Friday, June 20, 2008
Thursday, June 12, 2008
138: Bukan ku pinta sebegini....
Lelaki kerap di label buaya
Bila asyik ngorat sini sana
Tapi pompuan yang suka melawa
Habis semua lelaki terpesona
Ada lelaki di katakan tak ingat dunia
Bila asyik nak berpoya poya
Padahal pompuan yang pandai menggoda
Tu yang buat lelaki terpedaya
Lelaki juga di katakan tamak
Jumpa pompuan semua dia nak
Tapi dah pompuan tu segak
Tak sanggup pulak lelaki nak tolak
Ada lelaki di katakan gila
Pompuan tak nak tapi tetap suka
Tapi pompuan selalu dok kata
Kan cinta itu buta
Lelaki juga di katakan mata keranjang
Bila mata meliar memanjang
Tapi pompuan yang pakai jarang jarang
Takkan ler lelaki nak lepas peluang
Ini sketsa penghibur hati
Jangan pulak dok salah erti
Harap pompuan semua memahami
Bukan lelaki minta jadi begini
Namun ia adalah semulajadi
Oleh itu, bagilah peluang untuk kami
Bila asyik ngorat sini sana
Tapi pompuan yang suka melawa
Habis semua lelaki terpesona
Ada lelaki di katakan tak ingat dunia
Bila asyik nak berpoya poya
Padahal pompuan yang pandai menggoda
Tu yang buat lelaki terpedaya
Lelaki juga di katakan tamak
Jumpa pompuan semua dia nak
Tapi dah pompuan tu segak
Tak sanggup pulak lelaki nak tolak
Ada lelaki di katakan gila
Pompuan tak nak tapi tetap suka
Tapi pompuan selalu dok kata
Kan cinta itu buta
Lelaki juga di katakan mata keranjang
Bila mata meliar memanjang
Tapi pompuan yang pakai jarang jarang
Takkan ler lelaki nak lepas peluang
Ini sketsa penghibur hati
Jangan pulak dok salah erti
Harap pompuan semua memahami
Bukan lelaki minta jadi begini
Namun ia adalah semulajadi
Oleh itu, bagilah peluang untuk kami
ps: Sesungguhnya aku tak bersalah....hehhe hehhe
Wednesday, June 04, 2008
137: Steady steady
Saban hari kita melihat dan mendengar kemalangan sana sini. Kemalangan boleh di tafsirkan sebagai satu kecelakaan yang menimpa diri kita secara tiba tiba. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh kecuaian kita ataupun dah memang takdir kita. Walau begitu, mari kita mengkaji atau melihat secara terbuka bagaimana kemalangan boleh berlaku dalam konteks pejalan kaki.
Rata rata pompuan apabila berjalan kaki asyik menundukkan kepala terutamanya apabila melintasi sekumpulan lelaki. Mereka mungkin tak menyedari bahawa kelakuan tersebut boleh mengundang bahaya. Ini kerana jika berjalan asyik menundukkan kepala, mereka mempunyai penglihatan yang agak terhad dan tak dapat mengagak apa yang bakal muncul di hadapan mereka. Oleh yang demikian, seringkali kita mendengar pompuan terlanggar sesuatu dan akhirnya mungkin terjatuh atau terhantuk. Dan ini menyebabkan kemudaratan kepada diri pompuan tu sendiri.
Berbanding lelaki yang selalunya sering kali berjalan kaki dengan pandangan mereka sering melihat sana sini. Ini bukan bermaksud lelaki itu bermata liar, tetapi itu adalah satu langkah keselamatan. Lelaki sering peka dengan keadaan sekeliling mereka. Walau begitu, ada juga segelintir lelaki yang berjalan asyik menundukkan kepala.
Namun jika lelaki tadi terlanggar sesuatu, mereka bijak mempertahankan diri. Jika terlanggar barang mereka akan memekik " hoii!!! ni barang sapa letak kat tengah jalan nih???". Jika terlanggar orang, mereka akan berkata kepada orang yang dilanggar itu" Hoi! Buta ka???!!". Ini jelas menunjukkan bahawa lelaki bijak dalam menghadapi situasi kemalangan. Steady steady! Hehhe :D
Pompuan juga terkenal dengan sifat ber'soksek soksek' ketika berjalan. Tapi ingin di tegaskan di sini, sifat 'soksek soksek' itu bukanlah hanya terdiri daripada perbincangan atau perbualan yang menuju ke arah umpatan atau sebagainya. Kita pandang dari sudut positif ok. Contohnya sekumpulan pompuan bercerita suatu kisah lucu sesama mereka sendiri sambil berjalan. Kalau anda perati, anda akan dapati ketika bersembang cerita sebegini, pompuan akan tergelak gelak sambil kadang kadang tu tertepuk bahu, tak pun tepuk punggung kawan yang lain. Ada juga yang mencuit pinggang sesama sendiri. Perbuatan sebegini sebenarnya hanya mengundang padah kalau tidak kena gayanya. Ini disebabkan ketika terlalu teruja dengan cerita yang di dengar itu, mereka mungkin secara tak sengaja akan menepuk kawan mereka dengan agak kuat. Ini mungkin akan mengakibatkan kawan mereka terjatuh dan sebagainya. Kalau mencuit pulak, mungkin ada yang melatah dan sebagainya. Ini semua berisiko tinggi dan boleh mengundang perkara yang tidak di ingini.
Berbanding lelaki yang kalau bersembang ketika berjalan, kebanyakkan hanya akan ketawa secara besar besaran. Takde pulak nak tepuk tepuk bahu atau peha kawan yang lain. Kalau ada pun, hanya tepuk kepala masing masing. Tapi tak di nafikan ada juga lelaki yang ketika bersembang, suka menepuk atau menumbuk kawan yang lain. Tetapi selalunya lelaki dapat menepis atau mengelak tumbukan yang dituju kepadanya. Di sini jelas dan ketara bahawa lelaki sentiasa berwaspada walaupun dalam keadaan yang berisiko tinggi. Steady steady! Hehhe :D
Berikutnya kalau anda semua perati betul betul, pompuan suka berjalan berpimpingan tangan. Jika jalan dua orang, tangan pimpin dua orang, Kalau jalan tiga orang, pegang tangan tiga tiga orang. Cuba anda bayangkan jika seorang jatuh tergelincir, sudah pasti pompuan yang nak terjatuh itu akan memaut atau menarik tangan pompuan yang sorang lagi. Last last dua dua orang tersungkur. Yang paling nak teruk, pompuan yang pertama sekali terjatuh. Sudah pasti dia akan di timpa oleh kawannya yang sorang lagi. Ini mungkin akan mengakibatkan kesakitan yang agak serius. Maklum la, dah la jatuh..kena timpa pulak. Ini baru contoh tergelincir. Kalau jatuh longkang...hmmmm...rasanya tak perlu la nak diceritakan di sini.
Berbanding lelaki, rata rata berjalan takkan pimpin tangan kawan punya. Kalau jatuh longkang, jatuh la sorang sorang. Kalau tersungkur, tersungkur la sorang sorang. Tapi ada juga segelintir lelaki yang gatal nak pegang tangan kawan lelakinya semasa berjalan. Namun jika sorang tergelincir, selalunya kawan yang sorang lagi akan dapat menahan dan memaut daripada membiarkan kawannya itu terjatuh. Ini kerana lelaki rata rata mempunyai 'kuda kuda' yang kuat. Steady steady! Hehhe :D
Akhir sekali, kita ambil contoh ketika lelaki berjalan bersama pompuan.
Dalam situasi sebegini, lelaki akan bertindak sebagai seorang yang budiman di mana lelaki akan memberi laluan kepada pompuan dahulu. Bak kata orang putih "Ladies first". Di sini jelas dan ketara bahawa pompuan sentiasa berjalan setapak mendahului dari lelaki. Oleh yang demikian, jika terjadi apa apa...pompuan yang kena dulu. Kalau tergelincir, pompuan tu yang terjatuh dulu. Kalau terlanggar, pompuan tu yang kena dulu. Manakala lelaki tetap steady steady! Hehhe hehhe :D
Kesimpulan:
Larriiiiiiiii!!!!!!!!! Hahha hahha hahha :D
Subscribe to:
Posts (Atom)