


ps: Lepas angkut barang hari tuh, aku pasang iklan kat stesen Petronas.
Hanya diri kita mampu melayan kepala hotak kita




ps: Semalam aku terperasan ada 'benda' dok kat meja makan aku...
ish! hujung minggu ni baru nak angkut barang. Sapa2 free, datang la tolong aku angkut barang. Rokok di sediakan:)







Sebab aku pindah:
Aku baru duduk kat umah ni lebih kurang setahun. Aku masuk setelah member tempat keja aku keluar. Sewa umah yg agak ok, RM450 untuk umah 3 bilik 2 jamban.
Tapi, umah ni ada cerita di sebaliknya. Lepas aku bayar deposit masuk umah, RM1000 lebih...baru aku dapat tau tentang cerita umah nih. Housemate member aku mati kena bunuh. So, member aku keluar sebab tak tahan gangguan. Dan dia tak cerita plak gangguan camna. Aku pun tau tentang kejadian tu, tapi aku terlupa. Sebab tu aku jadi untuk sewa umah tu.
Pada permulaan, semuanya tadak masalah. Masa aku masuk, aku import geng2 abg aku...aku buat kenduri tahlil dan 'pagar' apa yg patut.
Semua bermula sejak bulan lepas. Masa aku tidoq, seperti ada 'benda' dok tidoq sebelah aku. Terjaga tengah malam, nampak bayang2 benda dok melilau dlm umah aku. Kat dapur la, kat balkoni, kat bilik dan kadang2 rasa dok macam kat sebelah aku.
Satu malam, aku terjaga dari tidoq..lebih kurang pukul 3 pagi. Aku nampak satu 'benda' dok tidoq atas lantai betoi2 bawah punching bag aku. Aku terus bangun..aku pi tengok dekat2...
peh...sapa plak ni??? aku tertanya2...terus aku terajang dan 'benda' tu tiba2 hilang begitu saja. Macam kita tendang asap...ghaib mcm tu saja. Aku buka lampu dan terus tak tidoq sampai pagi. Malam besoknya, aku bermimpi jumpa 'benda' tu...dlm mimpi tu aku tanya dia, kenapa datang jumpa aku...'benda' tu cakap, dia cuma nak balik tengok umah dia. Dan dulu selalu dia tidoq kat tempat bawah punching bag aku tuh...aku suruh dia berambus!!
Aku balik kampung, jumpa abg aku...cerita kat dia. Dia cakap mungkin 'benda' tu balik sempena genap setahun kematian dia....
Mcm tu lah cerita dia. So, aku pun nak pindah....tak tahan dah ngan gangguan misteri nusantara camni. Sekarang tiap2 mlm aku mesti terjaga around pukul 3 pagi...aku bangun...perati apa yg patut. Pastu aku sambung tidoq....

ps: Ada sapa2 nak sewa umah aku sekarang????