Tinggal sudah tak seberapa hari
Hari raya akan di sambut lagi
Baik pompuan mahupun lelaki
Masing masing sibuk dengan persiapan diri
Pompuan dah mula dok buat kira kira
Nanti raya nak pakai baju apa
Baju kurung ada dua, kebaya ada tiga
Kesian pompuan...sakit kepala pilih baju semata mata
Berbanding dengan geng lelaki pula
Hari raya langsung tak pening kepala
Cuma pakai baju melayu ataupun teluk belanga
Susah susah layan ajer T-shirt pagoda
Kemudian pompuan pening dengan jadual keja
Hari ni penat cuci tingkap, esok jenuh lap lantai pula
Kesian kat pompuan...tapi nak buat camna
Rumah mesti nak kena cantik kalau nak sambut raya
Berbanding pula dengan si geng lelaki
Lagi dekat nak raya, semakin lagi la rancak goyang kaki
Langsung tak pening rumah kotor atau berdaki
Apa susah, raya nanti pintu semua kasi rapat rapat kunci
Lepas keja rumah semua dah selesai
Pompuan dok pening selak buku resepi sehelai sehelai
Nak buat kuih, takleh hentam cincai cincai
Nanti takut masa raya kawan kawan kata buat kuih tak pandai
Cuba tengok geng lelaki pula
Takdak kuih raya pun tak takut punya
Sebab kalau kawan kawan datang beraya
Kacang goreng, air tin dan rokok jadi juadah istimewa
Malam raya pompuan gelabah lagi
Kelam kabut dok mengemas itu ini
Dok mengatur, menyusun dan mencuci
Silap silap buat keja sampai ke pagi
Begitu juga dengan geng lelaki
Malam raya, malam yang penentuan sekali
Kelam kabut dan gelabah pegi sana sini
Tapi sibuk dok pegi cari mercun dengan bunga api
Tiba sudah hari raya
Pompuan senyum megah di dada
Pakaian cantik, rumah bersih, kuih pun beraneka
Oh! Bahagia rasa sambut raya, muka pun ceria
Lelaki pun macam tu juga
Hari raya hari yang bahagia
Tapi dalam hati berdebar tak terkata
Duit dah habis, ni semua mercun bunga api punya angkara
Tapi semua ni tak kisah la kan
Baik lelaki ataupun pompuan
Masing masing nak beraya sakan
Duit ringgit, masa dan tenaga kena la korban
Sekian sudah nukilan kali ini
Gurindam hari raya sebagai ganti diri
Salah dan silap harap di ampuni
Ianya cuma sekadar bergurau sesama sendiri
Sehingga kita semua bertemu lagi
Dari penulis, Selamat Hari Raya AidilFitri