Monday, January 07, 2008

128: Sakit telinga...

Salah satu tabiat pompuan, mereka amat tak suka menunggu dalam tempoh masa yang lama. Mereka tak suka jika pasangan mereka datang lambat menjemput mereka. Dan apabila pasangan mereka sampai, maka mereka akan melepaskan rasa tak puas hati mereka dengan memarahi teman lelaki mereka. Segala alasan takkan diterima. Tetapi jika pompuan yang membuatkan lelaki itu terpaksa menunggu, mereka akan memarahi teman lelaki mereka juga kerana menganggap lelaki tu tak reti reti nak sabar. Dan akhirnya lelaki akan bengang!

Pompuan jugak tak suka di ganggu oleh lelaki ketika mereka sedang tidur. Mereka berupaya mengeluarkan kata kata yang kurang menyenangkan hati ketika berada dalam keadaan separa sedar. Bagi mereka, tidur merupakan terapi yang hebat dan mampu menyegarkan minda dan fizikal. Tetapi jika pompuan mengganggu lelaki sedang tidur, mereka tetap akan mengeluarkan kata kata yang kurang sedap kerana bagi mereka, lelaki yang kuat tido adalah lelaki pemalas. Dan akhirnya lelaki akan bengang!

Pompuan tak suka bersiap menghiaskan diri mereka dalam keadaan tergesa gesa. Ini akan membuatkan solekan mereka menjadi ntah hapa hapa nanti. Bila solekan tak elok, mereka akan memarahi lelaki sebagai tempat untuk melepaskan geram. Tetapi jika solekan mereka menjadi ntah hapa hapa walaupun dalam keadaan yang tenang, mereka berkemungkinan akan memarahi lelaki kerana saja saja nak lepas geram jugak. Dan akhirnya lelaki akan bengang!

Pompuan jugak amat pantang jika lelaki sering berasa ragu ragu dengan diri mereka. Pompuan akan menegaskan bahawa lelaki itu yang sebenarnya berotak negatif dan suka berfikir bukan bukan. Mereka akan mengamuk abis abisan kerana tak puas hati dengan tuduhan lelaki. Tetapi jika pompuan mensyaki lelaki itu bukan bukan, mereka juga akan mengamuk abis abisan kerana hendak memuaskan hati mereka sendiri. Dan akhirnya lelaki akan bengang!

Dan akhir sekali, pompuan amat gemar menghabiskan masa dan wang ringgit untuk membeli barangan yang remeh temeh walaupun kadar kegunaan adalah amat minimum sekali. Ini kadang kadang akan menimbulkan rasa tak puas hati di hati pasangan lelaki mereka. Jika di tanya, pompuan akan menjawab…suka hati mereka laa…Tetapi jika lelaki berperangai sebegitu, memperabihkan duit tak tentu hala...maka pompuan akan rasa tak puas hati dan jika di tanya mengapa tak puas hati.. pompuan akan menjawab…suka hati mereka laa…Dan akhirnya lelaki akan bengang!

Kesimpulan:
Bengang adalah penyakit yang berkaitan dengan pendengaran. Jika di biar lama lama, ia mungkin akan melarat dan mengakibatkan masalah pendengaran contohnya pekak. Dan di sini terjawab satu persoalan mengapa lelaki lebih pekak berbanding pompuan :D

116 comments:

.::WaNiE::. said...

Hishhh..saya amat bengang dengan ini entry..apsal ppn mcm nih..saya pun mcm nih ..kecuali bab solek2 tu saya tak bersolek ..hehehehe

p/s : kakak saya da slamat da:p

Intan and The Boys said...

hehehe..
ha'ah la may..pompuan memang camtu kot.
alang saya pon dah makin p*kak. mungkin sebab bengang. huhuhu...

Unknown said...

tak bek bengang2 dgn pompuan.. mereka ni berjiwa halus..may ape taw..ekekeke..

Masy said...

aku amat bersimpati terhadap ko laa abg may2.. hahahahaha ape laa nasib ko ye :D

K i a H R o N g G e n G said...

gua pong bengang gak wakahkahkah...

Bunga Rampai said...

Uiikk, apa daa...Kalau lelaki buat gara-gara yang sama, pompuan pun bengang tau!

Selamat Tahun Baru 2008, semoga tahun ini lebih indah dan 13may maintain hensem :-)

Salam.

13may said...

wanie: hehhe...jgn dok bengang2...nanti muka cepat kedut :P

puterikurekure: hehhe...takpa..janji dia suka:D

jm: hehhe...oh! jiwa halus yea... hehhe

masy: hehhe...nasib badan la kan :D

kiah: baik kamu pegi jumpa doktor telingan cepat cepat :D

BRampai: hehhe...maintain maintain...salam kembali ;)

pengkao said...

wohh..
dahsyatnya pompuan..
hanya lelaki yang bangang je yang akan terus membiarkan dia diperbengang-bengangkan sehari-hari..

DiaHarris said...

pandai2 jer nk cari salah pompuan.. i lagi tgh bengang ni tau!!

Unknown said...

muahahaha... makcik macam tu ka?

zwitterion said...

sy suka part kesimpulan..haha

achik said...

errr ko pun ada masalah kepekakan ke??? hahahha ;p

Qaseh Bidadari said...

mcm tu ke perempuan sebenarnya?

Anonymous said...

nk ilang pekak senang jek. kita tggu 12hb ni =P
go perak goooo

Ayaq said...

Bangkang point last skali. Hoyeh!

blackpurple @ jowopinter said...

Yang para 1, 2 dan 4 tu, jangankan perempuan, aku lelaki nipun tak suka bro' :D

muadzlife said...

hmm.. ada jugak lelaki yg x mudah bengang??!!!
ada ker?

Mak Su said...

bengang jadik pekak tak per, badak tu kalau ditunjuk kat zoo pun laku lagi tau... jangan bengang jadik bangang, susah kaum lelaki nanti... ahaks

13may said...

abgLaloxx: hehhe...nak wat camna...

naughtyBabe: sabaq sabaq :D

makcikKipas: errr...rasa rasa camna??? hahha

zwitt: kesian lelaki kan??? hehhe

achik: apaaa??!!! aku tak dengaq laa...cuba ulang sekali lagii!!! hahha :P

mamaRanggie: hehhe...takde...merapu ajer tu :D

jaja: buleh hilang suara tuh...eh! main kat darulaman ker???

ayaqmasak: apa hujah anda??

BP: hehhe hehhe

muadzlife: hehhe..ada kot sikit sikit :D

13may said...

maksu: oh! kalau dah terlalu kronik..mungkin buleh sampai tahap gitu :D

Anonymous said...

Salam to 13 may.. Hahahaha... Sy x pk pun saya cmtuh.. So, wat pe sy nak terasa..hehehehehe.... Ahaa..laki lebih pekak berbanding pompuan coz, laki kurang rajin mengorek t&*! telinga mereka...heheheh

Chik chuMeLL said...

ala bro may...lelaki pn sama je..hehe..

Unknown said...

HAHAha.... hang dah terkena ka?? xpa la doktor ramai y perempuan y muda2 skang ni....pekak la slalu hehe

arsaili said...

betul ke may...ahaks..rasanya ramai yg pekak sebab makan ubat darah tinggi...

Unknown said...

lelaki tak boleh bengang2..

lelaki kena sentiasa kewl..

baru nampak macho

kalo tidak..

kamu2 lelaki akan jadik hancor!

nGee :D

pearl'E.J said...

erkkk... pompuan mcm tu ka?? :p
tapi kesimpulan tu mmg sempoi arr.. :D

Ann said...

salam encik may;
lelaki semakin pekak??
not all apply kt smua org..ada kaitan ke mslh kepekak kan lelaki dgn pompuan??konpius

KakNi said...

Oo.... sebab tu la orang lelaki pekak belaka ya... baru la saya tau...

Titicaca said...

biasalah lelaki...selalu salahkan pompuan bila depa pekak...wakakakka..

Anonymous said...

saya tiada dlm perenggan satu dan perenggan dua ok.. haha

Anonymous said...

Assalammualaikum .. cantek blog .. saya user baru dalam pembikinan blog . diharap sila beri tunjuk ajar ..
sekian mekasih .. www.kembara.org

Sarah Mohd Shukor said...

Salam May!
yeay. sy tak mcm 1 pun yg tersenarai. jd harapnya suami sy nnti tak pekak *wink*

Anonymous said...

Lerrr... ish!
Pandai sungguh hang, no... Memang betoi pun. Jadi, soalannya, apa hang nak buat sekarang, May?

Anonymous said...

ipoh laa ;)
perak 4
kedah 2

13may said...

shakirah: salam kembali...errr...buleh tolong korek telinga saya...hahha :D

insanBiasa: tapi pompuan tak pekak pun...huhhu

HaloG: hehhe...tu yang syok tuh :D

arsaili: hehhe...bila bengang, tekanan darah jadik tinggi :D

Lindosh: hehhe...ni tengah cool la nih :D

pearlej: hehhe...hehhe

cikNoha: hehhe...kan dah explain kat ruangan kesimpulan tuh :D

ahni: hehhe tahu...takpe :P

titicaca: aik?? aik??? tak puas hati nampak :P

Qasiehfirdaus: waaa...suka hati nampak :P

kembara: waalaikumussalam...tima kasih kerana singgah :)

sarah: salam kembali...err..sebenarnya ada lagi faktor yang membuatkan lelaki pekak :D

od: nak buat apa lagi opah...buat pekak ajer la :D

jaja: hamboiii!!! takpa...aku layan kat TV ajer la...ada live

chiku the chucuru said...

sukati ko lah may...
pape pn, laki pn tokleh idup kot kalo takde pempuan dlm life. begitulah sebaliknya. aiceh. pesanan khidmat masyarakat

Super Nia Hana said...

ahahaha...adoila may..!!
watashi gelak je baca nih..
terpaksa mengaku betol..
tp bab solek tidak ye..org len watashi tak

Channel 11.5 said...

bengang adalah masalah pendengaran? hmm... my right ear mmg pekak sket, sbb ofc next to bus stop metro bus yang amat bising dgn bunyi engin & hon bus.

Tapi kita tak bengang pun? Maybe telinga ni dah adapt kut.

Anonymous said...

Ha ha ha! Perempuan heh!

kuehbangkit said...

hampeh...betul sungguh!

skidg8 said...

tu yg suka buat bodo je yer...

kewl la konon. hehe

bintang hati said...

SAYA rasa perempuan lebih sabar menunggu berbanding lelaki... ;-p

TedungS said...

patut la aku menjadi semakin tk berapa dengar je la ni

haha

kawaii_desu said...

1. pompuan manalah yg tak bising bila kata nak datang lepaih maghrib tapi last2 keai dah nak tutup baru nak mai? masa itu emas tau!

2.waktu tidor itu sgt precious tau. kalau tak cukup tidor nanti tak blh keja/belajaq dgn betoi. bukan semua pompuan ade keupayaan nak stayup ok. lelaki lainlah... buat2 x paham plaks..

3.lelaki oh lelaki,,,, bila pompuan buat simple2... aka solekan ringkas / tak bersolek kang bila ade awek cun lalu dah tak nampak kita kat sebelah... tu la mengundang kemarahan ok.. untuk lelaki gajks...

4.bila dah pompuan tu bagi sepenuh jiwa dan raga, dah tak layan org lain semua tapi masih dicurigai tu yg nak marah... lelaki lainlah... mata basketball, haram nak pecaya...

5.bab duit, amat jarang pompuan memperabihkan duit sesuka hati camtu. lelaki pon suka perabih duit kat moto la kat keta la... kenapa nak ngorat aweks lain ke???

ha?ha?ha?
huhuhuhuhu

Babe said...

bengang ke bangang?'P

Noushy Syah said...

hehhehe..awesome thoughts!

LediAgli said...

ishk ishk.. pompuan pulak bila bengangnya?

Anonymous said...

lelaki mmg pekak kut cz dorgkan sll bengang jek.. tgk cm kitrg kaum hawa,ok jek! =p

Mummy Rizq said...

salah lelaki lah sebab asyik nak bengang jer kat pompuan.. saper suruh kan!

Makcik Runner said...

mekaseh ler kerana terbitkan entry spesel nih. baru ler che tahu naper lelaki selalu mengalami masalah pendengaran - rupa2nyer kerana bengang ngan kaum pompuan...wakakaka!

terrornya org pompuan ni yek!

13may said...

fiezaFadilla: hehhe...bila nak balik kampung??? nak bawa hang gi makan kue teow kerang nih...

hana: oh! tak reti bersolek ker??? hahha :P

channel 11.5: kamu pasti ker??? hehhe :P

azzamSupardi: hehhe hehhe

kuehbangkit: hehhe...err..kamu pekak jugak ker??? hahha

skidg8: hehhe...nak wat camna...huhhu

bintangHati: nasib baik kamu tak pekak...oppss!!! bengang :D

tedungS: hehhe...bengang kat sapa nih???

kawaiiDesu: hehhe...hehhe..terpaksa buat pekak ajer la :P

babe: bila bengang tak mustahil akan jadi bangang ...hahah :D

Nsyah: ada bengang kat sapa sapa ker??? hehhe

lediagli: ntah...hahha :P

pu3nemo: anda memang bijak ;)

mummyRizq: abis tuh??? nak buat camna lagi...hehhe

kc: hehhe hehhe... :D

Anonymous said...

tipuuuu... aku ok ja org kacau time tidoq..
tp bf aku akan jadi singa kalau kena kacau time tidoq..

Anonymous said...

btol2 aku setuju,aku setuju.

zh-ena said...

begitu ker..baru tau lelaki nie pekak2 belaka hahahaha

Super Nia Hana said...

wahhhhhh!!!!!!!!!!!
watashi sokong kawaii!!!
yay!!!!

hUmmY said...

aku tapakai mekap oke!

khokhokhokh!

inna hayati said...

en.may kene la korek telinga hari2 untuk meng'clear'kan pendengaran n mengelakkan ke'bengang'an....

kat giant, satu pack RM0.99 je...(",)

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Maal Hijrah, May.
so apa faktor lain yg boleh buat laki pekak? selain drpd yg di atas dan selain drpd penyakit2 yg mcm2 tu? :p

Miss Reen said...

memacam penyakit la lelaki nie dapat kan...
tak lama tuh...mesti teros kena strok..sbb byk sgt penyakit...
pekak takper..senang gak...bole cakap pekik2...
may..ko pekak tak?
kalo ko pekak...meh aku test nak pekik kat lobang tinger anda itu

13may said...

eSampah: yg hang dok pi kacau dia pasaipa...kan kena marah :P

donnieHanafiah: hehhe hehhe

zh-ena: tau takpe...hehhe :P

hana: hehhe...ni yang nak bengang nih! hahha :P

hummy: oh! patut la aku tak penah bengang...hahha :D

innaHayati: hehhe...apa kata hadiah la kat saya...huhhu

sarah: salam kembali...nanti aku di kaji..sekrg busy..tak sempat nak buat observation :)

heartlessDevilish: errr...ni mesti suka pekik2 kat student ko nih...hahha :P

arsaili said...

salam maal hijrah semoga berhijrah kpd yg lebih baik dr semalam

pandagumuk. said...

lalala~kesimpulannya,laki la kan yang pekak?

aria ayumi said...

huhu. yang kedua mmg setuju sgt... :p

tintaHati said...

ada2 sajalah....ada org bengang x dgn hang buat entry cam gini? ;P

weh, salam maal hijrah!

chasingbus said...

Hi there,

My name is Kevin. I hope you will take some time to read my recommendation.

I want you to go to this site www.secretsaya.com – it's a new web application that is made in Malaysia which allow users to reveal their secrets in a form of an artwork (inclusive of photography, image editing, illustrations and others), voice recitation (inclusive of any interpretation of using voice) and writing (in the forms of random thoughts, poem, haiku fiction or anything else). Users are advised to use a 'secret' username if they don't want to be known in the community - and users are free to reveal as many secrets as they want each day. Each secret they revealed are then shared with the community in which they would be rated and commented. (taken from their site)

Their current market they're targeting now in which I found out when emailing the SecretSaya's team is MySpace users, those who are into Art movements like Bangkit and Rantai. While they might seem like a good target niche, but seriously they are not! Simply because they're the MySpace niche. They aren't web niche like us, bloggers, flickers and such. SecretSaya needs to divert their target audience – it needs broad and wider coverage – and I felt like helping them out since I believe this site can be really useful in the future, we can finally have our very own Malaysian made YouTube, DeviantArt.. to name a few.

So I hope, and I hope you guys out there can help out – help SecretSaya expand, help them be exposed to the right niche. Blog about them. Tag them. Spread the news to your friends. Lets help a Malaysian made web app!

sincerely yours,
Kevin

Diana Ishak said...

ko bengang ngan awek ko sebenarnya kan? tapi ko tak gerani nak marah dia, ko lepaskan bengang ko kat sini.

tul tak???

sila kata betul. kalau tak aku memang bengang!!

Diana Ishak said...

ko bengang ngan awek ko sebenarnya kan? tapi ko tak gerani nak marah dia, ko lepaskan bengang ko kat sini.

tul tak???

sila kata betul. kalau tak aku memang bengang!!

13may said...

arsaili: selamat untuk anda jugak :)

pandagumuk: hehhe...bengang la :D

ariaayumi: hehhe...bahaya nih :P

tintaHati: takpe..kalo bengang pun, depa buat pekak saja...salam kembali buat hang :)

chasingbus: oh! ok...thanks for visiting :)

greenApple: tak betul!

greenApple lagi: aku sakit telinga ajer :P

~comei~ said...

hmm... kurang setuju dgn entry ni... sbb comei tak mcm ni.. huu...

Ayaq said...

Aku tak beli pon barang2 yang remeh temeh!! BLURPHHHHHHHHH

Anonymous said...

tipu je la ni..xsemua pompuan gini..aku lelaki
aku xrasa semua mcm ni..

Unknown said...

slm

dlm bengang2 tu meh layan tag dulu hehhe

http://www.auroramist.com/?p=971

me3n said...

haku pong sakit telinga dibuatnye haha.

LadyTiz said...

wahhaahaa..
maka jangan usik pempuan! pempuan je leh usik laki2. apelah laki tnpa kami...
hakhakhak!!!!

Azer Mantessa said...

ni yang problem nih ... anak2 lelaki haku la nih buat hal plak ... sikat rambut punyalah berulang2 ... ngalahkan mak ngan kakak2 depa bersolek.

haru sungguh.

zizie ali said...

ramai lelaki pekak kerana pompuan suka memekak. heh heh

Anonymous said...

Hye may :)

aNIe said...

May ni kalau bab menganalisis sikap pompuan..memang terer...hehehe...kesimpulannya...lelaki2 ajelah yang selalu bengang dan pekak eh...?

Hehehe...

kawaii_desu said...

amboi nak merepot pada ayaq la

Ayaq said...

Mai mai kaunter repotan dibuka sekarang oleh saye. :P

LaDySLeepLeSS said...

Salam Maal Hijrah juga untuk anda incik 13May... bengang ngan perempuan eh.... :)

Anonymous said...

setakat nie deria pendengaran aku masih ok lagi.

Maryam said...

adakah sudah disahkan oleh pakar ENT?

ish.. ish.. ish... kamu perlu implan koklea baru ke? awal-awal tahun ni mungkin masih sempat meminta derma..

tapi, kan, pekak ape nih? pekak badak kah? buang masa je.. :D

Butaseni@Wan Raja said...

hehehe meraka tidak suka untuk bersiap dalam tergesa-gesa,sebab tu mereka juga selalu lambat,lagi teruk.hihi

just me said...

kalau dh tau pmpuan centu...haa..jgn la dok buat perangai..mana dia tak suka..tak yah buat...dok pi kejut org tidoq pasaipa...saja la tuh...ekekeke

Sastri said...

ye ker macam tu? hmmm...

husni said...

aku bengang baca entry hang.
hahahha...

13may said...

comei: oh! bagus la kalau tak camni :)

ayaqmasak: jom! kita keluaq...aku beli kat hang ;)

sasaki: hehhe...oh! kamu lelaki yg bertuah dan baik..hehhe :)

Lina: alamakkk!!! :P

ad3ck: emel aku...aku bleh kasi ubat yg power punya :D

tyrexia: ishhh...susah la kalau tak usik pompuan...hahha :D

Azer: errr...errr..ni yang bapak dia nak bengang nih...hahha :D

zizieAli: hahha hahha hahha :D

matamerah: helo...thanks for visiting :)

kakLady: errr...sakit telinga ajer...hehhe

kawaiiDesu: :P

ayaqMasak: errr...errr.. :P

ladySleepless: mana ada benngang...cuma telinga ni asyik sakit ajer 2-3 menjak nih :P

PenyuBiru: wah! baguslah begitu...keep it up! :D

maryam abu ahmad: errr...koklea tu hapa??? maaf...saya failed Sains masa sekolah dulu :D

butaseni: hehhe...bijak bijak :D

scarlettJulia: hehhe...kejut org tidoq tu..salah satu hobi lelaki :D

sastri: ntah...hahha hahha

husniHaniko: kalo pekak karang...jgn salahkan aku yea :P

Selenge Tol! said...

bengang lama2 leh jadi pekak.. aduss.. sian nie

Anonymous said...

Bila Phuying baca.

Para 1: Bengang

Para 2: Makin bengang

Para 3: Bengang lagi

Para 4: Bengang dan bengang lagi

Para 5: Makin bengang dan bengang lagi

Kesimpulan: Sampai hati ngumpat PHUYING!!

Anonymous said...

Nota tumit:

Sila rujuk maksud 'phuying'. ;-)

nur'ain said...

huishh...nape teruk bebenar pompuan dlm entry nih?? may ngah tunjuk perasaan ek?

hajarss said...

hahaha,..

may, kenapa ko sgt memahami ppm? adakah ko juga sebahagian dr kami?hahaha

Tok Rimau said...

Telinga engkau kurang exercise. Tak ada stamina.

flush said...

apsal blog skg dah ada org2 mcm kevin tu.. aku takut lama2 nanti blog akan jd mcm myspace..

sian ko kan.. terpaksa mengadap pmpuan mcm tu, baik ko pegi cek telinga skg..

SamWise said...

hehe...tu la kalo pompuan kite manje2 kan sangat..tegas la sikit >.<

mcm kena queen control je may heheh

CPI said...

laki mmg ske buat2 pekak....penat jek kte ckp...die buat derkkk jek

CPI said...

laki mmg ske buat2 pekak....penat jek kte ckp...die buat derkkk jek

CPI said...
This comment has been removed by the author.
cikdinz said...

bengang sampei berak pun tak jadik nak kuar...kuihh..kuihhh...kuihh...

RATNA RAHIM said...

*buat buat pekak jap

Nur Hafiza Hasan said...

kahkahkahkahkah...
pekak ke?
miss_tree baru lepas melepas geram kat anak murid yg ditangkap meniru masa exam..
agaknya dah nak pekak telinga anak itu.

nanies said...

hello...terlambat dah nie...tapi nak ucap salam maal hijrah kat anda...jgn bengang ek...

Mardihah said...

terlambat saya nak ucapkan salam maal hijrah untuk 13 May..saya sibuk kebelakangan ini..terima kasih, sudi luangkan masa menjenguk blog saya yang sederhana.....

D said...

Entry - kurang tepat... tapi kesimpulannya sangat interesting!!! Semoga idea 13May takkan kering di tahun-tahun akan datang...

RaFFLeSiA MeRaH said...

kalau rasa x ok jugak, pi jumpa ngan doktor telinga...huhuhu...

Unknown said...

tahniah =P

sHiBi said...

ahaaahahha...u make my day laaa..bro~

p.e.e.p.a said...

tido+shopping = terapi yg sgt hebat!

13may said...

selenge tol: hehhe...tak caya ker???

phuying: hehhe...jgn la majuk ;)

pHuYing lagi: apa maksud dia ha???

nurAin: tengah protes! hahha

hajarss: hehhe...dulu dulu penah nak jadik gak...wahahahaha :P

tokRimau: tu la...nak kena menuntut lagi nih :D

flush: ntah...camna bleh sesat pun tatau kevin tuh...

mrSadman: uiii!!! lama menghilang....selamat kembali :)

imanQaisara: hehhe hehhe...

imanQaisara lagi: hehhe hehhe lagi...hehhe hehhe

commentDeleted: aikk??? bengang ker??? hahha

cikDinz: wahahahaha...tu dah tahap kronik dah tuh :D

cikBawang: bengang ngan sapa nih??? hahha :D

missTree: huiii...garang nampak :P

nanies: hehhe...tima kasih :)

qudwahMardihah: tadak masalah :)

d: hehhe...tima kasih :)

RMerah: doktor laki ker pompuan??? hahha hahha

jaja: hehhe hehhe....pecat Steve! hahha :D

shibi: line clear! and welcome to layankepala :)

peepa: memang tak dinafikan laa...hahha :D

shahril aley said...

1) lelaki malas mandi bila balik kerja lewat penat nak mampus terus tido

2) pompuan yg nak bagi penampar tu jealous tak de laki nak kacau die

3) ala pompuan tu bias & tak cermin muke sendiri dulu kot

4) lelaki jalan mendada nak menunjukkan betapa mereka memiliki badan yang tegap

5) sekarang lelaki pun tak berasa selamat maka haruslah berpimpin tangan semoga selamat bersama

kesimpulan: dasar lelaki sejati yang memiliki sifat terpuji

Ummi M.I.M.S said...

sungguh bengang lelaki itu kan.. tukau jer la awek lain.. hehehhehe

13may said...

aley: bijak bijak :D

ummi: hehhe hehhe hehhe

Lily Abdullah said...

Cheh. Tak update juga. Ingat kantulih sebelah sana,sebelah sini dia update juga...berabuk dah en Maymay oiii!!!

13may said...

KakLily: hehhe...penyapu takde nak sapu habuk tuh...hehhe

pHat sUe said...

hehehehe...

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may