Monday, August 31, 2009

188: Madu, racun dan penawar

Pompuan kadang kadang mudah melenting
Pasal jerawat sebijik kat muka, depa dah mula pening
Boleh membebel berleter jerit tengking tengking
Lelaki hairan sampai berkerut abis semua kening

Bila lelaki ada jerawat sebijik kat muka
Pompuan tanya,tu jerawat dok menggatal ngan sapa
Mula la nak cari pasal tak tentu hala
Lelaki hairan lagi, apa pun tak terkata

Bila lelaki tanya "apehal ni nak darling?"
Pasal jerawat sebijik, takkan itu dah runsing?
Pompuan tak kira, perasaan dah bergolak berpusing pusing
Mau tak mau, lelaki tahan jugak walau telinga pedih berdesing desing

Andai pompuan tanya, awat jerawat tumbuh kat muka?
Lelaki jawab, "Ntah...ia tumbuh tiba tiba"
Pompuan tak kira, ni mesti ada apa apa
Mau tak mau, lelaki kena jugak tahan telinga

Lelaki cuba bersabar dan cuba memahami
Apehal la nak kisah tentang jerawat sebiji ni
Lelaki cuba juga pujuk nak ambil hati
Tapi pompuan tetap juga buat buat merajuk lagi

Lelaki cuba memujuk lagi sekali
Takat jerawat sebijik, muka pompuan tetap ayu berseri
Tapi pompuan masih tak puas hati
Dok juga merajuk tak abis abis lagi

Last last lelaki mula nak bersuara nyaring
Silap silap boleh pecah dinding dan siling
Elehhh....pompuan tetap tak heran dan tak ambil pusing
Dari layan lelaki, baik layan anak kucing

Akhirnya pompuan pun mula senyum lebar
Saja buat buat mengamuk walaupun dah tau punca sebenar
Nak tengok takat mana lelaki boleh sabar
Layan karenah pompuan yang kadang kadang mencabar
Jerawat sebijik pasal bendera PMS dah nak berkibar
Saja nak kasi lelaki turut sama stress tak sedar sedar

Lelaki urut dada senyum senyum tawar
Dalam hati dok geram rasa macam nak penampar
Tapi betul la macam orang selalu dok kabar
Pompuan pompuan....engkaulah madu, racun dan penawar :)

Friday, August 21, 2009

187: Rindunya nak blogging...hehhe hehhe

Tatkala rindu bersarang dalam diri
Pompuan gelisah teringatkan si kekasih hati
Bila dapat jumpa, tanpa jemu pompuan dok perhati
Di tenung wajah lelaki berkali kali

Begitu juga dengan si lelaki
Rindu kat pompuan kadang kadang dekat setengah mati
Bila dapat jumpa, lelaki pun asyik dok perhati
Tapi perhati bahagian dada lebih dari muka pompuan tu sendiri

Andai rindu melanda lagi
Pompuan tak sabar sabar nak jumpa lelaki
Bila dah dapat bertentang mata sesama sendiri
Pompuan rasa kalau boleh nak dok berdua sepanjang hari

Lelaki pun macam pompuan juga
Bila rindu, rasa tak sabar sabar nak jumpa
Dah dapat jumpa, lelaki jadi geram tak tentu hala
Kalau boleh nak ajak lepak kat tempat gelap gelap saja

Bila rindu menguasai diri
Pompuan mengelamun senyum sorang diri
Terkenang kisah kisah cinta yang di lalui
Akhirnya terlena peluk bantal di ulit mimpi

Begitu juga dengan si lelaki
Bila dah rindu, abis bergelora jiwa dan hati
Teringat segala kenangan dan memori
Silap silap tak boleh tahan, jenuh ketuk kepala lutut sendiri

Bila masing masing dah rindu merindui
Kalau dapat jumpa, gembira sungguh rasa di hati
Lepak lepak ketawa bersama sama sepanjang hari
Cukup masa, masing masing pulang umah sendiri
Sampai umah, tak sempat tukar baju sms masuk bertubi tubi
"Hi awak...rinduuuu...tak puas la jumpa tadi"
Aikk??? Tadi baru jumpa dah rasa rindu lagi????


Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may