Monday, February 26, 2007

Kenapa yer???

  • Lelaki marah kepada seorang perempuan, dan kesudahannya lelaki tu yang kena marah balik….
  • Seorang perempuan telah melakukan kesalahan, akhirnya lelaki jugak yang terpaksa tanggung kesalahan perempuan tadi…
  • Seorang lelaki merajuk dengan seorang perempuan, tetapi akhirnya..lelaki tadi terpaksa memujuk perempuan itu
  • Seorang perempuan marah kepada seorang lelaki, tetapi selepas 5 minit…perempuan tadi bukan main sayang lagi kat lelaki tersebut….

Berdasarkan persoalan di atas dapatlah dirumuskan apabila seorang perempuan marah marah, adalah lebih baik pihak lelaki:

  • buat bodoh
  • buat pekak sepekak pekak badak
  • tengok TV dengan penuh kusyuk walaupun Berita Tamil
  • main dengan telefon bimbit
  • kalau ada nasik, baik makan nasik
  • buat buat ngantuk…takpun layan tido ajer…

Sebab:
Tadak gunanya pihak lelaki bertengkar dengan pihak perempuan kerana pada akhirnya perempuan jugak yang akan menang dan pihak lelaki jugak yang kena mengalah. Walaupun pada mulanya pihak perempuan yang bersalah..tapi last last, secara otomatiknya pihak perempuan akan jadik betoi….

Heran heran…..

ps: Aku perlukan sedikit masa lagi….

Thursday, February 22, 2007

Layan TAG...

Aku dah kena tag dengan Daffie, Kyora dan HappyIrfa

6 benda yang pelik tapi benar tentang 13may:

  • Aku akan tergelak gelak kalau aku terlampau letih sangat sangat. Pastu payah nak berenti plak tuh…
  • Aku baca suratkhabar dari muka belakang ke depan. Kadang2 baca buku pun camtu gak…
  • Aku selalu gagap untuk sebut perkataan kosmetik dan statistik…selalunya aku akan sebut kosmestik dan stastistik...pi tambah 's' plak...
  • Aku akan bersiul siul bila aku memikirkan tentang sesuatu perkara yang rumit
  • Aku akan berasa teramatlah tensen jika masuk jamban tanpa rokok....rasa tak tenteram ajer....
  • Aku makan biskut mesti kena cicah ngan air…dan aku cuma minum air yang tanpa susu atau krimer….oh ya! aku juga akan pening kepala jika aku makan betik..sebab tu aku tak suka betik….rasanya dah lebih 15 tahun aku tak makan betik…

Errr…tadak la pelik sangat kan tentang diri aku….kan kann???

So, manusia seterusnya yang akan meneruskan acara ini:
6 lelaki perasan hensem:

6 wanita anggun:

ps: Ingat nak tag kak ungku & Ween…tapi depa dah kena tagged…so cancel la. Btw, sesapa yang rasa diri dia pelik, amatlah di alu alukan untuk buat entri benda pelik nih….

Chow! err…aku jugak suka kentut kuat kuat pada waktu pagi…tapi tak pelik kan....hahahahahaha!

Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

Friday, February 16, 2007

Betul ker???

1) Kebanyakan pompuan pegi bilik air (bukan dlm umah), mesti nak berteman. Takut sangat ker dlm bilik air tuh???

2) Kebanyakan lelaki melayu masuk kedai tikam nombor, pakai topi keledar….hmmm…utamakan keselamatan agaknya.

3) Kebanyakan orang akan mudah marah bila lapar.

4) Anda akan berasa bengang sangat apabila tapak kaki anda gatal…dan anda takleh nak garu sebab tgh meeting…takkan anda nak bukak stoking kot sebab nak garu…

5) Kentut yang paling selesa adalah sambil berjalan sambil kentut..hahha

ps: Selamat bergembira dan selamat bercuti pada yang dapat cuti. Sekiranya anda memandu, ingatlah untuk beri signal kiranya anda hendak membelok, masuk simpang atau nak berenti. Kalau tak, buta buta saja anda akan kena maki. Percayalah!

Tuesday, February 13, 2007

Huarghhh!!!

Yesterday’s meeting outcome:

- Changed organization
- Changed new boss (no more sexy boss…isk..isk…)
- Need to settle last year 32 pending cases + 12 super urgent issue by end of this month (mampuih!!!)
- New colleague just came in, I become her trainer…oit! aku keja byk la. Mana ada masa nak ajar orang!!!
- All annual leave was freeze during CNY ( Urusan Seri Paduka Baginda cancelled!!)
- I just got promotion to Super Senior Technical Super Duper Specialist (self promotion!!!)

Kepada semua,
Aku sibuk sikit sekarang nih. Mungkin tak dapat updet & layan blog untuk jangkamasa yang belum diketahui lagi. Lagipun aku kena ajar sorang budak pompuan.…baru masuk keja. Temporary dia guna PC aku dulu…so, payah la sikit nak layan kepala.

Have a nice day!

Thursday, February 08, 2007

Semangat yang hilang....

Malam ni malam Jumaat
Ku tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang dalam mimpi
Ku bukan menepuk bantal
Tapi ku tepuk semangat (seru nama sesapa yang korang rindu)
Dgn berkat doa……
Dulu ada satu orang tua, bagi aku jampi serapah nih....Dia kata, kalau kita rindu kat seseorang dan nak bermimpi bertemu dengan orang itu, buleh baca serapah nih pada hari Khamis malam Jumaat...lepas baca, tepuk bantal 3 kali....
ps: Kepada semua, terima kasih atas sokongan anda...

Monday, February 05, 2007

Biar hidup dalam misteri...jangan hidup dalam blues!

Aku suka berkawan dengan orang….dan kalau boleh, aku nak persahabatan tu kekal. Aku berkawan dengan macam macam orang…dari yg seteruk2….sampai yang sebaik baik mungkin. Aku pun bukan kawan yg baik….cuma prinsip yang aku pegang dalam persahabatan….jangan khianati kawan kita. Kalau dia bagi amanah, kalau kita berjanji…cuba laksanakan. Prinsip itu yang aku pegang dalam adat berkawan.

Kadang2…kawan ni tempat kita mengadu masalah…tempat kita lepas perasaan. Dan kita rasa selesa bila kita bagitau masalah kita kat dia. Sebab ada benda kadang2 kita bagitau kawan cuma untuk dia dengar dan simpan….dan bukan untuk disebarkan. Jika kita tahu sesuatu mengenai kawan kita, adalah lebih baik kita simpan saja untuk pengetahuan diri kita. Biar kawan kita sendiri yang bercerita tentang diri dia terhadap orang lain.

Tapi harus diingat…sensitiviti kawan, kita kena jaga. Jangan bagi dia hilang kepercayaan kat kita. Jika kita tau rahsia besar dia…pastikan kita jaga elok2. Biar pecah perut, jangan sampai pecah mulut. Jika kita khianati benda nih….sudah pasti perselisihan paham akan terjadi. Hilang kepercayaan malah membawa kepada permusuhan…

Memang kadang2 kita mengutuk, mengata, maki hamun kawan kita….tapi benda tuh semua benda kecik. Sebab kita kenal kawan kita…kalau jenis tahan melawak…kita kutuk apa pun dia takkan amik hati….tapi jangan sampai meleret leret kepada isu2 yang terlalu peribadi atau sensitif….Kalau kita menipu pun…takat benda kecik2….dia takkan marah…mungkin dia cuma bengang kejap….pastu hubungan kita akan kembali seperti sediakala semula….

oh! aku penat sangat hari nih….dan aku rasa nak marah….aku marah kat kawan aku….
Dan aku pun rasa bersalah….aku nak mintak maaf kat kawan aku gak…..

Hidup kita memang penuh rahsia…..tapi percayalah….satu hari nanti rahsia itu akan terbongkar dengan sendiri….kita cuma perlu sabar…..

Apa dah jadik ngan aku nih????
Aku cuma terkilan……
Aku cuma rasa aku dikhianati……
Mungkin aku patut rehat seketika….
Atau mungkin aku patut lupakan saja tempat aku layankepala ini….

Kepada semua…
Aku mintak maaf dan aku ucapkan terima kasih…

Aku rasa aku nak stop blogging buat sementara waktu!!!

HANYA DIRI KITA MAMPU MELAYAN KEPALA HOTAK KITA!!!


ps: Sun Anja Ti….jaga hang, kurang ajaq!!!!!

Friday, February 02, 2007

Tahukah anda???

  • Kita selalu dengar org kata: “Bodoh macam lembu” tapi orang itu tak sedar bahawa banyak bayi dan kanak2 minum susu tepung yang diperbuat daripada susu lembu. So, orang itu ibarat kata kat diri dia dan keluarga dia sendiri.
  • Kita selalu anggap lalat seekor binatang yang kotor dan jijik…tapi terdapat banyak di kalangan orang kita suka tahi lalat.
  • Kita jumpa orang kita suka beli pinggan mangkuk, periuk belanga mahal mahal…tapi tak guna pun. Mereka lebih suka simpan dalam almari buat perhiasan.
  • Kita selalu tengok orang akan lebih susah hati jika kereta mereka rosak berbanding ahli keluarga mereka yang sedang sakit.
  • Kita selalu kata kita digigit nyamuk…padahal sebenarnya nyamuk tak gigit kita, ia cuma hisap darah kita. Habih bintat!
  • Kebanyakan kita suka makan pelbagai jenis cucur, tapi tak pernah sesekali makan cucur atap.
  • Tahukah anda, perkataan Loqlaq yang seringkali disebut oleh penduduk di negeri kawasan utara adalah singkatan daripada Teloq dok kat Luaq....Jgn dok buat loqlaq okeh!

ps: Bangun tido, terperasan tanda lebam di peha kiri aku (takyah la aku nak tunjuk gambar..seksi sgt)…org kata kena gigit ngan hantu, betul ker????

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may