Wednesday, January 21, 2009

166: Tak heran laa....

Ada pompuan suka berkebaya batik
Sendat dan ketat, jalan melentik melentik
Lelaki tengok mata yang pejam terus jadi celik
Tak heran la kalau lelaki buat benda pelik pelik

Pompuan juga suka berkain kurung
Nak rugged sikit, kasi ketat kat punggung
Lelaki tengok abis meleleh darah kat hidung
Tak heran la kalau lelaki asyik nak usung

Kadang kadang pompuan gemar berkebaya nyonya
Kain nipis dan yang jarang jarang punya
Lelaki tengok sampai ternganga nganga
Tak heran la kalau lelaki asyik ajak keluar bersama

Pompuan juga berminat layan kurung moden
Belah sikit kat depan, tu dah kira fesyen
Lelaki tengok lebih kusyuk dari tengok televisyen
Tak heran la kalau lelaki asyik ajak ikut pegi out-stesen

Coretan ini rekaan semata mata
Tiada kaitan dengan sapa sapa
Mintak ampun kalau ada yang terasa
Ini sekadar sebagai hiburan saja
Tapi pompuan jangan heran laa...
Pasaipa lelaki tumbuh tanduk atas kepala >:)

edited:
9.39pm, 21st January 2009

Hahha hahha :D

Friday, January 09, 2009

165: Aku dan dia...

Hati aku kuat berdebar
Melihat bibirnya yang merah dan mekar
Tapi sebenarnya aku tak sedar
Itu sebenarnya warna gincu yang bersinar

Jiwa aku jadi tak menentu
Melihat wajahnya putih dan gebu
Tapi sebenarnya aku yang tak tahu
Bila di cuci muka, rupanya penuh bergerutu

Tidur malamku susah nak lena
Terkenang matanya yang indah bercahaya
Tapi sebenarnya aku dah terkena
Itu cuma tipu helah contact lens sahaja

Perasaan aku berbunga bunga
Dia membalas senyumanku padanya
Tapi sebenarnya aku dah silap menduga
Senyumannya itu sengaja di buatnya

Aku beranikan diri menghampiri dia
Niat di hati untuk bertegur sapa
Tapi aku hampir pitam di buatnya
Tatkala aku mendengar serak suaranya
Baru aku sedar ini sudah kes naya
Aku dengan dia adalah sama jantina

Sekian...aku yang terpedaya....

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may