Wednesday, October 24, 2007

117: Terima kasih :)


Tuesday, October 09, 2007

116: Rehat sebentar...

Sayup suara takbir
Semusim telah berlalu
Termenung dan tersenyum
Menjelma secebis memori
Suka dan duka
Riang dan gembira
Mengalir airmata
Pedih pilu menusuk hati

Buat teman semua
Ku sembahkan nukilan ini
Tanda pengganti diri
Ampun maaf di pinta
Moga riang bergembira
Damai suasana penuh bahagia
Pada hari indah berseri

Selamat Hari Raya AidilFitri

Saturday, October 06, 2007

115: Bagus bagus...

1) Pompuan kadang kadang suka marah jika teman lelakinya asyik sibuk dengan kerja. Ini adalah kerana pompuan itu berpendapat lelaki itu pentingkan kerjaya berbanding diri mereka. Padahal pompuan harus sedar...tabiat lelaki yang pentingkan kerja sebenarnya menguntungkan pompuan. Ini kerana jika lelaki kerja kuat, secara tak langsung pendapatan mereka akan berlipat ganda. Oleh kerana pompuan itu merupakan teman istimewa kepada lelaki tersebut, maka mereka boleh meminta lelaki itu membelikan atau menghadiahkan apa saja yang mereka hendak. Kan bagus tuh...

2) Pompuan kadang kadang suka marah jika teman lelakinya asyik keluar minum minum bersama kawan kawan kat kedai nasi kandar, mapley tepi jalan, gerai char kue teow dan lain lain. Ini adalah kerana pompuan berpendapat jika kaum lelaki ni berkumpul, ada saja niat songsang mereka. Padahal pompuan harus sedar...tabiat lelaki yang suka minum kat luar sebenarnya menguntungkan pompuan. Ini kerana pompuan tak payah bersusah payah membuat minuman apabila berkahwin kelak. Ini secara tak langsung menjimatkan penggunaan tenaga air serta elektrik. Di samping itu, pompuan jugak tak payah susah susah basuh cawan atau gelas 3-4 kali sehari. Kan bagus tuh....

3) Pompuan kadang kadang tak suka jika teman lelakinya kuat tido. Ini kerana bagi mereka jika lelaki kuat tido adalah satu tabiat yang tak bagus serta merugikan masa. Tetapi tabiat kuat tido lelaki sebenarnya amat menguntungkan pompuan terutamanya jika pompuan itu terpaksa bertugas ke luar kawasan. Mereka tak payah risau tentang kelakuan teman lelaki mereka hendak berpoya poya dengan pompuan lain terutamanya pada hari cuti hujung minggu. Ini kerana sudah pasti teman lelakinya hanya akan tido, tido dan tido. Dan pompuan itu pun dapat bekerja dengan aman dan tenteram. Kan bagus tuh...

4) Pompuan kadang kadang sakit hati dan marah jika teman lelakinya seorang yang agak boros. Bagi mereka, apa salahnya simpan sedikit duit tu untuk kegunaan di waktu sesak. Ni tak, beli belah sampai tak sedar diri. Tetapi pompuan seharusnya rasa bertuah walaupun mempunyai teman lelaki yang boros. Ini kerana, jika lelaki pergi menghabiskan duit...duitnya habis kerana membeli barang untuk wanita itu jugak. Kan bagus tuh...

5) Pompuan kadang kadang naik angin jika teman lelaki asyik menelefon lewat lewat malam. Tak buleh ker tepon awal sikit??? Bagi pompuan, telefon lewat lewat malam ni hanya mengganggu sessi tido mereka. Padahal mereka tak sedar yang mereka amat beruntung, perbuatan teman lelaki yang suka menelefon lewat lewat malam menunjukkan lelaki itu amat mengambil berat tentang keselamatan serta keadaan teman wanitanya. Lelaki tersebut mahu memastikan teman wanitanya telah berada di rumah dengan selamat. Kan bagus tuh....

Kesimpulan:
Pompuan garang! Asyik nak marah marah ajer...hahha :P
----------------------------------------------------------------------------------------
Iklan Berbayar: Seorang sahabat blogger yang menjalankan satu bisnes. Sila klik pada image untuk maklumat lanjut:

Monday, October 01, 2007

114: Kreatif???

Secara am, lelaki mempunyai banyak taktik yang dikatakan agak kreatif. Lelaki sentiasa mempunyai alasan yang agak bodoh tapi masih boleh diterima serta dipercayai oleh kaum pompuan. Berikut merupakan beberapa taktik kreatif lelaki yang digunakan secara berleluasa...dan selalu amat berjaya jika dipraktikkan…

1) Bawa baju spare dalam kereta
Alasan biasa: Secara am, taktik ini digunakan oleh lelaki yang sentiasa bekerja luar kawasan atau terpaksa melakukan banyak aktiviti selepas waktu keja.
Alasan kreatif: Sebenarnya, pakaian tersebut seringkali digunakan untuk keluar berpoya poya dengan pompuan lain selepas waktu keja tanpa pengetahuan teman wanita sendiri. Kreatif sungguh!

2) Beriya iya gelapkan cermin kereta (tinted)
Alasan biasa: Secara am, taktik ini digunakan untuk proses mencantikkan kereta dan juga untuk kesihatan…perlindungan dari cahaya panas.
Alasan kreatif: Sebenarnya, cermin gelap adalah satu aspek keselamatan yang penting jika lelaki membawa pompuan lain. Di mana orang takkan dapat melihat kelibat manusia di dalam dan seterusnya dapat mengelakkan lelaki itu daripada terkantoi. Lagi gelap, lagi bagus. Buat apa kat dalam tu pun tak nampak. Kreatif sungguh!

3) Membawa 2 bijik helmet
Alasan biasa: Secara am, helmet ke-2 selalunya dibawa untuk digunakan jika tetiba ada kawan ingin menumpang motosikal. Ia juga kadang kadang diletakkan di dalam carrier box (kotak yang hitam tuh) sebagai standby jika helmet tetiba kena curik.
Alasan kreatif: Sebenarnya, helmet ke-2 itu selalunya digunakan untuk ditumpangkan atau membawa pompuan lain. Sebab jika yang nak ditumpangkan itu adalah lelaki, maka penunggang selalunya akan suruh penumpang tu carik helmet sendiri. Tadak masa nak bawa helmet untuk penumpang lelaki. Kreatif sungguh!

4) Helmet ke-2 yang bercermin amat gelap (visor gelap)
Alasan biasa: Sama juga untuk tinted kereta, visor gelap adalah untuk keselamatan dari silauan matahari.
Alasan kreatif: Sebenarnya, visor gelap amat berguna jika digunakan untuk membawa pompuan lain pergi merempit. Buleh mengelakkan diri daripada terkantoi. Bila berenti kat traffic light…orang lain payah nak cam pompuan kat belakang tuh. Kreatif sungguh!
5) Suka naik bas
Alasan biasa: Menjimatkan wang serta mengelakkan kesesakkan.
Alasan kreatif: Jika teman lelaki anda tetiba suka naik bas, gerenti ada sesuatu yang tak kena nih. Sebab kebanyakan penumpang bas terdiri daripada kaum pompuan dan kebanyakkan lelaki tak suka naik bas kerana pergerakkan mereka akan menjadi terhad. Payah nak kesana sini lepas waktu keja. So, jika tetiba lelaki suka naik bas…mesti ada sesuatu yang menarik perhatiannya dalam bas tuh. Kreatif sungguh!

Kesimpulan:
Lelaki amat kreatif…ker keji????
----------------------------------------------------------------------------------------
Iklan Berbayar:
Seorang sahabat blogger yang mengusahakan sekolah memandu. Jika sesiapa ingin mendapatkan lesen memandu dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik pada image di bawah:

Mulakan hari anda dengan senyuman :)

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may