Tuesday, January 30, 2007

Pada suatu hari...

Aku terserempak dengan Mereka-1
Aku cuba rapat dengan Mereka-1
Mereka-1 jauhkan diri dari Aku

Aku terjumpa Mereka-2
Mereka-2 bagi respon kat Aku
Aku biasa saja dengan Mereka-2

Aku terjumpa pulak dengan Mereka-3
Aku buat buat syok kat Mereka-3
Sebab Mereka-3 dah ada Depa

Tapi Aku masih cuba rapat dengan Mereka-1
Tetiba Mereka-1 pun rapat dengan Aku

Aku juga rapat dengan Mereka-3
Tapi Aku tak konfiden ngan Mereka-3
Mereka-2 pun tetiba nak rapat dengan Aku

Mereka-1 rapat dengan Aku
Mereka-2 masih cuba rapat dengan Aku
Mereka-3 tinggalkan Depa

Aku serba salah....
Aku nak buat hapa nih?
Adakah Aku bersalah?
Oh! Tidak....
Sesungguhnya Aku hanyalah mangsa keadaan.....

Dan tatkala Aku tengah berjiwa kacau....
muncul plak si dia...
Iya...si dia telah muncul.....
Aku tersenyum...
bukan gembira...
tapi Aku dah bertambah pening kepala!!!

Romeo must die!!!

Wednesday, January 24, 2007

Kajian Rambang...

Kajian 1:
Mana2 pompuan yg dikatakan lawa / cantik oleh lelaki sememangnya pompuan tersebut adalah lawa / cantik. Jika tak berapa menarik, lelaki akan berkata” hmmm…boleh la tahan….”

Kajian 2:
Lelaki amat mudah diperdayakan oleh pompuan dan pompuan pulak mudah terpedaya ngan lelaki…dua dua sama aje:p

Kajian 3:
Ramai wanita suka dan minat memasak, tetapi kebanyakkan chef chef terkemuka dunia terdiri daripada org lelaki…

Kajian 4:
Lelaki selalu dikatakan ‘buaya darat’, tapi bunya pun ada jantan betinanya, so….pompuan pun boleh jadik ‘buaya darat’ gak kan???

Kajian 5:
Kebanyakkan wanita mandi pagi tanpa membasahkan rambut…cuma jirus badan, cuci muka dan apa2 yg patut. Kalau mandi basah rambut…ada la yg tak kena waktu malam tadi…hehhe..

Kajian 6:
Lelaki akan menggenggam tangan wanita lebih lama jika bersalam dengan wanita berbanding lelaki sama lelaki…kadang2 tak salam pun. Angkat tangan main 'hoi hoi' saja..

Kajian 7 :
Mat bunga adalah lelaki yg tak hensem tapi pandai meng’ayat’ pompuan…manakala Hero bunga adalah lelaki hensem yg menjadi kegilaan pompuan…


errr…aku mat bunga atau hero bunga….HAHAHAHAHAHA!!!!!!

Ceh!

arghhh!!! entry aku dah hilang!!!!
tak betoi dah blogspot nih!!!
Kepada semua yg telah layan kepala dan telah meninggalkan komen kat entry "Qaplah di Hari minggu"...aku mintak maaf kerana entry tersebut telah menghilangkan diri. Dan kejadian ini amatlah MISTERI.
ps: ada sapa2 tau cara nak retrieve semula entry yg hilang????

Thursday, January 18, 2007

Mampu???

Tadi lepak ngan geng veteran kat cafeteria, dengar depa bising bising. Bising pasai ura ura harga minyak akan naik. Ada la brader sorang, mcm2 dia dok bising. Aku dok diam ajer..tak baik nyampuk org tua2 tgh naik hangin..hehhe..

Tetiba sorang member veteran berbisik kat aku:

Member: Org tua nih bising betoi..(sambil tergelak2)…tapi aku yg patut bising…datang keja naik keta…pi mana pun naik keta…..sehari dekat RM20-RM30 duit minyak keta…dia pulak datang keja tiap2 hari naik motor….tak kira la hujan ribut taufan pun..dia tetap redah naik motor..ada keta simpan kat umah……dia bukan dok pakai keta selalu…sebulan agak agak 2-3 kali saja guna keta…

13may: *senyum senyum sambil minum air Nescafe ‘O’ ais*

Actually, orang tua tu baru beli keta Naza Ria….sebab tu dia bising2. Dia dok sebut keta dia makan minyak kuat…bila org tanya keta apa, dia bgtau la keta baru dia…sebelum ni pakai keta nasional saja:)

Aku mula membuat analisis tentang kereta:
Kita terbahagi kepada 2 jenis.

  1. Mampu milik kereta – aku rasa semua org mampu memiliki keta. Keta pun byk yg murah sekarang…nak buat loan pun senang. Boleh beli keta besar2…gaji kecik pun boleh beli kereta..
  2. Mampu pakai kereta – Mampu pakai ni termasuk lah perbelanjaan minyak, tol, maintenance dan lain lain…lagi besar kereta, lagi tinggi la perbelanjaan dia. Mampukah???

Kesimpulan:
Orang yg mampu memiliki kereta belum tentu mampu pakai kereta.

Pendapat korang???

ps: aku datang keja pun naik motor, kalau naik keta, traffic jam…tambah2 atas jambatan Pulau Pinang…err..boleh terima tak alasan aku nih??? hehhe…

JOM RACE ATAS JAMBATAN:D

Saturday, January 13, 2007

Aku...

Tadika (kecik2 dah pakai baju belang)

Start nak jadik buas / nakal.
Zaman huru hara (depan umah arwah mak bapak aku)

Umah sewa aku
(aku meniaga ayam goreng masa nih dan dlm umah ni aku bakar sampah)
Student (selamat dapat berubah..kalau tak, taktau nak jadik apa)

Jual burger masa tadak keja

Semasa mula bekerja (2001) - gila main muzik

2007 - Masih rock dan macho..hehhe..
(tapi masih sikit sikit mereng...taktau pasai apa, isap rokok banyak sgt kot)


Serba ringkas perjalanan hidup aku. Syukur...walaupun tak berapa berjaya, aku bangga sebab aku dapat lari dari gaya hidup yg memang gila, dapat jauhi benda2 khayal..dan berjaya menangkis segala tanggapan buruk yang pernah dilemparkan kepada aku.
Tapi, perjalanan masih panjang...ntah apa cabaran dan dugaan yang menunggu aku. Moga moga berkesudahan baik baik belaka. InsyaALLAH.

Chow!
There's light, there's lighter!

Thursday, January 11, 2007

???

Malas...lemah badan..ngantuk...tak bermaya...lembik lutut...

Ini mungkin semua gara2 pindah umah baru...perjalanan yang agak jauh. Tiap2 hari lebih kurang 130km aku naik motor pegi balik...tido pukul 11 lebih....kul 5.30am dah bangun....

Perubahan angin:))
Leaving...i hate to see u cry...
Grieving....i hate to say goodbye....

Tuesday, January 09, 2007

Senyum

Senyum manis – digunakan semasa gembira atau puas hati
Senyum sedekah – selalu digunakan kepada orang yg kita tak kenal
Senyum tawar / pahit – sedang susah hati atau kecewa
Senyum sipu sipu – senyum sebab malu malu tapi mau…
Senyum ada makna – senyum dgn niat tertentu..atau dgn kata lain, senyum lain macam
Senyum sinis – tanda senyuman tu satu sindiran / ejekan
Senyum buat buat – bila terpaksa berpura pura atau ada orang buat lawak bodoh
Senyum sendiri – gelihati atau GILA!
Senyum kambing – ntah..tak penah tengok pun kambing senyum:D

Lain2:
Tidoq sambil senyum – maybe tgh sawan..atau tgh mimpi2 indah dan nikmat2..
Tepon / SMS sambil senyum – tgh mabuk cinta
Mandi sambil senyum – gosok gigi kot??
Nyanyi sambil senyum – tu tanda nyanyi secara 'miming' ataupun terlupa lirik
Makan sambil senyum2 – tengah dating
Buat keja senyum2 – nak resign dah atau nak pedajal bos
Baca blog senyum2 – Korang semua la kot…HAHAHAHAHA!!!!

Wednesday, January 03, 2007

Kontrol???

Tanpa kita sedari, tetiba saja kita kontrol hensem / cun apabila:

Ø Anda terpaksa berjalan melalui sekumpulan manusia yg berlawanan jantina
Ø Anda berselisih dengan seseorang yang anda minati
Ø Anda terpaksa bekerjasama dengan bos / rakan sekerja yang sempoi
Ø Anda hendak pergi berjumpa dengan bakal pak & mak mertua
Ø Anda di paksa untuk bergambar
Ø Anda nak start ’ayat’ – untuk lelaki
Ø Anda bersedia untuk di ’ayat’ – untuk pompuan
Ø Anda berada di majlis keramaian
Ø Anda secara tiba tiba menjadi perhatian orang ramai
Ø Anda hendak bertanya sesuatu dekat orang yang anda tak kenali
Ø Dan anda sememangnya perasan hensem / cun….

Errr…aku hensem tak???? hahahahahahha…….kontrol kontrol:D

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may