Friday, November 10, 2006

Rokok oh rokok...

Kebaikan perokok / merokok yg tidak diketahui ramai org:

  • Perokok merupakan penyumbang pendapatan negara dari segi cukai rokok yg dikenakan. So, hangpa kena pikir…tanpa perokok, mcm mana negara nak maju. Walaupun kerajaan nak naikkan lagi harga rokok, perokok cuma mengeluh sebentar sahaja and then terus menghisap dan membeli rokok demi kemajuan negara. So, perokok lagi bagus drpd depa yg tak bayar income tax. Kita harus bangga ngan perokok nih:)
  • Merokok dalam tandas dapat menghilangkan bau yg kurang enak. Anda tentu lebih rela menghidu asap rokok berbanding bau….errr….anda paham kan???
  • Rokok boleh meningkatkan produktiviti. Ini terserlah semasa kenduri kendara di kampung, dimana anak2 muda amat rajin membasuh pinggan sekiranya dapat rokok free dari tuan umah.
  • Merokok dapat menambah kenalan baru. Contohnya sekiranya anda tiada lighter untuk mencucuh rokok, perokok boleh tegur sapa2 saja yg dia suka..’errr..lighter ada tak?’ tanpa rasa segan silu lgsung. Secara tak langsung mengeratkan silaturrahim sesama manusia tanpa mengira darjat, bangsa atau agama. Org tak hisap rokok mana berani nak pi tegur org tak tentu hala kann???
  • Rokok boleh menghilangkan bau mulut. Bau rokok rasanya lebih enak berbanding dari bau mulut yg busuk tambah2 baru lepas makan petai, jering dan seangkatan dgnnya...hehhe..
  • Perokok seorang yg tak kedekut. Anda boleh ”pow“ rokok kat sapa2 pun..tak kenal pun takpa. 95% org yg anda ”pow“ tu akan bagi rokok kat anda. Tengok…betapa pemurahnya perokok. Tapi jgn mintak duit…perokok memang kedekut kalau mintak duit.
  • Perokok seorang yg mempunyai hati yg kental. Ini terbukti apabila dia ketagihan rokok, tanpa menghiraukan apa2 atau sapa2…perokok dgn hati yg kental tetap pegi merokok.
  • Merokok dapat menghalau musuh. Contohnya anda tak suka org tuh mendampingi anda…so, anda hisap rokok byk2…hembus asap kat muka dia. Tentu dia lari kann…Di samping itu, rokok dapat jugak menghalau nyamuk tapi tetap takleh halau tebuan.
  • Merokok dapat menambah keyakinan diri. Perokok tau rokok tu bahaya…tapi perokok tetap buat bodo saja. Tengok…keyakinan terhadap diri sendiri amat tinggi.

    Akhir kata….think positif terhadap perokok. Jgn pikir negative ajer. Sebelum mengakhiri entry ini, kita lihat dulu pesanan penaja:

    AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:
    MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN


ayam berkokok waktu petang
ada rokok, mai la sebatang

65 comments:

Anonymous said...

macam penah baca dalam email je.. muahahaha.... :D

Anonymous said...

menakutkan je tengok kotak2 yang tersusun tu..

arianna adrizal said...

A'ah!! [sokong ayat aminbakish tu]

Anonymous said...

ni la kata2 seorang perokok tegar..

Iyandz said...

Eh bang.. jgn ler merokok.. tak baik utk kesihatan. hhehehehhehe..:D

BigData@Bluesify said...

dengan timbunan rokok tuan hamba tuh..hamba jamin tuan hamba akan masuk hospital kerana radang paru2 dalam tempoh lima bulan..

p/s:kita ni pendekar. tak layan rokok. Layan candu dari negara china.

Aku Bukan Bidadari said...

kalo isap rokok mulut busuk..tak best nk kiss..

huhuhu....

13may said...

nieys: hahha..iya ker? Dulu penah gak berdebat ngan member tentg ni dlm email...ntah2 email dari saya:)

kenit: itu sebahagian daripada koleksi benda ajaib saya:D

anne: berminat ke ngan koleksi saya tuh??? hehhe..

esampah: hehhe..walaupun tegar, org tetap sayang:D

iyands: terima kasih atas ingatan anda...errr...rokok sebatang:D

jalak: errr...stok candu ada lagi tak?? best gak nih layankepala:D

bidadari: hehhe...sekrg ada rokok wangi..kiss lagi best...huhuhuhu...

kakLuna said...

2 sbb aku tak suka perokok

1) depa hembus asap kat org..depa dpt penyakit sorg2 takpa,mslhnya bg penyakit kat org jugak

2) depa buang putung rokok merata2..

tapi..sebab hang dah tau sdiri merokok membahayakan kesihatan tp masih mengamalkannya, tu taktau nak kata apa la...kalau diri sdiri kata takleh ikut...manakan pulak org lain..

aku ni cpt moody klu tgk perokok...tp sbb hang ni kira adik beradik..so dimaafkan le..

achik said...

teruskan lagi usaha... koleksi x cukup byk lagi tu... hahaha

rokok wangi warna pink ko nak isap tak?? ( eh aku x isap rokok tau )

popcornelvis said...

merokok adalah tiket first class ke kubur.

huuuuuuuu

13may said...

luna: thanks sebab maafkan aku...dan dulu masa sekolah, aku selalu selak seluar pastu buang puntung rokok dlm seluar member aku...hahahahaha.....

achik: rokok apa tuh??? mcm best ajerr....

Dzu: Hi Dzurina....lumba haram lagi bahaya tau!!

Anonymous said...

ni awat cek.. dok tak dok tiba2 ckp pasai rokok ni.. ada org marah hg merokok ka?

13may said...

esampah: tiap2 hari org marah....tapi sayang tetap sayang:D

Anonymous said...

tak pa la.. marah2 sayang.. mau dh letih marah depa pukoi la seround dua. dah ketegaq sgt..

Amanitium Cho said...

rokok wangi tu brand SKL, tak payah beli a. muak isap banyak2, dunhill gak makanan ruji. haha.

bluecherry @ fai said...

13may, yg menarik artikel pasal rokok nih, kat hang nyer kumis tuu sebijik macam hubby ceri.. ha ha.

Apo pun.. layan jgn tak layan.. he he

Anonymous said...

Kalau anda berhenti merokok, anda akan tahu nikmatnya udara yang nyaman dikeliling anda. Anda pula akan rimas apabila orang yang merokok di keliling anda. Cuba2lah.... berhenti. Semua keuntungan yang anda sebutkan itu untuk orang lain je. Tetapi semua kerugian pada anda. Maaf kalau menyinggung.

blackpurple @ jowopinter said...

Aku tak merokok. Dulu ada juga cuba-cuba dan paksa diri merokok utk nampak macho kununnya, pun tak menjadi gak....memang gen bukan perokok kot..hehehe

Anonymous said...

tak tahu nak cakap apa sebenarnya..saya tak kisah kalau awak nak merokok, memandangkan awak buat banyak fakta kan...just fikirkan lah org2 di sebelah..

Anonymous said...

ha ha hampeh.. aku nak mencadangkan kerajaan naikkan cukai rokok 200%.. hahaha.. makan pasir la hang.. hahaha....

arianna adrizal said...

"tiap2 hari org marah....tapi sayang tetap sayang:D"

anne <----- penah nk sayang org tu tp sbb rokok, sayang melayang tau.. [mana bole tahan beb. tetiap kali kali kuar, dia merokok & for sure sy batuk & sakit bila kena asap rokok]. dia sihat, sy pulak yg berpenyakit! owh, tidakkk sanggup...

13may said...

esampah: walaupun kena pukoi teruk...depa tetap sayang:D

aman: Gaya mutu keunggulan..it's Dunhill:)

cherry: hahha..layan layan:D

zabs: terima kasih...pernah cuba..tapi tak berjaya sebab.....???

BP: bagus bagus...jgn sesekali terjebak...kalau sangkut dan kronik mcm aku...fuh! susah...

aarin: oh! saya hormati org yg tak merokok dan tak hisap rokok kat org yg tak merokok...

orochi: oit! hang pi kursus kat mana?? kirim rokok...hahahaha...

anne: oh! memang tak patut dia buat camtuh....

Kemat said...

aku tak perlu berenti hisap rokok la kan lepas nie..

oh my oh my said...

ketegaq la hang nih..haha

ZaKiN said...

1 : lawo misai tue.. nasib nipis sikit dari datuk k.. muhahhaha

2 : hanya org merokok tau nikmatnya merokok dalam tandas.. huhuhu.. aku bayangkan aku makan aiskrim dlm tandas.. wakakaka..!!

3 : takpe la ko teruskan merokok.. kalo semua tak merokok.. bankrap la tokey rokok.. hehehe..

4 : masa mkn kat kedai jgn hembus rokok kat org lain.. kalo aku yg terkena asapnya.. iyahhh.. dish.. dish..

5. walau apa pon fakta yg ko kasi.. hehehe.. merokok membahayakan kesihatanlah cik abg oiiii..

huhuhu.. lallalalla..!!

merapuman said...

aku dah berhenti sejak 96. aku rasa, byk baiknya kalau berhenti.

btw, saper lagi macho
antara smoker and non smoker > smoker lagi macho
tapi antara smoker and ex-smoker > ex-smoker la.
... sebab dia dah melaluinya and boleh hidup tanpanya.
boleh kau tak pegang benda tu 2 hari?
tanpa chewing gum or apa2 barang penganti ?
saja nak cabar.

Ayaq said...

Rokok boleh meningkatkan produktiviti. Ini terserlah semasa kenduri kendara di kampung, dimana anak2 muda amat rajin membasuh pinggan sekiranya dapat rokok free dari tuan umah.

Hahaha ni mmg betui. Tapi taim abang aku kawen dulu bapak aku dah warning siap2 kat geng surau, "Rokok saya tak saplai."

Tapikan, aku tak suka dapat balak yang merokok, so ang aku rejek awai2 kekeke...aku takmo laki aku mati cepat. Huhu.

Aku sokong cadangan mr m-man. Hehe.

LediAgli said...

wah.. oleh sebab2 seperti di listkan tu.. aku akan berusaha untok menjadi perokok..

doakan aku berjaya!

Ungku Nor said...

Siyesss..memang terpengaruh untuk jadik perokok tegar setelah membaca entri ini.

Waaa..tahniah ek 13MAY!!
..;p

akirasuri said...

ha ha ha..macam misai datuk k je....

Taiko said...

Ayam berkokok di atas kubur,
Nak rokok, meh tadah jub**

ini adalah jawapan kepada pantun hang tu masa zaman aku sekolah-sekolah dulu.

Anonymous said...

shears
betoi aih.. dh la ketegaq, menjawab pandai..

13may said...

kemat: hehhe....tapi masih lagi ada niat dlm hati ini untuk berenti...

shears: aku ketegaq ka??

maniq: makan aiskrim dlm tandas??? hehehehe...lawak betoi la hang nih...

merapuman: Bro..aku cuma heavy smoker masa luar umah...lepak ngan kawan2...kalau dok umah...aku kurang sgt isap, sehari 2 batang pun takpa...tapi kalau lepak..mau sekotak boleh habih...kotak rokok tu saja aku simpan...aku nak motivate diri aku...tengok dah berapa byk aku habiskan duit untuk rokok...aku penah pegi consult doktor, doktor ckp cuba berkawan ngan org tak hisap rokok...tapi masalahnya, ramai kawan2 aku isap rokok....serupa jugak ngan member2 kg aku yg sangkut dadah, keluar pusat...lepak ngan geng dadah (sebab dah tadak kawan lain), sangkut dadah balik...so, masalah aku lebih kurang camni la...aku dah cuba makan chewing gum la, gula2 la...semua hampeh...

brader...dulu buat mcmana sampai boleh berenti??? Actually aku memang respek giler ngan org yg boleh berenti...depa sememangnya kuat!

ayaqmasak: oit...apa awai2 dah reject...rileks la dulu....

ledia: oh! aku doakan semoga hang kantoi jadi perokok...jgn la dok carik pasai..okeh!

akak: oh..sama sama..tapi ingat...merokok membahayakan kesihatan!

akira: hehhe..Datuk K lagi lebat...

taiko: peh..kalau camni mesti org tak berani pow org aku!

esampah: hahahahaha....

nanies said...

salam n selamt hari raya hope tak terlambat..perghhh 13 may, terkezut jet nengok koleksi hang nie...cuba2 lah kurang kan...cayuk!cayuk!cayuk!...

Anonymous said...

13may..tu suma rokok ko ker...pergh..dah mengikut perkiraan saya,harga suma rokok tu dah sebulan gaji saya kalau sekotak didarab dgn 5 hinggit..muahaha

Anonymous said...

13may..tu suma rokok ko ker...pergh..dah mengikut perkiraan saya,harga suma rokok tu dah sebulan gaji saya kalau sekotak didarab dgn 5 hinggit..muahaha

Azer Mantessa said...

aduhai, letih aku nih...aku baru jer berhenti merokok ... uwaaaa

kebaikan berhenti merokok:
1. mulut dan jari membuat aktiviti2 lain *kenyit mata
2. anak2 dah tak membebel sebab asap rokok
3. jimat duit
4. selera makan bertambah
5. perjalanan darah lebih elok
6. macam kata merapuman - lebih macho dari perokok
7. anu lebih ... nih betui, aku tak chongnya, tak caya tanya merapuman ... tul tak merapuman? sebab tu ex-smokers lebih macho dari smokers.
8. air kencing putih jernih - tanda sihat.
9. tahi pun antara tengelam dan timbul ... tak keras dan tak lembik - lagi tanda lebih sihat.
10. kesedapan makanan lebih terasa.
11. hati lebih tenang.
12. tak payah risau baju/seluaq berlubang sana sini.
13. silia hidung bertambah baik.
14. stamina bertambah.
15. kasih sayang dari isteri dan anak2 bertambah.
16. kasih sayang dari secretary pun bertambah ... ya la, tak perlu dia nak membebel bau busuk opis aku, tak perlu dia nak basuh ashtray aku.
17. menambahkan seri wajah.

keburukan berhenti merokok:
1. tak dpt semua kebaikan2 yg diberitahu oleh 13May.
2. kurang productive sebab mudah sgt nak tido.

Rie said...

bayak la kebaikan rokok ko. hahahaha

Jarri said...

hang kumpul la kotak rokok sampai dah beranak pinak. buleh tunjuk kat anak beranak. bila hang mati pun buleh buat kenangan.

13may said...

nanies: Hi nanies..selamat hari raya jugak..sekrg tgh usaha nak kurang2kan ler...kalau boleh berenti lagi bagus kan!!

anon/liza: 14 batang=RM5.30, 20 batang=RM7.30..abih..pokai aku!

azer: Bro Azer..tahniah! camna boleh berenti??? Kasi ler tips sikit...

esis: hahahaha...

jarri: hahaha..sebenarnya aku nak buat replika KLCC:D

Ayaq said...

Kalau betui aku kira, suma skali RM574 duit2 yang telah dibakar... pergh, bayangkan Toblerone yang buleh dibeli..pokcik kayo!

Anonymous said...

Fiya said....on top of all.."rokok perkara makruh yang lebih kepada haram...sayer respek ex-perokok..n memang sesangat macho pun..as well as arianna...sayer pun reject gak yang merokok...hanya amik baka2 terpilih jer heheheheheh....tapi aper pun sendiri merokok sendiri mau ingat yer!!!

me3n said...

hehe..nyebok jap..;p

aku pon x-perokok..tp x-perokok tak semestinye tak isap rokok kan? hahaha..mase ku isap rokok dulu, ku pon bangge cam ko gak..byk sedapkan hati, n susun kotak cenggitu..haha..

btw, saje nak kongsi info..nak berenti memang super susah giler..ader ar 1thn+ aku try berenti, baru berjaya..tp biler ku da berenti, ku rase cam baru bangun dari mimpi ngeri..

maksud ku kat sini, berbaloi ar klu berhenti..:)

Azer Mantessa said...

13May, susah nak berhenti hisap rokok sebab hisap rokok mang best. aku berhentipun masa bulan ramadhan. sebelum tuh aku patch nicotine (sebulan), pastu consume nicotine gum (sebulan)... pastu berhenti.

merapuman said...

13May sorryla, takde tips. satu hari tu, i decided to quit, i quit. my girlfriend (now my bini la) at that time help me a lot. aku tak try pun nicotine patch .. or consume nicotine gum .. just quit .. dua hari je pening .. lepas tu ok.

kalau kau dgn kawan2 je byk, aku tak kira ... masa balajar kat uni dulu, dari matrik sampai grad ... paling lama sekotak 20 tu boleh tahan 3hari je. time pokai .. rokok daun le.

apa yg azer listkan tu betul :)

hayad said...

hahaha, giler ah entry ni :p

muNm said...

wah, tgk kotak rokok yg banyak tu rase sesak nafas.... harap2 kotak2 tu takkan bertambah lg ye.

kingbinjai said...

ya ya betul tu. yapi aku nak tukar hisap ganja la plak. ganja takde side effect kenser.

zwitterion said...

just one word = memudaratkan!

Anonymous said...

ceq.. update na.. x larat nk tgk rokok dah..

Anonymous said...

makan jering lagi best dari merokok tau! =p

adakah kau maksudkan kami yg tak merokok ni golongan org2 malang2? hehe...

Ungku Nor said...

Macho tak terletak pada brand rokok yang dihisap,
kemachoan anda terserlah melalui gaya, mutu & keunggulan.

DIGI~Masa Untuk Berubah.

=>bawak2 la insaf (bukan hisap ye!) sayang oii!!!
;p

Anonymous said...

aku sokong seratus peratus!!!wakaka

-spiderman-

Ayaq said...

Nombor anam puluh anam
Jalan Seremban
Tampin
Negeri Sembilan

Kekasihku yang jauh di mata

Kasihku sayang mengapa membisu
Berpucuk surat suratku untukmu
Mungkinkah kini rindu padaku
Rindu padaku.
+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+

Kepada kekanda 13may yang bukanlah kekasihku sebenaqnya pun,

Wey hang pi mana? Apdet apdet! Rindu kat hang pulak tiba2. Muahahaha.

Daripada,
Adinda ayaq masak yang bukanlah kekasih 13may sebenaqnya pun.

Sunan_Jati said...

Nombor anam puluh anam
Jalan Seremban
Tampin
Negeri Sembilan

Kekasihku yang jauh di mata

Kasihku sayang mengapa membisu
Berpucuk surat suratku untukmu
Mungkinkah kini rindu padaku
Rindu padaku.
+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+

Kepada kekanda 13may yang bukanlah kekasihku sebenaqnya pun,

Wey hang pi mana? Apdet apdet! Rindu kat hang pulak tiba2. Muahahaha.

Daripada,
Adinda ayaq masak yang bukanlah kekasih 13may sebenaqnya pun.


hurgh... sorry eyr ayaq masaq nk gelak kejap hehehe!

Angel Eyes said...

Bila nak datang KL ni? dah penat tunggu tau...

Bunga Rampai said...

Rokok daun tak hisap?

Salam.

Anonymous said...

tak update lagi kaa?
Eh, 13may sihat kaa? ntah2 dah...










.
.
merokok membahayakan kesihatan
heheh!

RaFFLeSiA MeRaH said...

hang ni memang kurang asam tu laa, org duk kutuk perokok, ko leh puji perokok lak ekk, yg pasti aku very benciiiiiiiiiii kat rokok niiiiii coz fiance aku kuat merokokkkkkkkkkkkkkk....haaa, x sukernyerr........

13may said...

ayaqmasak: oh! sungguh cekap anda dlm matematik yer:)

fiya: alahaiii...

ad3k: aku paling ketagih sekali time bgun tido la...time nih la paling kritikal sekali...

azer: hahahha...isap rokok ada ketikanya memang best sgt:D

merapuman: hahha...aku kalau 2 hari tak isap..jadik merapu la jawabnya:)

hayad: hehhe...

ciki: thanks ciki...

king: hehhe..tapi mahai sgt..

zwit: pembakaran kimia!

esampah: sabaq cek naaa...

sleepless: hahha...semua tu akai saja kan:))

OB: aku suka makan petai rebus:))

akak: baik! azam saya tahun depan nak berenti rokok. Kalau saya berjaya, akak kasi hadiah yekk...

spiderman: hello spiderman:)

ayaqmasak: i'm back. Nanti aku updet la...setel keja dulu:)

sunan: hang gelak ada makna nih...jeles kot:P

angel: I line clear...cuma sunan saja asyik kecoh...

BR: salam..kadang2 terdesak layan jugak...tapi kena carik tembakau best punya. Kalau cap ayam, sakit tekak...

anon: oit oit! i'm back...kejap lagi aku updet..

RM: takpa...sabaq...nanti moga2 dia berjaya berenti...support dia sikit:)

Monster Mom said...

ayam bekokok ataih batang, mai rokok sebatang!
itik berak dlm longkang, kepala hotak hang!

lembu jalan ataih titi, kalau tak dpt rokok mati...
makin isap makin penin, bila gelak gigi kunin...

selagi buleh isap tu isap la...
nanti dah tak buleh bawak masuk kuboq....

Ungku Nor said...

Eihh JUNITA..hahahaha.
13MAY mukan cha ya nun alif maa..
nak bawak reta pesaka dia masuk 'sana dalam'..

Tapi tak tau la kot dgn gitar kesayangan dia, dia dah siap buat wasiat yg 'itu macam'..;p

me3n said...

btw, korang neh discuss pasal saper yg paling macho, aku rase aku ar yg paling macho, n bukan smoker, bukan ex-smoker..sbb ku ex-smoker yg kengkadang isap..ku boleh control rokok n ketagihan..haha! just kidding..jgn marah err..

13may said...

junita: hehhe...kak ju ni memang pandai berpantun la...keh keh keh...

akak: takpa..saya tinggai gitar sebijik kat akak yer...hehehehe...

ad3k: oit! tu kira tak totally berenti lagi...hahahah...errr...rokok sebatang!

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may