Monday, December 15, 2008

164: Personal

Salam pengunjung sekalian...
Mintak maaf....sesungguhnya aku memang tak sempat nak LayanKepala untuk suatu jangka waktu dan masa terdekat nih. Ada tugas lain yang amat penting dan memerlukan komitmen yang tinggi dari aku.

Atas kesempatan ini...ribuan terima kasih ingin aku ucapkan kerana kesudian anda singgah di sini. Sokongan anda semua amatlah di hargai.
Sehingga kita berjumpa lagi....salam :)

Friday, December 05, 2008

163: Selamat Hari Raya Aidil Adha :)


Offline...business trip seminggu.
Rindu saya ok :)

Monday, December 01, 2008

162: Lelaki prihatin ???

Lelaki gemar duduk melepak beramai ramai. Namun jika bersebelahan meja mereka terdapat sekumpulan pompuan melepak, anda akan dapati mesti terdapat salah sorang dari kumpulan lelaki tersebut hanya duduk diam dan memerhati keadaan sekeliling sesambil jeling jeling ke arah kumpulan pompuan tadi. Ini bukanlah bermaksud lelaki diam tadi cuba hendak mengorat kumpulan pompuan tadi, tapi itu adalah tanda menunjukkan lelaki sentiasa berwaspada dan mengambil berat tentang kumpulan pompuan tadi. Ini kerana jika terjadi apa apa kepada kumpulan pompuan tersebut, lelaki yang diam tadi akan bertindak dahulu kerana orang lain masih asyik bersembang. Prihatin sungguh lelaki ni :)

Berbeza pompuan jika dah duduk sembang berjemaah, mereka selalunya akan terus hanyut dalam sessi perbualan mereka. Mereka selalunya jarang mengambil pusing tentang keadaan sekeliling mereka. Jika terjadi sesuatu insiden, kumpulan pompuan ini juga berkemungkinan tidak menyedarinya. Maklum la, mereka semua sibuk bersembang. Kejam kejam :P

Lelaki juga gemar bersembang secara beramai ramai dan topik perbincangan selalunya berkisarkan kepada isu isu sensasi dan hangat. Namun isu isu yang di bualkan selalu bergantung kepada jenis kumpulan lelaki tersebut. Kalau geng politik, mereka akan sembang politik. Kalau geng bola, mereka akan berbicara tentang bola. Namun sebagai lelaki, apa jua topik yang di bincangkan, mesti juga terselit tentang pompuan. Ini bukanlah bermaksud kumpulan lelaki tersebut kaki perempuan, namun ini jelas menunjukkan bahawa kaum pompuan langsung tidak pernah lenyap dari pemikiran lelaki. Prihatin sungguh lelaki nih :)

Berbanding pompuan, jika bersembang dan ada topik yang menarik..mereka selalunya akan bercerita tentang topik itu secara berterusan dan mungkin juga berulang ulang. Tapi selalunya sebagai pompuan, mereka juga gemar membicarakan tentang orang pompuan yang lain. Nak kata mengumpat pompuan lain, tak baik jugak. Tapi itulah hakikatnya bahawa pompuan gemar membicarakan tentang pompuan lain. Ini jelas menunjukkan bahawa lelaki jarang mendapat perhatian dalam topik perbincangan antara pompuan. Kejam kejam :P

Lelaki juga selalunya kesian dengan pompuan yang lepak sorang sorang. Atas dasar ini, lelaki tak kisah untuk mengajak pompuan menyertai kumpulan lelaki untuk lepak bersembang. Tadak la pompuan tu sunyi sangat. Ini secara tak langsung menunjukkan lelaki ambil berat dengan pompuan yang lepak sorang sorang nih. Prihatin sungguh lelaki nih :)

Berbanding pompuan, mereka selalunya tak peduli sangat dengan lelaki yang lepak sorang sorang nih. Apatah nak mengajak lelaki tu menyertai mereka...huiii...jauh panggang dari api. Kesian lelaki tadak sapa yang amik peduli. Kejam kejam :P

Akhir sekali, lelaki selalunya amat prihatin dengan kehadiran pompuan. Contohnya jika pompuan melintas ketika kaum lelaki sedang rancak bersembang, lelaki secara tiba tiba akan berhenti bersembang seketika. Dan mata lelaki akan tertumpu pada pompuan tersebut hinggalah pompuan tu hilang dari pandangan. Keadaan ini bukannya menunjukkan lelaki bermata keranjang, tapi lelaki sebagai manusia mengambil berat, mereka sanggup mengetepikan benda lain hanya semata mata untuk pompuan. Ini jelas menunjukkan betapa prihatinnya lelaki terhadap pompuan :)

Berbanding pompuan....errr....tamau komen apa laa...hehhe hehhe


Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may