Saturday, September 23, 2006

Puasa & Hari Raya...

[Versi Kemaskini Lagi - 28th September 2006]

Hmm...sempena raya ni....mungkin ramai yang sedang berusaha untuk mencari pendapatan sampingan....ada yang jual kuih raya, jahit baju, kad raya dan segala mcm mak nenek lagi la...dan ia tak terkecuali jugak ngan aku....aku pun nak cari duit lebih....
Baru baru ni jumpa member...dia kasi satu bisnes suruh aku buat.....pulangan gerenti lumayan....
Kepada semua....
Tahun ini aku dapat permit sementara untuk menjual bunga api dan mercun......tapi la ni stok yang aku ada ganas ganas semua...jenih ..yang bom ..rocket dan sebagainya....bersama entry ini aku sertakan borang pesanan ...sapa2 nak order....boleh order......order ler bebanyak....support ler member ok.....


[Sila zoom untuk mendapat paparan yang lebih baik]

Hadiah misteri menanti untuk 13 customer pertama....cepat sebelum kehabisan stok!

---------------------------------------------------------------------------------------
[Versi KemasKini]
Ok..duit raya untuk korang semua.
Terimalah dengan hati yang ikhlas:)





Duit emas pun ada...

Baju pun ada:)


Duit ni dah tak laku...buat kenangan dah ler..
---------------------------------------------------------------------------------------

Kepada semua:
Selamat menjalani ibadah puasa...

Sila kawal nafsu memasing (termasuk la diri aku sendiri)

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,
tidur kita menjadi ibadah,
amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,
Sungguh cantik kain plekat,
dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung,
yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung,
cuma terlayang entry ini.
Sebelum cahaya syurga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf zahir dan batin....
(copy paste dari email)
---------------------------------------------------------------------------------------
Bila dah habih posa..kita raya....iya..hari raya...walaupun lambat lagi (sebenarnya tak lambat pun) aku dah mula susah hati....

Perkiraan aku untuk menyambut hari raya:

Bagi belanja umah kat kampung untuk hari raya = RM300
anak sedara ada lebih kurang 24 orang...sorang 5 ringgit = RM120 (nak bagi lebih..pokai la aku)
Adik beradik yang mungkin mai umah = RM100 (tiap2 tahun aku cuma standby byk nih)
Budak2 mai beraya = RM100 (bagi sorang 5 kupang dah la..budak2 tak reti pegang duit byk2)
Baju raya = RM200 (ntah la cukup ke tak...)
Bunga api/kad raya/rokok raya/ lain2 = RM200


Total = RM820

Itu tak termasuk bahagian aku nak huha huha lagi.....nak pi jln2 ker....keluar ngan marka lagi...hehehe....

Koman koman aku kena ada lebih kurang RM1000...oh..kena lebih RM1000...takleh kurang RM1000....just cuma nak sambut hari raya 1 atau 2 hari saja....hmmm...

raya mungkin pada 24th October....aku dapat gaji 31st October....so, otomatiknya aku sengkek pada hari raya nanti...

Oleh yang demikian..sukacita dinyatakan di sini....kepada semua yang membaca entry ini...anda dijemput datang ke rumah saya dan jgn lupa bawa duit raya sekali untuk diberikan kepada saya....

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA!!!!!!
(dan selamat LayanKepala)


ps: Silap2 aku kena keja...hampeh!

Thursday, September 21, 2006

Teringat dulu dulu - Part 2

Last week ...abih keja...mlm tuh aku bertolak balik Sungai Petani.
Balik ngan kawan aku. So, cerita malam tuh...semuanya aman damai...cuaca baik...jalanraya pun tadak masalah...

Keesokan harinya..pegi ronda ronda pekan...lepak kat kedai makan member aku. Minum sambil2 dok perati gelagat orang ramai di stesen bas tuh...mcm2 perangai..terutama belia2 muda remaja yang tengah nak besar...mengorat sana sini...jerit terpekik sana sini....terkenang zaman aku dok huha huha kat tempat tu dulu2.....aku tersenarai budak2 nakai sg.petani gak la...biasa la..dulu dok bercampoq ngan budak2 punk...hehehehe...
itu masa zaman huru hara dulu...skrg aku dah ok...masih lagi huru hara..tapi huru hara yang macho dan budiman:)

sedang aku minum...aku didatangi oleh seorang pompuan...dia datang nak mintak derma untuk anak yatim...aku kasi ler sikit....
ok..semua tu aku tak peduli...

Selepas pompuan tu pegi...aku teringat kembali pengalaman aku, di kedai makan yang sama, masa yang sama dan situasi yang lebih kurang sama..

Jeng..jeng..jeng...imbas 6 tahun dahulu....masa tu aku study lagi...balik kampung cuti semester..

Sedang aku minum....aku didatangi seorang pompuan...
Perwatakan nampak baik...berbaju kurung & bertudung sambil membimbit satu bungkusan plastik. Umur dalam lingkungan 30'an. Meminta untuk duduk semeja denganku. Aku line clear...duduk la..pedulik hapa aku...

Selang seminit dua camtu....tetiba pompuan tadi menangis...
alamak....sudah...kacau aku dibuatnya....aku tanya pasai apa...bertambah kuat dia menangis...aku order air untuk dia..kasi dia relaks sikit...

pastu aku tanya...pasai apa nangis... Pompuan tu pun mula la cerita...beg duit hilang...tadi pi hospital tengok mak sakit...masa atas bas tadi, beg duit dok ada lagi...turun2 bas...tetiba hilang....
Skrg tadak duit nak balik umah...umah dia area Baling sana nun....

So, dipendekkan cerita...aku rasa kesian sgt ngan dia...dah la sekupang pun tadak...aku pun kasi la sepuluh riggit...dgn penuh senyuman dia amik..minum air bagi perabih...pastu blah.....
Lepas dia blah...member aku mai kat aku:

tokey: 13may, hang kenai ka pompuan tadi tu?
13may: aku tak kenai dia..dok tak dok dia mai kat meja aku...dia kata duit tadak..kopek hilang...
tokey: lepaih tuh..hang bagi duit kat dia?
13may: aku huloq 10 ketoi kat dia..kesian dia tadak duit nak balik umah..umah kat Baling sana nun....
tokey: hang bodo..hang dah kena kencing...pompuan tu dok pow orang..hang tau dak...hang tak percaya...hang tengok..dia dok pi berlakon kat sana plak....(sambil menuding jari kearah kedai makan yang lain) dia memang dok kencing orang camni...aku tau la..aku dok meniaga kat sini....tiap2 hari aku dok tengok....
13may: awat hang tak sound awai awai kat aku?
tokey: aku ingat hang kenai dia....(sambil blah menyambung membuat nasi goreng yg diorder oleh seorang marka indon)

kurang ajaq...memang sah...aku dah kena pow.....dari jauh aku perati....dengan adegan yang sama...mamat mana ntah sedang terima nasib yang serupa denganku....
Ish!!!...geram betul aku...selama aku hidup atas muka bumi ni...ini first time aku kena pow ngan pompuan...kat tempat lahir aku sendiri plak tu....tak puas hati gila...aku rasa mcm nak pi penendang saja pompuan tuh....tapi aku sabaq....takkan aku nak belasah orang pompuan kot????

aku pikiaq mesti ada hikmah aku kena pow ngan pompuan tuh...
tapi aku tetap tak puas hati....

kalau dia mintak duit betoi2, cerita betoi2...aku tak marah...aku boleh bagi kat dia......tapi dia dok kelentong aku....apalagi, cekelat angin la aku!!!
Sungguh cisss!

Moral of the story?

PS: Sampai sekarang aku fobia kalau pompuan datang kat aku dgn nangis2....takut wooo...itu senjata pompuan yang membuatkan aku lemah....dan lagi satu, aku dah set dlm kepala hotak aku...pompuan nangis hanyalah lakonan semata2...mesti ada udang di sebalik batu nih (kasi hangat sikit) hehehehe....

Friday, September 15, 2006

Aku...

Aku dan aku...
Mengapa aku jadi begitu...
Aku dan aku...
Entah mengapa aku begitu...
Hidup aku dan aku...
Macam aku dengan aku..
Aku hanya diri aku...
Hanya aku yang tahu...

I love the way u love....but I hate the way I'm supposed to love u back....

ps: Hehhe....setelah keja non - stop 3 minggu lebih...finally, aku dapat gak berehat...start besok, 4 hari rileks kat umah..best best...boleh LayanKepala:)

Monday, September 11, 2006

Salesman...

Semalam pegi kedai muzik kat Bukit Jambul ngan member aku (Nama dia Bos). Ingat nak beli “pick” gitar sambil2 tu cuci mata tengok gitar.

Tetiba aku teringin nak bertanyakan tentang "Capo" dekat salesman tu. Umur lebih kurang baya kami saja….muda lagi kot….

13may: Err..abg…ada jual “Capo” tak?
salesman: Ada…kami ada 2 jenih…yang ni harga dia RM16…dan yang ni mahal sikit….(tanpa memberitahu harga dia)
13may: Hmmm…”Capo” ni function dia untuk apa? (aku saja bertanya…sebenarnya aku tak berapa tahu tentang kegunaan “Capo” ni..so aku nak minta advise dari dia ler)
salesman: Ooo…”capo” ni…dia nak bagi kita senang main “Kord pacak”…so, bila kita tukaq kord takyah teruk2…tangan tak lenguh..jari pun tak sakit….


Huh! Tercengang aku ngan Bos..dlm hati aku kata…“biar betoi mamat nih…mcm tak betoi saja….“
kami terpinga2 dlm 2-3 minit…kehairanan…

salesman: So mcm mana? Jadi ka nak amik satu?
Bos: hmmm..takpa la..terima kasih bebyk..kami sebenarnya tak reti nak guna menatang nih..saja nak buat eksperimen sikit ..
salesman: Kalau mcm tu takpa la..sebab kalau hangpa beli pun…buat rugi duit hangpa saja…sebab taktau nak guna…
13may: Takpa la brader..kami nak ushar gitar2 belah sana plak…


Melilau kat tempat gitar plak. Pada masa tu..ada sorang pompuan cina masuk…Salesman tadi pun bergegas pi kat pompuan tuh…bersebelahan ngan kami yang sedang asyik melayan kecantikan sebijik guitar acoustic brand Yamaha..

salesman: Boleh saya bantu?
Pompuan: Iya..saya nak beli guitar untuk anak pompuan saya. Boleh rekomen satu?
salesman: Nak gitar karen atau gitar biasa ni saja? (sambil menunjuk ke arah gitar acoustic yang sedang kami belek)
Pompuan: Saya nak cari gitar yang mcm biasa ni saja…
salesman: Ok…cik nak gitar acoustic atau gitar klasik?
Pompuan: Apa beza gitar acoustic ngan gitar klasik?


mendengar soalan tu..kami menghampiri mereka..kami berminat gak nak tau apa perbezaannya…

salesman: Gitar klasik ni buatan Indonesia..gitar acoustic ni buatan China..
Pompuan: Maksud saya…bukan pembuat…saya nak tau perbezaan gitar2 tu..contoh mungkin dari segi bunyi ke..hapa ke…
salesman: Ooo..gitar klasik ni…”neck” dia kecik sikit..manakala gitar acoustic “neck dia besar…..bla..bla..bla...


Peh!..Aku ngan bos blah dari tempat tuh…kami dah tak sanggup nak dengar mamat tu dok kelentong ntah hapa hapa kat pompuan cina tuh….

Kami terus ke kaunter..beli “pick” dan keluar dari kedai…kami discuss tentang mamat tuh dan 2 orang kami gelak mcm orang gila…kelentong tak hingat donia mamat tuh….

So..point cerita aku kali nih…aku bukan nak kutuk sapa2…tapi bagi sesapa yang involve dalam bidang sales nih…knowledge tentang product yang dijual amat penting…sebab customer ni ada mcm ragam mak nenek soklan yang nak keluar dari mulut depa.

Dlm kes aku ngan Bos, mamat tuh sebenarnya tatau apa fungsi sebenar “Capo” tuh…dan kami plak buat2 mcm tatau..apalagi..dia mula la kelentong…dia dok ingat kami tatau dia dok kelentong kami…mula2 aku ingat memang nak beli..pastu dok kena kelentong..terus cancel nak beli...

Kes ngan pompuan tuh..aku tatau apa kesudahannya…tapi aku rasa pompuan tuh mesti tak jadik beli sebab air muka pompuan tu tadi nampak sungguh confuse dgn jawapan yang diberikan oleh mamat salesman tu….

Definisi Capo (amik dari internet - http://en.wikipedia.org/wiki/Capo)
A capo (short for capotasto, Italian for "head of fretboard", or the corrupted form of the same word, "capodaster") is a device used for shortening the strings, and hence raising the pitch, of a stringed instrument such as a guitar, mandolin or banjo….
(kita juga boleh “drop tune” ngan menggunakan capo nih)



Guitar acoustic yang aku tau ada 2 jenis:
1) Jenis klasik – dawainya nylon
2) Jenis folk – dawainya logam

" Capo" yang dipasang di gitar

"Pick" gitar


Thursday, September 07, 2006

Apa benda taktau...

Benda 1:
Semalam lepas isyak kat Surau Orang Kaya kat Bukit Jambul...pegi minum ngan kawan2...ngan geng2 yang veteran, semi veteran & budak2 rock (aku ler tuh)....aku tak pedulik sgt..tapi ada satu soalan dari member semi veteran yang menarik perhatian aku...

Soklan1:
"kalau hgpa ni semua pandai....apa beza wajah ngan muka????"

Soklan2:
"Apa beza tengkuk ngan leher???"

Semua ternganga & terpinga2 mencari jawapan....

Benda 2:
Sembang ngan sorang marka sambil minum2...dia cerita pasal dia pegi kenduri kat Rembau, sepupu dia kawin, buat majlis 4 hari 3 malam...pung pang pung pang dia cerita...satu benda yang buat aku tertarik...

Marka: Hg tau dak 13May, depa panggil tok bomoh...jampi hujan & lalat...masa kenduri, cuaca elok saja, lalat sekoq pun tak nampak muka...abih saja kenduri petang tuh...hujan turun punya la lebat....ada kot dekat sejam...abih hujan berenti...lalat plak mai dok hurung...punya la merenyut.....hish! rimas aku....
13May: Hui...pakai bomoh hujan & lalat...dasat...dasat....


Terpinga serta terkejut...ada ka benda camni???


Benda 3:
Seorang member datang tegur....
member: 13may...kat mana boleh dapat air daun ketum???
13may: hish! hang nak buat apa??? Nak berdengung???
member: Dak aiihhh...aku nak minum...depa kata boleh buat ubat kencing manis...
13may: Betoi ka??? Tak penah dengaq pun....

Terpinga lagi.....setahu aku...depa campoq mcm2 masa dok rebus daun tuh...antaranya ubat nyamuk & ubat gegat.....takkan boleh jadik ubat kencing manis kot....

Benda 4:
Masa isi minyak moto, jumpa member masa dok belajar dulu..pastu pegi la minum2...dok tukar cerita masing2...dia dok goreng la dia keja kat Hospital...jumpa camni la..camtu la...tapi yang interesting sekali bila dia bgtau....

BudakHospital: Hang atau sapa2 la..tak kira adik beradik ka..kawan2 ka...kalau patah...tak kira kaki tangan..apa benda pun...masuk hospital..jgn bagi depa bubuh besi yang dok tercucuk kat luar mcm antena tuh...mengarut saja...sebenarnya depa nak buat kajian kat hang.....
13May:Oooo...mcm tu ka...
BudakHospital: Kalau tulang hang hancur...bubuh menatang tu..takpa. Takat patah..atau lari sikit..hang bubuh simen dah ok...murah pun murah...


Terangguk2....sambil meneguk air nescafe 'O' ais kaw...


Benda 5:
Teringat pesan arwah ayah dulu....
"hang 13may...jangan potong kuku waktu malam..."

Oh! Masih mencari jawapan hingga kini....

Tuesday, September 05, 2006

Suka suka layan kepala....

Hehhe...tadi masa buat keja dalam "bilik bedah" aku...accidentally rambut aku gugur selai....
aku pun amik ler beberapa keping gambar untuk melihat mcm mana rupanya rambut aku secara dekat...
1) 200x magnifications

2) 500x magnifications


3) 1000x magnifications


4) 2000x magnifications

Rupanya permukaan rambut aku tak la licin...tapi nampak unik, ada unsur2 seni yang tak ternilai di situ...hebat sungguh ciptaan Allah...Subhanallah...

So..kalau hangpa nak tengok rambut hangpa secara dekat...boleh send sample kat aku...tapi bak kata orang utara" Ada pi ada mai...takkan ayaq liur saja kot"...huhuhu....

PS: Apakah syampoo yang sesuai untuk aku pakai???

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may