Monday, October 01, 2007

114: Kreatif???

Secara am, lelaki mempunyai banyak taktik yang dikatakan agak kreatif. Lelaki sentiasa mempunyai alasan yang agak bodoh tapi masih boleh diterima serta dipercayai oleh kaum pompuan. Berikut merupakan beberapa taktik kreatif lelaki yang digunakan secara berleluasa...dan selalu amat berjaya jika dipraktikkan…

1) Bawa baju spare dalam kereta
Alasan biasa: Secara am, taktik ini digunakan oleh lelaki yang sentiasa bekerja luar kawasan atau terpaksa melakukan banyak aktiviti selepas waktu keja.
Alasan kreatif: Sebenarnya, pakaian tersebut seringkali digunakan untuk keluar berpoya poya dengan pompuan lain selepas waktu keja tanpa pengetahuan teman wanita sendiri. Kreatif sungguh!

2) Beriya iya gelapkan cermin kereta (tinted)
Alasan biasa: Secara am, taktik ini digunakan untuk proses mencantikkan kereta dan juga untuk kesihatan…perlindungan dari cahaya panas.
Alasan kreatif: Sebenarnya, cermin gelap adalah satu aspek keselamatan yang penting jika lelaki membawa pompuan lain. Di mana orang takkan dapat melihat kelibat manusia di dalam dan seterusnya dapat mengelakkan lelaki itu daripada terkantoi. Lagi gelap, lagi bagus. Buat apa kat dalam tu pun tak nampak. Kreatif sungguh!

3) Membawa 2 bijik helmet
Alasan biasa: Secara am, helmet ke-2 selalunya dibawa untuk digunakan jika tetiba ada kawan ingin menumpang motosikal. Ia juga kadang kadang diletakkan di dalam carrier box (kotak yang hitam tuh) sebagai standby jika helmet tetiba kena curik.
Alasan kreatif: Sebenarnya, helmet ke-2 itu selalunya digunakan untuk ditumpangkan atau membawa pompuan lain. Sebab jika yang nak ditumpangkan itu adalah lelaki, maka penunggang selalunya akan suruh penumpang tu carik helmet sendiri. Tadak masa nak bawa helmet untuk penumpang lelaki. Kreatif sungguh!

4) Helmet ke-2 yang bercermin amat gelap (visor gelap)
Alasan biasa: Sama juga untuk tinted kereta, visor gelap adalah untuk keselamatan dari silauan matahari.
Alasan kreatif: Sebenarnya, visor gelap amat berguna jika digunakan untuk membawa pompuan lain pergi merempit. Buleh mengelakkan diri daripada terkantoi. Bila berenti kat traffic light…orang lain payah nak cam pompuan kat belakang tuh. Kreatif sungguh!
5) Suka naik bas
Alasan biasa: Menjimatkan wang serta mengelakkan kesesakkan.
Alasan kreatif: Jika teman lelaki anda tetiba suka naik bas, gerenti ada sesuatu yang tak kena nih. Sebab kebanyakan penumpang bas terdiri daripada kaum pompuan dan kebanyakkan lelaki tak suka naik bas kerana pergerakkan mereka akan menjadi terhad. Payah nak kesana sini lepas waktu keja. So, jika tetiba lelaki suka naik bas…mesti ada sesuatu yang menarik perhatiannya dalam bas tuh. Kreatif sungguh!

Kesimpulan:
Lelaki amat kreatif…ker keji????
----------------------------------------------------------------------------------------
Iklan Berbayar:
Seorang sahabat blogger yang mengusahakan sekolah memandu. Jika sesiapa ingin mendapatkan lesen memandu dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik pada image di bawah:

Mulakan hari anda dengan senyuman :)

105 comments:

Anonymous said...

Kenyit mata sket kat MAY. ;P

Rasa cam nampak kambing ni kat blog sunan...hang bawa mai sini plak ka? Hehehe....

Pe pun lelaki memang kreatif! hahaha....

byl said...

cermin kete tinted 2 bukan cm ko tulis
alasan sebenar : senang nk wt maksiat
so kesimpulannya lelaki amatla keji
=p

Anonymous said...

Oh oh kenapa senyuman dia mirip2 senyuman hang erk....hehehe... ;P

13may said...

tintaHati: hehhe...sunan tak larat nak bela kambing tuh ;)

byl: hoih hoih!!! cuba la pikir positif sikit...tinted tu nak lindung panas la.. :P

tintaHati lagi: hahha hahha...janji hensem :D

Unknown said...

may senyum kamben :P

keji betol laki2 camtu! klau aku ler, mesti aku dah pelangkung laki camni :D

inna hayati said...

sangat cumel itu kambing...

kesimpulan dari semua ke'kreatifan' itu : orang lelaki memanglah sangat2 keji (pinjam ayat byl)n jahat otak sungguh !!

ngeee....

nanonano said...

elakkn dr mempunyai boipren yg berpewatakan kretif seperti yg disenaraikan,@ yg bername 13may,
krn disyaki tidak setia same skali,
huh!

debikdebuk said...

yesss...lelaki mmg kreatif.... untuk diri sendirik....

13may said...

azah: hehhe...sedap woo kari kambing hari tuh :D

innaHayati: hehhe...saya pun cumel gak kan???

nanonanO: 13may inesen ok! hehhe :P

debik: bijak bijak!

DeeN said...

Hak hak hak ... kepala otak yg kreatif akan menjadik perbuatan yg sangat keji jika disalahgunakan!

Apa pun aku tau, lelaki nih mmg sangat kreatif sekali sampaikan benda2 yg keji nih pun tercapai dek akal diorang. ;p

Yours Truly ... XOXO said...

banyak pengalaman betul encik may ni...sangaat kreatif! ehehhe ;P

Masy said...

kreatip menggunakan kekejiannye :p

inna hayati said...

cumel ke????conpius....

lalalala...

- guile - said...

mulakan hari anda dengan senyuman.

i've tagged you...

http://richochet.blogspot.com/2007/10/ramadhan-tag.html

have fun!

K i a H R o N g G e n G said...

la idup lagi kambing nie?INGAT dah dikarikan sabtu lepas wakahkahkah.

kejiiii dol...anak sape lah buat klaku lagu tu.

Note: MAY iklan bebayor tu leh kayo ker?

Anonymous said...

pandai pulak kambing tu senyum yer. may pakse kambing tu senyum ker? ;D

bab lelaki nih, tak nak komen lebey2.. gue ramai adik beradik lelaki...:)

13may said...

NorDeen: hehhe...tajam menikam sungguh komen kamu nih...adesss adess :P

Xoxo: tima kasih....betul ke kreatif nih??? hahha

masy: haha hahha hahha...no komen! :P

innaHayati: tak caya ker??? tanya sunan..hahha :P

guile: oh! kena tag lagi ker??? hahha...nanti i gi check :)

kiah: sabtu lepas anak kambing...hehhe

skidg8: hehhe...cuba perati perangai adik2 lelaki tuh...hahha :D

Nunn said...

Kreatif memang kreatif...seribu satu alasan....gambar mulakan hari anda dgn senyuman tu lagi kreatif....kalau kambing pon boleh senyum apakan pulak kita..kalau kita pon tak boleh nak senyum kita ni lebih teruk dari apa ye!!!!!!!!

kakLuna said...

lelaki kreatif, pompuan detektif
mmg suspek ar!

p.e.e.p.a said...

~ senyuman oktober drp en.kambing =)
cuma lelaki yg tahu/sedar betapa kreatifnya lelaki nih kan..dr pngalaman kot kn en-tigabelas-bulan-may? =)

Saya said...

hamboi..hamboi..hamboi..

laki2 yg camgini mmg nak kene pelangkung kuat2 nih..

Orked said...

sekeji mana pun lelaki....dia org juga yg di cari pompuan..tak mungkin encik kamben tu :p

Chocochix said...

kejinye.. hahahhaa

Ajzie said...

kambing pun pandai sengih eikkkkkkk

shafarina said...

Ishk.. risau aku baca May.

No 2 dengan no 5 tu.. bahayaaaa ker?

Uwaaaaaaaaaaa

Ceera said...

kesimpulannya, agak keji la... sebab pompuan pun cam2 gaks, hahaha...

SamWise said...

yang part No 2 lagi best kalo gomen kasi tinted gelap penuh...

Alasan:global warming...panas giler kekadang...panas terik menyebabkan silau dan kadang² boleh menyebabkan accident

Kreatif:ala...senang la wat pojek time siang...kalo malam leh park kat mane² hehehe....

wan said...

Ishk.. risau aku baca May.

No 2 dengan no 5 tu.. bahayaaaa ker?


Mane ade bahaye wan...lagi best ape...huhuhu

MakcikMuda said...

kekeretipan lelaki akan mengundang bahaya bila :-

tetibe ppuan yg die dok angkut sana sini tuh kawan baek awek dia.

kahkah !

Noushy Syah said...

hehhehe..xpe xpe, tu bukan kejilah May, tu mmg creative..cantikkk, cantik...

kawaii_desu said...

Aik???

faridmw said...

salam.. selamat berpuasa...
kira laki ni bertuah la no....

Jeketbiru said...

hehe..kreji= kreatif+ keji..
suci giler muka kamben ni..hahaha

leeds said...

kambeng tu mcm kenal laaa ;)

khairyn said...

Gambar itu.

Kaukah May?????

Cumel laaaa hahahaha

Makcik Runner said...

kejinyer senyum kambeng ko tuh..

peej said...

kreatip la sangat...elok dikretipkan bf tuh sbb die terlebih la kretip..

tp tang tinted tuh i like..sbb i pun suke je mcm tuh..very the coverline.. ;p~

13may said...

nunn: hehhe... :)

Luna: hahha hahha :D

peepa: errr....takde takde...ni rekaan semata mata...hahha ;P

god's Slave: rileks...lelaki kan kreatif :P

kakJie: haha hahha...betul tu kakjie:D

gurl: janji hensem :P

ajzie: hahha hahha

wan: rileks rileks...positif yea...jgn terpengaruh...hahha hahha :D

ceera: oh! kira pompuan pun kreatif gak ler...ker keji??? hahha hahah hahha

mrSadman: kah kah kah...cam ada experience ajer nih...huhhu

siBintang: aikk??? macam terkena plak...hahha hahha :P

NSyah: tima kasih kerana menyokong saya ;)

kawaiiDesu: hoh??!!

faridmw: salam kembali...syukur syukur :)

jeketbiru: hehhe..kreji pun ada...hahha hahah

Leeds: hehhe...kidnap dari sunan jati :D

khairynn: errr...may yg comel atau kambing tuh??? hahha :P

kc: hahha hahha...keji pun harga mahai tau! hahha hahah

peej: hehhe...line clear line clear :P

zwitterion said...

kreatif ke keji?..satna..satna..nak pikiaq sat..hehe

Intan and The Boys said...

kreatifnyeeeeeeeee.......

memang pon dema macam tu...tapi susah nak ngaku plak tuh!

Darling said...

memang dasar lelaki PENIPU!!!! uh uh...

pB said...

Biasanya yang kreatif kalau dalam hati dah ada niat nak pasang lebih dari satu ...

13May tergolong dalam golongan itu ker???

Salfiza said...

Huihhh.. keji.. keji.. tu yang tengah senyum tu ko ke may??

Anonymous said...

kena senyum sebijik cam kambing tu ke?

Miss Reen said...

Miakakakaka... Lelaki OoOo lelaki..
Aper Lar Perasaan Lelaki Kalo Pompuan Yg Buat Gitu Plak Ek? Tuh Bukan KEJI.. tapi JANTAN KABARET.... hihihi... aper² pun..kambeng itu sungguh comel..senyumannye menawan kalbu...

aNIe said...

Uiks...ni nak kene tanya cik abang ni..kenapa dia nak tintedkan cermin kete tu...bahaya ni....

Ungku Nor said...

tak payah la nak tinted minted bagai.
no plet keta hang tu bukan akak tak hingat!!

hang tetap akan kantoi jugak.

~inilah saya~ said...

Comei sungguh kambing tu. Nasib baek kambing tak sekreatif lelaki.

ha ha ha

byl said...

http://myflashbox.sg/?p=m_home

ko try pegi cni may. chat box ni cm chat box kt blog aku. ade yg besa ckit dr aku punya. ko try la

J u l i a 。.゜✿ said...

Pangai lelaki ni is so predictable..

seronok bila tengok lelaki kantoi. haha !

Sya said...

wah.. orang yg buat ntry ni lagik KREATIF sebab mencari KEKEJIAN lelaki... ha ha ha .. sabo jelah

Yours Truly ... XOXO said...

bab bende bende cam gini memanggg sangat kreatif....! tak de sape bleh challenge! hihieeehiee

achik said...

biasa buat ek?? hahaha... ;p

sTefEnO said...

Makin banyak plak kuar iklan berbayar ni????

chiku the chucuru said...

igtkan gambar kambing tu pn ada promosi jual kambing gak. :P

skidg8 said...

makin lama tgk, makin comey lak senyum kambing tuh.

hehe.

insyaAllah... pesanan may akan diingati. Kono buek sport check nih! hehe

Danisha said...

Manis betul may senyum, sampai tak nampak mata...hikhikhik

Orang lelaki kreatif @ keji....tapi orang keji memang kreatif....kan??????????

HazuraHamzah said...

tq2 dpt duit raya kang aku bg bonus...

lelaki bukan keji tapi baik hati,
pompuan dlm tu bukan tak reti tapi sudi....

sifat lelaki pantang nampak pompuan,
sifat pompuan pantang dpt pujian....

Unknown said...

kdg2 lelaki suke tersenyum cam kamben tu..ekeke

Pa'chik said...

lelaki.. taklah kreatif mana.. keji ya lah.. kekekeke...

DeeN said...

Sakit ke kena tikam, May? hak hak hak ...!
nanti hang nak pi umah aku kena bagi duit raya, kalau dak, aku tikam hang hak hak hakahahahakk

Anonymous said...

Kajian telah menunjukkan bahawa orang lelaki lebih KREATIF dari perempuan. Apa kata ko, May?

Diana Ishak said...

aku agak muskil dengan kekreatifan luar biasa ko menulis entry kali ni.

muskil dan amat mengerikan.

Amyz! said...

Hummmm.. ini yang buat aku tak percaya sama lelaki ni. ada saja muslihatnya.. :-p

13may said...

zwitt: so camna??? dah buat decision??? hahha :P

kurekure: lain mcm aje dengung kreatif tuh...hahah :P

darling: yang baik datang dari kreatif saya..yg kreatif datang dari keji saya...huhhu :P

pB: oh! itu bergantung kepada keadaan...hahha :D

asnorFilza: hehhe...itu kambing yg kreatif :P

jaja: hehhe...rasanya camtu la...hahha :P

heartless devilish: jantan kabaret..kah kah kah :D

kakLady: hahha....untuk keselamatan kakLady...positif ok :)

akak: hoh??? ni yg kacau nih...huhhu

inilahSaya: kah kah kah...apa kabar saudara ?

byl: tima kasih bebyk...ni yg makin nak suka nih... ;)

julia: adesss...adesss... :P

kakSya: aiseh....kena tuan baik nih...huhhu

xoxo: sure ker kreatif nih??? atau..err...takde apa lah...tima kasih :P

achik: hmmm...jap nak ingat balik...hahha :P

stefeno: carik duit raya maa.. :P

fiezaFadilla: jom! nanti kita makan sup kambing nashmir :)

skidg8: hehhe...rindu kat kambing tu ker??? wahahahaha :P

danisha: errr...ditujukan untuk aku atau kambing tuh??? 13may inesen yea...huhhu :P

hazuraHamzah: hehhe...kita laksa dah laa :D

jm: wahahahaha ....

pakcik: pakcik skrg asyik backing pompuan ajer nih...musykil sungguh! :D

NorDeen: huiii...gelak jahat nampak...hak hak haks! :P

azzam Supardi: tepat sekali...tapi camna plak keji??? huhhu...

greenApple: sesungguhnya ini adalah rekaan semata mata...uhukk uhukk..tersedak sedak plak ;)

amyz: hehhe...otak geliga kata kan..huahuahuahuahua :P

Anonymous said...

maymay..
hang ka yang senyum kamben tu?
hahak!
cute!
boleh dipinang kamben ni untuk jadi menantu kambeng saya je ni..
ha ha ha.

KakNi said...

Hmmmmm.... ok..... boleh tahan la senyuman tu...........

Anonymous said...

kreatif sungguh!!!:)

Saya said...

hurm..yerlaa..KEJIreatif..

pandagumuk. said...

bijak..bijak..

uji6june said...

ambooiii ... kan main ensem lagik Abang Kambing tuh!!! ...

sTefEnO said...

Kesian.....hehehe....

Sastri said...

no komen...

DiaHarris said...

tinted kan cermin keta mmg untuk kesihatan kan abang 13may... sambil menyelam minum air lar kan... huh!!

tq for the kad raya... chumel ok!!! meh lar sini add.. nak reply jugak!!

shahril aley said...

kacak sungguh senyuman ko 13may. awat muke hang jadi lagu tu? kena sumpah dengan marka hang ke?

Nur Hafiza Hasan said...

hahahhahahaha..
kalau lelaki² tu buleh tuka muka jd mcm kambing tu laaaaaaaaaaagi kreatif..

Azer Mantessa said...

kreatif jangan tak kreatif tapi jangan over kreatif kang kambing pun nampak lain macam ja

:-)

13may said...

akira: oh! kamu bela kambing juga ker??? ni yang saya makin nak suka nih ;)

ahni: :)

azraBoneyta: tima kasih...ikhlas ker nih??? huhhu

God's Slave: hahha hahha

pandagumuk: kannnn...?? ;)

ujiRazali: oh ya! abg kambing tu kim salam ;)

stefeno: bila nak belanja nasi kandaq nih???

sastri: :)

diaHarris: hehhe...sambil nyelam minum air..kang lama2 kembung perut penuh air :D

shahrilAley: hehhe...senyum senyum :)

missTree: hehhe...agak2 tu kambing jantan ker kambing betina??? hahha hahha

azer: hahahaha.... :D

banggugar said...

salam may..

kalau lelaki bwak makanan ke tempat kerja blan2 puasa ni..

kreatif dia utk berbuka ke atau nak tuang puasa

hehehe
(",)

Mak Su said...

kreatif keji kan.. tak baekk tau

Super Nia Hana said...

kreatif yg keji..watashi sungguh sokongggg!!!
finally..dapat gak tgk pic ensik may..ahahahaha
comeyyy dier senyum no

Unknown said...

Fuiyooo... kekreatifan yang amat keji!!!

13may said...

bangGugar: salam kembali...oh! tu mungkin makanan untuk buah hati kat tempat keja :D

maksu: keji kreatif kan??? hahha :P

zarina: berkenan ngan senyuman ker??? huhhu :P

OpahDe: hahha hahha hahah :D

me3n said...

hang memang kretif!

Bunga Rampai said...

Aik??? Kreatif???

Hahaha ... senyuman kambing tu sangat comel dan manis!

Kekreatifan 13may menulis entri ini akan membuat orang pompuan duduk tak senang dan sentiasa was-was dengan tindak-tanduk lelaki! ;)

Anonymous said...

huh! kreatif yg keji.. ni mesti hg slalu buat ni..

cantik kambing. bwk mai umah aku la.. kita sembelih.. raya makan kambing..

ops.. lupa.. hang alahan kambing..

just me said...

lelaki mmg miang...kecuali bf saya...ekeke

cikdinz said...

kreatif yg membenuh....hua..hua..huaa...

AiRynnz said...

mmg lelaki ader 1001 alasan :p

13may said...

ad3ck: tima kasih..ikhlas ker nih??? hahha

BRampai: wahahahha...pompuan kena lah sentiasa berfikiran positif yea :)

eSampah: wow! umah hang sembelih kambing lagi ka??? memang aku alah..tapi bulan posa ni selamba aja aku dok balun...tapi sikit ajer la :D

scarlettJulia: hehhe...no komen :D

cikDinz: hahha hahha hahha..cari penyakit sungguh :D

airynnz: hehhe..kreatif la :P

Unknown said...

hahaha.. kreatif lagi inovatif..

Anonymous said...

itu tak masuk lagi kreatif pkai line telefon prepaid instead of postpaid --> nanti blh bg alasan x de credit klau tak nak rply sms or tak nak call

HAnA-Ni-Mo-Nai said...

watashi baru tau yg senyuman may sungguh manis..finally dapat tgk muka may nih..
ahhaha
jgn mare..kena jual kang

Shumierain said...

very da infomative tolll la..
akan ku buku kan spy jd panduan idup...

blackpurple @ jowopinter said...

Ha ha ha

Kreativiti itu subjektif dan relatif.

13may said...

orochi: hehhe..bijak bijak :D

rena: hahha...sungguh!

hana: so camna??? tukar number phone, nak??? hahha ;)

shumierain: hehhe...risiko tanggung sendirik eks :P

BP: hahha hahha hahha

Anonymous said...

teringt citer madu 3..pakai baju melayu siap bersampin..konon nya ada org lain kwen..sedangkan diri sendiri nk menikah..haihhss

bluecherry @ fai said...

setuju bangat.. he he

Lelaki memang 'auter' punya kepala hotak.. he he

Harap hang tak laa macam tu..

kawaii_desu said...

sgt la kreatif...
1. pasai terlebih kreatif kapalautaq samapi blh kawen 2,3,4,5,65......

2. terlebih kreatif la bila mai tang bab2 tu.. tak benda lain dah...

3. kreatif sebab banyak pekdahnya tumpang pompuan lain... lagi ramai yg naik lagi best, beraneka rasa kan kan kan.. hampeh

4. jgn kata tinted helmet tu yg penumpang tu, tuk diri sendiri jugak.. manalah tau.. ternampak dok parking kat luar disko, org tak cam huhu

5. lazimnya bus sgt sempat.. biasalah kena himpit2 kan.. perlu diterangkan lagi kah?

so kreatif utk mengejikan diri la kot...

huhuhuhu

hUmmY said...

ahaha!

ko mesti salu prektikkan mende ne kan may?

:))

btw..

aku suke kambeng tu!

sbb da rupe cam laki aku!

wahahaha!

13may said...

chii: oh! tu kreatif yg level advance punya :D

blueCeri: hahha hahha hahha :D

kawaiiDesu: adess....menikam sungguh komen kamu itu...hahha hahha hahha :P

hummy: hehhe...13may inesen yea....harap maklum :P


woohooo!!!! aku pengkomen yg ke-100!

kawaii_desu said...

hampes tol huhuhu

cepotet said...

keji ke kreatif? kreatif ke keji? keji keji pun, tu gak yang pompuan/pondan/gay dok cari. pepaham sendiri dah la. *sengih kambing*

TedungS said...

Ni dah kes gali kubur tanam SINDRI lagi ni wei haha

Anonymous said...

Kreatif? Banding lelaki dan perempuan tapi kambing dapat rupa.. bagi je le anugerah kreatif pada kambing. Si pemilik blog laaaaaaaaaaagiiiiiiiiiii kreatif dari entri kreatifnya.. ade jek idea perbandingan lelaki dan perempuan. ha ha

Perempuan semakin kreatif dekat-dekat nak raya nih.. Selamat Memburu Lailatul Qadar.. ada lagi 6 hari.. :D

13may said...

kawaiiDesu: :P

ernisuhana: hahha hahah hahha

TedungS: hehhe...kadang2 kita perlu admit mistakes kita :D

inqilaab: hehhe...selamat selamat :)

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may