Friday, May 26, 2006

mari makan kueh...





Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kuih gelang
Dua tiga kuih boleh ku cari
Mana nak sama pulut panggang sorang

Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan

Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Masalodeh yang baik dikenang juga

Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu

Lepat Pak Malau lepat pisang
Lepat hamba lepat ubi
Pau tuan pau kelapa
Pau hamba pau serikaya

Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah pandai makan karipap

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita makan bubur jagung
Malam esok kita makan tapai

Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan

Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi

Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh di bayar
Hutang dodol di bawa mati...


SELAMAT MENJAMU SELERA.....
Layan kepala:)

Thursday, May 25, 2006

Fakta World Cup


mmm...malas betul hari ni....sempena World Cup 2006 yang nak mai ni...aku cuma copy paste saja satu email yang aku dapat mengenai bola:
Subject: KENAPA 45 MINIT?
Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.Dia menjawab...."Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah...Terdapat 2 pasukan di dalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain di setiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang. Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan di dalam perlawanan. Oleh itu,jumlah keseluruhan ialah 45 minit.Persoalan terjawab !!!Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!


MORAL OF THE STORY: Jgn lupa tengok world cup...

Monday, May 22, 2006

Jiwa Kacau

Jiwa kacau......hari ni aku jiwa kacau....ada masalah peribadi yang mengacau jiwa aku....kepala hotak jadi buntu....
Pernah tak korang menghadapi penyakit jiwa kacau??? Kajian menunjukkan anda mungkin mengalami penyakit jiwa kacau apabila:-
1) Anda berasa jiwa kacau
2) Jiwa kacau mengacau anda
3) Anda dikacau oleh jiwa kacau
4) Anda bercakap mcm sedang jiwa kacau
5) Jiwa kacau mempengaruhi anda bercakap
6) Pengaruh jiwa kacau
7) Jiwa kacau mempengaruhi
8) Dipengaruh jiwa kacau
9) Aku memang tengah jiwa kacau....jiwa kacau....jiwa kacau....
Antara faktor2 yg menyebabkan berlakunya jiwa kacau:-
1) Jiwa anda memang kacau
2) Kacau memang jiwa anda....
argh!!!!!!!! nampaknya dah teruk aku merapu ni.....aku jadi bengong....
"jiwa ku kacau...gilakan kau..." - tak silap aku Amy Search nyanyi lagu ni.........
aku adalah aku
kau adalah aku
hidup aku adalah aku
mengapa aku jadi aku
kenapa harus aku jadi aku....
ntah la...jiwa aku tengah kacau....
Balik Layan Kepala.........

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may