Tuesday, June 12, 2007

Garam

Garam atau Natrium Klorida ialah sesuatu bahan yang terhasil daripada proses peneutralan.
Kebanyakan garam berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.
Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.
Pada masa dahulu harga garam adalah sangat mahal.Ini adalah kerana terdapat sebuah negara yang membayar gaji tenteranya dengan garam dan dari situlah kata nama 'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud 'garam'
Selain itu, pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada awal 1940-an, garam juga boleh dikategorikan sebagai barang mewah. Ini adalah sesebuah rumah ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi.
Cuba anda bayangkan kiranya dunia sekarang tiada garam. Manusia tidak boleh hidup tanpa garam. Masakan semua tiada mempunyai rasa kecuali rasa tawar dan tawar.

Oh ya! Mengapa aku menulis entri tentang garam ini???

Amat malang sekali jika seorang perempuan yang fizikalnya amat cantik...tidak dapat membezakan antara garam kasar ngan gula...hahahahahahaha!!!!

ps: Darling, marka kepada inspektor polis tu tak kenai garam. Ada ker patut, semalam aku ngan member aku order air nescafe...dia hidang nescafe + krimer (dlm satu bekas) + garam (dalam satu bekas)...hahha...!!! rejekk!!!!

98 comments:

Sunan_Jati said...

Bapak AHmad Albab: Bapak tanpa garam gulai nampak best pun xsedap...
kopi oo kaw tanpa gula pun xbest...
jadi gula dann garam tu rezeki dari tuhan...
heheh.. aku x ingatla.,...
pendek xkata kurang garam dan gula ... x syokla... jgn kurang asam... mcm may!

p/s: ngehehehe! weh... dia sj je test hang kot... mcm crita ahmad albabla... kekayaan dan kebahagiaan bukan datag cari bapak...! hehehe!
ok chow!

Taiko said...

ohhh tidakk.. darah tinggi!!! tapi aku suka makan ikan masin dan telor masin. telor itik ya. bukan telor lain.

13may said...

hang nak ker???? aku adjust bagi kat hang...amacam??? hahha hahha hahha

13may said...

taiko: jaga jaga dude...jgn over sgt...hahha

Ungku Nor said...

eleehh..hang memang tak pandai pilih awek..hah hah hah.

DeeN said...

Hak hak hak ... mungkin harga gula makin naik menyebabkan dia menggunakan bahan alternatif lain yang mempunyai bentuk seakan-akan sama meskipun punyai rasa yang begitu ketara bezanya.

Oit, oit. Garam boleh halau hantu yg melekat kat badan hang muahahahahahahahahahahahahahahaha

Mummy Rizq said...

ker.. ko yg tak kenal mana garam mana gula? kut mamak tu taruk garam untuk half boiled egg, ko pi masuk garam dlm kopi!

WRA said...

ahak...ahak...kesian 13May...tak pasal kena kutuk la pulak...

tersalah capai kot...mungkin aweks tu terkasima nengok you berdua sampai tersalah ambik...

Intan and The Boys said...

agaknya awek tu bukan tak kenai, saje nak buat lawak..ko ingat, ko sorang je ke yang boleh buat lawak, may?

hehehe..cian awek tu..musti dia malu..

13may said...

akak: takpa akak...cinta tu buta:D

NorDeen: hahha...kot la pun nak carik alternatif lain...carik la benda yg manis...madu ka...hahha

mummyRizq: hahha...bingai bingai saya pun...saya masih lagi dapat membezakan antara manis & masin..hahha

alexLacey: hahha...maybe..org hensem katakan...uwekkk!!! muntah plak...hahha

kurekure: hahha...sib baik dia cantik jelita:)

izinni said...

kalau setakat cantik jelita tapi tak reti antara garam dengan gula .. sangat-sangat-sangat-sangat-sangat kasihan. hehehehhee ..

errr .. dia reti beza antara beras biasa dengan beras pulut tak? hahahha

Unknown said...

rasa-rasanya....dia nak kene kan ko la :))

*tgh membayangkan muka korang minom nescafe masin*

Darling said...

hahahahahaha... sakit perut aku gelak ok dan hampir2 tercekik nasi goreng..

nasib belum jadi marka ank kan? kalau tak, ank le kiranya lelaki malang didunia.. dunia ok!! hehehee

Darling said...

ops lupa lak.. ank bayangkan le kalau ank suruh dia buat karipap.. patut ank tanya dia pandai buat karipap tak.. hehehee

ILA said...

ala aiii..tentu info pasai garam tu 13MAY copy dr mana2 entah tu~~
matlamat entry sbenar anda hanyalah perenggan paling bawah gitu..ye tak??

ILA said...

ala aiii..tentu info pasai garam tu 13MAY copy dr mana2 entah tu~~
matlamat entry sbenar anda hanyalah perenggan paling bawah gitu..ye tak??

faridfadhly said...

perkataan geram juga berasal dari garam.

zaman dulu , bile orang geram , diorg akan makan garam.

sebagai contoh..bila org tu geram..

"eee...tak tahan betul aku dengan dia tu..bak garam tu!!"

sekian.

Helena said...

Helena kuat garam. Suka kalau dapat food yg terover masin ni. hehe. Pada orang over-masin, pada Helena, just nice.

Darling said...

bila geram makan garam? i should try i think.. hehehe

ruru said...

hang jgn hena pompuan tak kenai garam ngan gula tau..sebb..aku pon penah tersilap :p
hehehe

zwitterion said...

dan org tua2 selalu kata," aku lbh dulu mkn garam dari hang"..hehe

awek tu tgh berangan kot..:)

bloodsweets said...

garam... walaupun nampak cam lekeh jer tapi kepentingannya amat dirasai oleh semua orang... hu...huuu

opss.... pi check stok garam sat....

Cik Puan Sri Quzz said...

heh..i can say that she's one of million...and if i were you, i have already fall in love with her..

why?? go and figure out...

Izariza said...

Hahaha .. kau membuat aku ketawa sendiri!
Kau hanya tahu itu garam setelah meminum Nescafe yang masin, kan May? Err.. kau pun tak tahukah bezakan gula dengan garam? :D

banggugar said...

salam,

garam dan gula tu dapat dikenali dengan merasa kedua2nya..

macam tu jugak may dan sunan..

nampak sama..

bila rasa.. lain..
may.. masin..
sunan.. pait..

hehehehe
(",)

chiku the chucuru said...

itulah asam haram kehidupan. (merujuk kepada blog hazril)

JamOren said...

aku tak dapat bayangkan reaksi may kalo nescafe tu dah siap ditambah garam...

13may said...

izinni: hahha...beras pulut confirm dia tak kenai...hahha...errr..camna hah beras pulut??? huhhu...

azah: dia nak ngorat kot??? hahha

darling: hehhe...takpa takpa...janji syiookkk!! hahha...

darling lagi: hehhe...tak sempat nak tanya...garam pun tak kenai...camna nak wat karipap...hahha

ila: hehhe...betoi betoi...copy dari wikipedia...hahha

ila lagi sekali: rujuk jawapan di atas yea...hehhe

FFadly: hahha...kitab mana la yg hang rujuk nih...hahha

helena: mak aiii...nanti bila pegi minum air kat umah Helena...kena bgtau air kurang masin satu yea...hahha

darling lagi sekali: hang nak muntah hijau...hang buat la...hahha

ruru: kah kah kah....lagi satu contoh...hahha

zwit: sebab tu org tua yg kena darah tinggi dulu...hahha

niteQueen: garam pun amat berguna dalam perubatan tradisional nih...hahha

missy: hehhe...nanti I pegi ushar dia lagi...hahha

izariza: errr...nak cuba rasa ker??? hahha

BangGugar: hahha...sunan tu bukan takat pait...tapi dah pait berdengung...3 hari 3 malam tak hilang rasa pahit lagi...hahha

fiezafadilla: hehhe...

JamOren: takyah la hang dok bayangkan...tak best langsung...hahha

K i a H R o N g G e n G said...

Ellopp ko kopi paste ker...vromm cabot.Tak tau pong sejarah garam gula nie.Syabas inpector sahab ghajin kamu mencari Informasi ni.(sempat lagi menyeletkan element wanita dlm hal ini.

Note: jgn jerek dek nonn manusia ini berubah...dun judge the basker but it salt packet...

Kemat said...

geram betrul makan kat kedai yg tak taruk garam dlm masakkannya..tawar hebe..

Petiais said...

okeh skarang tabur garam...
tgnnya yg memegang sudu bergaram dihayun kiri kanan..tetibe..

erk?!aku dan dia saling berpandangan..

tuh garam ke tuh?mcm gula jeee???

aria ayumi said...

huhu garam ngan gula mmg nampak same... tp... adehh xkan bleh beza kot... ni msti jenis yg jarang masuk dapur... kan may kan... :p

tintaHati said...

Ala hang kutuk2 sat agi hang dapat bini lagu tu baru hang tau!

nak buat camna dr segi fizikal garam kasar dgn gula hampir sama. cuma rasa yg dpt membezakan.

atau mungkin dia sengaja kasi hang garam tu pasai dia sbnrnya sakit hati dgn hang yg perasan hensem? Hahahahaha.... ;D

psst: blh terima pakai ka teori aku? hehehe...larikkk

Unknown said...

Sabor aje aku!!!! Buat penat baca... balik-balik, kutuk orang pompuan!

Peej said...

xpe la dunia tanpa garam..letak la kicap banyak2..secukup rasa..
kalau dunia tanpa garam dan kicap..baru la semua rasa tawar tawar dan tawar...

Bunga Rampai said...

Lagi teruk kalau tak tahu bezakan garam kasar dengan garam halus. (pernyataan ini juga untuk orang lelaki :) )

p/s 13may juga kawan yang baik ;)

Salam..

Sarah Mohd Shukor said...

isy..dasyat tuh klu gula dgn garam pun x kenal. nazak suami klu dh kawin. asyik munim air sirap garam..huhuh

may, awk kenal x antra halia n lengkuas? *gelak lg*

Maryam said...

Teori I - pompuan tu tertukar
Teori II - saje nak kenakan 13May...
Teori III - Nak test deria rasa orang order nescafe
Teori IV - saja nak tambah 'saham' bila 13May kutuk dia... tambah2 di blog... adei! aku pun dapat sama.

erk!

Anonymous said...

bro!

agaknya cik kak tu rabun kot. ha ha ha. tu tak leh beza garam dengan gula.

hui hui hui. terglamer cik kak tu kat blog hang :))

khairyn said...

oit!!! Ada tak terfikir yang entah-entah dia nervous jumpa kamu??? tu sebab tertukar bekas garam dengan gula hahahaha..

oh ya! Saya kirim salam kat kamu hahahaha

Noushy Syah said...

hhehehhe May, I think she's ONE in a MILLION!!!

Amazing..unbelievable!!!

Yours Truly ... XOXO said...

tak sengaje ar tuh...tak nampak..gelap...thehe cubaan membela.. ;P

Anonymous said...

idea yang menarik.. mungkin salah satu cara utk menghalau tetamu macam hang yg suka duduk lama-lama. dok meyembang ja.. sampai dia pun naik bosan.. hahaha....

13may said...

kiah: hang reti ka nak bezakan garam & gula nih??? hahha

kemat: wah! Mr. Kemat...selamat pengantin baru:)

petiais: hahha...hahha...jahanam la masakan tuh...huhhu

aria: hehhe...mungkin kot...hahha

tintahati: hahha...aku ingat dia nak goda aku la...hahha hahha

Opah: hahha..sabar opah...sabar;)

peej: jom! layan gudang garam;)

BRampai: hahha...itu dah memang melampau...hahha. Salam kembali;)

sarah: hahha...eh! tak sama ka lengkuas ngan halia tuh??? hahha..

awwaab: hahha...yg paling tepat adalah Teori V: dia nak ngorat aku...hahha

akira: hahha...hang penah tersilap dak??? hahha

khairynn: hehhe...takkan sampai camtu sekali kot. oh! ya..salam kembali...err..awat tak sertakan number tepon sekali;)

NSyah: hehhe...

yoursTruly: hehhe...cam ada pengalaman ajer nih :p

orochi: ceh! tak patut...baru ajer duduk, takkan nak halau...hahha

Diyanazman said...

ala hang ni... bukan dia tak kenal..tapi masa tu dia tak pakai contact lens dia... so dia tak nampak laa yg mana garam yg mana gula...
ish ish!!

Mama Sarah said...

berapa dia charge air nescafe tu?

Anonymous said...

o..hi may!


hari tu aku dpt skuntum bunga dr seseorg..aku pn tk tau apasal pompuan tu bg bunga kt aku. kalau diikutkn tradisi org2 itali jiwang, lelaki yg patut bg bunga kt pompuan. hm..tk pe la tu..

okay..lepas tu..aku terima je la dgn hati yg trbuka sambil menikmati makan malam kt sebuah restoran. masa aku makan ikan bakar dengan jayanya..tiba2 pompuan yg aku date tu tersedak. aku terkejut yg amat..pasal 'tersedak' dia tu adalah 'tersedak' sorang lelaki. garau, dude!

pompuan tu kata, 'sori..i trtelan garam kasar!" dengan suara manjanya.

hehe..ko jgn ingat pompuan tu lelaki..tak! pompuan tu memang 100% pompuan (aku dah tengok dah, beb! haha..).


kesimpulannya...

garam kasar boleh membuatkn suara pompuan bertukar mnjadi suara lelaki kalau garam tu tersekat kat tekak.


pengajarannya...

jgn makan garam berlebihan..nanti peluh ko rasa masin. bila peluh rasa masin..ko takkan berasa selesa semasa bermain takraw. pesanan ini ditaja oleh kain pelekat chop gadja duduk.


sekian, dude!


eh..aku nk tanya sesuatu yg dh lama aku nk tanya..er..nama ko 13may tu ko dpt dr mana? mati2 aku ingat ko ni pompuan..hahaha!

Anonymous said...

hoh! aku baru minum ayaq garam smalam...

RATNA RAHIM said...

die saje kot kasik garam..dlu saye pon penah saje kasik air teh o' masin kat sorang budak yang demand teh o' cam dekat restoren...siap ade tahap manis cemane die nak...kalo kes camnih..patut bagi secekak garam kasar dalam ayaq..hahahaha :)) *golek golek*

achik said...

hahahahahaha.. *gelak guling2*

aku pun mula2 kompius apahal la ko dok cite pasal garam ni.. ;p

Iyandz said...

Orang tua2 selalu ckp ' aku lebih dulu makan garam dari ko'. Kenapa garam jugak yg disebut2?... kenapa?///

Nadia & Babe said...

Dia bubuh taik idung kot! tu pasi rasa masin

Anonymous said...

Ye, tak dinafikan garam itu penting.
Tapi anak sapa la taktau beza garam KASAR ngn gula tu?
Huhuhuhuhuhu..

Anonymous said...

hahaha.. aku pun nak reject gak!!

kakLuna said...

garam masih lagi menjadi barang mewah kalau dalam bentuk kristal garam.

fungsi2 garam yg lain

- membunuh pacat
- menyicah pelam

adapun,kalau gaji dibayar dengan gula akan digelar 'sugary' dan kalau dibayar dengan serbuk kopi, dipanggil coffery atau dlm bahse mesia nya 'duit kopi'..kelemahannya..cepat cair ataupun cepat 'expiry'

Anonymous said...

kak lady ni bkn le marka polis tu eh..tapi kak lady pun pernah silap garam & gula sbb peket gula & garam giant seropa..tp tak sempat plak nak buat air...hahaha

kak lady

13may said...

diyanazman: iya betoi betoi...aku cuba perpikiran positif...hahha

mamasarah: charge cam biasa gak...cuma sorang dapat free lagi satu gelas..iya la..gelas pertama dah campur ngan garam...mana lalu nak telan...hahha

azzam: wah! tima kasih sebab kasi information nih...hang memang hebat la...btw, 13may = 13mei...hahha

Esampah: lorrr..hang awat plak dah???

cikBawang: mak aiii...kejam sungguh rupanya cik bawang nih..hahha

achik: hehhe...hang kenai dak garam kasar ngan gula nih??? hahha

iyandz: oh! garam merupakan salah satu barang berharga dan buleh dibuat hantaran kawin...hahha

babe: hahha...tu dah melampau...tapi takpa, sib baik comey...hahha

missTree: hahha...nanti aku gi siasat..tapi confirm, bf dia inspektor polis...hahha

qasiehfirdaus: hahha...jom geng ngan aku:D

luna: kalau sakit mata, buh garam...nanti jadik lagi teruk..pi klinik, dapat MC...takyah mai keja...hahha

13may said...

kakLady: hahha...lawak lawak...hahha

LadyTiz said...

mungkin dia terkedu kaget terkesima tengok may hensem sangat cam amitabh bachan, hero dia zaman kecik kecik...

lah, org pempuan kalau berdepan org yg dia syiok, mesti kalut punya....

*best tak kena ampu?*

psst, burger mane.. ehehe

Ayaq said...

Aku bagi pihak pompuan tu menumpang malu. Ya Allah malunyaaaaaaaaaaaaaaaa.

Emm hang kenai lagi dak bunga cengkih ngan bunga lawang?

MUAAHAHA!

arianna adrizal said...

tatau la kalau org len pun da komen yg sama. tak larat nk baca. bnyk nau.
1. gula mahal la ni..
2. saja nk try alternatif bagi elak penyakit kencing manis kot..

Anonymous said...

Saja nak test anda kenal garam ke tidak kot? Tapi tulisan anda tentang garam tu boleh hantar ke Chef Wan tu, supaya dia boleh cerita lain sikit, asyik2 Ayamas je.

DiaHarris said...

saya berasa bangga sekali kerana saya pandai membezakan di antara gula dan garam kasar walaupon saya begitu malu untuk masuk ke dapur.
lalalalaa...

ytxis said...

Teh O kurang garam satu!

13may said...

tyrexia: ceh! ada ka mcm amitabh machan...cari la hero lain woitt!!! hahha...

ayaqmasak: ceh! aku dah lupa laa....saja nak camdet aku ler tuh...hahha

anne: hohho...kencing manis tadak...mai darah tinggi...hahha

zabs: hehhe...ayamas...hahha hahha

diaharris: wah wah wah....anda memang bertuah...jom dating;)

13may said...

6060: hehhe...siap! jgn tak minum ok:D

~ mizzAmy ~ said...

~ tak baik la hang nie 13may..ader ker nak reject pasai tak kenal garam.. kot2 la masa tue mata dier rabun ker. :P ~

Sastri said...

garam ni bila buh sket kat siput khinzir, mati laa dia...

Pa'chik said...

saja nak kenakan ko je tuh... pasal ko.. jahat.. hahah...

sha said...

hahaha!!!!
takleh beza garam ngan gula.
apa jadi lepas tu?
bila dia tahu dia terbagi garam instead of gula??

hahahahaha!!

Anonymous said...

hahah.. gila banyak komen!

takpe asal layan

13may said...

mizzamy: errr...takpa, aku letak dia dlm KIV list...hahha

sastri: hahha..best kan buat camtu:D

pa'chik: hehhe...dia nak ngorat aku la...hahha

sha: hahha...muka merah ler...tapi comey tetap comey...phewitt!!!

danineh: hi! welcome to LayanKepala...a/s/l pls:D

Titicaca said...

hoh, rasa macam kertas SPM lak..

alaaa..pompuan tu nervous tgk 'kekacakan' ko tu..hahaha..

ayu_mkay said...

gula & garam mmg penting dalam kehidupan kita (dr kacamata saya yg tidak berkaca mata ni).

manis dan masin nya kehidupantentu tiada tanpa keduanya. tapi AWAS..! jgn di ambil berlebihan.. bahaya diriiiiiiii.

apapun berpada2lah ye :)

ILynn Virgobiru said...

diec x check dulu kotttt

Anonymous said...

hai romeo-kak-ungku! keh keh keh.

Mak Su said...

hai.. saja-saja singgah kat sini sat, mak su pun lepas ni kena perati betul-betul garam / gula... takut tersasul ler.

13may said...

titicaca: kacak??? uhuks uhuks..tersedak plak...hahha

ayu_mkay: jgn lupa rasa yang lain...pahit, masam dan juga tawar...hahha

ilynn: hmmm...mungkin mungkin...tapi takkan lah kot...hahha

aniwrad: pheewwitttt!!!

maksu: hehhe...selamat datang:)

Anonymous said...

errr.. hai.. awek tuh sengaja berlakon bingai kasik garam sbb taknak hang ngorat dia!!! dia macam tahu hang macam boya sikit kot.. hohoooo..

Azer Mantessa said...

laaaa dia hidangkan nescafe ngan garam?

kalau cun haku tak nak rejek ... garam pun garam ... tak kisahhhh

hehehe

biasalaaa, org tua2 cam haku, tak leh nak memilih sgt :D

me3n said...

lagi sedih kalau tak dapat bezakan mana kaca mana permata. btw aku neh permata hahahaahahaa.

shimahz said...

hehe.. mmg tak patut!!!

Achik_Sufi said...

ish..ish..sungguh makhluk itu, garam ngan gula pun x dapat dibezakan...

zizie ali said...

alkisah maka pak pandir yang sedang melepas hajat itu merasa malu kerana guni garam itu terletak di depannya.
"kau tengok aku sedang melepas ya.." kata pak pandir kepada guni yang berisi penuh berisi dengan garam itu. lalu pak pandir meletak guni garam itu di dalam sungai, sehingga tiada lagi kelihatan akan guni itu. sesudah selesai melepas, maka pak pandir mengambil balik guni tersebut. maka tiadalah lagi garam itu. habis dilarutkan oleh air.
"garam..ooo..garam... mana kau lari hah?"

oh my oh my said...

ko buat tesis pasal garam ker 13..

pB said...

Terima kasih atas maklumat yang serba guna ini....


may b member tu kat pakai spek kot..

:)

Diana Ishak said...

akhirnya berjaya gak aku masuk blog ni walau bz tahap tapir.

saper yang tak kenai garam tuh??????

CHAITTTT!

adliazaddin said...

ada ke org pompuan camtu heh :D

Anonymous said...

Garam itu penyedap rasa, tapi jangan terlebih pula, takut terkena darah tinggi jadinya :)

Anonymous said...

x kenai garam. nk kena msk sekolah untk kenal garam ka? hang aja la y skolahkan dia 13.

Suraya said...

uish. ni cikgu kimia saya masa sekolah dulu ke? cikgu!!! komik yg cikgu rampas masa saya baca dlm kelas dulu ada lagi tak? budak kampung saya dah call berkali2 mintak balik... cikgu pos kat umah saya eh? :P

13may said...

laura: tak betoi tuh...dia actually nak tarik perhatian aku...hahha

azer: hehhe...memang sempoi pun brader:D

ad3ck: errr....hang memang hensem la:p

shimahz: hahha..

achiksufi: hahha...exam dah abih ker??? hahha

zizie: hahha...lawak betoi:D

oh my: hahha...hang sambung buleh??? hahha

pb: hahha...saja nak pedajal kami kot..hahha

GreenApple: hahha...hang kenai dak??? hahha...

lesbian: anda berminat??? hahha

indahsakura: hahha...memang tinggi risikonya...hahha

HaloG: hahha...dlm bidang perubatan tradisional, garam buleh digunakan sebagai pengeras...hahha

easydent: mintak mai alamat umah...sertakan number tepon sekali yea..hahha ;)

Pa'chik said...

dia bagi garam pasai geram,
tak nak kasik gula pasai hang tak mula....

13may said...

pa'chik: hahha...pakcik memang bijak la...hahha hahha

Anonymous said...

mesti la berminat :D hehehe

13may said...

lesbian: meh phone number ;)

Anonymous said...

salam,

aiseseh..akak kalo masak tak buh garam sbb rasa masakan sumer mcm dah kena buh garam dah wlpon takde garam sebenarnya kekekkeke

13may said...

KakLina: hahha...hahha...

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may