Monday, November 24, 2008

161: Lelaki dan beg tangan...

Pompuan dengan beg tangan
Memang tak dapat dipisahkan
Namun kadang kadang lelaki heran
Apa la yang best sangat kan

Lelaki sebenarnya bukan nak peduli sangat pun
Tapi pelik beg tangan pompuan yang bertimbun
Bila sales, pompuan sikit punya pulun
Beli banyak banyak simpan jadi tukun

Lelaki sebenarnya juga memang tak kisah
Beg tangan dan pompuan, dah memang lumrah
Tapi bila pegi jualan murah
Semua barang barang, kesian lelaki kena bawa dan punggah

Lelaki juga kadang kadang memang tak peduli
Pompuan bawa beg tangan ke sana sini
Tapi masuk tandas, kat luar di suruh lelaki berdiri
Pegang beg tangan, hilang la macho lelaki tu nanti

Lelaki juga bukan nak bising bising
Tapi kadang kadang lelaki pening
Ikut pompuan pusing pusing window shopping
Area beg tangan juga pompuan dok ajak keliling

Begini nasib orang lelaki
Tegur karang, kecik hati nanti
Tapi kalau biar makin menjadi jadi
Beg tangan jadi senjata pompuan buli lelaki


ps: Nasib baik comei...hehhe hehh :P

Monday, November 17, 2008

160: Kesian kesian...

Lelaki ni cepat rasa kesian
Tak boleh tengok pompuan yang kesusahan
Tapi bila lelaki nak hulur bantuan
Malangnya lelaki di katakan nak amik kesempatan

Begitu jugak dengan pompuan
Rasa kesian lihat lelaki dalam kesulitan
Tapi bila pompuan hulur pertolongan
Lelaki terus tumbuh tanduk macam setan

Kadang kadang kesian pada pompuan
Bila sunyi, tiada siapa nak layan
Tapi bila lelaki cuba nak jadi peneman
Malangnya pompuan kata hanya buang karan

Tapi kesian juga pada lelaki
Sunyi sunyi, keluar lepak seorang diri
Tapi bila pompuan datang menghampiri
Lelaki tersenyum kerana mangsa sudah mari

Lelaki juga kesian kat pompuan
Keta banyak susah nak lintas jalan
Tapi bila lelaki cuba nak pimpin tangan
Malangnya pompuan kata geli geleman

Tapi kadang kadang kesian jugak kat lelaki
Nak lintas jalan, keta tak putus henti
Tapi bila pompuan ada kat tepi
Terus tunjuk hero jadi berani mati

Adakalanya kesian kat pompuan
Bawa barang penuh tangan kiri kanan
Tapi bila lelaki nak tolong kurangkan beban
Malangnya pompuan selalu malas nak layan

Pompuan jugak kesian kat lelaki
Bawa barang habis berpeluh dahi
Tapi pompuan hanya sekadar kesian di hati
Lantak lah lelaki, pandai pandai la sendiri
 
Kesian lelaki kan.....hehhe hehhe

Monday, November 10, 2008

159: Manis manis...

Lelaki pada dasarnya amat mudah tertarik dengan senyuman pompuan. Ini kerana pompuan selalunya mempunyai senyuman yang manis. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika lelaki jatuh cinta dengan pompuan hanya dari secebis senyuman. Sesungguhnya senyuman manis pompuan sungguh mempersonakan lelaki.

Berbanding pompuan yang amat jarang tertarik dengan senyuman lelaki. Ini kerana jarang kita dengar lelaki mempunyai senyuman yang manis. Senyum ada makna...yang ini bersepah. Namun begitu, walaupun lelaki tak dapat mempersona pompuan dengan senyuman manis, lelaki selalunya dapat memikat pompuan hanya dengan bermulut manis. Sesungguhnya bermulut manis memang dapat memperdayakan pompuan. Hehhe hehhe...

Jika seorang pompuan membuat kesalahan, mereka selalunya menggunakan senyuman mereka yang manis sebagai senjata utama untuk berdepan dengan lelaki tersebut. Dan secara kasarnya, cara itu selalunya amat berkesan untuk meredakan kemarahan lelaki. Sesungguhnya senyuman manis pompuan dapat melembutkan hati lelaki.

Berbanding lelaki jika melakukan kesalahan, mereka amatlah tidak di galakkan untuk berdepan pompuan dengan senyuman manis. Ini kerana pompuan akan bertambah sakit hati jika lelaki yang berbuat salah datang kepada mereka dengan senyum senyum. Ini mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan. Oleh itu, lelaki selalunya akan bermulut dan menggunakan kata kata manis untuk memujuk pompuan. Sesungguhnya bermulut manis itu dapat menundukkan hati pompuan. Hehhe hehhe...

Akhir sekali dengan berbekalkan senyuman manis, pompuan selalunya dapat menghampiri mana mana lelaki yang menarik perhatiannya. Ini kerana kehadiran pompuan yang mempunyai senyuman manis selalunya dapat menceriakan hari lelaki. Kerana lelaki amat senang berbicara dan bersembang dengan pompuan bersenyuman manis ini.

Begitu jugak dengan lelaki yang bermulut manis ini, mereka selalunya dapat menghampiri pompuan dengan mudah. Ini kerana pompuan kadang kadang mudah terpegun dan terpedaya dengan lelaki yang bermulut manis dan petah bercakap ini. Jangan mulut busuk dah ler...kang pompuan tu pengsan. Hehhe hehhe....

Tuesday, November 04, 2008

158: Nasib badan...

Pompuan ni kadang kadang pemalu
Bertembung lelaki, tunduk tersipu sipu
Tapi bila pompuan yang bagi respon dulu
Lelaki jugak di katakan ulat bulu

Setengah pompuan gemar jalan sorang sorang
Selisih lelaki sikit pun tak pandang
Tapi bila pompuan yang bagi peluang
Lelaki juga di katakan hidung belang

Pompuan juga selalu berfikiran terbuka
Sembang dengan lelaki, topik apa pun takpa
Tapi bila pompuan yang start 'bercerita'
Lelaki juga di katakan gila

Pompuan ni ada yang jenis tenang
Bertemu lelaki, hati langsung tak goyang
Tapi bila pompuan yang start pegang pegang
Lelaki juga di katakan miang

Ini celoteh penghibur hati
Bukan nak mengutuk apatah nak mengeji
Tapi baik pompuan atau lelaki
Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi

Chewah!


ps: Kesian lelaki kan...hehhe hehhe


Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may