Friday, February 29, 2008

131: 29 Februari 2008

Lelaki pemalas???

Secara umum, semua orang berpendapat rumah orang lelaki mesti bersepah sepah. Susun atur yang berlintang pukang serta sampah sarap yang berteraburan sana sini. Sangkaan ini mungkin tidak dinafikan kerana banyak contoh telah dilihat. Perkara ini akhirnya melabelkan lelaki sebagai manusia pemalas. Tetapi pernah anda semua terfikir, kenyataan ini sememangnya tidak berapa benar dan tepat.

Lelaki sebenarnya amat jarang berada di rumah. Sepanjang minggu mungkin lelaki sibuk bekerja. Kadang kadang terpaksa bekerja hingga lewat malam. Manakala cuti di hujung minggu pulak, lelaki selalunya terlalu padat dengan aktiviti riadah serta sosial. Akibat daripada aktiviti aktiviti yang terlalu padat, lelaki sememangnya tidak mempunyai masa langsung untuk mengelap, mencuci ataupun menyapu. Ini menyebabkan habuk habuk akan terkumpul dan membuatkan rumah lelaki nampak kotor.

Apabila lelaki asyik tak lekat atau tak berada di rumah, ini juga akan mengakibatkan terjadinya longgokkan pakaian yang tidak berbasuh. Dan lelaki juga berkemungkinan memakai pakaian yang sama berhari hari. Tukar baju ajer...seluar tak tukar. Lagipun, bila basuh pakaian..karang nak kena gosok, nak kena lipat, nak kena gantung dan macam macam lagi. Untuk melakukan kerja kerja sebegini, ia mangambil masa yang agak lama. Atas dasar mempunyai masa yang amat terhad, maka lelaki mengambil langkah untuk menghantar pakaian ke kedai dobi. Dan ini menunjukkan bahawa lelaki bukanlah malas hendak mencuci pakaian, tetapi lelaki amat sibuk!

Begitu jugak jika barangan dapur rumah lelaki hampir hampir atau dah tamat tarikh luput langsung tak terusik. Bahan bahan mentah yang telah busuk dan gas memasak yang tak pernah pernah habis. Ini bukan menunjukkan lelaki malas memasak, tetapi kalau masak pun..siapa yang nak makan??? Kerana lelaki asyik berada di luar umah, baik makan kat luar ajelah.

Berbanding pihak pompuan di mana pompuan lebih suka bersantai atau menghabiskan masa di rumah. Mungkin pompuan juga keluar berpeleseran, namun jangka masa mereka keluar tidaklah terlalu lama berbanding lelaki. Pompuan mungkin menghabiskan masa di luar rumah dalam 1 hingga 6jam lebih kurang. Maka mereka mempunyai banyak masa lapang dan sepatutnya dapat melakukan pelbagai kerja di rumah. Manakala lelaki, kadang kadang menghabiskan masa di luar rumah berjam jam malah boleh hingga berhari hari.Ini menunjukkan, pompuan berada di rumah lebih lama berbanding lelaki.

Oleh yang demikian, berdasarkan huraian huraian di atas, maka dapatlah kita merumuskan bahawa lelaki tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk melakukan kerja kerja rumah. Pendek kata, lelaki amat sibuk!!! Itu yang menyebabkan rumah lelaki kelihatan tungging langgang.
Manakala jika rumah orang pompuan bersepah sepah, lintang pukang, bot karam atau tongkang pecah...hmmm..no komen lah! Hahha...


ps: Balik keja karang, nak beli penyapu la... :D

100 comments:

Darling said...

kesimpulannya lelaki memang hampeh!!

hahahahahaha...

13may said...

darling: ceh! :P

meen said...

may..tak yah la susah2 beli penyapu kalau setakat menjadi penghias kat belakang pintu je hahaha

Masy said...

alasan kanmain panjang. ckp jelah malas abg may² :p

Darling said...

penyapu je? beli mop sekali beb...

marhaen vintaj said...

kamu memang bijak mencipta dan menyediakan alasan.

* geleng geleng kepala.

Ummi said...

dasar lelaki pandai buat alasan!
hahaha~

pengkao said...

di sebalik sepahan itu ada seni yang cukup abstrak...
bagi mereka yg menghayati..

Anonymous said...

alalalaaa
alasan je sume tu :P
haha

iziana.kronikus.com

kawaii_desu said...

ish...

tak boleh jadi ni...

1.lelaki jarang berada di rumah?? lelaki je ke yg ada kerja?? pompuan mmg dok di rumah ka?? hujung2 minggu bukannya keja, buat la keja rumah, ni pi ronggeng lagi mau bagi alasan...

kita ni weekend pon masuk opis tau

2. sebenarnya, kejap je nak basuh, lainla basuh guna tangan kederat sendiri macam kita ni..
nak lipat2 tu semua senang la.. macamla baju org lelaki tu banyak sangat dibandingkan pompuan... kalau lelaki anta dobi takpa, kalau i gi dobi lain macam je org tgk.. mana aci!!

3. kalau ini lah alasan org lelaki bila dapoq tak berasap.. kita pun samalah... so org lain tak blh komplen la yg kita tak masak sebab busy manjang, sampai tido kat opis kengkadang tu... so after this alasan yg sama buat kaum wanita yg berkerjaya terutamanya!!

4. pompuan banyak masa di rumah..??eee ni yg paling tak setuju.. pompuan pun ada kengkawan, ada kerja.. tapi mmg laaa... lelaki, takdak sebab pun malas balik rumah, kalau jumpa kawan... lepak sampai pagi macam org takdak rumah..---> tu bukan kerja, tapi antara sebab depa slalu takdak di rumah.. takpun ada la tu gi kalabul malamin bak kata pramlee huhu

nak habaq sikit, i'm very busy, ni dah 3,40am, still kat office. karang datang lagi office, pendek kata lagi banyak masa terluang di office... tapi tak pulak berlaku longgokan pakaian..
tapi terima kasih la kerana bagi alasan2 ini.. blh digunakan olh kaum2 wanita yg benar2 sibuk dgn kerjaya ok hehe

jangan mare... lepas gian lama tak komen kaw2 kat sini

Neeza Shahril said...

lelaki kebal sebenarnya.. mata kebal - tak kisah tengok rumah bersepah, mulut kebal - makan makanan mamak yang dah perangat 2minggu pun bolehhh aje dan hidung kebal - bau busuk kat rumah, tak kisah pooonnn..

conclusion - kalau nak cari laki, cari lah yang tak kebal.. heheeeeeeeeeeee

13may said...

meen: errr...errr...dulu penah sekali, penyapu ghaib dalam umah :D

masy: laaa...tak caya ker??? huhhu :P

darling: mop??? alehaii...byknya benda nak kena beli...

notakematian: uiii..itu kenyataan tuh..hehhe

ummi: hehhe...no komen lah! :P

abgLalox: tepat sekali! kamu memang geliga :D

iziana: errr...errr.. :P

kawaiiDesu: hehhe...kami lepak sampai pagi pun...sembang pasai masalah negara..hahha :D

neeza: wah! kamu sungguh pandai membuat kesimpulan...boleh jadik partner nih...hehhe :P

Unknown said...

penjelasan yg amat panjang jela...
kalo da nama lelaki..akan slalu kasi alasan utk lepas kan..haha

hajarss said...

ALASAN SEMATA-MATA..

AHAHAH

cepotet said...

lelaki.. lelaki..

13may said...

chii: errr...itu sebenarnya fakta yg tersembunyi...hehhe

hajarss hehhe...kenapa??? tak percaya??? hehhe :P

13may said...

cepotet: hehhe...no komen! :)

Chik chuMeLL said...

Ya Allah..lelaki mmg begitu..PEMALAS..lenkali pakai baju plastik,xyah basuh..pakai buang je..cam pampers..heheee

Sastri said...

banyak laa alasannnnnn dia... :p

dah malas tu, ngaku je laaa... keskeskes...

may2, dah sampai malaysia baru nengok komen may2 nak t-shirt... dah terlambat laa... tapi kalau nak keychain, kasik kite alamat may2, kite antarkan...

Diana Ishak said...

ko baru lepas kena sound ngan awek ko kan? ni entry lepas geram la ni kan?

ellyWong said...

haha.. ye laa tu.. alasanx2... :P

Neeza Shahril said...

partner apa?? partner kutuk lelaki ke?? boleh aje!! heheeee...

K i a H R o N g G e n G said...

alah..laki pompuan sama je.malas tu lumrah.but sendiri kene control aaaa.jgn malas menguasai DONIA ekekke

Taichee~@! said...

Tapi Boe aku pengemas giler. Dari pakaian sampai ke kereta sampai ke umah (dia kata. Compare ngan aku la. Aku ni yg pemalas snonye. lalalalala~@!

WaNa (BoRN To MaKe u HaPPy) said...

KeTaHui LaH...
WaNiTa LeBeYH SiBuK Dr LeLaKi oKe !!!
LeLaKi MmG La SiBuK...Tp SiBuK CaRiK aLaSaN uNTuK MeNSiBuKKaN DiRi...

aDa PaHaM ???
aHaKz

fattnieniey said...

Ini cuma menceritakan satu golongan je.
Ader jugak golongan yg rajin dan kemas (tapi tak lembut).

Antara sebab kenapa tanggapan kita terhadap lelaki seperti ini ialah dah bergenerasi-generasi memang perempuan je yg buat keje dalam rumah ,lelaki buat kerja luar rumah. susah la sket nak tukar tradition.

Tp,skrg dah ader gender equality,lelaki dan perempuan sama pandai,jadi mampu buat apa-apa kerja pun.(tapi,nasib baikla konsep ni tak apply dalam Islam.:P)

p/s: learn from own experience ke?:)

LadyTiz said...

sibuk buat ape kt luar rumah tu haaa...
tgk aci ke??

hikhikhik

A t i Q a h said...

yang aku tau, lelaki ni ada dua kategori, kalau dah pengemas tu, nampak 1mm debu pun nak kasi sapu. tapi yang satu lagi ni, debu dah menggunung pun buat derk je. ye lah, dah sibuk sangat kerja. ahahaha

salam kenal dari atiQah =)

kasut-gombak said...

musykil..

chiku the chucuru said...

er...ye ke laki je yg mcm tu...
er... er...

Intan and The Boys said...

no, no ,no!

lelaki memang dasar pemalas!
huahuahua!

alasan memang selalu dicipta tatkala diri tu rasa malas nak buat.

tul tak? ;)

Unknown said...

bilik saya juga bersepah..adakah saya seorang lelaki *mencarik identiti*

nur'ain said...

err...dah dapat bayangkan bilik may camner..

busyuk.. hahahh!

Lily Abdullah said...

Bilik May mesti ada pelbagai jenis haiwan parasit :D

mylife said...

hek eleh... alasan!! alasan!! alasan!!...

short note: pasal itu hanya girls sahaja yg dikategorikan sebagai multitasker... kerja ofis bereh, kerja umah pon bereh... hehehehe

Nunn said...

bukan malas lelaki ni dia penyegan skit

muadzlife said...

yee lee tu..ada saja alasan taw..mencik mencik!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sakit kepala aku baca ;p

me3n said...

macam2laa alasan ko. memang otak hang bergeliga ahahaah.

13may said...

insanBiasa: baju plastik??? tak bagus untuk alam sekitar...hehhe :P

sastri: hehhe...selamat kembali...keychain??? best gak nih :D

greenApple: errr...sikit sikit ader ler...huhhu

ellyWong: percayalahhhh....hehhe :P

neezaShahril: hehhe...kesian kat lelaki :D

kiah: Ooohhh..mana ada sama...lelaki sibuk! huhhu

taichee: errr...bertuahnya kamu dapat Boe :)

wana: buat buat tak paham...hahha :P

fattnieniey: experience??? takde takde...huhhu :P

tyrexia: hehhe...sibuk ngan hal org lelaki :D

atiQah: hehhe...salam dan selamat datang :)

kasutGombak: musykil tang mana??? hehhe

fiezafadilla: errr...err..kamu mcmana plak??? err..err.. :P

puterikurekure: hehhe...sungguh! memang sibuk! huhhu :P

makcik: rasanya kamu memang pompuan...cuma..hmmm..no komenlah! hahha :P

nurAin: hehhe...bilik ada byk...hahha

waterLily: penah baca entri saya kena gigit ngan lipas??? hehhe hehhe

mylife: hek eleh...tak caya ker??? huhhu :P

nunn: tak sempat laa...hahha hahha

muadzlife: sibuk laa...hehhe hehhe

commentDeleted: ???

jaja: rileks rileks....blog hang awat aku dah takleh nak masuk???

ad3ck: ko sibuk ker malas??? hehehe

AiRynnz said...

lelaki mmg lagi malas dr pompuan bab2 berkemas ni :p

nanies said...

ahaks...ape kata belo vakum aje..lagi senang..kekekek..tapi maymay ada gaks umah orng lelaki bujang yg sangat lahhh bestnya..mcm dalam majalah2 IMPIANA yg saya suka beli tu..hemmm..hem...umah en may nie kategori yg mana ek wakakakak

13may said...

airynnz: hehhe...buktinya??? huhhu

nanies: hehhe....rumah saya kategori ikut mood :D

Azer Mantessa said...

salam

aku bukanlah nak puji diri sendiri ... tapi aku ni rajin. masalahnya, aku rajin cam na pun, tak kemas2 jugak ... tak bersih2 jugak ... tak kilat2 jugak

biasalaaa rajin kasi komen ... hahahahahahahahahahahahahahaha

dak eh ... keja aku kat umah ... gardening, lap tingkap, lap kipas, tukaq mentol kalau yg dah terbakaq, angkat sampah, pi kedai, beli barang2, basuh kereta, masak jugak sekali sekala, plumbing (ni baru belajaq) ... apa lagi ek

aku dilarang ... kemas katil, lipat baju ... ni sebab ... aku rajin cam mana pun ... tak kemas2 kemas ... ajjooooo

sebab aku tak pakai org gaji ... setiap minggu aku upah orang khas utk kemas2 umah sebab depa anak2 pompuan nih komplen ... anak2 lelaki tak buat keja sangat ... so aku upah 3 orang bayaq RM 150.00 setiap kali depa mai.

tapi kan ... apa2 pun, walaupun bilik anak2 pompuan cantik, kemas ...apa semua ni ... aku lagi selesa ngan bilik anak2 lelaki yang bersepah dan busuk ... bilik anak2 lelaki ni best ... kita tak risau kalau kita buat sepah ... lagi bersepah lagi best!!!

akirasuri said...

maymay!!!

ha ha ha!

Anonymous said...

nak sy hadiahkan penyapu tak? :P

husni said...

lelaki pemalas ??
kdg2 pompuan pon malas.
tp xde la kasi alasan cam may.

conclusion
may yang malas.
wakakaka..

pearl'E.J said...

hihihi bnyknya alasan en.may kita tanak kemas umah.. :D

cepat2 carik calon, senang rumah dh tak berhabuk.. :p

suriani said...

hi..
awak antara lelaki2 yang pandai di dunia..
pandai carik alasan, hi hiihii

Anonymous said...

hmm..
guys mmg selalu sibuk.
sibuk carik alasan.


hey, glad u r back ;)

Anonymous said...

aku dh maleh le nak menulis lg ;p
aku update pics kat fotopages je, tu pun kalu ada gambaq la, kalu takde, sepi je la hehe..

Ummi M.I.M.S said...

caiit..
da malas tu.. malas lerr..
byk pulak alasannyer... huhu..
lelaki oh lelaki...

sHiBi said...

bro..tungging langgang ke tunggang langgang?ayat slh eh..hikhik

Mak Su said...

ooo... ooohhhh... dah beli penyapu?

cikdinz said...

ko kena beli garam tak mcm aku ni hah....ke penyapu jer...hehee..

meen said...

may..dah kemas rumah belum? meen nak datang spotcheck ni

tun teja said...

tun mls nk kutuk org..sbb tun agak kemalasan gak.

selamat bemalas malasan diri.

p/s: tun tdo cuci kaki kay.

13may said...

azer: huii...siap ada keja yg dilarang lagi..kah kah kah :D

akira: akiraaa!!!!!! ;)

syamsul: errr...hadiah 2 batang ok! :D

husniHaniko: sibuk laa...tak sempat :P

EJ: hehhe...penyapu ghaib ntah kemana :D

umi ameer: oh! ingatkan pandai apa tadi...hehhe hehhe hehhe

rena: hehhe...nama pun lelaki :D

jaja: emel aku fotopages hang...bleh gak aku pu ushar ushar..

ummi tomey: hehhe...nak buat camna...huhhu

shibi: hahha hahha...salah ker??? failed B.Melayu sungguh! :D

maksu: errr...weekend ni laa...la ni sibuk :D

cikDinz: hehhe hehhe hehhe

meen: errr...next week la buat spotcheck...penyapu dah kena curik :D

tunTeja: hehhe...senang senang, mimpikan 13may yea...hahha hahha hahha :P

aria ayumi said...

maymay... sile update ye... *hahaha tetibe rasa geli pankreas* :p

shahril aley said...
This comment has been removed by the author.
shahril aley said...

ermmmm.... sesungguhnye hujah ko itu amat benar skali. oleh itu haruslah aku menunda mengemas rumah ke minggu hadapan memandangkan minggu ini sibuk dengan pilihanraya.

Anonymous said...

oit.. aku bekerjaya jgk.. malam pon riadah.. ujung minggu berpeleseran, tp ok je management aku.. hang je yg tak reti manage time.. err.. maksud aku, para lelaki..

sekian..

shafarina said...

alangkah bagusnya kalau sifat lelaki yang suka hantar baju ke dobi itu dikekalkan sampai lepas berkahwin...

shafarina said...

alangkah bagusnya kalau sifat lelaki yang suka hantar baju ke dobi itu dikekalkan sampai lepas berkahwin...

Keira said...

Asslammualaikum.
Tumpang layan sama ye.
Ada logik juga hujah yg diberikan tu :)

Noushy Syah said...

hehhehe.........I think should maintain your washing to laundry even after married..your wife must be so lucky and appreciate you more, tehehhehe...keep it up May!

pandagumuk. said...

amboiiii
byknye alasannnn

Anonymous said...

en hubbyku rajin jer..selalu jer tlg aku..huhuhu..
adakah dia separa wanita??

Anonymous said...

ishkkk2...aduhaii la lelaki...

Anonymous said...

jgn penyapu pun luput tarikh x pakai2 sudah.. ekeke..

KakNi said...

Buat apa pun mesti ada alasannya kan...

Unknown said...

x beralasan...sememangnya pemalas!!

bro.. beli vacum cleaner la...penyapu tradisional sgt la hehe

p.e.e.p.a said...

wawaah, ALASAN!

KIV said...

lelaki sejati memang pandai mencipta alasan...Encik May lah lelaki sejati itu.

Salam terjah...hehhehehe

zh-ena said...

ala semua tu alasan ajer..dah malas mmg malas la..nasib baik la hubby ena tak termsk dlm kategori may nie..:p

Olie said...

may,betui la tungging langgang..sbb mulut may ckp mcm tuh..si shibi tuh bukan org utara..itu pasai dia suka gelakkan bhs org! pasai cek pun selalu kene gelak dgn dia..ces!
peace cik peach..luv yuuuu!

Olie said...

may,betui la tungging langgang..sbb mulut may ckp mcm tuh..si shibi tuh bukan org utara..itu pasai dia suka gelakkan bhs org! pasai cek pun selalu kene gelak dgn dia..ces!
peace cik peach..luv yuuuu!

Butaseni@Wan Raja said...

a'ah akak benci nyaahhh hahahahaha

tun teja said...

apsal dikau kelihatan sungguh gelemer? ramai nye peng-komen setia. pakai dukun degawan ke

Titicaca said...

adah beli penyapu tu menyapu la ye.....kang dah habih tarikh luput lak..hahaha..

ween said...

Oh, lelaki macam ni, sabo jelahhh!!!

iEn said...

xwat analisis pilihanraya kaa.. citer ar ckit wekekeke

Maryam said...

bapak saya sibuk mengalahkan YB tapi tak macam maymay pun!

encik pemalas~

Bunga Rampai said...

Beli penyapu sakti, yang boleh terbang tu - lelaki malas pun boleh jadi rajin :-))

Salam 13may.

oh my oh my said...

HAHAHA betul betul betul

TedungS said...

memang susah jadi laki2 ni ha...

hUmmY said...

hahahaha!

pmalas sebnanye!

dan2 alasan keje n byk spent time kat lua!

:))

Anonymous said...

kusut masai memang laa pemalas jadinya...

admin said...

alasan2 yang bleh pakai nak goreng kalau kena komen bilik sepah pasni.ahahahaha

tapi sbenar nye...seni abstrak sume tu. laki je faham..ahakz

Amin Ahmad said...

Setuju! Kemalasan bukan kerana malas, tapi kerana kerajinan utk perkara lain!

13may said...

ariaAyumi: hehhe hehhe... :P

commentDeleted: ???

aley: errr...jgn lupa beli penyapu ok! hehhe

ciPuding: err...errr...awat la hang tamau percaya nih...hehhe

wan: errr...errr...tatau nak jawab :D

wan lagi: rujuk jawapan kat ats :D

eida: salam kembali...tima kasih atas sokongan anda :)

NSyah: kira takyah beli mesin basuh ler camtu kan...hehhe

pandagumuk: skrg dah tau kan...hehhe

purplediamente: errr..errr...nak jawapan ker??? emel saya...hahha hahha :D

iman: nak buat camna kan...hehhe

sood: hehhe hehhe....aku byk kali penyapu 'ghaib' dalam umah :D

ahni: dasar lelaki! :D

haloG: vacuum???...alehaii...penyapu bleh cincai cincai sikit...hehhe

peepa: laaa...tak caya ker??? huhhu

kiv: hehhe hehhe....salam kembali :)

zh-ena: hehhe...saya 'sibuk'...hahha hahha

diamante: hahha hahha ...

diamente: hahha hahha lagi :D

butaseni: takpa dude...aku paham :D

tunTeja: errr...bila nak kasi number phone??? huhhu

titicaca: errr...penyapu brand apa yg baguih??? hehhe

ween: hehhe hehhe :)

iEn: hehhe...tak sempat laa...huhhu

maryam: bukan malas...cuma tak sempat...huhhu

BRampai: kalau boleh terbang...lagi la tak sempat nak menyapu...huhhu huhhu

oh my oh my: *calit sekali*

tedungs: tapi depa semua tak percaya...tu yg haru tuh...hehhe

hummy: :P :P :P

abdfatah: agak2...time bila jadik kusut masai tuh...hahha

langkahBaru: hehhe...utamakan kebersihan ok! hahha hahha

pewarisReformasi: tepat! :)

Anonymous said...

Woit sape yang cakap laki hampeh tu? Aku jotos baru tau! :P

Aku rasa laki ke pompuan sama jer... Yang menentukan adalah tahap kerajinan sesorang. Samada dah sampai tahap super saiya atau belom :D

inna hayati said...

amek je bibik en.may...ape susah... :)

Danisha said...

maleh den nak cakap banyak..
semua tu hanya alasan...alasan...alasan...alasan.

boring....

Anonymous said...

Tak payah beli penyapu, dude. Sekarang penyapu dapat free apa. Ha ha ha ha! Tak pun, meh gwa jadi bini lu. Hehehhehehheeee! ;-)

13may said...

emet: hehhe...jotos tu hape???

inna hayati: kalau ada bibik...rasanya lagi bersepah umah...hahha hahha

danisha: jom tengok bola kat stadium wei...

phuYing: bini???!!! *pengsan*

sapa ntah: ???

pHat sUe said...

jgn beli penyapu yg muwah2 plsss...nanti tanggai abeh bulu...wat tambah sampah :P

Yana Ismail said...

Haha.ada je lelaki yang rajin mengemas:)Terpulang pada individu kot.uhuhu

13may said...

phatSue: keh keh keh

princessLiyana: oh! lelaki camtu mcm tak normal ajer...hahha hahha :P

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may