Tuesday, November 13, 2007

120: Satu macam? Lain Macam?

1) Lelaki akan menjadi berdebar satu macam bila berdepan dengan pompuan yang amat diminatinya. Mata mereka selalunya tak sanggup memandang tepat ke arah pompuan tersebut. Tetapi lelaki juga rasa berdebar debar bila berada di belakang pompuan yang amat diminatinya dan mereka akan memandang tanpa mata berkedip kedip. Ini lain macam…hahha

2) Pompuan selalunya jadi takut satu macam jika berada di suatu tempat yang gelap. Mereka sering membayangkan sesuatu yang ngeri akan terjadi pada diri mereka andainya berada di tempat yang gelap itu. Tapi selalunya mereka tak pernah takut andai teman lelakinya membawa mereka pergi ke tempat yang gelap gelap. Ini lain macam. Hahha...

3) Adakalanya lelaki kelihatan baik satu macam jika rajin berkunjung ke rumah kawan pompuan untuk bertemu dengan kaum keluarga pompuan itu. Kerap bertandang untuk bertanya kabar. Tetapi jika lelaki itu asyik berkunjung pada waktu malam saja dan kadang kadang selalu hendak bermalam di rumah pompuan tuh, ini lain macam. Hahha..

4) Pompuan kadang kadang akan menjerit satu macam dengan kuat sekali jika dikejutkan oleh perkara perkara yang berlaku secara spontan seperti bunyi letupan, bunyi benda jatuh dan sebagainya. Mereka mungkin hilang kawalan atau kewarasan sementara akibat terlalu terkejut. Namun jika teman lelakinya menyentuh atau mencuit mereka secara spontan, otomatiknya mereka akan menjerit..tapi jerit perlahan lahan. Ini lain macam. Hahha...

5) Lelaki akan rasa syok satu macam bila di peluk peluk oleh kawan pompuan. Rasa bahagia ajer. Kalau peluk lagi lama lagi bagus. Tapi jika lelaki rasa syok dan bahagia bila di peluk peluk oleh kawan lelaki, ini memang sah lain macam! Hahha…
Kesimpulan:
Aku busy satu macam minggu nih hingga minggu depan...hahha

Wednesday, November 07, 2007

119: Perjumpaan - Part 2

Entri ini adalah kesinambungan dari entri dahulu - Perjumpaan Part 1
Lelaki bawa pasangan berjumpa ibu – Kalau ini terjadi, ia menunjukkan lelaki amat serius dalam hubungan tersebut. Ini kerana lelaki itu ingin menguji samada ibunya merestui hubungannya itu. Sebab jika ibunya tak berkenan, sudah pasti lelaki itu akan meninggalkan wanita itu kerana kebanyakkan lelaki amat patuh dengan cakap ibunya.

Lelaki bawa pasangan berjumpa bapa – Dalam situasi ini, lelaki itu sebenarnya ingin meminta pendapat kerana lelaki tersebut mungkin belum berapa pasti dengan pilihannya. Dengan bantuan bapanya yang jauh berpengalaman, dia mungkin dapat melihat kelebihan dan kekurangan teman wanitanya itu. Maklum la, orang lama…

Lelaki membawa pasangan berjumpa adik, abang atau kakak – Sebenarnya lelaki tersebut sudah kehilangan idea untuk mencari tempat dating. Oleh itu, jalan terbaik berjumpa dengan adik beradiknya yang lain...

Lelaki membawa pasangan berjumpa datuk / nenek – Hal ini terjadi selalunya kemungkinan hubungan mereka tidak direstui oleh ibubapa lelaki tersebut. Dengan berjumpa dengan datuk/nenek, berkemungkinan datuk/nenek itu dapat menasihati ibubapa lelaki tersebut. Ini kerana, datuk/nenek amat sayangkan cucu berbanding anak sendiri.

Lelaki membawa pasangan berjumpa kawan lelakinya – Lelaki tersebut sebenarnya ingin menunjukkan bahawa dia juga berkemampuan untuk mengorat dan memiliki teman wanita. Tapi kemungkinan juga lelaki tersebut hendak rekomen temannya itu kat kawan kawan

Lelaki membawa pasangan berjumpa kawan pompuannya – Lelaki tersebut ingin menunjukkan dia dah ada pasangan...so, kawan kawan pompuannya terpaksalah jeles dan takleh nak mengharap apa apa dah dari lelaki tersebut..
Sekian terima kasih.

Thursday, November 01, 2007

118: Anda setuju???

Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???“ Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.


Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan….anda setuju???

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may