Wednesday, July 22, 2009

186: Gosok...jangan tak gosok

Pompuan kadang kadang asyik merungut
Bila iron baju 2-3 kali tapi baju tetap kedut kedut
Mula la nak bising dan kadang kadang nak mencarut
Alaa…baju kedut sikit ajer pikiran dah nak serabut

Banding pulak dengan orang lelaki
Iron baju tenyeh 2-3 kali dah kira jadi
Takat kedut sikit sikit sapa la nak peduli
Lagipun tu dah standard lelaki iron baju sendiri

Pompuan ni kadang kadang asyik tak puas hati
Kedut sikit, sanggup ulang iron baju lagi dan lagi
Sampai keja lain semua sanggup tolak ke tepi
Alehai pompuan...iron baju sampai camtu teruk sekali

Cuba lihat kat lelaki pula
Iron baju maksimum sekali saja
Kedut sikit sikit buat buat pejam mata
Janji iron baju, tu dah kira cukup bagus laa

Walau apa pun, lelaki dah sedia maklum dan tahu
Pompuan dan iron, memang sinonim macam irama dan lagu
Bukan saja takat iron kain, tudung dan baju
Seluar jeans pun kadang kadang sebelum pakai layan iron dulu

Berbanding pula dengan geng lelaki
Bukan semua cekap dan pandai buat keja iron ni
So tak heran la baju berkedut pun lelaki dok pakai lagi
Lagipun lelaki semua tahu dan menyedari
Baju kedut bukan boleh buat pompuan jauhi diri
Sebab kedut kedut baju pun, tu pun ada pompuan jatuh hati

Hehhe hehhe…peace! :D

Sunday, June 21, 2009

185: Jom makan makan :)

Bila pompuan ajak pegi makan
Lelaki sentiasa ready untuk temankan
Walaupun sibuk mahupun tertekan
Takut pompuan kebulur, sebab tu lelaki risau dan kesian

Tapi bila lelaki yang ajak pulak
Pompuan bagi alasan bagai nak rak
Kononnya sibuk keja kemas rumah yang berselerak
Padahal cuma dok baring dan lepak lepak

Bila sampai kat kedai makan
Lelaki selalunya bagi chance pompuan buat pesanan
Walaupun beraneka jenis makanan yang bukan bukan
Lelaki senyum dan paksa juga telan

Andai lelaki yang buat pesanan pula
Pompuan bising asyik asyik menu tu saja
Merungut merungut tapi telan licin sepinggan juga
Alehai...pompuan pompuan..no komen la

Bila pompuan nak manja manja
Makanan pun suruh lelaki suap ke mulutnya
Lelaki tak kisah apa pun tak kata
Sayang punya pasal, lelaki turutkan saja

Tapi bila lelaki suruh pompuan suap makanan
Pompuan ok, sekali suap mulut lelaki...tiga kali mulut pompuan
Lelaki punya la sabar dok tunggu giliran
Last last lelaki suap sendiri pasal lapar dah tak boleh tahan

Bila dah selesai makan semua
Pompuan rileks dan senyum senyum saja
Kemudian pompuan pun bukak beg tangannya
Lelaki senyum, wow! pompuan nak belanja
Malangnya pompuan amik cermin, touch up touch up muka
Lelaki sengih dalam hati...alehaii...kena bayar lagi la jawabnya

Saturday, June 06, 2009

184: Personal

Salam...

Camna nak mula yea.....ok la, thanks bebanyak kepada semua yang berkunjung ke sini...
Dah hampir sebulan aku tak jenguk blog aku sendiri...

Ntah laa...aku rasa hari tu cam nak stop blogging kejap...sebab ada banyak benda aku nak kena buat dalam masa terdekat ni...
Dan syukur...semua dah makin stabil dan terkawal :)

So, aku rasa cam nak menulis semula...tapi mood tak datang lagi...sebab mungkin dah lama sangat tak menulis, so aura menulis tak panas lagi...

Tengok la camna nanti...hehhe hehhe

Maybe blog ini akan terus berkubur atau sebaliknya....sapa tahu kan...hehhe hehhe :)

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may