Saturday, July 26, 2008

144: Lelaki dan tumit tinggi...

Lelaki selalu dok pesan
Pakai tumit tinggi, jalan pelan pelan
Tapi pompuan selalu buat tak heran
Last last tersungkur atas jalan

Lelaki selalu dok pesan lagi
Jalan jauh takyah la pakai tumit tinggi
Tapi pompuan buat tak peduli
Pastu dok bising melecet kaki

Lelaki juga selalu dok kata
Beli tumit tinggi banyak banyak nak buat hapa
Tapi pompuan kata ikut suka hati depa la
Walaupun kasut tu semua nampak macam nak serupa

Lelaki masih tak puas hati lagi
Asyik asyik dok pakai tumit tinggi
Pompuan jawab tu dah memang style kami
Pastu jumpa lelaki, komplen lenguh kaki

Lelaki juga selalu dok peringat
Bertumit tinggi, jangan dok lompat lompat
Tapi pompuan eksen tak hingat
Jatuh terduduk, nafas tersekat sekat

Akhirnya lelaki dah tak peduli
Lantaklah pompuan ngan tumit tinggi
Sudah pesan berkali kali
Masuk kanan keluar kiri

Pompuan senyum nampak gigi
Sebab depa tau lelaki susah hati
Apabila teman wanita mereka bertumit tinggi
Nampak sangat cantik dan seksi
Sebab tu dok pesan berleter banyak kali
Takut takut tergugat nanti

ps: Hehhe hehhe...tatau nak cakap apa dah :D

Sunday, July 20, 2008

143: Perkara yang anda tak tahu...

Kadang kadang kita sering terserempak dengan pompuan pompuan yang memakai pakaian contohnya baju kurung yang sama dan sebijik samada dari segi jenis corak, warna atau sebagainya. Sesetengah berpendapat itu hanyalah secara kebetulan jika 2-3 orang pompuan yang memakai pakaian yang sama. Ini mungkin kerana mereka mempunyai selera, minat atau citarasa yang sama terhadap pakaian tersebut. Namun jika di kaji kaji, ini adalah satu pentunjuk bahawa tanpa disedari, pompuan sebenarnya sedang mengalami krisis pakaian.Ini mungkin disebabkan kekurangan kain untuk di buat baju, seterusnya menyebabkan mereka membeli kain yang sama dan akhirnya, mereka memakai pakaian yang sama. Hehhe hehhe...

Kita juga sering melihat pompuan berpakaian selalunya hanya berkonsepkan satu tema. Maksud di sini ialah dari atas hingga ke bawah, pompuan memilih untuk memadankan warna yg sama contohnya warna biru, abis dari kepala sampai ke kasut warna biru. Ini mungkin adalah di sebabkan keserasian untuk memadankan pakaian tersebut dengan si pemakainya dan mungkin juga si pemakainya adalah penggemar warna tersebut. Mereka mungkin terlalu taksub dengan warna tersebut. Namun jika di kaji kaji, ini adalah satu petunjuk bahawa kaum pompuan ni sebenarnya sedang di landa satu sindrom yang berkaitan dengan warna. Ini bukanlah bermaksud mereka buta warna, cuma mereka mungkin tak dapat melihat keindahan warna lain. Cuma satu warna ajer yang memukau penglihatan mereka. Hehhe hehhe...

Pompuan juga seringkali memakai pakaian yang berbeza beza dalam masa sebulan. Ini terbukti menunjukkan pompuan mempunyai stok pakaian yang banyak dan secara tak langsung menunjukkan bahawa pompuan amat gemar membeli pakaian. Namun kebanyakkan pakaian yang di beli adalah lebih kurang yang sama jenis. Kalau baju kurung, semua jenis adalah jenis baju kurung. Kalau kebaya, semua jenis kebaya. Kalau baju ketat ketat, semuanya ketat ketat. Namun jika di kaji kaji, ini adalah satu petunjuk pompuan sebenarnya menghadapi satu sindrom ketagihan membeli pakaian. Kalau tak ketagih, takkan lah mereka membeli pakaian yang sama jenis banyak banyak. Hehhe hehhe...

Akhir sekali, jika anda semua perhatikan betul betul...pompuan juga sentiasa mempunyai wawasan serta pemikiran yang jauh ke depan hanya berkaitan pakaian. Contohnya jika nak raya, lagi 2-3 bulan dah siap nak cari kain baju raya. Jika nak kenduri, jenuh 4-5 hari dok pening kepala nak cari baju untuk di pakai ke rumah kenduri. Perbuatan ini sebenarnya amat bagus. Takde la nak kelam kabut sangat bila sampai masanya nanti. Namun jika di kaji kaji, perbuatan ini menunjukkan pompuan mempunyai krisis masa. Sebab jika di tanya mengapa pakaian tersebut disediakan terlalu awal, pompuan akan mengatakan bahawa mereka takut nanti tak cukup masa. Hoh?! lagi 2 bulan nak raya depa kata kata tak cukup masa??? Hehhe hehhe


Kesimpulan:
Sekarang anda dah tahu :D

Wednesday, July 16, 2008

142: Masalah berat badan???

Kita semua sedia maklum, amatlah sukar untuk menurunkan berat badan. Kadang kadang, pelbagai kaedah telah di cuba, namun belum tentu akan membuahkan hasil. Berat badan tetap tak turun, malah nak bertambah makin ada.Oleh yg demikian, satu kajian telah dijalankan oleh Doktor Ini untuk mengetahui punca punca mengapa berat badan sukar diturunkan.

Bersenam
Ketika bersenam, kita menggunakan banyak tenaga. Apabila banyak tenagadigunakan, secara tak langsung kita akan merasa penat, letih dan juga lapar. Salah satu kaedah untuk memulihkan tenaga adalah dengan makan. Harus di ingat, selera kita akan bertambah jika kita terlalu penat dan mungkin akan mengambil makanan dengan banyak. So, banyak makan akan menyebabkan pertambahan berat badan.

Kurangkan makanan
Apabila kita kurangkan makanan, kita sebenarnya menyeksa diri kita secara halus. Contohnya pada waktu makan tengahari,kebiasaannya kita mengambil sepinggan nasik. Tetapi demi untuk menurunkan berat badan, kita cuma mengambil setengah pinggan nasik. Ini secara tak langsung, kita telah menyeksa badan kita dan kita mungkin tak cukup kenyang. Bila tak cukup kenyang, kita akan cepat berasa lapar dan dalam masa yang singkat, kita asyik nak mencari makan. So, asyik nak mencari makan maknanya kuat makan. Camna nak turun berat badan?

Diet - ambil makanan tambahan (supplementary food)
Kaedah yang agak popular adalah dengan mengamalkan supplementary food bagi menggantikan makanan ruji. Kaedah ini sebenarnya amat berguna dan amat berkesan. Namun ia memerlukan komitmen yang amat tinggi. Cara ini biasanya menggalakkan kita menjauhi atau mengambil makanan makanan yang agak berat seperti nasik. Namun kita semua sedia maklum, sebagai orang Asia khususnya Malaysia...mana boleh tahan kalau tak jumpa nasik tambah tambah dalam masa yang agak lama. Kalau tak lama pun, 2-3 hari sudah cukup. Ketaq badan wooo...So, bila sekali jumpa nasik, alamatnya sekawah boleh habis. Pulun tak hingat. So, jangan pelik kalau berat badan tak turun turun.

Tak makan
Ada sesetengah golongan sanggup tak makan hanya kerana ingin mengurangkan berat badan. Mungkin hanya makan sehari sekali atau dua hari sekali. Cara ingin mungkin berkesan namun kebanyakkan ia hanya akan memudaratkan si pengamal. Bila tak makan, kemungkinan kita akan jatuh sakit dan hanya terdampar di atas katil. Tak larat bergerak ke sana sini. Hanya mampu baring atau tido saja dan akan menjamah makanan bila sampai waktunya supaya cepat sembuh. Kemudian baring semula. Bila asyik makan tido makan tido,alamatnya....rasanya tak perlu di coretkan di sini.


Kesimpulan:
Jangan risau berat badan naik, perut naik yang perlu risau.
Sekian tima kasih :)

Thursday, July 10, 2008

141: Terima kasih :)

Salam dan selamat sejahtera,

Ribuan terima kasih aku ucapkan di atas keprihatinan anda semua dan respons yang diberi terhadap entri sebelum ini. Amat terharu dengan sokongan anda semua. Sebagai perhargaan, aku hadiahkan "Supportive Blogger Award" kepada semua yang meninggalkan komen. Korang boleh copy paste atau save kat blog korang. Hehhe hehhe...1st time kasi anugerah kat orang.




Jika anda mengalami kesukaran untuk save imej di atas, sila klik SINI.
Atau emel aku: encik13may@yahoo.com
Aku akan emel kepada anda semua.


Dan anugerah ini jugak ditujukan kepada semua silent reader aku yang berkunjung ke sini dan juga buat yang menghubungi aku melalui emel dan private messaging. Tima kasih banyak banyak.

ps: Buat "Lu pikir laa sendiri"...salam perdamaian dari aku. Benda ni kita habis kat sini dah la. Btw, kehadiran kamu sedikit sebanyak telah memeriahkan blog ini. Peace!

Saturday, July 05, 2008

140 - Personal

Komen di atas tu aku terima untuk entri yang bertajuk 137: Steady Steady...

Actually aku sedikit terguris dengan komen yang di tinggalkan oleh beliau....Aku sebenarnya tak kisah dia mengata serta kutuk kutuk aku...aku sudah biasa serta lali menerima komen komen sebegini...kerana aku memang sedar mengenai kesan dan padah akibat menulis entri sebegini..kerana aku sedar, kita semua hanya sekadar melayan kepala :)
Tak ambik hati dan tak simpan dalam hati....
Kalau jatuh hati..itu mungkin :D

Namun aku amat RALAT SEKALI...
Mengapa beliau perlu menulis "BUAT MALU KAUM MELAYU AJER LAA..."
Mengapa agenda perkauman perlu diselitkan dalam komen tersebut???
Adakah tulisan aku memalukan kaum melayu??? Ataupun kaum kaum yang lain???
Anda semua perlu jawab....aku amat perlukan jawapan itu supaya akan datang, mungkin aku dapat menghasilkan karya yang mungkin agak berhemah sedikit :)

Untuk "Lu pikir laa sendiri":
1st of all, tima kasih kerana berkunjung ke sini. Mungkin pertama kali agaknya :)
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pengunjung2 blog ini telah lama mengikuti tulisan aku dan sedia maklum, semua hasil karya aku hanyalah sekadar suka suka dan tidak perlu di amik serius...Kita dikurniakan akal dan boleh menimbang...yang mana betul atau salah. Yang mana logik dan merapu. Yang mana waras dan gila...

Dan blog aku dikunjungi oleh pelbagai lapisan kaum yang ada di Malaysia ini, mungkin ada jugak kaum kaum lain di dunia...aku tak pasti. Aku juga sedia maklum, pengunjung blog aku bukanlah calang calang orang...kebanyakkan berpelajaran dan mempunyai tahap pemikiran yang jauh lebih baik dari aku. Dan aku percaya, sudah pasti pengunjung blog aku dapat membezakan...yang mana serius dan yang mana hanya sekadar gurauan.

Oleh yang demikian jika anda rasa anda tak boleh melayan kepala dengan isi kandungan di sini, sila abaikan blog ini.

Blog ni di hasilkan bersempena dengan trademark LayanKepala - Hanya Diri Kita Mampu Melayan Kepala Hotak Kita, hanya sekadar tempat untuk bersantai sambil bersuka ria, merapatkan hubungan insan sesama insan dan tempat menghilangkan stress. Kami di sini bagaikan satu keluarga yang sentiasa ceria dan bergembira. Sentiasa ketawa dan melupakan tekanan tekanan hidup dengan hanya satu tema: LayanKepala!

Last but not least, aku tinggalkan pesan untuk hang:
Kita kena berani jika hendak terus hidup dalam dunia yang semakin mencabar sekarang ni. Berusaha cari kawan, jangan cari lawan. Jangan sekadar berani di belakang, di depan penakut...jika hang ikhlas dengan komen yang hang tulis, tinggal la jejak atau link. Ini penakut! Macam mana la 'orang kita' nak maju???!!!
Dan sesungguhnya kedatangan anda tidak di undang, pemergian anda tidak di halang :)


ps: Terbantut niat aku hendak menulis entri baru....

Adesss....
SakitKepala...jom layan shisha!


Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may