Tuesday, January 30, 2007

Pada suatu hari...

Aku terserempak dengan Mereka-1
Aku cuba rapat dengan Mereka-1
Mereka-1 jauhkan diri dari Aku

Aku terjumpa Mereka-2
Mereka-2 bagi respon kat Aku
Aku biasa saja dengan Mereka-2

Aku terjumpa pulak dengan Mereka-3
Aku buat buat syok kat Mereka-3
Sebab Mereka-3 dah ada Depa

Tapi Aku masih cuba rapat dengan Mereka-1
Tetiba Mereka-1 pun rapat dengan Aku

Aku juga rapat dengan Mereka-3
Tapi Aku tak konfiden ngan Mereka-3
Mereka-2 pun tetiba nak rapat dengan Aku

Mereka-1 rapat dengan Aku
Mereka-2 masih cuba rapat dengan Aku
Mereka-3 tinggalkan Depa

Aku serba salah....
Aku nak buat hapa nih?
Adakah Aku bersalah?
Oh! Tidak....
Sesungguhnya Aku hanyalah mangsa keadaan.....

Dan tatkala Aku tengah berjiwa kacau....
muncul plak si dia...
Iya...si dia telah muncul.....
Aku tersenyum...
bukan gembira...
tapi Aku dah bertambah pening kepala!!!

Romeo must die!!!

Wednesday, January 24, 2007

Kajian Rambang...

Kajian 1:
Mana2 pompuan yg dikatakan lawa / cantik oleh lelaki sememangnya pompuan tersebut adalah lawa / cantik. Jika tak berapa menarik, lelaki akan berkata” hmmm…boleh la tahan….”

Kajian 2:
Lelaki amat mudah diperdayakan oleh pompuan dan pompuan pulak mudah terpedaya ngan lelaki…dua dua sama aje:p

Kajian 3:
Ramai wanita suka dan minat memasak, tetapi kebanyakkan chef chef terkemuka dunia terdiri daripada org lelaki…

Kajian 4:
Lelaki selalu dikatakan ‘buaya darat’, tapi bunya pun ada jantan betinanya, so….pompuan pun boleh jadik ‘buaya darat’ gak kan???

Kajian 5:
Kebanyakkan wanita mandi pagi tanpa membasahkan rambut…cuma jirus badan, cuci muka dan apa2 yg patut. Kalau mandi basah rambut…ada la yg tak kena waktu malam tadi…hehhe..

Kajian 6:
Lelaki akan menggenggam tangan wanita lebih lama jika bersalam dengan wanita berbanding lelaki sama lelaki…kadang2 tak salam pun. Angkat tangan main 'hoi hoi' saja..

Kajian 7 :
Mat bunga adalah lelaki yg tak hensem tapi pandai meng’ayat’ pompuan…manakala Hero bunga adalah lelaki hensem yg menjadi kegilaan pompuan…


errr…aku mat bunga atau hero bunga….HAHAHAHAHAHA!!!!!!

Ceh!

arghhh!!! entry aku dah hilang!!!!
tak betoi dah blogspot nih!!!
Kepada semua yg telah layan kepala dan telah meninggalkan komen kat entry "Qaplah di Hari minggu"...aku mintak maaf kerana entry tersebut telah menghilangkan diri. Dan kejadian ini amatlah MISTERI.
ps: ada sapa2 tau cara nak retrieve semula entry yg hilang????

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may