- Kita selalu dengar org kata: “Bodoh macam lembu” tapi orang itu tak sedar bahawa banyak bayi dan kanak2 minum susu tepung yang diperbuat daripada susu lembu. So, orang itu ibarat kata kat diri dia dan keluarga dia sendiri.
- Kita selalu anggap lalat seekor binatang yang kotor dan jijik…tapi terdapat banyak di kalangan orang kita suka tahi lalat.
- Kita jumpa orang kita suka beli pinggan mangkuk, periuk belanga mahal mahal…tapi tak guna pun. Mereka lebih suka simpan dalam almari buat perhiasan.
- Kita selalu tengok orang akan lebih susah hati jika kereta mereka rosak berbanding ahli keluarga mereka yang sedang sakit.
- Kita selalu kata kita digigit nyamuk…padahal sebenarnya nyamuk tak gigit kita, ia cuma hisap darah kita. Habih bintat!
- Kebanyakan kita suka makan pelbagai jenis cucur, tapi tak pernah sesekali makan cucur atap.
- Tahukah anda, perkataan Loqlaq yang seringkali disebut oleh penduduk di negeri kawasan utara adalah singkatan daripada Teloq dok kat Luaq....Jgn dok buat loqlaq okeh!
ps: Bangun tido, terperasan tanda lebam di peha kiri aku (takyah la aku nak tunjuk gambar..seksi sgt)…org kata kena gigit ngan hantu, betul ker????
