Friday, November 30, 2007

123: Huh!

Lelaki memang suka melihat keindahan pompuan. Dan sebagai lelaki yang bermulut manis, mereka akan sentiasa memuji muji kecantikan pompuan. Lelaki amat senang hati jika pompuan menerima pujian mereka. Pompuan itu akan melahirkan perasaan gembira kerana di puji lelaki. Walau begitu, lelaki juga amat gembira jika sering di puji oleh pompuan. Dan pompuan amat senang hati melihat telatah lelaki. Tapi sebenarnya mereka senang hati kerana berjaya membuatkan lelaki tu perasan. Tu yang pompuan gembira tuh. Huh!

Lelaki juga amat prihatin terhadap pompuan. Mereka akan sentiasa memastikan pompuan mendapat perhatian yang secukupnya bila pompuan itu memerlukan mereka. Lelaki itu akan sedaya upaya mencari dan cuba menghabiskan masa bersama pompuan tersebut. Walau begitu, lelaki juga kadang kadang memerlukan perhatian dari pihak pompuan. Dan sebagai tanda prihatin, pompuan juga akan cuba memberi sokongan tetapi takkan sekali sekali datang berjumpa lelaki itu kerana jika berjumpa, pompuan rasa itu hanyalah membuang masa mereka. Huh!

Ada juga lelaki yang begitu bersifat peramah. Lelaki sebegini akan memastikan setiap pertemuan mereka dengan pompuan akan menjadi ceria. Lelaki akan bersembang, bercerita dan sebagainya agar pompuan itu sentiasa rasa terhibur. Walau begitu, lelaki juga rasa terhibur jika pompuan itu sentiasa bercerita dan bersembang dengan mereka. Dan sebagai menunjukkan keramahan mereka, pompuan akan bercakap dan bersembang dari satu cerita ke satu cerita tetapi hanyalah cerita yang berulang ulang. Huh!

Sebagai lelaki yang penyayang, mereka akan cuba memastikan pompuan mendapat perlindungan yang sepatutnya apabila mereka keluar berjumpa. Lelaki akan memastikan keselamatan pompuan itu terjamin dan akan melakukan yang terbaik jika berlaku sesuatu bencana atau ancaman. Tidak kurang jugak dengan pompuan, mereka juga akan cuba melahirkan sifat penyayang mereka jika sesuatu terjadi ketika mereka keluar bersama. Dan pompuan akan cuba memberi perlindungan kepada lelaki jika terjadi sesuatu bencana atau ancaman walaupun sebenarnya mereka hanya duduk berdiri menjerit kuat kuat. Huh!

Akhir sekali, lelaki juga akan menunjukkan sifat mereka yang budiman. Mereka akan melayan pompuan dengan layanan yang paling istimewa jika mereka keluar berjumpa. Lelaki akan cuba memenuhi serta menuruti segala kehendak pompuan tuh. Walau begitu, lelaki juga mengharapkan layanan yang istimewa dari pompuan bila mereka keluar bertemu. Dan jika hendak mendapat layanan istimewa dari pompuan, lelaki juga yang terpaksa memenuhi serta menuruti segala kehendak pompuan tuh. Huh!

Kesimpulan:
Argh!!! Tak puas hati!

Monday, November 26, 2007

122: Adess....

Scene 1: Si lelaki duduk bersembang sembang sambil minum minum bersama kawan kawannya. Tetiba telefon berbunyi.
Lelaki: Helo...ada apa???
Pompuan: Emergency...tolong beli 'pad' kejap. Stok kat umah dah abis. Tolong hantar kat umah yea. Cepat sikit ..
Lelaki: Hoh?? Segan la...
Pompuan: Alaa...mintak tolong nih...pi ajer 7-Eleven..kan ada member kat situ..
Lelaki: Hmmm....Okeh..tunggu dalam 10 minit.


10 minit kemudian....

Lelaki: Nah benda yang suruh beli tadi...
Pompuan: Laaa...apsal beli yang ada wings punya???!!! (Dan terus merungut rungut....)
Lelaki: Laaa...mana la nak tau....
----------------------------------------------------------------------------------------
Scene 2: Si lelaki sedang makan kue teow kerang bersama seorang kawan. Telefon berbunyi...
Lelaki: Helo...
Pompuan: Tolong beli pad kejap. Tapi jangan beli yang ada wings punya tau...
Lelaki: Okeh...tunggu kat umah.


20 minit kemudian...

Lelaki: Nah...ni takde wings punya...
Pompuan: Laaa...ni 'panty liner'...bukan 'pad'!!! (Dan terus merungut rungut....)
Lelaki: Laaa...mana la nak tau....
----------------------------------------------------------------------------------------
Scene 3: Si lelaki sedang tengok TV kat umah. Dapat mesej " Jom kuar..teman beli pad". Si lelaki bersetuju lalu membalas " Okeh..tunggu kat umah"
25 minit kemudian si lelaki pun tiba di umah pompuan tuh...isap rokok, tunggu kat luar 10 minit...

Pompuan: Sori..lambat sikit. Tolong tengok tudung orang nih..ada senget dak??
Lelaki: Hmm...okeh ajer...

Pompuan tak puas hati ngan jawapan lelaki, lalu membelek cermin keta..

Pompuan: Laaa...ni senget sikit la...tengok tudung senget pun tak reti..kang keluar, malu ajer pakai tudung senget (Dan masuk umah untuk membetulkan tudung sambil merungut rungut)
Lelaki: Laa...mana nak tau...
----------------------------------------------------------------------------------------
Scene 4: Jalan raya sesak. lelaki layan kepala dengan mendengar lagu.
Pompuan: Awat bawa keta slow nak mampuih ajer nih??? Kang tak sempat beli pad karang....
Lelaki: Laa....kan tengah jem nih...bukannya saja nak slow...
Pompuan: Huh! Tu la..yang datang bawa keta apsal??? Kan baguih tadi kalau mai naik moto saja..tak sangkut dlm jem camni! (Dan terus merungut rungut)
Lelaki: Laa...mana nak tau....

----------------------------------------------------------------------------------------
Scene 5: Dalam perjalanan pulang...dalam kereta...
Lelaki: Apsal hari nih garang lain macam saja??? Asyik nak hangin saja....
Pompuan: Sakit nak period...lagipun pompuan nak period memang moody satu macam...tu pun tatau ker???!!!
Lelaki: Laaa...mana la nak tau...(sambil tergelak gelak kecil)


Kesimpulan:
Adesss...nasib baik comei :)



Tuesday, November 20, 2007

121: Ceh!

1) Pompuan sanggup tak tido malam hanya untuk menunggu panggilan dari lelaki. Mereka sanggup bersengkang mata atau membatalkan aktiviti lain, semua hanya kerana lelaki itu. Begitu jugak dengan lelaki. Mereka juga sanggup tak tido malam dan bersengkang mata jugak..tapi hanya semata mata mahu menelefon dan mengganggu pompuan! Ceh!

2) Pompuan sanggup datang dari jauh, beribu ribu batu hanya kerana ingin menemui teman lelaki mereka. Mereka sanggup mengambil cuti dan melupakan hal hal peribadi, semua hanya kerana lelaki itu. Tetapi lelaki pun sama gak. Sanggup datang beribu ribu batu jugak, semata mata ingin bertemu dengan pompuan tuh…tapi mesti ada maksud lain..contoh nak pinjam duit ker, nak minta tolong apa apa ker! Ceh!

3) Pompuan sanggup berdiam diri apabila krisis berlaku dalam hubungan. Ini supaya perkara ini takkan berlarutan hingga peringkat yang tak terkawal. Lelaki jugak kadang kadang berdiam diri jika ada krisis…pastu terus dia mengamuk macam orang gila. Ceh!

4) Pompuan kadang kadang selalu membeli hadiah yang mahal mahal untuk lelaki sebagai tanda penghargaan. Mereka tidak kisah walaupun mereka kesempitan wang akibat dari pembelian hadiah tersebut. Begitu jugak dengan lelaki, selalu membeli hadiah…dan selalu mintak balik atau pinjam balik hadiah tuh bila sesak sesak. Ceh!

5) Pompuan sanggup tak makan kerana susah hati memikir tentang lelaki. Mereka berasa sangat risau dan hilang selera makan. Begitu jugak dengan lelaki, mereka juga berasa risau dan susah hati bila memikirkan tentang pompuan…tetapi tak pernah hilang selera makan! Hehhe..


Kesimpulan:
Serupa tapi tak sama :D

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may