Thursday, June 22, 2006

World Cup Poster (1930 ~ 2006)

Sempena musim World Cup, aku macam tak sempat nak update blog. So, sebagai kenangan aku attached poster World Cup sepanjang zaman....enjoy & Layan Kepala:)



















Wednesday, June 07, 2006

My Band

Tetiba saja aku teringat tentang band aku yang ditubuhkan 5 tahun lepas...kami tubuhkan band ini di Melaka semasa aku bekerja kat sana...aku jumpa sorang budak kat Melaka, main drum....kami decide nak form satu band.....pastu aku recruit 2 orang lagi untuk join band kami....vokalis aku merupakan bidan terjun yang kami jumpa kat kedai kopi...Kami jamming dengan memainkan lagu2 sendiri yg kebanyakan dicipta oleh aku & drummer aku....aku ingat kami ada lebih kurang 10 lagu ciptaan kami...kami ni tak terer sangat main...cuma minat saja...main pun...aku rasa budak sekolah lagi terer main dari kami........after several months kat Melaka...kami semua balik pegi keja kat Penang.....and terus bergerak aktif until drummer aku menarik diri sebab nak balik kampung...kampung dia kat Pahang....sekarang aku ingat dia keja ngan geng felda....pastu aku kelam kabut cari drummer....tapi susah nak dapat.....and then vokalis & bassist aku tarik diri...depa nak kawin dan tak leh nak bagi komitmen lagi kat muzik....
sekarang cuma tinggal 2 orang...aku & mamat sorang lagi...kami masih lagi bermain muzik....main gitar aje la...masih mencari bahan2 baru untuk band kami...at the same masih cuba mencari drummer...kami biasa main ngan budak yang main gendang silat...peh! dia ketuk drum style gendang silat...lawak gila...hehhe...tak kisah la...janji layan....
ada sorang lagi drummer yang kami jumpa...tapi dia ni leceh sikit...nak main drum, kena isi kepala dulu.....baru boleh layan....pastu main macam orang gila....
macam tu la serba sikit tentang band aku......Layan Kepala:)

Friday, May 26, 2006

mari makan kueh...





Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kuih gelang
Dua tiga kuih boleh ku cari
Mana nak sama pulut panggang sorang

Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan

Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Masalodeh yang baik dikenang juga

Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu

Lepat Pak Malau lepat pisang
Lepat hamba lepat ubi
Pau tuan pau kelapa
Pau hamba pau serikaya

Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah pandai makan karipap

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita makan bubur jagung
Malam esok kita makan tapai

Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan

Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi

Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh di bayar
Hutang dodol di bawa mati...


SELAMAT MENJAMU SELERA.....
Layan kepala:)

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may