Thursday, February 08, 2007

Semangat yang hilang....

Malam ni malam Jumaat
Ku tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang dalam mimpi
Ku bukan menepuk bantal
Tapi ku tepuk semangat (seru nama sesapa yang korang rindu)
Dgn berkat doa……
Dulu ada satu orang tua, bagi aku jampi serapah nih....Dia kata, kalau kita rindu kat seseorang dan nak bermimpi bertemu dengan orang itu, buleh baca serapah nih pada hari Khamis malam Jumaat...lepas baca, tepuk bantal 3 kali....
ps: Kepada semua, terima kasih atas sokongan anda...

Monday, February 05, 2007

Biar hidup dalam misteri...jangan hidup dalam blues!

Aku suka berkawan dengan orang….dan kalau boleh, aku nak persahabatan tu kekal. Aku berkawan dengan macam macam orang…dari yg seteruk2….sampai yang sebaik baik mungkin. Aku pun bukan kawan yg baik….cuma prinsip yang aku pegang dalam persahabatan….jangan khianati kawan kita. Kalau dia bagi amanah, kalau kita berjanji…cuba laksanakan. Prinsip itu yang aku pegang dalam adat berkawan.

Kadang2…kawan ni tempat kita mengadu masalah…tempat kita lepas perasaan. Dan kita rasa selesa bila kita bagitau masalah kita kat dia. Sebab ada benda kadang2 kita bagitau kawan cuma untuk dia dengar dan simpan….dan bukan untuk disebarkan. Jika kita tahu sesuatu mengenai kawan kita, adalah lebih baik kita simpan saja untuk pengetahuan diri kita. Biar kawan kita sendiri yang bercerita tentang diri dia terhadap orang lain.

Tapi harus diingat…sensitiviti kawan, kita kena jaga. Jangan bagi dia hilang kepercayaan kat kita. Jika kita tau rahsia besar dia…pastikan kita jaga elok2. Biar pecah perut, jangan sampai pecah mulut. Jika kita khianati benda nih….sudah pasti perselisihan paham akan terjadi. Hilang kepercayaan malah membawa kepada permusuhan…

Memang kadang2 kita mengutuk, mengata, maki hamun kawan kita….tapi benda tuh semua benda kecik. Sebab kita kenal kawan kita…kalau jenis tahan melawak…kita kutuk apa pun dia takkan amik hati….tapi jangan sampai meleret leret kepada isu2 yang terlalu peribadi atau sensitif….Kalau kita menipu pun…takat benda kecik2….dia takkan marah…mungkin dia cuma bengang kejap….pastu hubungan kita akan kembali seperti sediakala semula….

oh! aku penat sangat hari nih….dan aku rasa nak marah….aku marah kat kawan aku….
Dan aku pun rasa bersalah….aku nak mintak maaf kat kawan aku gak…..

Hidup kita memang penuh rahsia…..tapi percayalah….satu hari nanti rahsia itu akan terbongkar dengan sendiri….kita cuma perlu sabar…..

Apa dah jadik ngan aku nih????
Aku cuma terkilan……
Aku cuma rasa aku dikhianati……
Mungkin aku patut rehat seketika….
Atau mungkin aku patut lupakan saja tempat aku layankepala ini….

Kepada semua…
Aku mintak maaf dan aku ucapkan terima kasih…

Aku rasa aku nak stop blogging buat sementara waktu!!!

HANYA DIRI KITA MAMPU MELAYAN KEPALA HOTAK KITA!!!


ps: Sun Anja Ti….jaga hang, kurang ajaq!!!!!

Friday, February 02, 2007

Tahukah anda???

  • Kita selalu dengar org kata: “Bodoh macam lembu” tapi orang itu tak sedar bahawa banyak bayi dan kanak2 minum susu tepung yang diperbuat daripada susu lembu. So, orang itu ibarat kata kat diri dia dan keluarga dia sendiri.
  • Kita selalu anggap lalat seekor binatang yang kotor dan jijik…tapi terdapat banyak di kalangan orang kita suka tahi lalat.
  • Kita jumpa orang kita suka beli pinggan mangkuk, periuk belanga mahal mahal…tapi tak guna pun. Mereka lebih suka simpan dalam almari buat perhiasan.
  • Kita selalu tengok orang akan lebih susah hati jika kereta mereka rosak berbanding ahli keluarga mereka yang sedang sakit.
  • Kita selalu kata kita digigit nyamuk…padahal sebenarnya nyamuk tak gigit kita, ia cuma hisap darah kita. Habih bintat!
  • Kebanyakan kita suka makan pelbagai jenis cucur, tapi tak pernah sesekali makan cucur atap.
  • Tahukah anda, perkataan Loqlaq yang seringkali disebut oleh penduduk di negeri kawasan utara adalah singkatan daripada Teloq dok kat Luaq....Jgn dok buat loqlaq okeh!

ps: Bangun tido, terperasan tanda lebam di peha kiri aku (takyah la aku nak tunjuk gambar..seksi sgt)…org kata kena gigit ngan hantu, betul ker????

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may