Friday, June 29, 2007

Tak banyak cakap...

  • Pompuan memang tak banyak cakap apabila di suruh buat keja yang mereka tak suka, tapi mereka akan bercakap banyak banyak semasa tengah buat keja yang mereka tak suka itu. Hahha…
  • Kebanyakkan pompuan tak banyak cakap apabila tengah kena marah dengan pasangannya, tapi amat bercakap banyak banyak bila tengah marah kat pasangannya. Hahha…
  • Pompuan memang tak banyak cakap bila pasangan mereka asyik sibuk ngan urusan keja, tapi mereka akan bercakap banyak banyak bila pasangannya langsung malas nak keja. Hahha..
  • Pompuan memang tak banyak cakap bila pasangannya mengajak untuk keluar, tapi akan bercakap banyak banyak jika pasangannya asyik asyik ajak keluar. Penat ok! Hahha...
  • Pompuan memang tak banyak cakap bila pasangannya tak mampu memenuhi permintaannya, tapi mereka akan bercakap banyak banyak bila asyik asyik dok kena patuh serta penuhi permintaan pasangannya. Hahha…
  • Pompuan memang tak banyak cakap bila dapat tau pasangannya ada pompuan lain. Kalau buleh, dia nak bunuh ajer terus…buang masa ajer kan dok cakap banyak banyak. Huh!

Kesimpulan:
Ntah….korang buat la conclusion sendiri…hahha

Thursday, June 28, 2007

Hidup ini indah...

Hari minggu yang lalu, aku pergi berjumpa seorang kenalan veteran yang dah bersara. Dia bersuara kepada aku.
”13may, pakcik risau la tengok anak pakcik. Belajar malas, keja takmau…nanti hujung tahun ni dah nak kawin…sementara Pakcik banyak duit, takpa la…nanti kalau Pakcik dah mati…ntah la apa nak jadi dengan depa…..susah hati la…”

Hahha…keluhan seorang veteran yang kaya raya…anak dia, nama Joe kenalan aku. Depa ni memang kaya raya. Joe ni dilahirkan di UK. Membesar dan bersekolah di Malaysia.
Semua kemahuan Joe, bapak dia berikan. Keta sport, nak study sana sini, belajar muzik, belajar berenang…semua dapat. Duit poket tiap tiap minggu dapat…RM100-200 camtu. Makan tanggung, berak tong. Dok saja, hayun…err…err…

Alangkah bertuahnya Joe…

Aku pula:

  • Belajar berenang dalam kubang kerbau..seterusnya dalam parit dan menjadi profesional di sungai.
  • Kecik kecik tolong arwah mak aku buat sawah padi. Dah lali ngan lintah serta selut. Tapi tangkap ikan haruan..best sgt!
  • Kutip botol, kutip tin aluminium, kutip besi buruk pegi jual.
  • Jadi tukang kebun kat kebun tembikai, kebun serai, kebun kacang tanah
  • Keja jual ayam kat pasar malam, jadik caddy, keja kat kelab malam, keja kat videogames centre
  • Keja kedai dobi, cuci pinggan mangkuk kat kedai makan, amik upah cat serta cuci umah…
  • Jadi buruh kasar…buat longkang serta susun atap genting.
  • Pegi sekolah naik basikal curik….hahha
Oh! Aku tersenyum terkenang pengalaman lampau. Hidup ini indah.….

ps: Joe, hutang aku bila mau bayar???


---------------------------------------------------------------------------------

[Versi Terkini]
FA Cup Final - Kedah vs. Perlis....sapa menang???

Jom! Dating kat stadium pulak la...hahha:D

Saturday, June 23, 2007

Jauh di sudut hati...

1) Laki tak suka pasangannya pakai seksi seksi bila keluar dating. Ini kerana, jika seksi maka banyak laki lain akan memandang serta mengorat dan laki tersebut akan jeles. Tapi jauh di sudut hati, dia memang suka pasangannya pakai seksi seksi. Best wooo!!!!

2) Pompuan kadang kadang tak suka dipuji lebih lebih. Ini kerana mungkin akan menimbulkan riak ataupun dia akan malu. Tapi jauh di sudut hati, dia amat suka dan gembira bila dipuji. Rasa saham tinggi ajer. Best wooo!!!

3) Laki tak suka tengok pompuan tergedik gedik dan terhegeh hegeh di khalayak ramai. Rasa macam nak termuntah. Tapi jauh di sudut hati, laki tu akan rasa macam nak ngorat ajer pompuan tu tadi. Habuan time sesak sesak. Best gak wooo!!!!

4) Pompuan tak suka jika ada laki asyik dok kacau. Rasa macam rimas ajer. Tapi jauh di sudut hati, dia rasa seronok sangat kerana sedikit sebanyak ada jugak lelaki yang bagi perhatian kat dia. Best gak wooo!!!!

5) Laki tak suka pasangannya keluar bersosial atau berpeleseran sana sini. Tak manis di pandang orang. Tapi jauh di sudut hati, laki tersebut sebenarnya risau teramat amat risau kiranya terkantoi dengan pasangannya sendiri semasa laki tadi keluar berpoya poya tak ingat dunia. Tak best wooo!!!!

Tuesday, June 19, 2007

Arghhh...!!! Nyampah!

  • Pompuan menyampah jika laki selalu tadak duit….tapi pompuan akan menyumpah kalau laki asyik mintak duit kat pompuan…hahha
  • Pompuan nyampah jika laki asyik dok tepon tak berhenti henti…tapi pompuan akan menyumpah jika laki tu tak tepon tepon..hahha
  • Pompuan nyampah kalau pompuan tu tengah marah, laki tu melawan…tapi pompuan menyumpah jika laki tu kena marah, pastu laki tu merajuk…hahha
  • Pompuan nyampah jika laki tu asyik tak larat bila keluar dating…tapi pompuan menyumpah bila laki tu walaupun tengah larat, sempat lagi jeling kat pompuan lain masa dating..hahha
  • Pompuan nyampah jika laki tu asyik bawa pi makan kat kedai yg sama bila dating…tapi akan menyumpah bila laki tu langsung tak bawa pi makan bila dating..hahha
  • Pompuan nyampah bila laki tu buat buat malu….tapi pompuan tu akan menyumpah nyumpah bila laki tu buat pompuan tu malu…serius!!!
Soalan kuiz:
Menyumpah = berasal dari perkataan sumpah.
Menyampah = Sampah????

Kesimpulan:
Patut la pompuan pandai sapu sampah….bersih ajer rumah. Iya la…asyik menyampah saja.

hahha….

Friday, June 15, 2007

Kita dan masa...

Tunggu masa:
Jika kita menunggu sesuatu, kita akan terasa masa yang diambil untuk menunggu terlalu lama. Contohnya menunggu bas...walaupun cuma 5 minit, kita terasa cukup lama. Kejap kejap kita akan tengok jam.
Begitu juga andainya kita menunggu untuk bertemu dengan orang yang betul betul sesuai untuk dijadikan pasangan...kita akan mengambil masa yang lama. Sebab tu kita tengok ramai manusia masih single dan masih tertunggu tunggu.

Kejar masa:
Secaranya umum, kita mengejar masa apabila kita mempunyai banyak program yang harus dilaksanakan dalam sesuatu tempoh.
Begitu jugak dalam proses mencari pasangan. Kita akan mengejar atau mencari seseorang untuk dijadikan teman kerana untuk memenuhi komitmen serta perancangan hidup kita.Lagi cepat kita mengejar atau mencari, lagi cepat perancangan kita akan tercapai dalam tempoh yang kita sasarkan.

Tak cukup masa:
Kita akan berada dalam keadaan kelam kabut kiranya kita tak cukup masa. Oleh itu, kita akan sentiasa berusaha keras untuk mencapai sasaran yang kita kehendaki dalam sesuatu tempoh.
Andainya kita sentiasa berasa tak cukup dengan pasangan yang kita ada, kita akan kelam kabut mengorat sana sini.Dan hasilnya amat memuaskan. Dalam masa yang singkat, kita akan dapat banyak pasangan.

Tadak masa:
Kita akan berasa tadak masa jika kita masih belum bersedia atau malas melakukan sesuatu aktiviti. Kita berasa selesa dengan keadaan yang sedia ada. Begitu juga andainya kita tadak pasangan, bukan bermakna kita tak pandai mencari. Cuma kita belum bersedia.


Masa - lah:
Masa itu amat penting dan kadang kadang memberi masalah pada kita. Begitu juga dengan pasangan kita...memang banyak masalah yang akan kita hadapi. Tapi harus diingat, hidup kita tentu akan bosan kalau tadak masalah. Macam tadak pasangan jugak la. Bosan woooo!!!!

Kesimpulan:
Masa itu emas. Hargailah masa kerana masa itu amat bernilai!

Tuesday, June 12, 2007

Garam

Garam atau Natrium Klorida ialah sesuatu bahan yang terhasil daripada proses peneutralan.
Kebanyakan garam berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.
Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.
Pada masa dahulu harga garam adalah sangat mahal.Ini adalah kerana terdapat sebuah negara yang membayar gaji tenteranya dengan garam dan dari situlah kata nama 'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud 'garam'
Selain itu, pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada awal 1940-an, garam juga boleh dikategorikan sebagai barang mewah. Ini adalah sesebuah rumah ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi.
Cuba anda bayangkan kiranya dunia sekarang tiada garam. Manusia tidak boleh hidup tanpa garam. Masakan semua tiada mempunyai rasa kecuali rasa tawar dan tawar.

Oh ya! Mengapa aku menulis entri tentang garam ini???

Amat malang sekali jika seorang perempuan yang fizikalnya amat cantik...tidak dapat membezakan antara garam kasar ngan gula...hahahahahahaha!!!!

ps: Darling, marka kepada inspektor polis tu tak kenai garam. Ada ker patut, semalam aku ngan member aku order air nescafe...dia hidang nescafe + krimer (dlm satu bekas) + garam (dalam satu bekas)...hahha...!!! rejekk!!!!

Thursday, June 07, 2007

Cerita yang tak best...

  1. Pasangan anda mengajak anda menemani beliau untuk menghadiri ujian memandu kereta. Apabila lulus, beliau sekalipun tak pernah memandu apabila keluar bersama anda walaupun dalam perjalanan yang jauh serta panjang. Rasa tak best ajer…
  2. Pasangan anda mempunyai pendapatan yang tinggi dari anda. Tetapi apabila keluar, asyik asyik anda ajer yang kena keluarkan duit belanja. Rasa tak best ajer…
  3. Pasangan anda selalu kejutkan anda pagi pagi untuk bangun tido pegi keja 2 jam lebih awal dari masa masuk keja anda yang sebenar. Tetapi anda bangun awal sebab nanti nak kena amik dia dan hantar dia pegi keja walaupun tempat keja anda ngan umah anda cuma mengambil masa 20minit untuk sampai. Rasa macam tak best ajer…
  4. Pasangan anda sentiasa sibuk ngan urusan keja sampai tak sempat menemui anda. Ini kerana dia mempunyai komitmen terhadap hubungan anda berdua. Tetapi rakan kerja pasangan anda merupakan lelaki / pompuan yang mungkin mampu menarik minat pasangan anda. Rasa macam tak best ajer….
  5. Pasangan anda sentiasa puji anda. Tetapi bila berjumpa, dia asyik bercerita tentang kehebatan orang lain. Rasa macam tak best ajer…
  6. Pasangan anda sentiasa berasa sangsi dan ragu ragu dengan anda. Tetapi kelakuan anda yang mebuatkan dia rasa sebegitu rupa. Tak reti nak cover langsung. Memang patut rasa tak best pun!!!

Kesimpulan:
Tak best pun takpa, janji syiokkkk..hahha!!!

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may