Monday, March 26, 2007

Perempuan berbelanja lebih banyak berbanding lelaki???

1) Perempuan terpaksa membeli banyak pakaian dalam, manakala lelaki hanya perlukan satu pakaian dalam...kadang kadang tak perlukan pun...

2) Perempuan menggunakan syampoo lebih kerap berbanding lelaki. Kalau buleh tiap tiap kali mandi nak basuh rambut....manakala lelaki sebotol syampoo, buleh tahan berbulan lamanya...kalau lelaki botak, buleh tahan bertahun lamanya...

3) Perempuan menggunakan banyak alat mekap, perfume, bedak dan bermacam macam lagi....manakala lelaki hanya perlukan minyak rambut dan mungkin sesetengah menggunakan sedikit bedak dan perfume...

4) Perempuan sentiasa up-to-date dengan perkembangan fesyen, jenis jenis kain, baju kurung, baju kebaya, kasut, tudung kepala, skaf, baju tido, kain batik dan macam macam lagi...manakala lelaki perlukan beberapa helai seluar serta baju yang buleh dipakai bertahun tahun lamanya....

5) Dan paling bahaya....kebanyakkan perempuan melakukan 'mental therapy' dengan bershopping....


Kesimpulan:
Perempuan mempunyai banyak duit berbanding lelaki. Patut la orang suka pinjam duit dari perempuan....hehhe...

Hoorraaayyyy!!!!!

75 comments:

Masy said...

kesimpulan tu mcm x betul je. patutnye pompuan da x byk duit sbb spend byk kat shopping bbanding lelaki yg jarang pki suar dlm (?) n tukau baju segala.

patutnye pompuan kene minjam duit kat laki tau :p pinjam sket! hueheh

tintaHati said...

lelaki xpakai seluar dalam serius??? kamu pakai ngak? wakakakaka...

p/s: saya jenis perempuan yang banyak menyimpan dari berbelanja. tak up to date pon tak per tggu ada suami dulu..up to date dgn duit dia. huhuhu~

~ mizzAmy ~ said...

~ dari sudut lain la, pakaian + kasut perempuan senang nak cari yg murah2. that why la perempuan tak berkisah nak bershopping. but then, pakaian+ kasut lelaki jarang nak jumper yg murah2. kalo ader pun tak memenuhi citarasa, betul tak?? that why la lelaki prefer beli yg mahal tapi tahan sampai setahun. huhuhu ~

leeds said...

skang ni byk lelaki metrosexual apeee????

kalah pempuan cam aku...

hee heeee....

paling setuju dgn no 5.

tapi tak berape setuju ngan kesimpulan.tambah skit lagi... Perempuan tak semestinya banyak duit, perempuan yg kuat shopping mungkin mempunyai Lelaki yg banyak duit...

keh keh keh!

shahril aley said...

aku mmg setuju sangat dgn entry ko ni. perempuan ni mmg suke shopping spree & buang masa kat shopping complex. bole dikatakan high maintenance kalahkan building maintenance. adik pompuan aku masih study tapi bile beli kasut ngalahkan org dah berkerja plak tapi tak pakai2 pun. buat nyemak umah je.

Anonymous said...

Kesimpulan awak tak logik...kajian awak kurang tepat.

Ini ada senda gurau untuk tatapan semua.:D

Persamaan dan statistik

- Wanita khuatir tentang masa depan sehingga beliau mendapat suami.

- Lelaki tidak pernah khuatir tentang masa depan sehingga beliau mendapat isteri.

- Lelaki yang berjaya ialah seseorang yang mampu menghasilkan banyak wang melebihi daripada apa yang isterinya mampu belanjakan.

- Wanita yang berjaya pula ialah seseorang yang dapat mencari lelaki sedemikian.

- Untuk bahagia bersama lelaki, anda perlu banyak memahaminya dengan sedikit rasa cinta.


Kira-kira masa belanja

Seorang lelaki akan membayar 2rm untuk barangan 1rm yang diperlukan.

Seorang wanita akan membayar 1rm untuk barangan 2rm yang tidak diperlukan.

kingbinjai said...

ha ha dude, lelaki lakukan mental therapy dengan apa? kau tak nyatakan. Nyatakan lah... ha ha ha

Anonymous said...

sok g stadium d'aman lg, huhuu

kejor yob kejorrrrrrr

RaFFLeSiA MeRaH said...

Kesimpulan:
Perempuan mempunyai banyak duit berbanding lelaki. Patut la orang suka pinjam duit dari perempuan....hehhe...

termasuk hang la tuuuuuurrrr...

Unknown said...

mental therapy lelaki dengan apa plak? isap rokok? pastu kesimpulan tu ada kat hang kot?? lalala. apa nak jadik neh mat ghi? insaf2 la.. :P

btw.. apa cerita 'projek' besaq kita? bila nak lancarkan wahai tuan pengerusi? ngeh ngeh ngeh..

ILA said...

elleh....hubby sya suka gak b'shopping.Bila mnunggu dia nak pilih seluar tu..bley tangkap lentok d buatnya:p

Anonymous said...

Bila wanita asyik bershopping tapi masih lagi banyak duit..tak ke pelik!! tapi wanita kan pandai menyimpan walaupun selalu shopping, coz shopping benda murah jer...nak hilangkan tension jer

achik said...

aku 'tak suka' shopping... tp aku selalu 'terbeli' sesuatu... ;p

Aku Bukan Bidadari said...

Nak tahu camner pompuan leh byk duit dari lelaki...

1. Pompuan jarang nak belanja lelaki kerana motto kami ..lelaki yang minta pompuan belanja dayus!

2. Motto kedua..duit saya duit saya..duit ayang duit saya gak..muehehe

3. Bila kuar gi jenjalan sblm kuar..peluk2 + manja2 pehtu minta lah apa saja pasti dapat duit suami lah iaitu lelaki...

4. Suami bagi duit belanja makan..tapi time lunch jangan kuar duit beli buah jer 0.80 sebungkus duit lebih leh simpan beli belah..horayyy

5. yang penting kredit kad supplementary dari suami / bf pakai sehabis baik..horay...

Kesimpulannya pompuan memang banyak duit dari lelaki.. horayyyy

kakLuna said...

lelaki belanja banyak utk rokok,rokok,rokok..hahahaha

Sunan_Jati said...

whahahahah,,isap rokok duit terbang...

Pa'chik said...

achik kata...
aku 'tak suka' shopping... tp aku selalu 'terbeli' sesuatu... ;p

ko beli kasut lagi la tu.. hahaha...

lelaki abih kan duit buat isap rokok, shisha lagi, futsal, beli rim, aksesori kereta yang tak perlu lagi... mana nak ada duit.. tak kira lagi yang suka klabing, yang tonggang, judi... tu pasal selalu takde duit... hahaha...

debikdebuk said...

Kajian ko ni aku rasa akan diiktiraf ke peringkat dunia.. Bukan pompuan saja Atrowomen pun sama jerr.... Asal silap je 'fire' asal silap je 'fire... asal 'fire' je silap...

Mummy Rizq said...

lelaki botak nak shampoo apa?

Monster Mom said...

Saya mmg banyak duit... mmg habis duit hubby saya kebas.. Eh! mestila, penat penat jaga anak n rumah n hubby.. takkan nak diam jer..
Mmg keja saya ngabiskan gaji laki..
Abis nak buat apa lagi????

izinni said...

1) uikkkss .. musti ko tak pakai seluar dalam hari2 kan?
2) kalau busuk nak ke lelaki?
3) errr aku pakai baby powder je.
4) lelaki metrosexual lagi teruk
5) aku runsing bila shopping sebab duit abis, orang ramai! heheheh

shafarina said...

Sama macam monstermum, banyak duit sbb duit nafkah.. Sebab tu banyak duit nak shopping.

#5 tu adalah aku.

Kesimpulan: Lelaki perlu mempunyai duit berkepuk2 sblm menekel pompuan yg mempunyai 5 ciri yg disebutkan. :p

che'fara said...

ala.rasa cam dah 8tahun tak bershopping.patut ah asik tension jer.

Mimiamilia said...

hemm..perempuan make up tu untuk saper? untuk lelaki..
perempuan pakai syampoo wangi2 untuk saper? untuk lelaki gak...
perempuan berfesyen untuk apa?untuk cantik.untuk lelaki gak tgk dia cantik...
naper perempuan buat mental therapy dgn bershoping?sebab lelaki hanya bagi mental disaster kat perempuan. ehehhe

peace!

Ayaq said...

Kesimpulan yang sungguh tak betui. Tamau bagi number kat hang!

Angel Eyes said...

memang sah diskriminasi!

pompuan mmg lah kena shopping baju sana sini. kalau dok pakai baju yg sama jer, nanti kena 'sound' la plak. salah ker?

eleh, jeles lah tu coz pompuan sekarang byk duit!

eleh!

pB said...

kalau mcm tu, mana mana lelaki yang belum kawin , kena pandai pandai lah mencari pasangan yang byk duit...

Makcik Runner said...

jgnlah ko suke plak pinjam duit dr pompuan nanti girpren ko larik terusss...adeh!

akirasuri said...

1. hanya satu je lelaki perlu?wah guna ulang-ulang kali le ni, perghhh!!mesti busuk gilakan..ha ha ha..yelah ada suar dalam satu jek!

2. kebersihan itu separuh dari iman. cik perempuan dah ikut, ya perempuan memang bagus. ha ha ha.

3. saya tak guna make up. ha ha ha.

4. saya pakai apa yang ada. sempoi beb!

5. ha ha ha no 5 tu sesetengah bukan kebanyakkan.

kesimpulan: lelaki kedek dan busuk. ha ha ha.

Kemat said...

13 may, knapa ko bocorkan rahsia lelaki gilir2 gunakan seluar dalam, malu beb..err pernyataan ini aku nyatakn bagi pihak kawan aku, dia malu nak tulis kat sini

Maryam said...

orang? orang mana yang pinjam duit perempuan tu? bukan encik 13may jugak ke? hehehe

sha said...

perempuan mungkin berbelanja lebih berbanding lelaki tapi tak bleh la simpulkan perempuan lebih byk duit dari lelaki. lelaki suka bakar duit rosakkan paru paru. hihi. beli barang bleh gak dipakai. hehe

merapuman said...

he...he..he.. suka la kau ye, ramai perempuan layan. he..he.

Anonymous said...

jimat cermat takpe, tapi biar berpada.sederhana. jgn kedekut,sudah!

Anonymous said...

skang nie kalu lelaki buat perkara2 yg kebiasaanya org pompuan yg lakukan, ia digelar lelaki metroseksual.

D said...

eh, janganla gitu... kang saya start kang susah gak. lelaki terrer jugak berbelanja. Biasanya dalam 2-3 perkara:
1) rokok
2) motor / kereta / gadget
3) makan

MrD saya la tu, kecuali No.1 sebab itu syarat sapa tackle saya dolu-dolu - No Smoking!! HaHaHa..

banggugar said...

salam,
perempuan memang bnyk duit, bnyak dihabiskan utk banyk brng yg kdang2 xdiperlukannya..

(",)

Anonymous said...

ERRRRR..fakta pertama tu lelaki hanya perlukan satu aje pakaian dalam? ERRRRR, ni mesti jenis tak basuh sampai seminggu..muahahhaha, satu pakaian dalam utk seminggu patut arr, sebulan perlu ade 4 helai aje then recycle, tu pun kalau bacuh seminggu sekali wakakkakak..

NJ@Goboklama said...

setuju tang 1,2,5. Tak tau le yg.4 & 5 tu. Prefer less bcoz my hubby kata 'natural beauty' auww,perasan lak!

Anonymous said...

pandai la hang.. suka2 buat kesimpulan.. hoh! hapdet.. pressure dia..

aNIe said...

Hahaha....kali ini kajian 13may 99% betul...hahaha...tapi yang kesimpulan tu kan....orang perempuan yg dah kawin tu kalau banyak berbelanja sebab suami dia yang banyak duit...hahahah...baik shopping & gunakan duit dia sebelum digunakan untuk yg lain...

Sastri said...

setuju dengan 1 & 2 jer... sbb jarang shopping and tak pakai make-up... my mental theraphy lak bukan dengan bershopping tapi dengan membaca atau mendengar music... :D

Anonymous said...

huhu. korang tau kenapa pompuan lebih bnyk duit berbanding lelaki walaupun pompuan suka shopping? Ini kerana:
1) lelaki hari-hari beli rokok.
2) lelaki kuat makan.
3) barang lelaki mahal. spender jenama bum pun sehelai RM50.00. cheh!
4) lelaki kuat enjoy ngan kawan.

dan yang paling nyata kenapa duit lelaki selalu berkurang dan tidak berlebih...

5) lelaki suka bazir duit beli h/p mahal, computer gadget, electronic device, pasang skirting kat keta, attach spoiler, cat keta kaler metalik, nak pasang sportrim, tayar lebar, enjin turbo and the lists go on...

hehe. sekian tima kacih! pakcik 13 mei, sila hapdeeettt. huhu.

Diana Ishak said...

aku baru nak pinjam duit ko, dah ko kata pompuan banyak duit. maka terpaksa la aku berlagak macam byk duit.

me3n said...

ko neh esek compare laki n pompuan jer. tp kali neh mmg betul hehe.

Anonymous said...

"...manakala lelaki sebotol syampoo, buleh tahan berbulan lamanya"

ye la.mana idaknya kalau 2 minggu skali syampo rambut.pahtu secoet je titiknya..
BUSUK GILER :p

achik said...

pa'chik kata:
ko beli kasut lagi la tu.. hahaha...

alamak camne pa'chik tau nih?? hahaha

achik said...

sila updet dengan kadar segera.. sekian terima kasih!!!


kasi 13may tensen hahaha :D

Unknown said...

Ye ker perempuan lebih banyak duit dari lelaki. Saya rasa sbb perempuan ni biasa duit dia, duit dia, duit suami atau bf pun duit dia gak..hehe

Ajzie said...

Hahaha yus nak gelak baca comments yus.. Ehh tapi yea lah pompuan mmg banyak duit..hihihhi.. sajer jer kan kan

13may said...

masy: nak pinjam hapa nih??? hahha....

tintahati: waaa...musti byk duit nih...email saya okeh...ada benda personal nak bincang...hahha:P

mizzamy: iya...mcm betoi gak...saya ada sepasang kasut...dah la dapat percuma...pakai dekat 6 tahun tak rosak lagi...best kan???

leeds: hehhe....lelaki yg byk duit mesti mempunyai pompuan yg kuat shopping...hahha...

aley: hehhe....maintain maintain:D

d'other wan: wahahaha...memang anda seorang yg pakar ekonomi:)

king: hehhe...hang pikir la sendiri...takkan tatau kot:P

jaja: biar jasa jadi kenangan:D

RM: hehhe...shhhhh:P

Lindosh: hang buat la draf dulu...nanti aku review...hahha:P

ila: hehhe...itu tak dinafikan...lelaki memang agak cerewat dlm hal membeli seluar....tatau la pasai apa:D

aarin: hehhe...tapi takut beli byk2...lgsung tak berpeluang nak digunakan:D

achik: byk duit la tuh...pinjam sket??? ngeh ngeh ngeh:P

bidadari: hmmmm...cesss!!!

Luna: keh keh keh...mentak therapy la :P

sunan: kecoh kecoh kecoh!!!

pa'chik: hehhe...betoi betoi:D

debik: kah kah kah:D

mummy: syampoo kulit kepala la kot...hahha...

m-mom: hehhe....betoi la pompuan ni duit byk:D

izinni: hehhe...

wan: wahahaha....bila lagi nak pi buat therapy tuh??? hahha..

che'fara: alahai...kesian...meh saya tolong pegi shopping..tapi saya takde duit tau! hahha...

mimi: whahaha bancuh aku nampak:D

ayaqmasak: ceh! eksen sungguh!!!

angel: hahha...errr...pinjam duit sikit buleh??? ngeh ngeh ngeh:P

pB: hahha....betoi betoi:D

kc: girpren yg mana satu nih??? hahha...

akira: ceh! busuk busuk pun org sayang...hahha:D

kemat: hahha...rahsia tu pun rahsia kawan aku gak...dia suruh tulis kat sini:D

inqilaab: hehhe....kenyit mata sekali;)

sha: hehhe...pedih pedih:D

M-man: layan layan:)

skidg8: kedekut la cepat kaya...hahha:D

penyu: errr....mesti hang kan??? ngaku ajer la...hahha...

d: hehhe....

gugar: salam kembali....nanti buleh la kita pinjam kat depa...hahha

NSyah: hehhe...berangin...sedap ajer...hahha

goboklama: hehhe....

eSampah: ceh! ada hati nak pressure aku...hahha

kakLady: hehhe...memang bijak berbelanja:D

sastri: lega la...mesti duit simpanan byk kan??? hahha...

cikKema: hehhe....kena bancuh lagi:D...hahha

paloma: aku tak caya hang tadak duit...mesti hang kedekut nih...hahha...

ad3ck: aku perjuangkan kaum kita la....hahha...

ruru: keh keh keh.....tepat sungguh tekaan anda...saya setuju! tapi rambut saya tak busuk tau...hahha...

achik: hehhe...mcm mana pa'chik buleh tau nih??? musykil musykil...ehem ehem;P

achik: ceh!!! berani sungguh anda membuat saya tensen...hahha:P

yus: hahha...betoi betoi:D

ajzie hmmm...betoi la kan conclusion saya tuh...hahha

Azer Mantessa said...

dulu aku ada sorang member ... adik dia angkasawan vietnam yg pi naik angkasalepas tuh ... dia tak tahu so dia call vietnam:

kawan: hi, may i speak to ur father?
son: my father is on the moon and he will be back tomorrow.
kawan: may i speak to ur mother?
son: my mother is shopping but i have no idea when she is coming back.

:-)

shafarina said...

baru lepas ler 13may.. tensen aku kena tengok mr bean.. sempat sambar beberapa barang -> shopping teraphy katakan!

Anonymous said...

ada kwn aku spesis pelik.
dia pakai boxer dan seluar dalam.
ahaha..

Anonymous said...

i'll shop if i feel so and i would rather exercise for mental therapy. it's good. trust me.

anyway, hang nk pinjam duit ngan aku ka? bleh, bleh...

zwitterion said...

haha..

izinni said...

UPDET!!! :P

cikdinz said...

lelaki memang tak pakai seluar dalam. angin sonang masuk...heheheeee....

Anonymous said...

Updet??? Tunggu la lepas aku abis perang ek. Pastu aku nak tunggu sampai ko buat kisah2 lelaki yang suka sangat..... (apa-apa aje lah)

TedungS said...

haha... mantap gak kepala hotak ko ni ek. research lagi research lagi ;p

RaFFLeSiA MeRaH said...

update plzz....

Anne said...

pompuan banyak duit adalah pompuan yang tak pergi shopping

Darling said...

no komen, hehehehe :P

Sya said...

ooo.. patut ler....

Faridt said...

bahaya statement no 1 tu.nanti lanjut kecualilah diwaktu malam ...hahaha

ween said...

woih apa ni?? aku tak kuat berbelanja ponnnnnnnn

Anonymous said...

Laki nampak tak banyak belanja..dok goyang kaki je sambil mulut berasap naga hehe

Intan said...

bukannya ape... nak tolong ekonomi negara;)

ZaKiN said...

dulu dah komen.. naper tak masuk erk.. hohoho..!! patot org pompuan tak kisah tak kawin.. ramai yg kaya opernya.. ekkekke

izinni said...

UPDATE ler weiii

KakNi said...

Saya terpaksalah setuju sebab:

hubby saya botak, dia x pakai syampoo. saya of course lah ada rambut dan bershampoo 2 kali sehari

hubby saya tak pakai bedak, dia cuma pakai perfume aje. saya pulak ada pelbagai jenis bedak iaitu bedak muka, bedak talkum wangi (pakai malam2 masa nak masuk tidur), bedak baby dan bedak siam. Sayapun pakai perfume gak.

Apa nak buat...

Anonymous said...

Kesimpulan:
Perempuan mempunyai banyak duit berbanding lelaki. Patut la orang suka pinjam duit dari perempuan....hehhe...


wakakaka kelakar lah statement di atas ni, kacian kaum lelaki..:P

13may said...

azer: hehhe...no komen...satgi kena belasah:D

wan: takkan stress tengok Mr. Bean kot:P

kelambu: hehhe..mcm tu pun ada...

HaloG: betoi ka buleh pinjam nih?? hehhe...

zwit: hehhe..

izinni: coming coming!!

cikDinz: kah kah kah...sempoi kan:D

adikYah: hahha...selamat selamat...

tedingS: hehhe...

RM: coming coming!!

kamarsuria: aku ingatkan kamasutra tadi...hahha

darling: no reply...hehhe:P

sya: hahha...

faridt: kah kah kah:P

ween: sebab tu la hang duit byk..hahha

iman: hehhe...

intan: betoi betoi;P

ManiQ: wah! sudah kembali:)

izinni: coming coming!!

ahni: buleh la pinjam duit kalau gitu:P

Auroralina: hehhe...

Anonymous said...

x semua pompuan mcm tu.... ada setengah kena bantu suami yg kureng pendapatan. kena beli susu/pampers anak, hantar anak gi klinik, bayar duit babysitter... tu nk citer camner ?

nawa said...

salah!! lelaki lg byk duit..kalo pempuan da byk shoping ofkoz r duit we all da byk abih

otherwise boy juz enjoy for theirself

conclusion, they r same in financial ;)

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may