Tiba tiba aku terkenang
Pada kamu yang seorang
Mula hati berdegup kencang
Teringatkan kamu malam dan siang
Jalan lenggang melentik lentik
Punggong terangkat macam anak itik
Bikin nafasku turun dan naik
Ishh!! geram sungguh hatiku berbisik
Kau menghampiriku dengan muka manja
Aku peluk gembira tak terkira
Rasa nak picit picit gigit gigit saja
Aku tak peduli apa orang nak kata
Sedang kita lepak berdua dua
Telefonku berbunyi, potong stim betol la
Terpaksa ku tinggalkan kau dengan segera
Apa nak buat, aku pergi atas urusan kerja
Abis kerja aku segera bergegas kembali
Tak sabarnya rasanya nak bertemu denganmu lagi
Rindu semakin bersarang dalam diri
Tak puas bermanja denganmu sebentar tadi
Ku panggil namamu berkali kali
Tiada sahutan, cuma sunyi dan sepi
Segenap penjuru aku mula mencari
Namun engkau tidak jua ku temui
Tiga hari tiga malam berlalu pergi
Bukan kata batang hidung, bau pun tiada lagi
Sah la engkau telah meninggalkan ku pergi
Pergi kali ini pastinya tiada kembali
Akhirnya aku terpaksa menerima
Bahawa kau telah pergi buat selamanya
Ku berdoa agar kau sentiasa bahagia
Walaupun aku di sini menderita
Malam ni kenangan kita mengusik jiwa
Teringat anak kucing ku yang hilang....huwaaa!!!!!!!!!