Tuesday, April 28, 2009

182: Rezeki tu ada di mana mana....

Bila pompuan pakai seluar sendat sendat
Nampak habis benda yang padat padat
Jangan salahkan lelaki kalau lelaki asyik nak dok rapat rapat
Maklum la...'rezeki' camtu bukan selalu boleh dapat

Bila pompuan pakai kain jarang jarang
Tak berkelip kelip mata lelaki dok pandang
Janganlah dok salah lelaki dan kata lelaki mata keranjang
Mana boleh tolak kalau 'rezeki' bergolek berguling dah datang

Andai pompuan pakai baju singkat singkat
Kadang kadang sampai nampak benda bulat bulat
Jangan salahkan lelaki kalau lelaki tetiba jadi buang tebiat
Memang murah 'rezeki' lelaki sampai juling bijik mata dok melihat

Andai pompuan berpakaian dedah dedah
Nampak semua celah celah dan lurah
Jangan salahkan lelaki kalau lelaki asyik pandang atas bawah
Kadang kadang 'rezeki' datang, tak baik di tolak mentah mentah

Semua ni hanya rekaan untuk hiburan saja
Maaf kalau ada sapa sapa yang terasa
Tapi macam orang orang tua selalu dok kata
Kalau terpandang tu dah memang rezeki namanya
Tapi kalau nak betul betul mencuci mata
Kalau terpandang tu...pandanglah lama lama



Hehhe hehhe...peace!


ps: Blog ini mungkin akan terbengkalai buat sementara waktu.Penulis di himpit kesibukan dan kesempitan waktu. Terima kasih kerana berkunjung dan amat hargai sokongan anda.

Sunday, April 26, 2009

181: Satu cerita....

Bila pompuan tengok filem sesuatu cerita
Silap silap pompuan boleh meleleh air mata
Lelaki senyum sendiri apa pun tak kata
Maklum la pompuan, tangkap feeling dengan cerita yang dia suka

Andai lelaki layan sesuatu cerita
Kadang kadang lelaki ada jugak rasa nak meleleh air mata
Tapi baik lelaki tahan dan cover seadanya
Kang buta buta aje kena gelak dengan pompuan gila gila

Bila pompuan dah melekat dengan cerita yang di minati
Pompuan asyik dok ajak lelaki, tengok berulang ulang kali
Lelaki senyum ajer, takpa la...layan ajer sekaki
Maklum la pompuan, kalau dia dah suka takleh nak kata apa lagi

Kadang kadang bila lelaki dah minat dengan satu cerita
Kalau nak ulang, baik lelaki tengok sorang sorang saja
Sebab kalau ajak pompuan join layan sama
Lepas 5 minit, aik??? Pompuan tu dah buat taik mata

Bila pompuan dah suka dengan suatu cerita
Berhari hari bila sembang, topik cerita tu saja
Lelaki dengar, senyum sabar dan angguk angguk kepala
Tak layan kang, pompuan tarik muncung berjela jela

Andaikata lelaki syok dengan satu cerita
Kalau nak bersembang, baik buka topik lain saja
Kang pompuan boleh rasa sakit jiwa
Buta buta aje pompuan kata lelaki ni gila

Tapi semua ni dah jadi bukti
Betapa sayangnya lelaki kat orang pompuan ni
Cerita pompuan suka, lelaki kena paksa diri minati
Cerita lelaki suka, pandai pandai la layan sorang diri

Sunday, April 19, 2009

180: Rasa macam nak berehat...

Bila pompuan terlalu penat
Lelaki ajak keluar, pompuan kata tak larat
Lelaki frust tapi tadak la kisah sangat
Sebaliknya lelaki suruh pompuan rileks dok berehat

Tapi andai lelaki pulak yang penat
Pompuan ajak jumpa, keluar juga walaupun tak larat
Sebab karang tak jumpa pompuan banyak lorat
Mula la kata lelaki tak amik berat

Jika pompuan kata dia nak berehat
Lelaki nak jumpa, pompuan kata badan tak sihat
Lelaki mengeluh tapi tadak la frust sangat
Sebaliknya lelaki pesan jangan lupa makan ubat

Tapi jika lelaki kata dia nak berehat
Pompuan nak jumpa, penat semua buang ke tepi sat
Sebab kalau tak jumpa, pompuan boleh merajuk tak ingat
Mula la kata lelaki ni ada saja alasan di buat

Andai pompuan tamau jumpa sebab nak lepak di rumah saja
Lelaki jangan tanya kenapa dan pasaipa
Sebab pompuan akan kata ada hal dan ada keja
Padahal dok dalam rumah cuma makan dan membuta

Tapi andai lelaki tamau jumpa, lepak rumah sebab tak larat
Pompuan kecewa tapi takpa la kasi peluang nak berehat
Padahal pompuan tatau depa dah kena tipu bulat bulat
Lelaki???....boleh gila tau kalau dok dalam rumah lama lama sangat

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may