Wednesday, July 22, 2009

186: Gosok...jangan tak gosok

Pompuan kadang kadang asyik merungut
Bila iron baju 2-3 kali tapi baju tetap kedut kedut
Mula la nak bising dan kadang kadang nak mencarut
Alaa…baju kedut sikit ajer pikiran dah nak serabut

Banding pulak dengan orang lelaki
Iron baju tenyeh 2-3 kali dah kira jadi
Takat kedut sikit sikit sapa la nak peduli
Lagipun tu dah standard lelaki iron baju sendiri

Pompuan ni kadang kadang asyik tak puas hati
Kedut sikit, sanggup ulang iron baju lagi dan lagi
Sampai keja lain semua sanggup tolak ke tepi
Alehai pompuan...iron baju sampai camtu teruk sekali

Cuba lihat kat lelaki pula
Iron baju maksimum sekali saja
Kedut sikit sikit buat buat pejam mata
Janji iron baju, tu dah kira cukup bagus laa

Walau apa pun, lelaki dah sedia maklum dan tahu
Pompuan dan iron, memang sinonim macam irama dan lagu
Bukan saja takat iron kain, tudung dan baju
Seluar jeans pun kadang kadang sebelum pakai layan iron dulu

Berbanding pula dengan geng lelaki
Bukan semua cekap dan pandai buat keja iron ni
So tak heran la baju berkedut pun lelaki dok pakai lagi
Lagipun lelaki semua tahu dan menyedari
Baju kedut bukan boleh buat pompuan jauhi diri
Sebab kedut kedut baju pun, tu pun ada pompuan jatuh hati

Hehhe hehhe…peace! :D

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may