Friday, March 30, 2007

Super Senior Super Duper Technical Specialist








Banyak kan kerja aku..
Memang layak aku promote diri aku jadik Super Senior Super Duper Technical Specialist!!!

oh ya! amoi itu adalah apprentice aku:)

Monday, March 26, 2007

Perempuan berbelanja lebih banyak berbanding lelaki???

1) Perempuan terpaksa membeli banyak pakaian dalam, manakala lelaki hanya perlukan satu pakaian dalam...kadang kadang tak perlukan pun...

2) Perempuan menggunakan syampoo lebih kerap berbanding lelaki. Kalau buleh tiap tiap kali mandi nak basuh rambut....manakala lelaki sebotol syampoo, buleh tahan berbulan lamanya...kalau lelaki botak, buleh tahan bertahun lamanya...

3) Perempuan menggunakan banyak alat mekap, perfume, bedak dan bermacam macam lagi....manakala lelaki hanya perlukan minyak rambut dan mungkin sesetengah menggunakan sedikit bedak dan perfume...

4) Perempuan sentiasa up-to-date dengan perkembangan fesyen, jenis jenis kain, baju kurung, baju kebaya, kasut, tudung kepala, skaf, baju tido, kain batik dan macam macam lagi...manakala lelaki perlukan beberapa helai seluar serta baju yang buleh dipakai bertahun tahun lamanya....

5) Dan paling bahaya....kebanyakkan perempuan melakukan 'mental therapy' dengan bershopping....


Kesimpulan:
Perempuan mempunyai banyak duit berbanding lelaki. Patut la orang suka pinjam duit dari perempuan....hehhe...

Hoorraaayyyy!!!!!

Monday, March 19, 2007

Ungkapan Lelaki kepada Wanita...

Ungkapan: Wajahmu putih berseri umpama bulan
Tersurat: Bulan penuh yang bercahaya memang cantik dan mempesonakan
Tersirat: Ungkapan di atas bermaksud kiranya anda dipuji sedemikian rupa, pegi balik umah..cermin muka tu dulu…beli pencuci muka apa yang patut..pastu buat treatment…sebab permukaan bulan sebenarnya adalah bergerutu dan kasar….hahha

Ungkapan: Engkaulah nyawa, intan, payung,berlian
Tersurat: Amat berharga dan bernilai
Tersirat: Kiranya anda dipuji sebegitu, berhati hati lah….kerana anda sebenarnya langsung tidak bermakna sebaliknya anda hanya digunakan ketika sesak atau terdesak..kerana andainya hilang nyawa, dia peduli hapa..bukan diri dia…dan payung hanya berguna semasa hujan atau panas..manakala intan berlian buleh dijual beli….hahha

Ungkapan: Demi dirimu, lautan api sanggup ku renang
Tersurat: Sanggup berkorban apa saja
Tersirat: Anda sedang di’ayat’ oleh seorang yang tak reti berenang kerana mana ada lautan api dalam dunia nih…hahha

Ungkapan: Tidur tak lena asyik teringatkan awak
Tersurat: Si dia terlalu rindukan diri anda
Tersirat: Sebenarnya dia keja shift malam..mana buleh lena. Nanti kena marah…hahha

Ungkapan : Tahniah, awak ngan dia memang seperti pinang di belah dua
Tersurat: Sama padan sama cantik
Tersirat: Anda sedang di cemburui dan kemungkinan besar akan di ’bomohhitam’kan oleh ’ex’ anda kerana bentuk pinang yang dibelah itu bergantung kepada alatan yang digunakan untuk membelah pinang tersebut. Kasi hancur pun buleh tau…hahha

Ungkapan (kepada 2 orang wanita): Korang berdua ni memang sekepala la
Tersurat: Memang ngam dan serasi
Tersirat: Hati hati…kerana anda berdua mungkin dimadukan oleh lelaki tersebut…kan satu ’kepala’……hahha

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may