Saturday, March 21, 2009

174: Lepak lepak LayanKepala...

Bila lelaki lepak lepak sesambil rehatkan minda
Pompuan kata lelaki merapu sebab tadak keja
Tapi pompuan tatau lelaki bukan lepak semata mata
Sebenarnya lelaki serius memikirkan hal hal negara

Andai lelaki gelak ramai ramai masa dok melepak
Pompuan jaki kata lelaki keja nak memekak
Tapi pompuan tatau lelaki bukan saja nak ketawa terbahak bahak
Padahal lelaki cuma hilangkan stress dengan cerita cerita lawak

Bila lelaki lepak lepak sampai ke pagi
Pompuan kata tido terus kat situ, takyah balik umah lagi
Padahal lelaki bukan suka suka lepak sampai terbit matahari
Tapi nak tunggu mandi embun pagi, bagus untuk kesihatan diri

Andai lelaki gemar melepak malam malam buta
Pompuan dok bising kata lelaki buang masa
Padahal lelaki dok umah bukannya boleh lena
Otak jadi sempit tekanan jiwa, takut muda muda dah jadi gila

Oleh itu pompuan kena la berfikiran terbuka
Pikir la benda benda baik dan positif belaka
Lelaki lepak bukannya buat benda tak tentu hala
Cuma rehat rehat serta cuci cuci mata
Jangan la pompuan hanya tau nak pot pet pot pet saja
Ke pompuan sebenarnya jeles lelaki lepak tak ajak depa?

Ngeh ngeh ngeh >:P

Monday, March 09, 2009

173: Kerana dirimu begitu berharga...

Pompuan selalu bising kata muka lelaki macam beruang
Bila lelaki asyik suka nak simpan jambang
Tapi bila jambang dah abis di cukur dan di buang
Pompuan keja nak tanya" Ni ada apa apa ker bang?"

Setengah pompuan tak gemar lelaki berambut panjang
Katanya nampak tak kemas dan serabut lintang pukang
Tapi pompuan tatau, rambut panjang tetap nampak macho depan belakang
Lain la kalau bulu hidung yang panjang dan penuh ruang

Pompuan juga ada yang suka merungut
Bila misai lelaki tebal abis tutup mulut
Tapi pompuan dah memang suka pikir melalut lalut
Sebab misai tebal tu lelaki boleh buat tutup parut

Ada pompuan geli dan selalu kata lelaki macam gorilla
Bila terdapat lelaki suka tunjuk bulu dada
Tapi lelaki kata dah tumbuh nak buat camna
Kalau lelaki suka tunjuk bulu ketiak, lagi la naya

Tapi semua masalah ni bukanlah sebesar mana
Kerana pompuan tetap akan menerima lelaki seadanya
Walaupun rupa lelaki tu macam beruang mahupun gorilla
Sebab tanpa lelaki....siapa la wanita..

Ngeh ngeh ngeh >:)

Sunday, March 01, 2009

172: Apa yang penting? Kerjasama....

Pompuan selalu benci dengan lelaki boya
Dah ada pasangan, tapi masih nak berpoya poya
Tapi pompuan tak tahu lelaki punya la setia
Lagipun berpoya poya itu kan cuma hobi saja

Pompuan dok bising lelaki hidung belang
Dah ada teman, tapi dok cari lain kat belakang
Tapi pompuan tak tahu lelaki bukanlah ada niat nak curang
Lagipun ianya cuma sekadar nak isi masa lapang

Pompuan keja nak kata lelaki mata keranjang
Ada marka kat tepi pun, pompuan lain pun sempat di pandang
Tapi pompuan tak tahu lelaki punya la penyayang
Sebab dalam hatinya, cuma ada pompuan tu sorang

Pompuan juga menyampah dengan lelaki penipu
Walaupun dah berteman, tapi tetap nak berlakon single gitu
Tapi pompuan tak tahu yang lelaki sebenarnya bukanlah sebegitu
Ia cuma sekadar nak test market, samada masih laku atau tak laku

Tapi walau apa pun alasan lelaki beri
Pompuan tetap mengata lelaki itu ini
Walau begitu lelaki tetap harap pompuan dapat mengerti
Benda ni kadang kadang terjadi di luar kawalan diri
Sebab tu orang selalu kata bahawa dasar lelaki tak sedar diri
Oleh itu...maafkanlah kami....

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may