Wednesday, August 30, 2006

Hidup ini satu kebetulan???

Hidup ini satu kebetulan????
anda percaya atau tidak????
tapi aku nak cerita tentang kebetulan2 yang dulu pernah terjadi dlm hidup aku....
suatu ketika dahulu......
1) Aku keluar pegi beli barang, kat jalan aku terserempak ngan sorang awek....kebetulan plak aku jumpa dia lagi sekali kat kedai barang yang aku nak pegi tuh.....
2) Aku taktau nama dia, umur dia, umah dia...kebetulan plak aku jumpa IC dia yang tercicir...
3) Aku taktau dia keja mana...kebetulan plak aku nampak dia keja jabatan kerajaan semasa aku pi pejabat kerajaan sebab ada urusan
4) Aku nak mintak number tepon dia...kebetulan plak member aku tau number dia....
5) Aku nak tau dia ada pakwe ke belum....kebetulan plak aku jumpa dia keluar tengok wayang ngan mamat mana ntah....siap peluk2 lagi.....cisss sungguh......
6) Aku rasa sakit hati dan teringin nak marah dia....kebetulan plak dia ajak aku jumpa( memang nak kena hamput nih!!!)
7) Aku punya excited nak pi jumpa dia...kebetulan plak tujuan dia nak jumpa aku adalah sebab dia nak kasi aku "Kad Jemputan Kawin" dia ngan mamat malaun sekoq tadi tuh...
Cehhh...buang masa kan?
Tak adil kan?
Tapi apakan daya...hidup ini satu kebetulan....adakah anda setuju?
Lain2 kebetulan:-
  • aku nak amik lesen memandu - kebetulan member aku buka bisnes driving school, senang sikit urusan...
  • aku teringin nak bertinju - kebetulan member aku pi Padang Besar, aku suruh dia beli "punching bag", pastu gantung kat umah aku....best..best...
  • aku ke bandar nak beli zippo - kebetulan plak hari tuh, ada orang kasi hadiah kat aku (dah 12 tahun dah aku guna zippo tuh)
  • aku selalu dah nak sengkek setiap kali nak sampai hujung bulan...kebetulan plak aku selalu dapat gaji hujung bulan....hahahahaa..... (esok masuk gaji)
  • aku dah tak ingat benda apa lagi yang terjadi secara kebetulan - kebetulan plak member aku ajak pi minum.....so, secara kebetulan aku terpaksa berenti tulis....hehehehehe.....

Oleh yang demikian, apakah pendapat anda tentang hidup ini satu kebetulan???

Ok..Selamat Menyambut Hari Merdeka & Selamat Layan Kepala:)

16 comments:

esis said...

jarang orang perasan yang kebetulan2 nih.

syukran syukran..

Hamka said...

Suratan atau Kebetulan?

La ni, lagu ni di update dan dikumandangkan semula dicorong2 radio (teringat zaman2 muda2 dulu). Lagu ni berbentuk soalan dan (mungkin) hingga ke hari ni tiada jawapan dari mana2 pihak untuk menjawab kekeliruan penyayi tersebut.

Penyanyi tersebut keliru tentang apa yg berlaku di dunia ini adakah suratan atau kebetulan. Korang jgn ingat bila aku cerita pasal lagu bermakna aku nak galakkan korang menyayi pulak, contok: kalau tukang kayu buat meja yang cantik dan kukuh, korang jangan sangka pembuat kayu tu orangnya cantik dan punyai tulang yang kukuh. Jadi sebagai menjawab soalan tadi cuba perhatikan dulu lirik lagu tersebut:

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan?
Atau sekadar satu kebetulan?

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati?

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

JAWAPAN:

Satu org alim cakap dia dapat memberi ceramah subuh ini bukan kerana kebetulan dia datang ke Kuantan , tetapi adalah kehendak Allah SWT, kerana Allah SWT telah buat keputusan untuk dia datang ke Kuantan, bukan kebetulan dia datang ke Kuantan".
Kata beliau istilah "kebetulan" ni tidak pernah wujud kerana tidak ada sesuatu pun atas muka bumi/dunia atau alam semesta berlaku secara kebetulan tetapi semuanya adalah izin dan kehendak Allah SWT.
Orang yang kata "kebetulan itu, kebetulan ini", maka yakin dia pada Allah SWT telah rosak.
Sekian,

Pembetulan:
SURATAN BUKAN KEBETULAN

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
ItuLAH suratan dalam kehidupan!
BUKAN sekadar satu kebetulan!

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
WALAU SUDAH bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
APA YANG PASTI terjadi
AMAT SANGAT menepati!

TIDAK PERLU DITAKUTkan
Menghadapi masa depan
SEMUA TELAH DI PUTUS
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
TAK PERLU KAU bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan KEBETULAN, kesilapan

ps: Semua org menjadi mayat adalah suratan, bukan sekadar satu kebetulan...

13may said...

esis - tetiba saja teringat

hamka - yaa..sepatutnya suratan, bukannya kebetulan..

shahril aley said...

yayaya.......aku sokong apa saudara hamka ckap tentang kebetulan...tapi kadang2 orang tak boleh terima sesuatu perkara sebagai suratan.apa yang pasti berlaku dibicarakan pasti mereka kata mulut celupar (contoh:matinya seorg umat)...
ishish...benda tu bukan celupar tapi ia pasti berlaku dalam hidup setiap manusia....

13 May - selamat hari merdeka...ko sambut kat mana???

13may said...

Aley - dgn penuh patriotiknya aku sambut merdeka di tempat keja aku...

merdeka! merdeka! merdeka!

bunga rampai said...

Salam,
Menarik entri ini, membuat saya termenung berfikir sekejap.

Olahan semula lirik lagu oleh Sdr. Hamka itu amat bermakna, positif, menjurus kepada rasa kehambaan dan rasa berTuhan.

13may said...

bunga rampai - salam kembali..semoga anda dapat manfaat darinya...

zwitterion said...

hmmm,saya setuju ng Hamka!

Taiko said...

Hidup ini satu kesalahan? tentu sekali tidak. Oleh itu, hidup ini memang satu kebetulan. Boleh tanda rait.

13may said...

zwit - :)

taiko - bijak..bijak...kita minum dulu!

Y said...

wauu!!
hamka reply kat sini,,,

nanies said...

salam...nice blog, dapat tahu masa tngah surf blog kawan, selamt hari merdeka tuk anda..kita samalah sambut merdeka waktu bekerja..hidup nie penuh dgn yg tersurat dan yg tersirat..sampai ketemu lagi..

13may said...

y - :)

nanies - salam, welcome welcome. Nanti kalau ada kelapangan, datanglah lagi:)

Izzah said...

pegi x kenduri awek tuh?
redha je lah yerc :)

nisa' said...

salam..
suka je baca cerita kat laman layan kepala ni...saya pun layan la kepala saya..sedang walau sy banyak kerja...ni..hehehe

Pertanyaan..kebetulan..dlm hidup ..sebenarnya, dalam hidup ini adalah takdir & anugerah..tak da kebetulan..mana yang kita tidak tahu, kita tidak duga, kita tak sangka, yang kita tak mahu, atau yang mahu itulah takdir Allah yang tersurat dan tersirat..syukurlah..

saya dtng sini, pun satu takdir yg terindah..alhamdulillah

翁惠君 said...

網頁設計 水果禮盒 酒店經紀 小琉球民宿 台北家具 台中搬家 伴手禮 酒店經紀公司 減肥瘦身 兩岸海空運快遞 台南房屋買賣 瑟芬 GUCCI,LV批發 實木地板 高雄當舖 air soft 植牙 雷射打標機 國際標準舞 酒店經紀 活動佈置 減肥瘦身 國中作文 台北酒店經紀 抓漏防水 優良徵信 廣告招牌 靈骨塔 婚姻危機 酒店打工 高雄85大樓民宿 賀寶芙 二手車 雲城清潔環保 酒店打工 成長書桌椅 外籍新娘 賀寶芙 高雄住宿 化粧品代工 氣球批發 雪花冰刨冰機 室內設計 水鑽 台南當舖 大尺碼女鞋 賀寶芙 英翻中

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may