ps: Lepas angkut barang hari tuh, aku pasang iklan kat stesen Petronas.
Tuesday, December 26, 2006
Aku letih...
ps: Lepas angkut barang hari tuh, aku pasang iklan kat stesen Petronas.
Tuesday, December 19, 2006
Kebersihan...
”Kita boleh tau adakah seseorang itu ambik berat tentang kebersihan dengan melihat tandas / bilik air di rumah mereka. Kiranya bersih, maka dia seorang pembersih..kalau kotor, maka dia adalah sebaliknya sebab tandas merupakan tempat yg paling orang malas nak cuci….“
Apa pendapat korang????
ps: Semalam aku terperasan ada 'benda' dok kat meja makan aku...
ish! hujung minggu ni baru nak angkut barang. Sapa2 free, datang la tolong aku angkut barang. Rokok di sediakan:)
Thursday, December 14, 2006
Pindah...
Sebab aku pindah:
Aku baru duduk kat umah ni lebih kurang setahun. Aku masuk setelah member tempat keja aku keluar. Sewa umah yg agak ok, RM450 untuk umah 3 bilik 2 jamban.
Tapi, umah ni ada cerita di sebaliknya. Lepas aku bayar deposit masuk umah, RM1000 lebih...baru aku dapat tau tentang cerita umah nih. Housemate member aku mati kena bunuh. So, member aku keluar sebab tak tahan gangguan. Dan dia tak cerita plak gangguan camna. Aku pun tau tentang kejadian tu, tapi aku terlupa. Sebab tu aku jadi untuk sewa umah tu.
Pada permulaan, semuanya tadak masalah. Masa aku masuk, aku import geng2 abg aku...aku buat kenduri tahlil dan 'pagar' apa yg patut.
Semua bermula sejak bulan lepas. Masa aku tidoq, seperti ada 'benda' dok tidoq sebelah aku. Terjaga tengah malam, nampak bayang2 benda dok melilau dlm umah aku. Kat dapur la, kat balkoni, kat bilik dan kadang2 rasa dok macam kat sebelah aku.
Satu malam, aku terjaga dari tidoq..lebih kurang pukul 3 pagi. Aku nampak satu 'benda' dok tidoq atas lantai betoi2 bawah punching bag aku. Aku terus bangun..aku pi tengok dekat2...
peh...sapa plak ni??? aku tertanya2...terus aku terajang dan 'benda' tu tiba2 hilang begitu saja. Macam kita tendang asap...ghaib mcm tu saja. Aku buka lampu dan terus tak tidoq sampai pagi. Malam besoknya, aku bermimpi jumpa 'benda' tu...dlm mimpi tu aku tanya dia, kenapa datang jumpa aku...'benda' tu cakap, dia cuma nak balik tengok umah dia. Dan dulu selalu dia tidoq kat tempat bawah punching bag aku tuh...aku suruh dia berambus!!
Aku balik kampung, jumpa abg aku...cerita kat dia. Dia cakap mungkin 'benda' tu balik sempena genap setahun kematian dia....
Mcm tu lah cerita dia. So, aku pun nak pindah....tak tahan dah ngan gangguan misteri nusantara camni. Sekarang tiap2 mlm aku mesti terjaga around pukul 3 pagi...aku bangun...perati apa yg patut. Pastu aku sambung tidoq....
ps: Ada sapa2 nak sewa umah aku sekarang????
Monday, December 11, 2006
Benda pelik...
- Tak hisap rokok...tapi suka minum arak
- Tak keja apa...tapi duit banyak
- Buta huruf ...tapi tau kira duit
- Tak kawin...tapi ada ramai anak
- Tadak IC serta lesen...tapi masih boleh beli kereta, baru plak tu
- Tak makan sup daging b*bi...tapi cuma makan kuah...dia ni memang GILA!!!
- Bina rumah yg besar dan cantik...tapi takmau duduk sebab berhantu..serius!!
- Hensem...tapi suka sama jenis (aku pun kena ayat ngan dia..ceh!!)
- Rupa paras nampak warak...tapi masih lagi terserempak kat kedai tikam number..
- Selekeh serta sengkek...tapi marka cun ramai...ayat power!!
- Buas serta samseng.... tapi cukup baik hati.
...dan banyak lagi la kawan2 aku yg pelik serta gila. Walaupun mereka pelik & gila...mereka tetap sahabat yang baik. Tak pernah mempengaruhi atau memaksa aku menjadi pelik serta gila macam mereka. Tiada paksaan. Berani cuba, berani tanggung. Motto persahabatan kami dahulu. Sekarang sudah lama tak bertemu dengan mereka semua. Mungkin semua dah membawa haluan masing masing....ada yang berubah, alhamdulillah...dan ada yang masih terus begitu....
Tapi...baru baru ni...aku bertemu seorang kawan yang amat baik. Minum minum...sembang sembang dan tetiba offer aku satu benda pelik..
Adakah anda berasa pelik kiranya ada orang nak kasi anda RM20ribu secara percuma. Just saja saja bagi...mcm sedekah dan anda boleh buat apa saja ngan duit tu, asalkan belanja ke arah jalan yang benar serta halal.
Member aku bgtau aku....ada sorang hamba Allah yang begitu pemurah nak bagi duit tu. Sebab duit dia dah terlampau banyak. Member aku tu dah submit nama dia. Dia offer aku samada aku berminat atau tak? Kalau berminat, dia nak submit nama aku.
Oh! Aku berasa amat pelik!!!!
Wednesday, December 06, 2006
Dilemma...
Aku dapat offer dari satu kompeni kat area Penang gak. Sekarang aku teragak2 samada nak pegi atau tak?
Aku dah interview kat kompeni tu 4-5 bulan lepas. That time, memang aku nak blah sgt2 dari kompeni aku sekarang ni. Masa interview hari tu, depa cakap depa takmau hire orang. Aku just for standby candidate (aku ada komen pasai ni kat blog Edyan7). Bila depa bgtau camtu, aku terus tawar hati dah. Sekarang depa tanya aku, masih lagi berminat atau tak..
Kelebihan tempat keja aku sekarang ialah bos aku best...dan yang sempoinya dia cantik serta seksi. Fuiiyoooo!!!! Kerja mcm nak gila pun aku sanggup...hahha!
Dan aku bebas blogging...hahahahha....
Aku blurrr..... dan konpius...
ps: Oh ya! Aku cuti jumaat ni. Aku nak pegi Melaka sat. Ada urusan seri paduka baginda sikit kat sana:)
[Wah..ini entry aku yang ke 50 la..]
Monday, December 04, 2006
Marah...
Pelik tapi benar.....
- Marah andainya tersangkut dlm traffic jammed tapi tak marah andainya ada awek/pakwe kat sebelah semasa ‘tersangkut’ tuh...
- Marah andainya blackout tapi tak marah andainya blackout waktu keja…blackout 8 jam pun takpa..
- Marah andainya tadak air tapi tak marah andainya anda memang segan nak mandi atau basuh baju..
- Marah andainya komputer rosak tapi tak marah andainya komputer tu kat opis kita...hehhe..
- Marah andainya makanan tak sedap tapi tak marah andainya makanan tu free…komplen tetap komplen, mulut tetap sumbat..hehhe..
- Marah andainya bunyik tepon pagi2 buta di hari minggu tapi tak marah andainya yg tepon tu gf/bf memasing….
- Marah andainya gaji tak masuk tapi tak marah andainya gaji tak masuk time ada org nak pinjam duit….hui…kedekut kedekut!
- Marah bila bau busuk sebab kentut tapi tak marah apabila yg kentut tu diri kita sendiri
- Marah apabila idea kita tak di terima tapi tak marah andainya idea kita tu nampak sgt merapunya...kadang2 bos kata aku gila! Kasi idea ntah hapa2...tapi sebenarnya aku cuma kasi dia konfius...hehhe..teknik melepaskan diri:D
Marah akan membuatkan anda bengang. Dan bengang akan mengakibatkan anda mengambil satu langkah drastik yg tak terpikir oleh minda anda yg waras.
Benda yg selalu aku lakukan apabila aku marah:
Ø Isap rokok
Ø Minum nescafe
Ø Basuh baju
Ø Sapu sampah
Ø Makan banyak banyak
Ø Cuci bilik air
Ø Dan dulu aku penah cat umah semasa aku marah…
So, jgn marah marah yea....
Oh! Siapakah itu???
ps: jgn terpedaya ngan gambar..okeh:D
Thursday, November 30, 2006
Hip hip horraaayyy!!!
Hip Hip Hoorayyyyy.........
----------------------------------------------------------------------------------------
Hari ni sibuk sgt...nak perabih keja. Sebab nak bercuti. Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin...Setelah bekerja 2 minggu tanpa henti. Nak berehat sambil tenangkan minda serta fizikal yg berserabut 2-3 menjak nih. Mungkin turun Ipoh...dan mungkin sampai KL jugak. Tapi tak tentu lagi...
Gambar masa pegi jln2 carik makan kat area tanjung...big bos belanja beb! Tapi hari ni teruk kena bamboo ngan bos. Cis!!!
----------------------------------------------------------------------------------------
Semlm lepak ramai2 ngan member. Ada sorang member...dia nak kawin next week. Pastu nak masuk umah baru, umah sendiri. Tapi dok pening...tengah di lemma. Dia sedang berkira kira samada:
a) Nak beli katil
b) Nak beli peti ais
c) Nak beli mesin basuh
d) Nak beli TV
Duit ada ngam2. Mungkin cuma mampu beli 2 barang dulu. Aku suruh beli katil..mustahak tu sebab baru kawin. Dan jgn lupa beli TV. Sebab boring kalau umah tadak TV. Sorang lagi suruh beli mesin basuh sebab senang nak basuh baju. Ada yg suruh beli peti ais...hahahhaa....
Apa pendapat korang????
Barang mana yg patut dia beli???
Pandangan anda amat berguna bagi membantu dia membuat keputusan yg bijak. Nanti aku boleh tolong inform dia.
Okeh..have a nice weekend & Selamat layan kepala!!
ps: saja post gambaq kucing sebab ramai sgt blogger suka bubuh gambaq kucing dlm blog depa...aku pun bubuh sama la...
Hip hip horrraaayyyy!!!!!!!!!
Tuesday, November 28, 2006
Layan Jiwang...
Pertama kali tersua
Aku mendekati
Engkau membalas
Kita bahagia
Tapi hanya seketika
Badai melanda
Cuba bertahan
Tak berdaya
Akhirnya tewas
Derita bersama
Sekian lamanya
Kembali sediakala
Tetapi halangan
Tetap menjelma
Kini telah pulih
Namun
Kita tetap parah dan sengsara
Ku pohon maaf
Atas segalanya….
Friday, November 24, 2006
Kisah benar...
Aku ikut member aku pi Jengka, Pahang. Dia kata dia nak jumpa member. Dia support tambang bas gi sana. Sampai bandar Jengka, member dia datang amik naik moto. Tinggal aku sengsorang kat stesen bas tuh. Itulah kali terakhir aku jumpa member aku tu. Semalaman aku bermalam kat situ. Aku terpaksa mengemis…mintak duit kat orang untuk balik Sungai Petani…sebab aku cuma ada 2 ringgit dlm poket. Gila punya keja!
Kisah dua:
Masa study dulu, aku balik bercuti kat kampung. Member kampung ajak aku lepak kat bawah Jambatan Semeling ..tepi sungai…(sapa dok area Sungai Petani mungkin tau)…lepak tengok budak2 kampung aku berjudi…aku pi tengok saja…dlm kul 3 pagi camtu. Tetiba dengar langsuir mengilai…bunyi dia mcm menangis mendayu dayu…seolah dia terbang mengelilingi kawasan tuh….pergh! seram gila. Depa dok buat bodo saja main judi. Depa cakap jgn takut sebab kita tak kacau dia…dia pun takkan kacau kita. Gila punya keja!
Kisah tiga:
Masa dok umah bujang dulu…aku biasa bakar sampah dalam umah. Sebab semua malas nak buang sampah, so jln terbaik…bakar saja dlm umah. Semua puas hati. Hitam abih umah sebab jelaga. Gila punya keja!
Kisah empat:
Masa nak balik gi KL time belajar dulu, bas berenti kat Esso hentian Sg Buluh…aku turun gi tandas…keluar dari tandas, bas tadak…terpaksa mintak tolong org tumpang gi KL. Last last tumpang lori bawa ayam. Gila punya keja!
Kisah lima:
Lain2 kisah gila punya keja:
Ø Overdose – sampai muntah hijau. Tobat takmau buat dah!
Ø Tidoq bawah jambatan – sebab takut balik umah...
Ø Berkhemah kat hutan – masa nak balik, kami bakar sampah. Last2 api merebak sampai terbakar hutan. Bomba kena mai padam…hehhe…
Ø Minum minyak masak – akibat dahaga sangat, aku pi minum. Aku ingat air teh. Tak guna punya kawan aku…yg pi taruh minyak dlm cawan apahal!!
Tapi ni semua cerita time aku nakal2 dulu. Sekarang dah tak buat dah benda gila ni semua. Kadang2 aku terpikir….mcmana aku boleh lalui semua tuh dulu???
Mari membaca...
So enjoy and LayanKepala:)
----------------------------------------------------------------------------------------
[The 90/10 Principle by Stephen Covey]
Discover the 90/10 Principle. It will change your life.
What is the 90/10 Principle? 10% of life is made up of what happens to you. 90% of life is decided by how you react.
What does this mean? We really have no control over 10% of what happens to us. We cannot stop the car from breaking down. The plane will be late arriving, which throws our whole schedule off. A driver may cut us off in traffic. We have no control over this 10%. The other 90% is different. You determine the other 90%. How? By your reaction.You cannot control a red light, but you can control your reaction. Don't let people fool you; YOU can control how you react.
Let's use an example:You are eating breakfast with your family. Your daughter knocks over a cup of coffee onto your business shirt. You have no control over what just happened. What happens next will be determined by how you react. You curse. You harshly scold your daughter for knocking the cup over.She breaks down in tears. After scolding her, you turn to your spouse and criticize her for placing the cup too close to the edge of the table. A short verbal battle follows. You storm upstairs and change your shirt. Back downstairs, you find your daughter has been too busy crying to finish breakfast and get ready for school. She misses the bus. Your spouse must leave immediately for work. You rush to the car and drive your daughter to school. Because you are late, you drive 40 miles an hour in a 30 mph speed limit. After a 15-minute delay and throwing $60 traffic fine away, you arrive at school. Your daughter runs into the building without saying goodbye. After arriving at the office 20 minutes late, you find you forgot your briefcase. Your day has started terribly. As it continues, it seems to get worse and worse. You look forward to coming home, When you arrive home, you find a small wedge in your relationship with your spouse and daughter. Why? Because of how you reacted in the morning.
Why did you have a bad day?
A) Did the coffee cause it?
B) Did your daughter cause it?
C) Did the policeman cause it?
D) Did you cause it?
The answer is D.
You had no control over what happened with the coffee.How you reacted in those 5 seconds is what caused your bad day.
Here is what could have and should have happened:
Coffee splashes over you. Your daughter is about to cry. You gently say, "It's ok honey, you just need, to be more careful next time." Grabbing a towel you rush upstairs. After grabbing a new shirt and your briefcase, you come back down in time to look through the window and see your child getting on the bus. She turns and waves. You arrive 5 minutes early and cheerfully greet the staff. Your boss comments on how good the day you are having.
Notice the difference? Two different scenarios. Both started the same.Both ended different.
Why? Because of how you REACTED.You really do not have any control over 10% of what happens. The other 90% was determined by your reaction.
Here are some ways to apply the 90/10 principle:
If someone says something negative about you, don't be a sponge. Let the attack roll off like water on glass. You don't have to let the negative comment affect you! React properly and it will not ruin your day. A wrong reaction could result in losing a friend, being fired, getting stressed out etc.How do you react if someone cuts you off in traffic? Do you lose your temper? Pound on the steering wheel? A friend of mine had the steering wheel fall off! Do you curse? Does your blood pressure skyrocket? Do you try and bump them? WHO CARES if you arrive ten seconds later at work?Why let the cars ruin your drive?
Remember the 90/10 principle, and do not worry about it.You are told you lost your job. Why lose sleep and get irritated? It will work out. Use your worrying energy and time into finding another job.The plane is late; it is going to mangle your schedule for the day. Why take out your frustration on the flight attendant?She has no control over what is going on. Use your time to study, get to know the other passenger. Why get stressed out?It will just make things worse.
Now you know the 90-10 principle. Apply it and you will be amazed at the results. You will lose nothing if you try it.The 90-10 principle is incredible. Very few know and apply this principle.
The result? Millions of people are suffering from undeserved stress, trials, problems and heartache. There never seem to be a success in life. Bad days follow bad days. Terrible things seem to be constantly happening. There is constant stress, lack of joy, and broken relationships.Worry consumes time. Anger breaks friendships and life seems dreary and is not enjoyed to the fullest. Friends are lost.Life is a bore and often seems cruel. Does this describe you? If so, do not be discouraged.
You can be different! Understand and apply the 90/10principle. It will change your life...
Tuesday, November 21, 2006
Fire fire fire!!!
Oh! Datang umah aku hujung minggu nih...layan punching bag.
Fire fire fire!!!
Ada berani????
Friday, November 17, 2006
Adoi...
Adoi..pening kepala betoi. Heran ngan perangai manusia nih. Datang jumpa kita, minta tolong. Kita tadak hal. Kita tak kisah sangat. Lagipun dia kawan kita yang baik walaupun kita tau perangai dia tak berapa baik kerana kita sering dan selalu bersangka baik......
Thursday, November 16, 2006
Layannnn....
---------------------------------------------------------------------------------------
[Budak Penakluk Buaya]
Buaya yg dpt dijinakkan ini adalah berkali-kali ganda besar saiznya jika dibandingkan dengan saiz budak ini.... Sungguh menakjubkan!!
Tuesday, November 14, 2006
Soal hati???
Anda okey sekiranya:
- senang hati
- geli hati
- baik hati
- jatuh hati
- Bersih hati
Anda tak berapa okey sekiranya:
- susah hati
- makan hati
- tawar hati
- kecik hati
- luka hati
- sakit hati
- iri hati
- busuk hati
- tadak hati
Kadang2 anda:
- tak sampai hati
- sampai hati
- berat hati
- berhati hati
- jaga hati
Hati menimbulkan perasaan dan perasaan berperang dgn akal...
Ikut hati mati, ikut rasa binasa...
Hati dan perasaan tak boleh dipaksa paksa..
Tetapi akal kita yg menentukan...
Justeru, marilah kita menjaga hati kita...
Jgn terlalu ikutkan hati….
ps: bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Yg penting kita happy:)
My first guitar..bought in 1996, Sentimental value nih..
Friday, November 10, 2006
Rokok oh rokok...
Kebaikan perokok / merokok yg tidak diketahui ramai org:
- Perokok merupakan penyumbang pendapatan negara dari segi cukai rokok yg dikenakan. So, hangpa kena pikir…tanpa perokok, mcm mana negara nak maju. Walaupun kerajaan nak naikkan lagi harga rokok, perokok cuma mengeluh sebentar sahaja and then terus menghisap dan membeli rokok demi kemajuan negara. So, perokok lagi bagus drpd depa yg tak bayar income tax. Kita harus bangga ngan perokok nih:)
- Merokok dalam tandas dapat menghilangkan bau yg kurang enak. Anda tentu lebih rela menghidu asap rokok berbanding bau….errr….anda paham kan???
- Rokok boleh meningkatkan produktiviti. Ini terserlah semasa kenduri kendara di kampung, dimana anak2 muda amat rajin membasuh pinggan sekiranya dapat rokok free dari tuan umah.
- Merokok dapat menambah kenalan baru. Contohnya sekiranya anda tiada lighter untuk mencucuh rokok, perokok boleh tegur sapa2 saja yg dia suka..’errr..lighter ada tak?’ tanpa rasa segan silu lgsung. Secara tak langsung mengeratkan silaturrahim sesama manusia tanpa mengira darjat, bangsa atau agama. Org tak hisap rokok mana berani nak pi tegur org tak tentu hala kann???
- Rokok boleh menghilangkan bau mulut. Bau rokok rasanya lebih enak berbanding dari bau mulut yg busuk tambah2 baru lepas makan petai, jering dan seangkatan dgnnya...hehhe..
- Perokok seorang yg tak kedekut. Anda boleh ”pow“ rokok kat sapa2 pun..tak kenal pun takpa. 95% org yg anda ”pow“ tu akan bagi rokok kat anda. Tengok…betapa pemurahnya perokok. Tapi jgn mintak duit…perokok memang kedekut kalau mintak duit.
- Perokok seorang yg mempunyai hati yg kental. Ini terbukti apabila dia ketagihan rokok, tanpa menghiraukan apa2 atau sapa2…perokok dgn hati yg kental tetap pegi merokok.
- Merokok dapat menghalau musuh. Contohnya anda tak suka org tuh mendampingi anda…so, anda hisap rokok byk2…hembus asap kat muka dia. Tentu dia lari kann…Di samping itu, rokok dapat jugak menghalau nyamuk tapi tetap takleh halau tebuan.
- Merokok dapat menambah keyakinan diri. Perokok tau rokok tu bahaya…tapi perokok tetap buat bodo saja. Tengok…keyakinan terhadap diri sendiri amat tinggi.
Akhir kata….think positif terhadap perokok. Jgn pikir negative ajer. Sebelum mengakhiri entry ini, kita lihat dulu pesanan penaja:
AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:
MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
ayam berkokok waktu petang
ada rokok, mai la sebatang
Tuesday, November 07, 2006
Huarghhh!!!!
[Binatang peliharaan 13may]
Monday, November 06, 2006
Layan ajer....
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertahta
Thursday, November 02, 2006
November Rain...
A tragedy
Past is history
Future is victory
Sometimes...the loneliness is the better ways than happiness...
I'm tired...too tired...
Lepak kat pulau best gak nih...Jom! cuti cuti malaysia!
Tuesday, October 31, 2006
Aktiviti membuang masa lapang:)
Aktiviti membuang masa lapang pun bermula…..
Dah masuk bulan November…dah nak abih tahun 2006…
Apa yg anda dah capai sepanjang tahun nih????
Aku??? Tahun ni memang mencabar bagi aku…byk sgt masalah peribadi yg aku hadapi tahun ni…arghhh! pedulikan dia…bukan itu yg ingin aku perkatakan di sini…
Selalunya….time2 hujung tahun camni, aku akan ghairah hantar resume untuk cari keja baru. Bukan aku nak tukar keja sgt2…cuma aku nak survey market….best sgt…
Aku akan pi walk-in interview mana2 yg ada..hantar resume online byk2…
kalau depa panggil interview…aku akan pi..even aku tau aku takkan dapat keja tuh..but at least aku dapat timba pengalaman interview aku. At the same time…aku boleh tau nilai pekerjaan aku sekrg…from there, aku boleh take inisiatif untuk improve aku punya produktiviti….
Selalunya aku akan demand gaji yg agak tinggi…kalau depa panggil interview, aku akan goreng depa sampai hangit…kadang2 aku yg kena goreng ngan depa…depa lagi power..tapi tak kisah la kan..janji aku enjoy…depa perli aku…aku camdet depa…give & take…sama2 gelak…sama2 tukar opinion….kadang2 depa layan kita mcm hampeh…tapi selalu memang mcm hampeh pun…kadang2 just untuk cukupkan kuota interview..kadang2 just untuk standby candidate…mcm2 akai depa ada…padahal bukan nak amik orang pun…
Tapi, kebykkan member aku yg suka2 pi interview…yg tu selalu dapat. Bila dah dapat…mula la dlm dilemma…nak pi atau tak?? padahal depa main2 saja…so, awas! jgn dok main suka2 pi interview saja…buat mcm aku, kalau aku suka2 pi interview, selalu aku letak gaji mahai2…minta kurang pun…mcm tak kurang…byk kali dah aku sangkut interview pasai gaji…depa takleh nak bayar…aku tak kisah pun…bukan aku nak berenti keja kat sini…just for fun…tapi kalau depa offer baguih…aku tak tolak punya…hehehehe….
Dulu masa aku lepas grad, aku keja kat SP…baru keja 3-4 bulan camtu..kompeni bankrupt…muflis..papa kedana..satu sen pun tak dapat pampasan…
Pastu, aku punya la desperate nak keja…mintak sana, mintak sini…last2 ada gak kompeni yg panggil aku interview. Masa hari tuh, ada kot dalam 30 org yg depa panggil…depa bagi kami dok dlm satu bilik…depa tanya kami sorang2…pergh! tak penah plak kena interview camni punya style..depa cuma nak amik 2 orng…apalagi, semua pakat goreng la kepakaran masing2….begitu jugak la aku…tembak sana sini…
Bila dah habih interview semua org..depa bagitau result…dan dlm 30 org tu, aku salah sorang yg berjaya…peh! seronok gila…
Minggu seterusnya aku pi repot masuk keja…biasa la…first day..sessi perkenalan. Dia explain kompeni, tunjuk product, perkenal ngan org2…dan dia bagi motivasi….
Time ni aku bengang gila ngan mamat HR ni…dia bagi motivasi kat aku…
dia tanya aku soklan “ pasai apa kita keja?“
aku jawab la nak carik duit, nak carik duit dan nak carik duit…sebenarnya mcm2 aku jawab…tapi jawapan aku semua dia kata salah…apalagi, aku naik bengang la…mamat ni nak main2kan aku ka???
aku dah bengang..tapi dia terus paksa aku jawab..sampai last sekali aku surrender…
Dia pun bagi jawapan “sebab utama kita keja sebab kita sayang kat diri kita..memang kita keja cari duit, tapi cari duit untuk sapa? untuk diri kita..pasai apa untuk diri kita? pasai kita sayang kat diri kita….kita pakai baju pasai apa?? pasai kita sayang kat diri kita la..takkan nak keluar pekan tak pakai baju…nanti org kutuk diri kita, kita gak yg malu…so, sebab tu la kita pakai baju, sebab kita sayang kat diri kita…mcm mana nak pakai baju? Kena beli kan??…nak beli kena ada duit, nak duit kena keja…so, sebab tu la kita keja…bla bla bla…."
Aku terkedu…ada betoi gak dia cakap…tapi aku muda lagi masa tuh, sebab tu senang naik angin…pastu dia tanya aku..berapa lama nak keja kat situ??? aku jawab taktau lagi….dia senyum saja….
Dan..itulah hari pertama dan terakhir aku keja kat situ…even satu sen pun tak dapat…tapi aku dapat satu ilmu…
KITA KEJA SEBAB KITA SAYANG DIRI KITA!
hangpa semua setuju atau tak??? Terpulang......tapi yg mana jadi suri rumah tu..takyah la keja sebab itu menunjukkan yg laki korang amat2 sayang korang...hehehehe....
ps: Sapa2 ada keja kosong..bagitau la kat aku. Aku nak apply…serius nih..bukan main2.. Area KL pun takpa…dah cemuih dah dok Penang nih….
Sunday, October 29, 2006
Lepas penat...
Fuh! sebenarnya tadak apa yg aku nak tulis...
Aku nak lepas penat...penat memikirkan benda2 yg terjadi semasa minggu raya nih...
2 -3 hari aku takleh tidoq...
Pikir, pikir dan pikir...
Berhari2 aku dok berbincang....
Berulang2 kali aku berulang SP - Penang...
Pagi SP, petang Penang, mlm SP...awal pagi Penang...
Satu keputusan yg memberi kesan yg besar terhadap masa depan aku...
Hati dilukai...dan melukai hari orang...
Begitulah aku...
Di minggu raya ini...
Hatiku dilukai...
Dan aku telah melukakan hati orang...
Dan finally...alhamdulillah...
Aku berjaya melaluinya dgn tabah...
Walaupun begitu...
Aku terkilan...
Ada orang yg kecewa dgn keputusan yg aku amik...
Tapi aku tak bermaksud demikian...
Demi masa depan...
Aku terpaksa melakukannya...
Perjalanan hidup yg tak seperti yg dirancang...
Semuanya dah tertulis...
Kita hanya merancang...
Mood sekarang dah okey...
Cuma perasaan bersalah masih menghantui diri aku...
Kepada sesiapa yg berkenaan....
AKU MINTAK MAAF....
---------------------------------------------------------------------------------------
[Versi terkini]
Apa yg anda terfikir bila melihat gambar di bawah???
Semlm aku sampai dari SP...pukul 9 lebih. Alih2 terperasan...selipar jepun yg aku dok pakai gi terawih dulu dah kena kidnap...tapi yg musykilnya...hilang sebelah saja...Apa motif disebalik kehilangan sebelah saja selipar jepun aku tuh???? Alang2 nak amik...amik ler 2-2 belah...amik sebelah apa faedahnya...buat susah2 orang saja...
Misteri betoi......
Thursday, October 19, 2006
Mood Raya:)
Termenung dan tersenyum
Syahdu dan sepi
Terdetik di hati ini
Segenap memori menjelma
Pahit dan manis
Suka dan duka
Menitis airmata
Sedih dan gembira
Buat teman semua
Ku titipkan nukilan ini
Ampun maaf di pinta
Semoga ceria
Di hari indah berseri
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Tuesday, October 17, 2006
Blues untuk 13may...
Friday, October 13, 2006
Aku hanya layan kepala:)
5 things I would do if I were a millionaire:-
- Buat masjid
- Buat sekolah
- Buat hospital
- Buat jambatan Pulau Pinang satu lagi
- Buat bom nucklear - nak bom umah Sunan Jati
5 bad habits:-
- Hisap rokok kuat
- Gila minum nescafe 'O' kaw kaw
- Suka buat tatau bila orang serius
- Bawa moto laju laju
- Suka tendang pungkoq Sunan Jati
5 things I hate doing:-
- Basuh pinggan
- Basuh cawan
- Basuh moto
- Buat keja 2 kali
- Nak baik2 ngan Sunan Jati
5 things I'll never do:-
- Makan buah betik
- Makan ulam betik
- Makan jus betik
- Makan jeruk betik
- Tidoq ngan Sunan Jati – gila hah…ingat gay ka!
5 things I regret doing:-
- terserempak ngan sunan jati
- sampai sekarang takleh nak taboh sunan jati
- asyik kena kecoh ngan Sunan jati
- sunan jati hensem lagi dari aku
- Kena cekik ngan sunan jati
5 fave toys or thing:-
- Gitar
- Zippo
- Cincin kat tangan aku
- Tepon cap ayam yg aku ada
- Sunan Jati
5 people I choose to do this:-
- sunanjati
- ayaqmasak
- angel eye
- 13may
- dan sapa sapa yg terasa best nak buat....
Hahahaha….semua pakat buat lagi…..sapa suruh hangpa pandai2 TAG sana sini....
---------------------------------------------------------------------------------------
[Cerita lain]
Hari ni aku dah senyum...equipment dah ok. Thanks buat komando2 yang telah tolong aku. Nanti aku belanja hangpa makan ikan bakar:)
Tuesday, October 10, 2006
Saya under pressure...
Sunday, October 08, 2006
Puasa & HariRaya - Kecoh
Singgah di Pasar Ramadhan kat Kampung Sg. Layar Hujung (ini kampung aku la ni) ....nak cari makan....menghampiri gerai kuih....
Mat Gusi: Hehhe...2 hari lepas posa...aku keluar...Hang apa cerita?
13may: Aku ok...dok lepak kat Penang lagi laa....hmmm...awat mai balik sini? Nanti sangkut balik...hang dah berapa kali keluar masuk dah? Tak penat ka??
Mat Gusi: Abih aku nak pi mana lagi? Umah aku kat sini...lgpun mak aku suruh aku tolong dia jual kuih nih....
13may: Hmm...Takpa la....Err..Mat Gusi, karipap ni mcm mana kira?
Mat Gusi: Ish...aku jual 3 bijik singgit...
13may: Aku tanya hang sebijik berapa duit???
Wednesday, October 04, 2006
Puasa & Hari Raya - Lelongan Baju Raya
Informasi product:
Jenama: PUMA
Market Price: RM113.oo nett
Harga LELONG: ikut budi bicara memasing....
SAMPLE BAJU
Berminat???? Sila hubungi saya dengan segera...Cepat sebelum terlambat. Promosi hanya sah sehingga pagi raya.
SELAMAT MEMAKAI BAJU PUMA DI HARI RAYA!!!!
Sunday, October 01, 2006
Puasa dan hari raya - Part 2
Saturday, September 23, 2006
Puasa & Hari Raya...
[Versi Kemaskini Lagi - 28th September 2006]
[Sila zoom untuk mendapat paparan yang lebih baik]
Hadiah misteri menanti untuk 13 customer pertama....cepat sebelum kehabisan stok!
---------------------------------------------------------------------------------------
[Versi KemasKini]
Ok..duit raya untuk korang semua.
Terimalah dengan hati yang ikhlas:)
Kepada semua:
Selamat menjalani ibadah puasa...
Sila kawal nafsu memasing (termasuk la diri aku sendiri)
Bila dah habih posa..kita raya....iya..hari raya...walaupun lambat lagi (sebenarnya tak lambat pun) aku dah mula susah hati....
Perkiraan aku untuk menyambut hari raya:
Bagi belanja umah kat kampung untuk hari raya = RM300
anak sedara ada lebih kurang 24 orang...sorang 5 ringgit = RM120 (nak bagi lebih..pokai la aku)
Adik beradik yang mungkin mai umah = RM100 (tiap2 tahun aku cuma standby byk nih)
Budak2 mai beraya = RM100 (bagi sorang 5 kupang dah la..budak2 tak reti pegang duit byk2)
Baju raya = RM200 (ntah la cukup ke tak...)
Bunga api/kad raya/rokok raya/ lain2 = RM200
Total = RM820
Itu tak termasuk bahagian aku nak huha huha lagi.....nak pi jln2 ker....keluar ngan marka lagi...hehehe....
Koman koman aku kena ada lebih kurang RM1000...oh..kena lebih RM1000...takleh kurang RM1000....just cuma nak sambut hari raya 1 atau 2 hari saja....hmmm...
raya mungkin pada 24th October....aku dapat gaji 31st October....so, otomatiknya aku sengkek pada hari raya nanti...
Oleh yang demikian..sukacita dinyatakan di sini....kepada semua yang membaca entry ini...anda dijemput datang ke rumah saya dan jgn lupa bawa duit raya sekali untuk diberikan kepada saya....
SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA!!!!!!
(dan selamat LayanKepala)
ps: Silap2 aku kena keja...hampeh!