Tetiba timbul satu perasaan…..perasaan rindu.
Iya…kita rindu. Walaupun kita tengah marah, selepas 2-3 hari kita akan rindu.
Kita rindu suaranya.
Kita rindu ketawanya
Kita rindu senyumannya
Kita rindu pandangan matanya.
Serba serbi kita rindu…..
Kita tengok gambar dia lama lama.
Kita senyum sorang sorang.
Kita renung barangan pemberiannya.
Kita terkenang kenang saat saat pahit manis bersamanya.
Kadang kadang, tak dapat tengok orangnya, dapat tengok rumah dia pun jadi lah….
Contoh di atas adalah antara sindrom bila orang tengah rindu.
Bila rindu kita akan melakukan perkara perkara yg kadang kadang buleh dikategorikan sebagai ”Hang memang GILA!!!!“
Kita cakap kita rindu kat dia…dan kita nak jumpa dia. Bila berjumpa, kita akan mencari pasal dan bergaduh. Kita pelik…tadi bukan main rindu lagi. Bila jumpa, gaduh gaduh gaduh….heran heran. Ini sebenarnya dinamakan rindu dendam.
Akibat terlalu rindu, kita menjadi geram kat dia. Sebab tu bila berjumpa, kita lepas rindu melalui kaedah marah marah tapi sayang.
Akibat rindu:
Kita tak peduli kiranya bil tepon kita naik.
Kita tak peduli walaupun kita sanggup travel beratus ratus kilometer untuk berjumpa dengannya.
Kita tak peduli walaupun kita terpaksa ponteng kerja semata mata untuk keluar bersamanya.
Oleh yg demikian…kawallah perasaan rindu anda. Kalau tak terkawal, anda akan menjadi manusia yang tak normal.
