pun leh steady aper.. :)

Anonymous said...

stupid storey mcm orgnya...ko takder kejer lain ker sibuk hal ppuan???
MCMMMMMMMM BAGUSSSSSSSSSS!!!!!!!
buat malu kaum melayu ajer laaa

13may said...

titan: keh keh keh :D

mylife: err...errr...ko setuju la eks??? hehhe :P

ira: errr...nak explain ajer..hehhe

botaksart: hehhe hehhe :D

sue: haaa...camtu laa...hehhe heheh

lu pikir laa sendiri: peace! :)

Anonymous said...

bosanlaaa..citer benda lain laa

Anonymous said...

akum abg "layan kepala"...
biasalaa tue org ppuan kalo baca nie mesti terasa punyaa.hehehe
apa2 pun best gak citer nie,ader betulnya..layaaaaaaaa
emmm,"lu pkir laa sendiri" nie girl ke boy???

13may said...

13may to Lu pikir sendiri laa..": hmmm...bagi satu tajuk atau topik...meh saya cerita :)

13may to ita: salam kembali...pompuan mesti marah dgn penulisan sebegini...namun ianya hanya sekadar gurauan semata mata :)

MRSz eLLy'z said...

Cerita cmni biasanye tuk kaum lelaki yg perasan dowang cm bagusss sgt²..tapi ape pn xde hasil..Mmmm..anyway..nobody is perfect rite..peace!!~

Diya Nordin said...

parah?

mungkin juga jiwa saya agak parah sekarang

Diya Nordin said...

parah...

ya..jiwa saya agak parah skrg.

Terima kasih atas kunjungan ke blog.

Mardihah said...

hidup pompuan,..

aiceh,...ang asyik nak kenakan pompuan jerk...

tak pe,,,ada hari boleh balas!
watcha!!

Miss Teru said...

hiiii.. lpas ni nak suoh kwn laki jalan depan.. pe pehal die jd mangse.. muahahahaha

Pu3 said...

suka sama entri ni..

xkesah la apa org len comment..

yg pasti, its fact!

_Vu-JiE_ said...

kelakar la entry ne..
hehe..

admin said...

lelaki memang...
steady..steady...gagagagaga
tapi saya suka itu ladies first... n perempuan lak suka laki gentlemen gitu..tak tau padahal utk safety laki..
wee wit~ haha

Mardihah said...

Salam menjengah..semoga setiap kelapangan dan waktu sentiasa dihiasi dengan senyuman ...

:)
iye lah tu hang..ada-ada je penambah perisa,,,huhuhu

norhidawati norhalis said...

agak menarik...tpi bgi aku laki@ pompuan semua sme...semua terpulang pade niat masing2 nk jdi bek@ buruk...xde kondem2..laki ade kelemahan,gurl pn ade kelemahn..sbb tu ALLH ciptakn adam n hawa supaya sling melengkapi..tugas laki adalh melindungi kaum hawa rite...

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may