


ps: Lepas angkut barang hari tuh, aku pasang iklan kat stesen Petronas.
Hanya diri kita mampu melayan kepala hotak kita
ps: Semalam aku terperasan ada 'benda' dok kat meja makan aku...
ish! hujung minggu ni baru nak angkut barang. Sapa2 free, datang la tolong aku angkut barang. Rokok di sediakan:)
Sebab aku pindah:
Aku baru duduk kat umah ni lebih kurang setahun. Aku masuk setelah member tempat keja aku keluar. Sewa umah yg agak ok, RM450 untuk umah 3 bilik 2 jamban.
Tapi, umah ni ada cerita di sebaliknya. Lepas aku bayar deposit masuk umah, RM1000 lebih...baru aku dapat tau tentang cerita umah nih. Housemate member aku mati kena bunuh. So, member aku keluar sebab tak tahan gangguan. Dan dia tak cerita plak gangguan camna. Aku pun tau tentang kejadian tu, tapi aku terlupa. Sebab tu aku jadi untuk sewa umah tu.
Pada permulaan, semuanya tadak masalah. Masa aku masuk, aku import geng2 abg aku...aku buat kenduri tahlil dan 'pagar' apa yg patut.
Semua bermula sejak bulan lepas. Masa aku tidoq, seperti ada 'benda' dok tidoq sebelah aku. Terjaga tengah malam, nampak bayang2 benda dok melilau dlm umah aku. Kat dapur la, kat balkoni, kat bilik dan kadang2 rasa dok macam kat sebelah aku.
Satu malam, aku terjaga dari tidoq..lebih kurang pukul 3 pagi. Aku nampak satu 'benda' dok tidoq atas lantai betoi2 bawah punching bag aku. Aku terus bangun..aku pi tengok dekat2...
peh...sapa plak ni??? aku tertanya2...terus aku terajang dan 'benda' tu tiba2 hilang begitu saja. Macam kita tendang asap...ghaib mcm tu saja. Aku buka lampu dan terus tak tidoq sampai pagi. Malam besoknya, aku bermimpi jumpa 'benda' tu...dlm mimpi tu aku tanya dia, kenapa datang jumpa aku...'benda' tu cakap, dia cuma nak balik tengok umah dia. Dan dulu selalu dia tidoq kat tempat bawah punching bag aku tuh...aku suruh dia berambus!!
Aku balik kampung, jumpa abg aku...cerita kat dia. Dia cakap mungkin 'benda' tu balik sempena genap setahun kematian dia....
Mcm tu lah cerita dia. So, aku pun nak pindah....tak tahan dah ngan gangguan misteri nusantara camni. Sekarang tiap2 mlm aku mesti terjaga around pukul 3 pagi...aku bangun...perati apa yg patut. Pastu aku sambung tidoq....
ps: Ada sapa2 nak sewa umah aku sekarang????
...dan banyak lagi la kawan2 aku yg pelik serta gila. Walaupun mereka pelik & gila...mereka tetap sahabat yang baik. Tak pernah mempengaruhi atau memaksa aku menjadi pelik serta gila macam mereka. Tiada paksaan. Berani cuba, berani tanggung. Motto persahabatan kami dahulu. Sekarang sudah lama tak bertemu dengan mereka semua. Mungkin semua dah membawa haluan masing masing....ada yang berubah, alhamdulillah...dan ada yang masih terus begitu....
Tapi...baru baru ni...aku bertemu seorang kawan yang amat baik. Minum minum...sembang sembang dan tetiba offer aku satu benda pelik..
Adakah anda berasa pelik kiranya ada orang nak kasi anda RM20ribu secara percuma. Just saja saja bagi...mcm sedekah dan anda boleh buat apa saja ngan duit tu, asalkan belanja ke arah jalan yang benar serta halal.
Member aku bgtau aku....ada sorang hamba Allah yang begitu pemurah nak bagi duit tu. Sebab duit dia dah terlampau banyak. Member aku tu dah submit nama dia. Dia offer aku samada aku berminat atau tak? Kalau berminat, dia nak submit nama aku.
Oh! Aku berasa amat pelik!!!!
Aku dapat offer dari satu kompeni kat area Penang gak. Sekarang aku teragak2 samada nak pegi atau tak?
Aku dah interview kat kompeni tu 4-5 bulan lepas. That time, memang aku nak blah sgt2 dari kompeni aku sekarang ni. Masa interview hari tu, depa cakap depa takmau hire orang. Aku just for standby candidate (aku ada komen pasai ni kat blog Edyan7). Bila depa bgtau camtu, aku terus tawar hati dah. Sekarang depa tanya aku, masih lagi berminat atau tak..
Kelebihan tempat keja aku sekarang ialah bos aku best...dan yang sempoinya dia cantik serta seksi. Fuiiyoooo!!!! Kerja mcm nak gila pun aku sanggup...hahha!
Dan aku bebas blogging...hahahahha....
Aku blurrr..... dan konpius...
ps: Oh ya! Aku cuti jumaat ni. Aku nak pegi Melaka sat. Ada urusan seri paduka baginda sikit kat sana:)
[Wah..ini entry aku yang ke 50 la..]
Pelik tapi benar.....
Marah akan membuatkan anda bengang. Dan bengang akan mengakibatkan anda mengambil satu langkah drastik yg tak terpikir oleh minda anda yg waras.
Benda yg selalu aku lakukan apabila aku marah:
Ø Isap rokok
Ø Minum nescafe
Ø Basuh baju
Ø Sapu sampah
Ø Makan banyak banyak
Ø Cuci bilik air
Ø Dan dulu aku penah cat umah semasa aku marah…
So, jgn marah marah yea....
Oh! Siapakah itu???
ps: jgn terpedaya ngan gambar..okeh:D