Thursday, October 17, 2013

13 October 2013

Introducing Mr & Mrs 13may :)


Syukur alhamdulillah

Tuesday, October 08, 2013

Mohon doa dan support :)

Salam semua.....errr...ada lagi ka orang yang masuk blog ni? hahha

Apa apa pun...mungkin ada sahabat sahabat blogger yang aku kasihi (chewah!) yang selalu dok jengah blog ni walaupun dah...bukan bersawang lagi dah....dah jadi sarang labah labah dah kot....hehhe hehhe

InsyaALLAH....pada 13 Oktober 2013 nanti, aku akan menikah. Ni serius ni...bukan pantun ka, gurindam ka...ni betoi betoi nak menikah ni...hehhe hehhe. Majlis simple simple sahaja.

Sehubungan itu aku berbesar hati untuk menjemput mana yang kelapangan untuk ke majlis aku. Mohon doa dan sokongan dari semua agar aku dipermudahkan urusan. Terima kasih :)


ps: Jenuh dok try and error login tadi...password dah hampir lupa  :D

Friday, September 27, 2013

Pantai Kerachut Penang


Monday, August 05, 2013

Salam Aidilfitri 1434H


Friday, July 19, 2013

Puncak Kepala Angin Gunung Jerai

"It's ain’t about how hard you hit; it’s about how hard you can get hit, and keep moving forward"...Rocky Balboa

Sunday, July 14, 2013

Salam Ramadhan 1434H


Wednesday, January 16, 2013

Dah tahun 2013....




Monday, October 31, 2011

Tiada tajuk

  • Baca entri entri yang aku tulis...tergelak sorang sorang. Macam tak percaya aku yang tulis semua tu.
  • Blogwalking....banyak kawan kawan dah berenti blog. Banyak juga blog yang bersawang dan banyak juga blog yang 'permission denied'.
Malam ni aku layankepala. Rindu la kat kawan kawan blogger terutama yang start blogging sekitar tahun 2006. Kerana tahun 2006 aku mula kenal dunia blog dan start menulis. Rasa cam dasyat plak...hehhe hehhe.

Friday, September 23, 2011

Teka teki teka tekuk

Di sini ada satu teka teki
Siang malam buat tak peduli
Lantak la nak bunyi berapa kali
Apa benda kalau tuan bijak bestari

Memang tuan bijak sekali
jawapannya ialah bila tepon pompuan berbunyi
Tapi apa sebab benda ini terjadi?
Biasa laa...pompuan merajuk memang macam ni

Di sana ada satu masalah
Tengah manis manis terus ia berubah
Masam manis pahit kelat semua bercampur sudah
Kalau tuan pandai, sila jawab lah

Memang tak sangka sama sekali
Tuan makan apa bijak sampai camni
Jawapannya memang sikit pun tak lari
Ni lah rupa bila pompuan merajuk tak abis lagi

Kejap kejap, tuan nak pegi mana ni?
Teka teki tak abis lagi
Ada lagi soalan yang nak diberi
Nombor apa yang paling lelaki benci?

Alaa...kacang sangat soalan yang di beri
Budak sekolah pun boleh jawab soalan ni
Jawapan bagi nombor yang lelaki paling benci
Biasa laa...Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi!

huh!

Thursday, September 22, 2011

Kenangan mengusik jiwa

Tiba tiba aku terkenang
Pada kamu yang seorang
Mula hati berdegup kencang
Teringatkan kamu malam dan siang

Jalan lenggang melentik lentik
Punggong terangkat macam anak itik
Bikin nafasku turun dan naik
Ishh!! geram sungguh hatiku berbisik

Kau menghampiriku dengan muka manja
Aku peluk gembira tak terkira
Rasa nak picit picit gigit gigit saja
Aku tak peduli apa orang nak kata

Sedang kita lepak berdua dua
Telefonku berbunyi, potong stim betol la
Terpaksa ku tinggalkan kau dengan segera
Apa nak buat, aku pergi atas urusan kerja

Abis kerja aku segera bergegas kembali
Tak sabarnya rasanya nak bertemu denganmu lagi
Rindu semakin bersarang dalam diri
Tak puas bermanja denganmu sebentar tadi

Ku panggil namamu berkali kali
Tiada sahutan, cuma sunyi dan sepi
Segenap penjuru aku mula mencari
Namun engkau tidak jua ku temui

Tiga hari tiga malam berlalu pergi
Bukan kata batang hidung, bau pun tiada lagi
Sah la engkau telah meninggalkan ku pergi
Pergi kali ini pastinya tiada kembali

Akhirnya aku terpaksa menerima
Bahawa kau telah pergi buat selamanya
Ku berdoa agar kau sentiasa bahagia
Walaupun aku di sini menderita
Malam ni kenangan kita mengusik jiwa
Teringat anak kucing ku yang hilang....huwaaa!!!!!!!!!

Thursday, April 14, 2011

Gurindam buat PakLang - si lelaki veteran :)

Lelaki veteran ni sering di salah erti
Tegur pompuan sikit, mula dikatakan tak sedar diri
Rumah kata pergi, kubur dok ajak kemari
Tapi masih dok ligat fewitt fewitt sana sini

Tapi semua ni salah pompuan sendiri
Pakaian jarang jarang, selak sana sini
Mau nya lelaki tak senang duduk dan berdiri
Silap silap yang nak mati pun, buleh cargas kembali

Golongan lelaki veteran juga selalu di salah anggap
Pantang tengok pompuan muda, keja nak ngap
Tapi pompuan tak sedar mereka juga yang jadi penyebab
Pendek kata lelaki ni cuma terperangkap

Kasut tumit tinggi, jalan tonggek tonggek
Goyang kanan goyang kiri! Perghh!!! Memang terbaek!
Hati lelaki berdegup kencang bergolek golek
Jadi bukan salah lelaki kalau dok perati dok belek belek

Geng lelaki veteran juga selalu pompuan dok kata
Sebelum mengorat, cermin dulu la muka
Rupa hensem sikit saja dari monyet kera
Tu pun ada hati nak ayat anak dara

Tapi pompuan selalu memang tak peka
Lumrah lelaki, baik tua atau muda
Nampak pompuan, memang la suka nak mencuba cuba kenyit mata
Yang pompuan gatai dok layan tu buat apa???
Sebab macam orang tua tua selalu dok cerita
Tepuk sebelah tangan mesti takkan berbunyi punya...

ps: aku yang semi-veteran...hehhe hehhe:)

Saturday, March 19, 2011

Ruang...

Ruang....
Ada yang besar...
Ada yang kecil...
Yang sempit terhimpit himpit..
Yang padat kadang kadang sedap...
Yang kosong sunyi dan sepi...
Yang lapang kadang kadang membosankan...

Ruang yang banyak untuk di isi...
Ruang yang sedikit di kongsi kongsi...

Ruang tamu yang mendamaikan...
Ruang makan yang menceriakan...
Ruang tidur yang membahagiakan...

Teringat pada ruang waktu...
Termasuk juga ruang iklan...
Tak lupa pada ruang pejabat...

Tapi jangan sesekali lupa...
Ruang untuk bernafas!

Sunday, September 05, 2010

197: Gurindam Hari Raya 2010

Dam dam dum bunyi mercun sana sini
Tanda raya akan di sambut tak lama lagi
Baik pompuan mahupun lelaki
Masing masing sibuk dengan persiapan diri

Dari pagi sampai la ke malam
Pompuan asyik buka almari setiap sejam
Dok perati baju raya yang dah lama tergantung kat dalam
Hishhh...tak sabaq sabaq la raya nanti nak melaram

Lain pulak dengan lelaki
Setiap sejam dok bukak almari
Bukak luas luas sambil dok perati
Hishhh...raya dah dekat, baju selai pun tadak lagi

Pompuan mula contact kawan kawan sana sini
Tepon depa, raya nanti jemput la ke mari
Tak kisah la siang, malam, pagi, tengahari
Jemput beraya ke rumah nanti

Begitu juga dengan lelaki
Tepon kawan kawan kat sana sini
Dok tanya ada tak kat umah masa raya nanti
Buleh la pi beraya, jimat makan tengahari

Pompuan mula la dok buat kira kira
Untuk budak budak, kena ada bajet duit raya
Takut nanti budak budak dok mengata
Pompuan ni kedekut bin bakhil punya dok ada

Lelaki pulak dok pening campur tolak sana sini
Dok kira kira duit raya untuk budak budak nanti
Pikir punya pikir, ishhh...bajet tak cukup ni
Arghh!!! Duit raya tadak, makanan berlambak la kat sini

Akhirnya raya pun menjelma tiba
Pompuan bangun pagi pagi siapkan segala benda
Gosok baju, isi kuih dan makanan semua
Alangkah bahagianya di hari raya

Begitu jua dengan lelaki
Bangun pagi pagi, oh! gembiranya rasa hati
Mula la dok plan dok kira dengan jari
Nak beraya umah marka yang mana dulu ni

Tapi apa jua cara sambutan kita nanti
Semua individu berhak bergembira dan menikmati
Masing masing sudah punya agenda sendiri
Tapi sembahyang raya, jangan la tak pegi

Sempena hari mulia hari raya ini
Penulis menyusun sepuluh jari
Silap salah harap di maafi
Selamat hari raya aildilfitri
Eh! ucapan raya ni tak habis lagi
Ada duit raya tu...hulur hulur la ke mari
Maklum la, raya tengah bulan...gaji tak masuk lagi

Hihihihi...kita jumpa lepas raya nanti!

Tuesday, August 31, 2010

196: Apa nak buat...kami kan lelaki

Pompuan selalu dok kata
Lelaki ni perangai sama saja
Time mengayat, manis budi bicara
Bila dah dapat, buat acuh tak acuh ikut suka

Tapi pompuan kena la tau satu perkara
Lelaki ni banyak benda nak pikir dalam kepala
Dari kerja, kereta, kerja dan kereta
Kadang kadang tu memang tak sempat nak tanya kabar kat marka

Pompuan ni selalu dok mengata
Lelaki ni asyik asyik dok merungut sakit kepala
Padahal pompuan bukan minta suruh buat apa apa
Cukup la sekadar sms tanya kabar satu dua

Tapi pompuan memang tak amik pusing
Banyak benda buat lelaki pening
Dah la stress keja tiap tiap hari kena hentam dalam meeting
Sms pompuan satu dua, pompuan kata lelaki dah tak caring

Pompuan juga selalu dok kata
Lelaki ni memang pandai dok auta
Siang malam bila tanya, ada saja keja
Sibuk sana sini, alasan aje tu semata mata

Tapi pompuan cuba paham sikit pasai lelaki
Walau lelaki ni busy, pompuan tu tetap dalam hati
Bila keja, lelaki memang fokus dan teliti
Tapi busy busy pun, sempat dok ayat pompuan lain lagi
Bila marka merajuk, lelaki langsung tak risau dalam hati
Apa nak buat...kami kan lelaki...bila kantoi, pujuk la kembali

Hihihihi...selamat hari raya aidilfitri!

Saturday, August 28, 2010

195: Sedikit Update

Salam semua,

  • Company closing calendar September. So banyak pending projek nak kena setelkan before September.
  • Program amal ...rujuk Program Kami Prihatin kat SINI
  • Projek jualan kat bazaar sempena Hari Raya. Sebagai technical support untuk booth...so tetiap malam pi lepak kat sana [Jam Besar Sungai Petani]
  • Dan macam tahun tahun yang lepas...kepada sesiapa yang nak kad raya ekslusif dari 13may, sila tinggalkan alamat kat komen atau emel: encik13may@yahoo.com [sebelum 03rd September 2010]
Sekian, update buat masa sekarang. InsyaALLAH blog ini akan diupdate semula lepas raya nanti.




Selamat Hari Raya semua...maaf zahir batin.

Regards,
13may

Sunday, August 08, 2010

194: Hello world :)


It's been a while. So you tell me...how shall i start? hehhe hehhe


Sunday, November 22, 2009

193: Airmata buat kekasih...Part: 1

Bila pompuan tetiba buat silap
Cepat cepat kat lelaki pompuan mintak mahap
Air mata dok meleleh kat pipi, pompuan saja biar tamau lap
Alehaiiii...lembut hati lelaki, marah pun jadi sekejap

Tapi bila lelaki buat salah
Tobat tobat lelaki kata nanti tak buat dah
Biar pun merayu meleleh keluar air mata darah
Tapi pompuan tetap kata "U boleh blah"!

Bila pompuan buat silap saja saja
Pompuan dengan cool kata tak sengaja
Sesambil buat muka sedih, keluarkan air mata
Lelaki mengeluh, benda dah nak jadi...nak buat camna

Andai lelaki buat silap dengan sengaja
Lelaki hanya tersenyum dan tersengih saja
Toksah la menangis atau buat apa benda
Sebab pompuan akan tetap tak caya

Tapi semua ni biasa la kan...
Baik lelaki mahupun pompuan
Kadang kadang buat salah, tu dah lumrah kehidupan
Kalau pompuan buat kesilapan
Kejap aje lelaki dah maafkan
Andai lelaki pulak yang kesalahan...
Pandai pandai la buat alasan.....

~End of Part 1~

Wednesday, October 14, 2009

192: Warkah buat kekasih

Bila kita keluar lepak sama sama
Lelaki lain senyum kat ayang, abang rileks tadak apa apa
Memang jeles tu ada tapi abang tetap bangga
Maklum la, marka lawa semua orang dok senyum dan perhati saja

Tapi tatkala kita lepak lepak berdua
Abang senyum kat pompuan lain, ayang dah naik murka
Mula mengata abang gatal, itu ini tak sedar diri la
Padahal senyum tu kan satu sedekah, salah ka abang buat pahala?

Semasa kita keluar makan berdua
Lelaki lain meja sebelah, dengan ayang dia cuba bermain mata
Abang cool dan steady makan pun rileks saja
Takat bermain mata, tadak gugat apa apanya

Tapi semasa kita berdua tengah makan
Abang terkenyit mata kat pompuan sebelah, ayang dah hempuk pinggan
Mula la mengata abang itu ini memang dasar jantan
Padahal mata abang masuk habuk, ayang langsung tak kesian

Bila kita keluar minum berdua
Tepon ayang SMS masuk bertalu talu, abang langsung apa tak kata
Memang la tensen, tapi abang pikir benda baik dan positif saja
Mungkin ada hal penting yang ada orang nak tanya

Tapi sewaktu kita dok minum berdua
Tepon abang SMS masuk, ayang dah masam mencuka
Mula dok sibuk tanya sapa la, nak apa la
Padahal SMS tu cuma notis dari servis provider saja

Bila kita dok borak kat telefon malam malam berdua
Ayang cerita itu ini, abang dengar dan kata OK saja
Lantak la cerita itu dongeng atau apa apa
Apa yang penting, ayang rasa bahagia

Dan bila kita dok borak malam malam kat tepon lama lama
Abang pun bukan kemain buka macam macam cerita
Tapi kadang kadang abang heran awat ayang diam saja
Alehaiii....rupa rupanya ayang dah membuta

Tapi walau apa pun yang ayang kata
Abang sikit tak amik hati punya
Walau kadang kadang perangai ayang buat abang gila
Buat masa ni, dalam hati abang cuma ayang yang ada
Tapi kalau pompuan lain nak kat abang pula
Ha! Ha! Ha! Babai ayang...!! Baru padan muka
Opss!!! Abang cuma melawak gurau gurau saja
Please laa...jangan merajuk lama lama..

Thursday, October 08, 2009

191: Gigi hitam gigi kuning, ketiak masam lelaki pening

Pompuan amat mementingkan keterampilan diri
Supaya lelaki yang melihat mudah jatuh hati
Tapi lelaki yang kadang kadang buta tuli
Ntah ntah pompuan tu selalu missed mandi pagi

Tapi biar pun selalu missed mandi pagi
Pompuan tetap ada rahsia dan cara tersendiri
Basuh muka, sikat rambut spray mintak wangi
Nampak berseri dan lelaki tetap mudah jatuh hati

Minyak wangi baunya bukan kemain lagi
Menusuk hidung sampai lelaki boleh naik berahi
Mula lelaki berebut nak menghampiri
Pompuan senyum bangga dengan diri sendiri

Pompuan mula pikir seorang diri
Bukan susah nak buat lelaki jatuh hati
Walau tak mandi, lelaki tetap cari
Mula la riak saham masih tinggi

Tapi memang la dah nasib lelaki
Selalu mudah tertipu dengan benda benda gini
Janji muka cantik dan berkenan di hati
Tak mandi pun, lelaki dok cari cari

Tapi pompuan kena ingat satu benda ni
Lelaki tak kisah walaupun selalu missed mandi pagi
Sebab boleh cover dengan bau minyak wangi
Tapi tolong la jangan missed gosok gigi
Bila bercakap bau longkang dan air liur basi
Huiii...muntah hijau tau berhari hari

Saturday, September 12, 2009

190: Gurindam Hari Raya 2009

Tinggal sudah tak seberapa hari
Hari raya akan di sambut lagi
Baik pompuan mahupun lelaki
Masing masing sibuk dengan persiapan diri

Pompuan dah mula dok buat kira kira
Nanti raya nak pakai baju apa
Baju kurung ada dua, kebaya ada tiga
Kesian pompuan...sakit kepala pilih baju semata mata

Berbanding dengan geng lelaki pula
Hari raya langsung tak pening kepala
Cuma pakai baju melayu ataupun teluk belanga
Susah susah layan ajer T-shirt pagoda

Kemudian pompuan pening dengan jadual keja
Hari ni penat cuci tingkap, esok jenuh lap lantai pula
Kesian kat pompuan...tapi nak buat camna
Rumah mesti nak kena cantik kalau nak sambut raya

Berbanding pula dengan si geng lelaki
Lagi dekat nak raya, semakin lagi la rancak goyang kaki
Langsung tak pening rumah kotor atau berdaki
Apa susah, raya nanti pintu semua kasi rapat rapat kunci

Lepas keja rumah semua dah selesai
Pompuan dok pening selak buku resepi sehelai sehelai
Nak buat kuih, takleh hentam cincai cincai
Nanti takut masa raya kawan kawan kata buat kuih tak pandai

Cuba tengok geng lelaki pula
Takdak kuih raya pun tak takut punya
Sebab kalau kawan kawan datang beraya
Kacang goreng, air tin dan rokok jadi juadah istimewa

Malam raya pompuan gelabah lagi
Kelam kabut dok mengemas itu ini
Dok mengatur, menyusun dan mencuci
Silap silap buat keja sampai ke pagi

Begitu juga dengan geng lelaki
Malam raya, malam yang penentuan sekali
Kelam kabut dan gelabah pegi sana sini
Tapi sibuk dok pegi cari mercun dengan bunga api

Tiba sudah hari raya
Pompuan senyum megah di dada
Pakaian cantik, rumah bersih, kuih pun beraneka
Oh! Bahagia rasa sambut raya, muka pun ceria

Lelaki pun macam tu juga
Hari raya hari yang bahagia
Tapi dalam hati berdebar tak terkata
Duit dah habis, ni semua mercun bunga api punya angkara

Tapi semua ni tak kisah la kan
Baik lelaki ataupun pompuan
Masing masing nak beraya sakan
Duit ringgit, masa dan tenaga kena la korban

Sekian sudah nukilan kali ini
Gurindam hari raya sebagai ganti diri
Salah dan silap harap di ampuni
Ianya cuma sekadar bergurau sesama sendiri
Sehingga kita semua bertemu lagi
Dari penulis, Selamat Hari Raya AidilFitri


ps: Download lagu raya kat sini:-
Volume 01: http://tigabelasmay.blogspot.com/2009/09/koleksi-lagu-raya-sepanjang-zaman.html

Volume 02: http://tigabelasmay.blogspot.com/2009/09/koleksi-lagu-raya-sepanjang-zaman-part.html

Volume 03: http://tigabelasmay.blogspot.com/2009/09/koleksi-lagu-raya-sepanjang-zaman-part.html

Volume 04: http://tigabelasmay.blogspot.com/2009/09/koleksi-lagu-raya-sepanjang-zaman_15.html

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may