Thursday, May 01, 2008

134: Suatu petang bersama PakLang...

13may:
Salam PakLang...apa cerita la nih???
PakLang:
Salam...PakLang dok lagu ni la. Pagi tengok projek..petang2 sampai ke malam dok ronda ronda camni laa...

13may:
eh! nak tanya PakLang sikit laa....
PakLang:
Apa benda???

13may:
hehhe...nak tanya pendapat PakLang. Saya dok perati ada banyak lelaki sebaya PakLang asyik dok melepak sampai lewat lewat malam...Adakah ini berkaitan ngan istilah untuk lelaki 'Life begins at 40'?
PakLang:
Hmmm....Secara am, lelaki berumur 40tahun dan ke atas buleh dikategorikan semi veteran. Mereka kebanyakan sudah mempunyai keluarga dan mempunyai anak anak yang sudah besar. Oleh yang demikian, lelaki pada usia sebegini selalunya akan berasa dirinya agak bebas. Macam PakLang :)

13may:
Bebas??? Maksud PakLang???
PakLang:
Kita sering melihat geng geng ini melepak kat kedai kedai makan, nasi kandaq kadang kadang hingga ke lewat pagi.Mereka ini bukannya tidak mempunyai komitmen terhadap keluarga, cuma kalau ada di rumah pun mereka hanya mampu dok saja tanpa melakukan apa apa kerja. Ini secara tak langsung akan merunsingkan kepala dan pandangan mata isteri mereka. Isteri mereka kadang kadang rasa rimas. Sebab tu depa keluar dok melepak...macam PakLang :)

13may:
Tapi kalau dok kat umah pun, apa salahnya...makan tidoq makan tidoq..nikmat sungguh!
PakLang:
Camtu memang nikmat, tapi lelaki akan menjadi tak waras jika berkurung terlalu lama dalam rumah. Mereka akan menjadi serba tak kena.Tidoq kena berleter, tengok TV kena berleter...dok saja lagi la kena berleter. Ini akan menyebabkan mereka tertekan seterusnya akan menyebabkan kemungkinan terjadinya konflik. Sebab tu lelaki asyik tak berada di rumah....macam PakLang :)

13may:
Awat tak buat keja kat umah???
PakLang:
Nak buat keja apa??? Nak ubah ubah perabot??? Tu cari nahas ngan bini PakLang kalau pi gatai gatai ubah susun atur dia...
Nak sapu sampah??? Tak penah nampak pun umah kotor...tapi MakLang dok sapu sapu gak...padahal PakLang tengok umah ok saja...
Nak basuh baju??? Kang kena marah ngan MakLang...sebab dia takut tercampur semua baju2..kang ada yang turun kaler...naya saja...
So, cara terbaik...dok saja la dalam umah....macam PakLang :)

13may:
Kalau lepak2 kat luaq..tadak masalah. Tapi kalau yang dok usung pompuan lain kat luaq, camna plak PakLang???
PakLang:
Abih tuh...kalau takat lepak ngan lelaki, tu buang karan. Buat perabih duit...tapi tak dapat apa pun.Sekali sekala kena gak ngan pompuan. Baru la best sikit, abis duit pun berbaloi...macam PakLang :)

13may:
Kalau pompuan tu nak kawin ngan PakLang???
PakLang:
Hehhe....ni yang payah nih. Sebab lelaki amat payah nak meninggalkan orang yang dia sayang.Tapi lelaki suka nak menambah nambah orang yang dia sayang...macam PakLang :)

13may:
Aikk??? Bunyi macam nak kawin lagi ajer PakLang nih....
PakLang:
Hahha hahha hahha....dah memang dasar lelaki...tamak haloba...macam PakLang :)

13may:
Kah kah kah...ok PakLang, nak kena cargas dah nih...ada benda lain plak nak pi buat.Any last word dari PakLang mengenai "Life begins at 40' ???
PakLang:
Adaaa....untuk lelaki yang berusia 40 tahun ke atas...
ingat pesan PakLang nih.."Biar mati bini...jangan mati pucuk"!
Macam PakLang :)

*PakLang, 47 tahun, 3 anak, Bekas tukang kasut, Sedang mengusahakan projek bela kambing*

Wednesday, April 02, 2008

133: Busy...


Jumpa lagi!

Thursday, March 20, 2008

132: Semulajadi...

Secara am, pompuan amat setia dengan pasangan mereka. Jika dalam hati pompuan itu telah bertahta seorang lelaki, maka lelaki lain jangan harap dapat memiliki hati pompuan tersebut. Pendek kata, pompuan berpendapat hatinya bukan untuk dikongsi kongsi. Berbanding lelaki, rata rata lelaki juga amat setia dengan pasangan mereka. Cuma yang menjadi masalah, lelaki merupakan kaum yang jarang mempunyai sifat sifat kedekut lagi bakhil. Atas dasar itu, lelaki bukanlah sengaja mencari pompuan lain walaupun hatinya telah ada pompuan yang bertahta. Cuma secara semulajadi, lelaki merupakan kaum yang pemurah dan sudi hatinya yang kecil itu dikongsi kongsi oleh seberapa ramai pompuan yang mampu. Hehhe..

Pompuan juga adalah kaum yang kuat semangat dan sentiasa nekad dengan keputusan mereka. Jika pompuan telah mebuat keputusan untuk menerima seorang lelaki dalam hidupnya, maka seluruh hidup pompuan itu akan menjadi milik lelaki tersebut. Mereka sanggup mengharungi apa saja bersama pasangan mereka dan langsung tak pernah pernah jemu dengan pasangan mereka. Berbanding kaum lelaki, mereka juga nekad dan sentiasa berpegang teguh dengan keputusan yang di ambil. Jika lelaki menerima seorang pompuan, maka pompuan itu akan terpahat selama lamanya dalam hidup lelaki tersebut. Cuma yang menjadi masalah, lelaki merupakan golongan yang sentiasa mencari jalan untuk menjana idea baru serta memperkembangkan idea idea mereka itu . Jadi lelaki bukanlah sengaja mencari pompuan lain walaupun lelaki tersebut telah mempunyai teman wanita, cuma ia hanya salah satu teknik atau langkah mencari idea untuk meneruskan kehidupan kerana dengan meningkatkan pergaulan serta menambah kenalan terutamanya pompuan, ini akan mengalakkan pertumbuhan akal fikiran. Ini juga merupakan sifat semulajadi. Hehhe...

Rata rata kasih sayang pompuan terhadap lelaki amat sukar di gugat. Pompuan kalau dah sayang terhadap seorang lelaki, pompuan sanggup sehidup semati hingga ke akhir hayat. Betapa tingginya rasa cinta pompuan terhadap seorang lelaki. Ini kerana pompuan berpendapat kasih sayang itu biarlah hingga ke lubang kubur. Berbanding lelaki, mereka juga mempunyai kasih sayang yang amat sukar di gugat. Cuma yang menjadi masalah, lelaki merupakan kaum yang sentiasa mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Atas dasar itu, lelaki bukanlah sengaja mencari atau mudah di goda oleh pompuan lain walaupun kasih sayang lelaki tersebut terhadap temannya amat tinggi. Cuma lelaki adalah kaum yang semulajadi sentiasa mencari peluang dan sentiasa dahagakan pengalaman baru. Sebab itu lelaki amat pantang berjumpa dengan pompuan lain, mesti nak mencuba nasib kerana bagi lelaki, belum cuba belum tahu. Hehhe…

Akhir sekali, pompuan merupakan kaum yang lemah lembut dan amat menyayangi pasangan mereka. Walaupun kadang kadang fizikal pompuan nampak tegas, tegap dan nampak keras, namun hati pompuan tetap mempunyai nilai nilai murni seorang pompuan. Keras di luar tetapi lembut di dalam. Berbanding lelaki, hati lelaki juga lembut dan amat menyayangi teman wanita mereka. Cuma yang menjadi masalah, lelaki adalah kaum yang kuat samada dari fizikal atau mental. Jadi bukanlah lelaki sengaja mencari pompuan lain. Tetapi ini adalah secara semulajadi, lelaki juga mempunyai nilai nilai murni seorang lelaki iaitu keras di luar dan juga 'keras' di dalam. Errr..errr....lupakan saja...
Kesimpulan:
Bukan ku pinta jadi sebegini......

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may